Anda di halaman 1dari 1

1. Jelaskan Konsep Pemindahan Pelajar?

 Pemindahan (transfer) kemahiran asas, konsep, pengetahuan, nilai dan proses


mental daripada sesuatu situasi kepada situasi yang lain.
 Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun
kemahiran yang sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan dalam proses PdP
atau sesuatu situasi baharu yang berkaitan.
 Menurut Gagne (1992), pemindahan pembelajaran adalah aplikasi pengetahuan
dipelajari di sesuatu situasi atau tujuan yang lain.

2. Apakah pemindahan pembelajaran yang pernah anda alami?

 Semestinya saya pernah mengalami proses pemindahan pembelajaran sejak dari


kecil lagi. Contohnya, semasa berada di sekolah rendah, guru mengajar saya
membaca dan mempelajari satu perkataan. Melalui itu, saya kini mengenal banyak
maksud perkataan dan mampu mebmbacanya dan memahaminya.

3. Adakah pemindahan pembelajaran ini sesuatu positif atau negatif?

 Pada pendapat saya, pemindahan pembelajaran ini tidak semestinya positif


namun terdapat juga negatifnya. Sebagai contohnya, dari sudut tabiat, seseorang
murid yang biasa menulis menggunakan tangan kiri akan menganggu
pembentukan tabiat menulis tangan kanan.
 Begitu juga dengan murid selepas belajar bahasa Inggeris, murid akan melupai
struktur Bahasa Melayu yang dipelajarinya sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai