Komunikasi Berkesan Di Sekolah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

SAMSUDIN BIN AHMAD

PELAJAR NPQEL AMBILAN 2 / 2013


KUMPULAN: SRI3

KELAS : L430

MEMBUDAYAKAN KOMUNIKASI BERKESAN DI SEKOLAH

Komunikasi bukan sahaja melibatkan percakapan dan penulisan tetapi juga pembacaan dan
proses mendengar (Zawiyah, 2009). Komunikasi adalah aktiviti utama yang berlaku dalam
sesebuah organisasi. Berjaya atau gagal sesebuah organisasi mencapai visi dan misi yang
ditetapkan banyak bergantung kepada pasukan kerja yang berada dalam sesebuah organisasi
itu. Salah satu alat untuk mewujudkan pasukan kerja yang dinamik dan efektif adalah melalui
komunikasi yang berkesan.

Oleh itu dapat dirumuskan bahawa komunikasi berkesan adalah proses dua hala melalui
penghantaran mesej yang betul, diterima dan difahami oleh orang lain. Bagi menjadikan
komunikasi itu berkesan adalah penting untuk individu memahami bagaimana manusia
berinteraksi dan menginterpretasikan sesuatu mesej.

Komunikasi Berkesan di Sekolah

Menurut Wan Izuddin (1991) komunikasi berkesan bergantung kepada tiga komponen iaitu:

(1) Pemberi mesej dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan baik,

(2) Media yang digunakan untuk menyampaikan mesej tidak menjejaskan mesej yang
disampaikan

(3) Penerima mesej dapat menerima mesej sebagaimana disampaikan, dapat memproses
mesej dan memberi respon yang sewajarnya.

Dalam mewujudkan kumpulan kerja yang dinamik dalam konteks komunikasi berkesan
seseorang guru besar atau pengetua semestinya memfokuskan tindakan untuk:

1. Menangani Gangguan Komunikasi

2. Menggunakan Teknologi Terkini

3. Melibatkan Pengaruh Pengurus Atasan

4. Pertemuan Secara Tidak Rasmi tetapi berkualiti

5. Menggunakan Perantara atau Orang Ketiga yang dipercayai

6. Kebebasan Mengemukakan Pandangan mengurangkan konflik

7. Menstruktur Semula Organisasi untuk mempastikan maklumat dapat disampaikan


dengan lebih cekap dan cepat.
8. Menambah baik Hubungan Interpersonal antara pentadbir sekolah dan
subordinatnya

9. Memperbaiki Saluran Komunikasi Tidak Rasmi

10. Menetapkan Polisi dan Prosedur bagi menyeragamkan kaedah dan cara bagi
pelaksanaan sesuatu tindakan

Penutup

Kefahaman dan kemahiran untuk berkomunikasi dengan berkesan akan membantu warga
sekolah membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Kumpulan kerja ini akan mampu memacu
setiap aktiviti yang dijalankan oleh sekolah ke arah hala tuju yang sama. Seterusnya, sekolah
akan berada pada landasan untuk menjadi sekolah yang cemerlang.

Rujukan

Ariffin Ba’ada & Robiah Sidin. 2002. Komunikasi pengetua-guru: satu analisis. Jurnal Teknologi.
37(E):71-79

Wan Izuddin . 1991. Strategi Membina Pasukan Berkesan . Kuala Lumpur .Nurin

Enterprise.

Zawiyah Mohammad Yusof . 2009. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur .

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai