Anda di halaman 1dari 48

5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.

com

SINOPSIS TUHFAT AL-NAFIS

BAHAGIAN 1

1: RAJA RAJA MELAYU PERTAMA DAN SILSILAH MELAYU

Bermula dengan watak Raja Seri Teri Buana yang berasal dari Pasai, kemudian pergi
ke Bukit Siguntang, dan berhijrah lagi ke Palembang, dan seterusnya ke Bentan,
namun akhirnya menetap di Temasik(Singapura)

Menceritakan juga menegani asal usul nama Singapura yang pada awalnya Temasik,
ianya bermula dengan kejadian Raja Seri Teri Buana yang menebas hutan di Temasik
dan telah berjumpa dengan seekor singa yang sekelip mata hilang dalam pandangan,
dan akhirnya Raja memutuskan untuk menamakan Temasik sebagai Singapura

Seterusnya mengisahkan menegani Deman Lebar Daun yang telah bersama-sama


Raja Seri Teri Buana dari Palembang ke Singapura. Baginda merupakan bapa mertua
Raja dan Raja di Palembang

Selain itu, menceritakan mengenai Wan Seri Beni yang menjadi ibu angkat kepada
Raja dan merupakan Raja Perempuan di Bentan. Baginda juga turut mengikut bersama
Raja ke Singapura

Seterusnya, menceritakan mengenai kemangkatan Deman Daun Lebar dan Wan Seri

Beni yang ditanam di Bukit Singapura. Selepas 2 tahun kematian mereka Raja Seri
Beni turut mangkat dan ditanam di tempat yang sama.

Raja Seri Teri Buana memiliki 2 orang putera iaitu Seri Pikrama Wira dan Raja Kecik
Muda, Seri Pikrama Wira telah menjadi ketua kerajaan dan Raja Kecik Muda menjadi
menteri dengan memakai gelaran Tun Permatah Muka Berjajar

 Anak kepada Seri Pikrama Wira iaitu Raja Muda telah mewarisi kerajaan dan memakai
gelaran Seri Ratna Wikrama, pada masa ini anak kepada Raja Kecik Muda menjadi
bendahara dan wujudnya Badang yang menjadi orang kanan Raja

Selepas Raja Muda mangkat, kerajaannya telah digantikan oleh anaknya Damiya yang
telah memakai gelaran Paduka Seri Maharaja, pada masa ini Singapura telah diserang
oleh ikan todak kerana dikatakan ianya adalah bala kerana raja telah membunuh ulama’
Tuan Zainul Khatib.

Selepas Damiya Raja mangkat, baginda telah digantikan dengan anaknya Raja
Iskandar Syah, pada masa ini Singapura telah dikalahkan oleh Majapahit. Kekalahan

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 1/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Singapura adalah dibantu oleh bendaharanya(Sang Rajuna Tapa) yang telah berlaku
khianat bekerjasama dengan Majapahit. Sang Rajuna Tapa berlaku khianat kerana
disebabkan Raja yang membunuh gundiknya(anak Sang Rajuna Tapa) tanpa usul
periksa kerana difitnah bermukah dengan seorang lelaki.

Raja Iskandar Syah telah membawa diri hingga ke Melaka, manakala Sang Rajuna tapa
telah bersembunyi di dalam belubur beras bersama keluarganya dan akhirnya jatuh ke
dalam parit dan bertukar menjadi batu.

Raja Iskandar Syah telah membuka negeri di Melaka,dan selepas kemangkatannya


baginda telah diganti dengan puteranya iaitu Raja Besar Muda. Raja Besar Muda telah
membuat menteri dan bentara yang berempat.

Selepas Raja Besar Muda mangkat, baginda telah digantikan dengan Raja Tengah, dan
selepas Raja Tengah mangkat, diganti pula dengan Raja Kecil Besar. Raja Kecil Besar

merupakan pemerintah yang adil dan saksama dan merupakan raja yang pertama
memeluk agama islam. Baginda telah bermimpi berjumpa nabi dan telah didatangi oleh
Shekh Makhdum yang telah mengajarnya mengenai agama islam, maka baginda telah
menukar nama sebagai Sultan Muhammad Shah. Baginda telah menetapkan adat-adat
Melayu iaitu kuning yang tertentu kepada raja, melarang membuat rumah
berperangin(pentas, astaka) dan tiang beralas tidak terletak di tanah dan rumah
berperbalaian dan mempunyai pelantaian. Selain itu, turut melarang membuat perahu
bertingkap dan berpengadapan dan melarang pemakaian gelang kaki emas. Baginda
telah memerintah Melaka selama 67 tahun.

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, baginda digantikan dengan puteranya


Raja Ibrahim yang memakai gelaran Sultan Abu Syahid Syah, walaubagaimanapun
Raja Ibrahim telah terbunuh bersama-sama Raja Rekan, maka pemerintahannya telah
diganti oleh adiknya Raja Kasim. Raja Kasim telah menggunakan gelaran Sultan
Muzaffir Syah, baginda telah membuat undang-undang melayu dan telah memerintah
dengan adil. Selepas baginda mangkat, diganti pula dengan Raja Abdullah yang
menggunakan gelaran Sultan Mansur Syah.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah, bendaharanya adalah Paduka Raja,


baginda telah menghantar beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman kepada Raja

Goa, dan dibalas oleh Raja Goa dengan memberikan seorang anak raja di negeri kecil
yang bernama Dahing Mempawah yang kemudiannya digelar sebagai Laksamana
Hang Tuan. Sultan juga telah berkahwin dengan anak Ratu Majapahit.

Selepas kemangkatan Sultan Mansur Syah, baginda telah digantikan dengan anaknya
Sultan Alauddin Riayat Syah. Sultan Alauddin merupakan seorang sultan yang
berwibawa kerana baginda suka mengawali Negara sendiri dan juga merupakan
seorang yang adil, benci kepada orang yang jahat serta memelihara harta benda orang.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 2/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Selepas kemangkatan Sultan Alauddin, baginda digantikan pula dengan puteranya Raja
Mahmud/ Sultan Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan baginda terdapat peristiwa
baginda membunuh saudaranya sendiri (Raja Zainal) kerana cemburu akan Raja Zainal
yang mempunyai paras yang baik, mengambil tunangan Raja Pahang iaitu Tun Teja,
dan peminangan Puteri Gunung Ledang. Seterusnya, Sultan Mahmud ini suka bermain-
main muda dengan isteri para menterinya dan pada suatu hari baginda telah tertangkap
dengan menterinya Tun Biajit dan Tun Biajit sampai sanggup menderhaka kepadanya,
lalu dia menawarkan gundiknya kepada Tun Biajit maka Tun Biajit pun menceraikan
isterinya.

Peristiwa yang lain semasa pemerintahan Sultan Mahmud adalah membunuh


bendaharanya iaitu Bendahara Seri Maharaja dan Tun Ali, dan seterusnya mengahwini
Tun Fatimah(anak Bendahara dan isteri Tun Ali) dan dikatakan ianya berpunca
daripada fitnah Raja Mandeliar dan si Kitul. Pada zaman inilah Melaka diserang
Feringgi dan baginda turun takhta dan digantikan dengan anaknya Raja Ahmad(Sultan
 Ahmad Syah) dan Sultan Mahmud membawa diri ke Batu Hampar.

Selepas Feringgi menyerang, Sultan telah melarikan diri ke Muar lalu ke Penarikan dan
kemudiannya singgah di Pahang dan akhirnya pergi ke Johor dan membuat kerajaan di
situ. Seterusnya Sultan Mahmud turut membunuh anaknya sendiri(Sultan Ahmad)
dengan memberi racun kerana Sultan Ahmad mempunyai perangai yang teruk. Maka
dari Johor, Sultan telah berpindah ke Bentan dan diserang oleh Feringgi maka
melarikan diri ke Kampar dan akhirnya mangkat di situ.

Sultan Mahmud telah diganti dengan anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda
telah keluar dari Kampar, kemudiannya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Sultan
 Alauddin telah berkahwin dengan puteri Sultan Pahang(Sultan Mansur Syah) iaitu Raja
Kesuma Dewi ketika berada di Pahang dan telah dibekalkan dengan segala
kelengkapan untuk kembali ke Johor. Selepas Sultan Alauddin mangkat, diganti pula
anaknya yang memakai gelaran Sultan Muzaffir Syah.

Sultan Muzaffir Syah menjadi raja ketika berusia 19, baginda mempunyai adab yang
baik dengan orang tua dan selalu meminta pandangan mereka dalam setiap urusan
baginda. Baginda telah membuat kubu di Selayut dan selepas kemangkatan baginda
diganti pula dengan anaknya yang bergelar Sultan Abdul Jalil Syah.

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah, Feringgi telah datang menyerang
Seluyut dan Feringgi telah kalah dalam serangan tersebut dan kembali semula ke
Melaka. Seterusnya,Sultan telah berpindah dari Seluyut ke Hulu Sungai Damar dan ke
Batu Sawar. Anak-anak Sultan Abdul Jalil adalah Raja Hasan(menjadi raja di Siak),
Raja Husin(menjadi raja di Kelantan), Raja Mahmud(menjadi raja di Kampar).

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 3/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Seterusnya, putera gahara baginda pula adalah Raja Mansur dan Raja Abdullah yang
menetap bersama baginda di Johor.

Selepas Sultan Abdul Jalil mangkat, diganti dengan Raja Mansur yang menggunakan
gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Mansur tidak menghiraukan kerajaan dan
asyik dengan permainan sehingga menyebabkan Raja Abdullah dan Bendahara
menjadi pemangku dan menguruskan kerajaan. Selepas kemangkatan Raja Mansur,
takhta telah diganti oleh Raja Abdullah yang memakai gelaran Sultan Hemat Syah.

Semasa kerajaan di bawah pemerintahan Raja Abdullah, Raja Aceh telah datang
menyerang Johor, dan Johor telah kalah. Maka Raja Abdullah berundur ke Lingga dank
ke Tembalan dan telah mangkat di Pulau Tembelan. Setelah kemangkatan Raja
 Abdullah, kerajaan baginda telah digantikan dengan Sultan Abdul Jalil dan saudaranya
menajdi Yang Dipertuan Muda. Baginda telah menetap di Pahang dan menitahkan
Laksamana menyediakan kelengkapan untuk merompak Feringgi dan membuat negeri
di Riau. Pada masa ini juga, Johor telah dikalahkan oleh Jambi. Seterusnya, Marhum
Muda telah mangkat di Pahang dan kemudian pula Sultan Abdul Jalil pula mangkat.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil pemerintahan diganti oleh anak Marhum Muda
yang bernama Raja Ibrahim(Sultan Ibrahim), dibantu oleh bendahara Tun Pikrama Tun
Habib yang menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Sultan Ibrahim telah
berpindah ke Riau dan dapat mengalahkan Jambi dan Siak. Selepas kemangkatan
Sultan Mahmud kerajaan diganti pula dengan anakanda baginda iaitu Sultan Mahmud
Syah, Sultan Mahmud kemudiannya telah berpindah dari Riau dan menetap di Johor.

Seterusnya, pada zaman ini ada juga menceritakan mengenai kematian Datuk
Bendahara Tun Pikrama Tun Habib/ Bendahara Seri Maharaja yang mangkat pada
Hijrat seribu seratus Sembilan tahun pada tahun dal sanat 1109 pada 7 haribulan
Muharam. Jawatan bendahara telah digantikan dengan anaknya yang menjadi
bendahara Johor.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud kerana terbunuh di Kota Tinggi berpunca


dengan seulas buah nangka, maka kerajaan baginda telah digantikan dengan
bendahara yang akhirnya menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Pada waktu
Sultan Abdul Jalil menaiki takhta, anaknya yang bernama Raja Sulaiman lahir.

Sultan Abdul Jalil(bendahara) mempunyai beberapa anak gahara dan baginda telah
menjadikan anak-anaknya sebagai bendahara, Temenggung, Raja Muda dan Indera
Bongsu. Manakala Raja Sulaiman pula baginda ingin menjadikan sebagai pengantinya.
Jumlah adik beradik Raja Sulaiman adalah seramai 16 orang, namun hanya beberapa
nama sahaja disebut iaitu Raja Sulaiman, Tengku Tengah, Tengku Kamariah dan
Tengku Mandak. Raja Sulaiman telah diangkat menjadi Raja Bugis,Tengku Tengah
telah menjadi isteri kepada Opu Dahing Parani dan dikurniakan anak iaitu Raja

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 4/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Maimunah, Tengku Kamariah telah berkahwin dengan Raja Kecik dan dikurniakan anak
iaitu Raja Mahmud(Raja Buang), Tengku Mandak pula telah berkahwin dengan Opu
Dahing Cellak dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Tengku Putih dan Tengku Hitam

Raja Sulaiman merupakan Raja Johor, menggunakan gelaran Sultan Sulaiman Badrul
 Alam Syah, baginda mempunyai anak iaitu Raja Abdul Rahman, serta 16 lagi anak
yang lain bersama isterinya Encik Nusamah iaitu 2 lelaki dan 14 perempuan, baginda
 juga turut mempunyai seorang anak di Baruh yang bernama Raja Abdul Jalil iaitu anak
gahara bersama Encik Puan Perak. Anak-anaknya yang lain adalah Raja Othman, Raja
Ismail, Raja Ahmad dan ayahanda Tengku Panglima Besar, selain itu, anak
perempuannya pula adalah Raja Bulang.

Seterusnya, menceritakan mengenai perkahwinan antara Sultan Abdul Jalil dengan


Tengku Putih dan mendapat anak iaitu Sultan Mahmud. Sultan Mahmud pula
dikurniakan 2 orang lelaki iaitu Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman. Tengku Long
telah dirajakan oleh orang Inggeris di Singapura dan menggunakan gelaran Sultan
Husin Syah manakala Tengku Abdul Rahman(Tengku Jumaat) bergelar Sultan Abdul
Rahman Marhum Bukit Cengkih di Lingga. Sultan Abdul Rahman dikurniakan anak iaitu
pewarisnya Sultan Muhammad Shah.

Selain itu, Sultan Abdul Rahman turut mempunyai anak yang lain selain daripada
Sultan Muhammad iaitu Sultan Sulaiman, Raja Daud dan yang perempuan Tengku
Tengah, Tengku Kecik, Tengku Andak dan Tengku Hitam.

Sultan Muhammad yakni pewaris takhta dikurniakan pula anak iaitu Sultan Mahmud

dan Tengku Dalam yakni anak baginda bersama Raja Trengganu(Tengku Teh). Selain
itu, baginda turut mempunyai anak yang lain iaitu Tengku Said, Tengku Andut, Tengku
Ibrahim, Tengku Hamidah, Tengku Safiah, Tengku Mariam dan Tengku Sulaiman.

Kerajaan Sultan Muhammad telah diwarisi oleh Sultan Mahmud, walaubagaimanapun,


semasa pemerintahan Sultan Mahmud, baginda telah diturunkan dari kerajaannya oleh
Holanda dan digantikan dengan bapa saudaranya Tengku Sulaiman yang memakai
gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.

Seterusnya, terdapat juga mengenai anak-anak Sultan Husin iaitu Tengku Besar,
Tengku Ali, Tengku Jaafar dan 2 orang anak perempuan yang tidak disebut namanya.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 5/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 2: RAJA-RAJA SIAK DAN SILSILAH MEREKA

Bermula dengan kisah Raja Kecil yang menggunakan gelaran Pagar Ruyung Yang

Dipertuan Raja Kecik. Asal usul Raja Kecik menurut sejarah Siak adalah merupakan
anak marhum yang mangkat dijulang yakni Sultan Mahmud bersama gundiknya anak
Laksamana(Encik Pong). Semasa Sultan Mahmud mangkat, orang ramai bergaduh
mengenai anak yang dikandung oleh Encik Pong, lalu untuk langkah keselamatan Encik
Pong telah dilarikan oleh Panglima Bebas ke Pagar Ruyung.

Encik Pong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan telah dijadikan anak
angkat oleh Puteri Janilan(pemerintah Pagar Ruyung). Setelah anak tersebut besar,
Puteri Janilan telah menggelarnya Buyung dan melepaskannya belayar ke Palembang,
Johor, Bangka Kota, Siantan, Ratu Bahara, Siak, Melaka dan di beberapa tempat yang

lain. Selepas pulang daripada pengembaraannya, Buyung telah diberi gelaran Raja
Beralih dan selepas menjalani upacara untuk membuktikan dia sememangnya anak
kepada Sultan Mahmud, dan baginda tidak terkena apa-apa tulah maka Yamtuan Sakti
telah mengurniakannya pedang kebesaran(Sapu Rejab) dan cap mohor untuk
mengesahkannya sebagai anak Sultan Mahmud dan menggelarnya sebagai Raja
Kecik.

Raja Kecik telah membuka kerajaan di Siak dan telah berkahwin dengan Dipati Batu
Kucing dan mendapat seorang anak lelaki iaitu Raja Alam/ Raja Rabiul Alam. Selain itu,
Raja Kecik turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Tengku Mahmud/Raja Buang hasil

perkahwinannya dengan Tengku Kamariah. Raja Alam telah menjadi Raja Muda
manakala Tengku Mahmud menjadi Yang Dipertuan Besar.

Tengku Mahmud telah menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah dan telah
berkahwin dengan anak Dahing Mentekkuh dan dikurniakan 2 orang putera iaitu Raja
Ismail dan Raja Daud. Selain itu, baginda turut mempunyai anak-anak yang lain iaitu
Raja Abdullah, Raja Abdul Rahman, Raja Musa, Raja Kamat, Raja Baki, Raja Husin,
Raja Yusuf, Raja Muhammad, Raja Busu, Raja Hasan, Raja Taib, Raja Yasin dan anak-
anak perempuan pula adalah Tengku Ambung, Tengku Salihah, Tengku Cakera,
Tengku Hitam, Tengku Fatimah

Raja Alam pula telah berkahwin dengan anak Raja Bugis(Opu Dahing Parani) iaitu
Dahing Khadijah dan dikurniakan anak iaitu Tengku Badariah, Tengku Hawa, Tengku
Sukma, Tengku Emas Ayu, Raja Muhammad dan Raja Akil.

Seterusnya mengenai pemerintahan di Siak iaitu bermula dengan Raja Kecik


kemudiannya Tengku Mahmud diikuti Raja Ismail, seterusnya Raja Alam kemudian

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 6/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

kembali kepada Raja Ismail dan diikuti dengan anak Raja Ismail yakni Raja Yahya dan
akhirnya kepada Saiyid Ali dan keturunanya.

BAB 3: SILSILAH BUGIS

Bermula dengan seorang Raja Perempuan(Sitti Malangkalik) di negeri Luwuk yang


menjadi raja dalam kerajaan di Selangi kemudiannya berkahwin dengan Raja Bugis di
negeri Luwuk dan dikurniakan anak iaitu Datu Palinggik, Patotok, Betara Guru, Betara
Lattuk, Paduka Sawerigading dan La Galigo.

Seterusnya menceritakan mengenai legasi La Gilago iaitu bermula dengan anaknya


Paduka Saung ri Warik dan berakhir dengan La Maddusilat yang akhirnya menjadi titik
permulaan cerita. Raja La Maddusilat merupakan Raja Bugis yang pertama memasuki
agama Islam dan telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Pajung(ketua kerajaan di Luwuk),
Opu Dahing Biasa(menjadi orang besar di Bugis dan Tanah Jawa) dan Opu
Tendriburang Dahing Rilaga yang telah mengembara ke sebelah tanah Barat Bugis.

Selanjutnya menceritakan perihal anak-anak Opu Tendriburang Dahing Rilaga iaitu Opu
Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing Marewah, Opu Dahing Cellak, dan
Opu Dahing Kemasi. Opu Dahing Parani dan adik beradiknya telah menjadi parajurit
 Agung Jayang Seteru Johan Pahlawan dari sebelah barat Tanah Bugis hingga tanah
Johor

Seterusnya, Opu Dahing Menambun telah menjadi raja di Mempawah dan bergelar
Pangeran Mas Seri Negara. Opu Dahing Marewah pula telah menjadi Yang Dipertuan
Muda di Riau dan telah menggunakan gelaran Kelana Jaya Putera, baginda telah
mengalahkan Raja Kecik dan melantik Raja Sulaiman menjadi raja Johor. Opu Dahing
Cellak pula telah menjadi Yang Dipertuan Muda Kedua di Riau dan akhir sekali Opu
Dahing Kemasi telah menggunakan gelaran Pangeran Mangkabumi dan memerinta
kerajaan di Sambas setelah mengahwini Raden Tengah(adik Sultan Sambas), hasil
perkahwinannya dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu Emas Sani, Emas Saja, Dahing
Utih dan Dahing Bukak.

Opu Dahing Parani telah berkahwin dengan anak orang Bugis dan mendapat 2 orang
anak iaitu Dahing Kembuja dan Dahing Khadijah. Dahing Kembuja telah menjadi Yang
Dipertuan Muda Ketiga dalam negeri Riau manakala Dahing Khadijah telah menjadi
isteri kepada Raja Alam(anak Raja Kecik). Selain itu, Dahing Parani turut berkahwin
dengan adik Sultan Sulaiman iaitu Tengku Tengah dan mendapat seorang anak iaitu
Raja Maimunah.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 7/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Opu Dahing Menambun telah berkahwin dengan Puteri Kesumba dan mendapat 10
orang anak iaitu Gusti Jameril,Gusti Jamadin, Gusti Jalderi, Gusti Jamal, Gusti Sina,
Ratu Suria Kesukma, Utin Dewaman, Utin Candera Sari, Utin Candera Midi dan Utin
Nawang

Opu Dahing Marewah pula telah berkahwin dengan Tun Encik Ayu(janda mangkat
dijulang) dan dikurniakan 3 orang anak iaitu La Mampak Unuk, Raja Sa’id, dan Raja
Fatimah

Opu Dahing Cellak pula telah berkahwin dengan Tengku Mandak(anak Sultan Abdul
Jalil) mendapat 2 orang anak iaitu Tengku Putih dan Tengku Hitam. Anak baginda yang
lain adalah Raja Haji, Raja Lumu, Raja Aminah, dan Raja Halimah

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 8/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAHAGIAN 2

BAB1: KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD

Mengisahkan mengenai kemangkatan Sultan Mahmud yang mangkat dijulang akibat

dibunuh oleh Megat Seri Rama. Sultan terbunuh ketika berada di atas julang dalam
perjalanan untuk mengerjakan solat jumaat. Megat Seri Rama turut terbunuh gara-gara
terkena lontaran keris raja. Sultan mangkat pada Hijrat Sanat 111 pada hari jumaat
bulan safar.

Kerajaan telah diganti dengan bendahara(anak Bendahara Tun Habib ) yang memakai
gelaran Sultan Abdul Jalil. Ketika Sultan Abdul Jalil menaiki takhta anakanda baginda
Raja Sulaiman dilahirkan. Pada masa tersebut juga encik Pong melahirkan seorang
bayi lelaki(Raja Kecik) di Pagar Ruyung. Sultan Abdul Jalil telah memerintah Johor
selama 19 tahun.

BAB 2: BUGIS DI LAWUK

Mengisahkan mengenai keturunan Raja Bugis di Luwuk yang bermula dengan Raja La
Maddusilat yang kemudiannya dikurniakan 3 orang putera iaitu Pajung, Opu
Tendriburang Dahing Rilaga dan Opu Dahing Biasa.

Seterusnya menceritakan mengenai Opu Tendriburang Dahing Rilaga yang dikurniakan


5 orang putera iaitu Opu Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing

Marewah. Opu Dahing Cellak dan Opu Dahing Kemasi. Seterusnya menceritakan
mengenai pengembaraan Dahing Parani ke To Pammana dan telah berkahwin dengan
Raja Perempuan di situ iaitu Datu To Pammana dan mendapat seorang puteri iaitu
Datu ri Watu.

Seterusnya, mengisahkan mengenai Dahing Parani yang telah membunuh anak raja
Bugis kerana telah bermain muda denga isteri Arung Boneh. Dahing Parani telah
dibawa ayahnya ke Siantan dan telah dinikahkan dengan anak Nakhoda Alang. Selain
itu, menceritakan mengenai kemenangan Opu Tendriburang Dahing Rilaga
mengalahkan ayam sabungan Raja Culan dan mendapat kapal yang dipertaruhkan.

Selain itu juga, turut menceritakan mengenai kelahiran anak Dahing Parani iaitu Dahing
Kambuja

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 9/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 3: RAJA KECIK

Mengisahkan mengenai zuriat Sultan Mahmud mangkat dijulang bersama Encik Pong.
 Anak tersebut telah dibuat anak angkat oleh Puteri Janilan(pemerintah di Pagar
Ruyung) dantelah diberi gelaran Raja Beralih setelah memasuki alam dewasa.
Seterusnya, Yamtuan Sakti telah mengurniakan pedang kebesaran dan cap mohor
yang dapat memerintah anak Minangkabau di Persisiran Laut dan diberi gelaran Raja
Kecik. Seterusnya, Raja Keckl telah menyerang Johor dan dapat menguasai Johor dan
telah bertunang dengan puteri Sultan Abdul Jalil iaitu Tengku Tengah namun telah
mengahwini adik Tengku Tengah yakni Tengku Kamariah kerana lebih cantik.

BAB 4: BUGIS DI JOHOR

Mengisahkan mengenai 5 beradik Opu Bugis yang telah pergi ke Langat dan
menyediakan kelengkapan untuk membantu Raja Abdul Jalil yang diserang oleh Raja
Kecik namun terlewat. Seterusnya mengenai Tengku Tengah yang telah mengahwini
Opu Dahing Parani demi mengembalikan maruah keluarga mereka. Selain itu,
mengisahkan mengenai Opu Dahing Parani yang telah pergi ke Siantan untuk
menyediakan kelengkapan perang untuk menyerang Raja Kecik.

BAB 5: BUGIS DI MATAN

Mengisahkan mengenai
Muhammad Safiul Sultan
Din yang Muhammad
berkerajaan ZainulMatan.
di sebelah Din yakni anakMatan
Kerajaan kepada Sultan
yg berada
dalam pemerintahan Sultan Muhammad Zainul Din telah dirampas oleh Pangeran
 Agung(bapa saudara baginda).

Seterusnya, Sultan Zainul Din telah membawa diri bersama keluarga ke Banjar dan
meminta bantuan Raja Banjar untuk merampas kembali kerajaannya. Sultan Banjar
telah membantu dengan menurunkan Panglima Pantas bersama tenteranya.
Walaubagaimanapun, Panglima Pantas telah terkorban dalam serangan untuk
merampas kerajaan tersebut, setelah melihat Panglima Pantas terkorban para tentera

di
Dinbawah pimpinannya
tekepung. telah melarikan
Sultan Muhammad diriDin
Zainul dantelah
meninggalkan Sultan
menguncikan Muhammad
dirinya Zainul
dalam sebuah
masjid untuk menyelamatkan diri.

Sultan Muhammad Zainul Din telah mengutus surat kepada 5 beradik Opu untuk
meminta bantuan. Adik beradik Opu cuba membantu dengan berbincang dengan cara
yang baik dengan Pangeran Agung namun telah ditolak. Sultan Zainul Din telah
mengahwinkan puterinya dengan Opu Dahing Menambun dan seterusnya meminta

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 10/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

bantuan adik beradik Opu untuk menyerang Pangeran Agung. Adik beradik Opu telah
menyerang Pangeran Agung namun dihalang oleh Dahing Matekkuh dan Haji Hafiz,
namun halangan tersebut tidak menjadi kudis kerana mereka tidak berani untuk
berlawan dengan adik beradik Opu.

Seterusnya, Pangeran Agung telah ditangkap dan dikurung di dalam satu kota kecil
bersama 30 orang perempuan dan kerajaan Matan telah kembali semula kepada Sultan
Muhammad Zainul Din.

BAB 6: KEMANGKATAN SULTAN ABDUL JALIL

Mengisahkan mengenai kerjaan Johor yang terbahagi kepada dua pihak iaitu
sebahagian berpihak kepada Sultan Abdul Jalil dan sebahagian lagi kepada Raja
Kecik. Seterusnya, penyebaran fitnah yang berleluasa sehingga mempengaruhi Tengku
Tengah, lalu membenci Raja Kecik, Tengku Tengah pula mempengaruhi Tengku
Kamariah untuk membenci Raja Kecik, lalu menyebabkan Tengku Kamariah keluar dari
istana Raja Kecik dan tinggal bersama Tengku Tengah.

Raja Kecik telah meminta isterinya supaya kembali namun dihalang oleh Tengku
Mandak dan telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga Raja Kecik
menyerang Sultan Abdul Jalil. Kubu yang dibuat Sultan Abdul Jalil di Seluyut telah
dapat ditawan oleh Raja Kecik dan menyebabkan Sultan Abdul Jalil berundur ke
Terengganu dan selepas 3 tahun membuka negeri di Kuala Pahang.
Seterusnya menceritakan mengenai Raja Kecik berpindah kerajaan dari Johor ke Riau
kerana menganggap Johor Tanah yang malang. Setelah Raja Kecik mengetahui Sultan
 Abdul Jalil membuka negeri di Kuala Pahang, baginda telah menitahkan Laksaman
Nakhoda Alam untuk menjemput Sultan Abdul Jalil datang ke Riau dan sekiranya
ditolak akan berlaku perang.

Pada awalnya, Sultan Abdul Jalil menolak dan telah menyebabkan berlakunya
peperangan dan Kuala Pahang telah kalah. Laksamana tidak mengapa-apakan Sultan

 Abdul
Sultan Jalil dan keluarganya
bersetuju. malah memujuk
Dalam perjalanan untuk ke Sultan untuk
Riau, datang ke
Laksaman Riau, dan
Nakhoda akhirnya
Alam telah
menerima surat daripada Raja Kecik melalui Emas Raden supaya membunuh Sultan
 Abdul Jalil, walaupun kandungan surat tersebut bertentangan dengan arahan yang
diterima pada awalnya, namun laksaman turut mengikutinya sebab surat tersebut
disahkan oleh Raja Kecik. Sultan Abdul Jalil telah mangkat dalam serangan tersebut.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 11/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Raja Sulaiman telah menyimpan dendam di atas kematian bapanya, lalu baginda
menghantar surat kepada adik beradik Opu untuk menyerang Raja Kecik. Adik beradik
Opu bersemangat untuk memulakan serangan dan Kelana Jaya Putera telah
bersumpah untuk menawan Riau dan diserahkan kepada Raja Sulaiman. Angkatan
perang itu diketuai oleh Opu Dahing Parani dan diikuti oleh Opu Kelana Jaya Putera,
Opu Dahing Cellak selaku panglima besar, dan Opu Dahing Menambun dan Opu
Dahing Kemasi masing-masing menjadi panglima perang kanan dan panglima perang
kiri.

Peperangan tersebut telah dimenangi oleh adik beradik Opu dan Riau dapat ditawan,
Raja Kecik telah berundur ke Lingga. Seterusnya, Opu Kelana Jaya Putera telah
mengembara ke Selangor untuk menguatkan lagi ketenteraan mereka. Pada masa
yang sama Raja Kecik telah kembali semula ke Riau dan mengalahkan tentera Bugis
yang tinggal dan membaiki semula kepercayaan rakyat Riau serta mengukuhkan
kembali kubu pertahanannya.

BAB 7: BUGIS DI SELANGOR

Mengisahkan mengenai Opu Kelana Jaya Putera bersama saudaranya yang berada
dalam Selangor untuk menguatkan ketenteraan mereka. Selain itu menceritakan
mengenai orang-orang Bugis yang telah memasang belat untuk menangkap ikan di
Kuala Linggi dan mendatangkan kemarahan kepada Penghulu Linggi. Maka Penghulu
Linggi bersama suruhannya telah merosakkan belat orang Bugis dan menghantarnya
kepada adik beradik Opu. Adik beradik Opu merasa sangat marah dengan tindakan
Penghulu Linggi itu lalu menyerang Linggi.

Selepas mengetahui bahawa dia tidak mampu berlawan dengan adik beradik Opu,
maka Penghulu Linggi telah meminta bantuan pemerintahnya yakni Raja Kecik. Maka
Raja Kecik telah mempersiapkan kelengkapan perangnya untuk menyelamatkan Linggi
dan berlakulah peperangan antara mereka, namun Raja Kecik telah mengalami
kekalahan yang teruk iaitu bukan sahaja kehilangan Linggi malah turut kehilangan Riau
kerana strategi peperangan Opu Kelana Jaya Putera yang bijak.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 12/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 8: PERTABALAN RAJA SULAIMAN

Mengisahkan mengenai adik beradik Opu yang ingin melantik Raja Sulaiman menjadi

raja Johor dan di semua daerah taklukannya, walaubagaimanapun Raja Sulaiman tidak
dapat dilantik tanpa semberab dan pedang kerajaan yang berada dalam simpanan
Raja Kecik. Maka, Kelana Jaya Putera telah bertolak ke Siak untuk mengambil alat
kebesaran tersebut dengan Raja Kecik.

Raja Kecik tidak mahu menyerahkan alat kebesaran itu kepada Kelana Jaya Putera
sehingga menyebabkan berlakunya peperangan di antara Bugis dengan MInangkabau.
Dalam peperangan tersebut Raja Kecik telah kalah dan menyerahkan semula alat
kebesaran tersebut kepada Kelana Jaya Putera.

Setelah mendapat alat kebesaran itu, Raja Sulaiman telah dilantik menjadi ketua
kerajaan menggantikan Sultan Abdul Jalil dan memakai gelaran Sultan Sulaiman Badrul
 Alam Syah. Selepas selesai urusan penabalan, Raja Sulaiman ingin melantik salah
seorang daripada 5 beradik Opu untuk menjadi Yang Dipertuan Muda untuk
memerintah kerajaan Johor, Riau, Pahang dan segala daerah taklukan. Pada awalnya,
adik beradik Opu menolak, namun demi menjaga air muka Raja Sulaiaman, Opu
Kelana Jaya Putera telah sanggup mengambil jawatan tersebut.

Seterusnya, mengisahkan mengenai Opu Dahing Cellak yang dikahwinkan dengan adik
Raja Sulaiman iaitu Tengku Mandak. Selain itu, Opu Kelana Jaya Putera telah
mengambil Tun Encik Ayu menjadi isterinya.

BAB 9: PERANG KEDAH YANG PERTAMA

Mengisahkan mengenai pelayaran Opu Dahing Parani bersama 2 saudaranya iaitu Opu
Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi ke Selangor. Tiba di Selangor, Opu Dahing
Parani telah berkahwin dengan anak Yang Dipertuan Selangor dan dikurniakan seorang
anak perempuan.

Pada masa tersebut, Raja Kedah telah mengutus surat kepada Opu Dahing Parani
untuk meminta bantuan mengambil alih kerajaan Kedah daripada saudaranya yang
lebih muda. Opu Dahing Parani bersama saudaranya telah bersetuju untuk membantu
dan Raja Kedah telah berjanji untuk memberi 15 bahara ringgit sebagai balasan.

 Adik beradik Opu telah berperang dengan Kedah dan telah dapat mengalahkan Raja
Muda Kedah, maka Yang Dipertuan Kedah(Raja Kedah) telah memberi 3 bahara ringgit
kepada adik beradik Opu dan meminta hutang yang selebihnya.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 13/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Seterusnya, Opu Dahing Parani telah mengahwini saudara Raja Kedah dan mendapat
seorang anak perempuan. Opu Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi telah
meminta izin untuk kembali ke Matan dan pada masa yang sama untuk singgah di
Sambas setelah menerima jemputan daripada Raja Adil(Raja Sambas)

Raja Adil telah megahwinkan Opu Dahing Kemasi dengan adiknya Raden Tengah,
maka Opu Dahing Kemasi telah digelar sebagai Pangeran Mangkabumi dan menjadi
pemerintah kerajaan Sambas. Opu Dahing Menambun pula telah pulang ke Matan dan
disambut oleh bapa mertuanya Sultan Muhammad Zainul Din dan digelar sebagai
Pangeran Emas Seri Negara dan isterinya Puteri Kesumba digelar Ratu Agung
Sunuhan dan memerintah negeri Mempawah.

BAB 10:PERANG KEDAH YANG KEDUA

Mengisahkan mengenai Raja Muda Kedah yang kalah dalam peperangan dengan adik
beradik Opu, maka Raja Muda telah meminta bantuan Raja Kecik. Raja Kecik telah
memberikan bantuan kepada Raja Muda dan mengahwini adik Raja Muda.

Setelah Raja Kedah mengetahui Raja Muda Kedah mendapat bantuan daripada Raja
Kecik, maka baginda telah memintan bantuan adik beradik Opu di Riau. Yang

Dipertuan Muda Riau(Opu


untuk mendamaikan Kelana dan
Raja Kedah JayaRaja
Putera)
Mudadan saudaranya
Kedah telah pergi
dan mengajak RajakeKecik
Riau
untuk bermuafakat bersama. Walaubagaimanapun, Raja Kecik hanya mencari jalan
untuk bergaduh sehingga menyebabkan berlakunya peperangan besar.

Dalam peperangan besar tersebut, Opu Dahing Parani telah terkorban dan banyak
nyawa antara kedua-dua pihak terkorban. Adik beradik Opu yang lain telah mengamuk
dan menyerang habis-habisan Raja Kecik dan menyebabkan Raja Kecik tewas dan
berundur ke Siak. Setelah Raja Kecik berundur, maka upacara pengebumian Opu
Dahing Parani dilaksanakan. Pada sanat 1137, Raja Kecik telah datang menyerang

Riau
telah dan menyebabkan
mencadangkan berlakunya
supaya peperangan
kedua-dua berterusan
pihak berdamai, maka
maka Orang-Orang
mereka Besar
telah berdamai
dan Raja Kecik telah kembali ke Siak.

Pada Hijrat Sanat 1138, Sultan Khalifah Allah Muhammad Syah telah pergi ke Kampar
dan membuat surat supaya Raja di Pagar Ruyung( Raja Kecik) dan Raja Johor
bersumpah setia iaitu : barangsiapa anak Minangkabau yang berada dalam

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 14/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

pemerintahan Johor hendaklah mengikut pemerintah Johor, jika tidak diikut akan
dimakan sumpah besi kawi tidak selamat sampai anak cucu.

Pada 1139, Raja Kecik telah melanggar sumpah dan menyerang Riau, namun Raja
Kecik telah dapat dikalahkan oleh Yang Dipertuan Muda. Pada masa yang sama Tun
Zainul Abidin telah dirajakan di Trengganu oleh Raja Tua di atas suruhan Raja
Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda.

BAB 11  – BUGIS DI MEMPAWAH

Opu Dahing Kelola berlayar ke Riau tetapi botnya dipukul angin dan ribut lalu berhenti
di Mempawah. Apabila sampai di Mempawah, baginda mengadap Pangeran Seri Emas
Negara iaitu Opu Dahing Manmbun. Lebih kurang sebulan di Mempawah, beliau
memohon untuk belayar ke Betawi dan meminta anak saudaranya iaitu Gusti Jameril
untuk di bawa bersamanya. Setelah sampai di Betawi, beliau membawa Gusti Jameril
berjumpa dengan Jeneral Imhuf. Kemudian, Gusti Jameril berlayar ke hulu Mempawah.
Beliau dibawa berjumpa dengan Pangeran Dipati. Pangeran Dipati senang dengan
kehadiran Gusti Jameril lalu disuruhnya Gusti Jameril bermalam disana selama 2
malam.

BAB 12  – PEPERANGAN DI MEMPAWAH

 Apabila Raja Landak mendengar Raja Pinang Sekayuk berperang dengan Raja
Bukit di Mempawah, baginda segera pergi ke Mempawah bersama-sama Raden
Othman melalui jalan darat. Setelah itu, mereka mendapat khabar daripada pihak
Sebukit yang mengatakan Yang Dipertuan Riau sudah datang dengan 7 buah penjajab.
Ratu bagus dan Pangeran Emas Seri Negara menyambut kedatangan mereka. Apabila
Ratu Bagus sampai ke rumah Tuan Imam Sebukit, baginda menyuruh Tuan Iman
memaklumkan kepada Pangeran Emas untuk berkahwin dengan anak baginda yang
bernama Utin Demawan. Setelah mendapat kata putus, Ratu Bagus berkahwinlah
dengan Utin Demawan. Selepas itu, mereka pergi untuk menyerang Pinang Sekayuk.
Raden Jaga mengarahkan orang-orangya menahan serangan daripada pihak Sebukit.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 15/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Orang-orang Pinang Sekayuk melarikan diri. Kira-kira dua hari bugis menyerang,
mereka berperang dengan orang-orang melayu.

BAB 13  – KEKACAUAN DI RIAU

Pada 10 Zulhijjjah, Raja Tua Dahing Memampuk mangkat. Hal ini menyebabkan
Yang Dipertuan Muda berdukacita kerana Raja Tua Dahing Memampuk merupakan
orang harapannya. Setahun kemudian, Sultan Sulaiman berangkat ke Siantan
manakala Yang Dipertuan Muda berangkat ke Selangor seterusnya ke Riau. Setelah
Raja Kecik dari Riau bersama Dahing Matekkuh, beliau memohon isterinya kembali
iaitu Raja Tengah tapi tidak dibenarkan oleh Raja Tua. Raja Kecik menjadi marah lalu

berpakat dengan Dahing Matekkuh untuk menyerang Riau. Setelah siap segala
kelengkapan perang, mereka keluar dari Siak. Apabila Yang Dipertuan Muda
mendengar khabar tersebut, beliau pun balik ke Riau lalu mengatur alatan perang.
Kekecohan bertambah dengan kedatangan Raja Alam ke Riau. Berlakulah peperangan
lalu Raja Alam berundur ke Sungai Tarum dan membuat kubu. Yang Dipertuan Muda
menyiapkan penjajab ke Sungai Tarum dan menyerang kubu Raja Alam. Raja Alam
tewas lalu berundur ke Sungai Sebadam.

BAB 14  – PERANG SAUDARA DI SIAK

kisah bermula dengan Raja Alam, Dahing Matekuh serta Raja Emas yang kalah
daripada serangan Riau dan mengalami kerugian. Setelah Raja Kecik mengetahui hal
itu, baginda berputus asa untuk menyerang Riau. Raja Kecik menyerahkan jawatannya
kepada Raja Alam untuk memerintah negeri Siak. Separuh daripada orang Siak

menyokong Raja Alam manakala separuh lagi menyokong Tengku Mahmud. Terjadilah
perang antara kedua belah pihak. Kedua-dua anak raja tersebut membuat kubu di
tempat yang berlainan. Raja Alam di Kota Tuan Besar manakala Tengku Mahmud di
Kota Besar. Raja Alam merasakan dirinya yang paling layak kerana lebih tua manakala
menurut Tengku Mahmud, dia yang paling layak kerana merupakan anak gahara. Berita
ini disampaikan kepada Raja Kecik. Raja Kecik mengambil keputusan untuk memilih

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 16/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

siapa yang menang. Raja Alam akhirnya mengundur diri membawa diri ke Batu Bahara
utnuk mencari kuasa. Kerajaan Siak diperintah oleh Sultan Mahmud. Tidak lama
kemudian, Raja Alam menyerang Siak. Sultan Mahmud tewas lalu berundur ke Pulau
Lawan. Baginda mengembara untuk mencari kuasa.

BAB 15  – PERBALAHAN ANTARA PERAK DAN SELANGOR

Ketika dalam perjalanan ke Selangor, berlaku perselisihan antara Yang


Dipertuan Muda dengan Raja Perak. Oleh kerana Raja Perak berkeras tidak ingin
mengikuti kata-katanya, Yang Dipertuan Muda marah lalu menyerang Perak. Raja
Perak membuat kubu tetapi tetap diserang oleh pihak Bugis. Setelah Perak kalah, Yang
Dipertuan Muda membuat perjanjian dengan Sultan Selangor. Yang Dipertuan Selangor
menyuruh Yang Dipertuan Muda pulang ke Riau. Pada masa ini, Riau menjadi negeri
yang makmur dengan hasil tanaman. Tidak lama kemudian, Yang Dipertuan Muda
gering lalu mangkat. Sultan Sulaiman melantik Dahing Kambuja menjadi Yang
Dipertuan Muda.

BAB 16  – PEPERANGAN DI SIANTAN

 Apabila Sultan Sulaiman mendengar khabar mengenai Siantan, baginda


bermesyuarat dengan Raja Kecik Trengganu serta orang-orangnya untuk menyerang
Raja Alam. Apabila mereka tiba di Siantan, berlakulah peperangan dengan Raja Alam.
Raja Alam mengarahkan panglima-panglimanya supaya melawan dengan bersungguh-
sungguh. Sultan Sulaiman dan Raja Kecik Trengganu tewas. Kemudian pihak Selangor
iaitu La Kanna mengadap Yang Dipertuan Muda. Setelah itu, Yang Dipertuan Muda
berangkat ke Siantan bersama-sama Tunku Raja Muhammad untuk mendapatkan

Sultan Sulaiman. Apabila tiba, baginda bermesyuarat dengan Yang Dipertuan Muda.
Ketika itu, datanglah angkatan-angkatan dari Siak. Setibanya mereka, mereka
mengadap Sultan Sulaiman dan disoal oleh Yang Dipertuan Muda mengenai tujuan
mereka. Setelah selesai mesyuarat tersebut, Yang Dipertuan Muda menyuruh pihak
Bugis menyerang kubu Terampak itu. Dalam peperangan ini, Raja Alam tewas kerana

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 17/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

ramai panglima-panglimanya telah mati. Setelah Raja Alam berundur Yang Dipertuan
Muda memohon untuk pulang ke Riau.

BAB 17  – PERMUSUSHAN TERHADAP BUGIS DI RIAU

Setelah Sultan Sulaiman menyerang Riau, hubungannya dengan pihak Bugis


bertambah rapat. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak
sebelah melayu. Raja Kecik menyebarkan fitnah mengatakan Bugis hendak mengamuk
dan membakar rumah. Yang Dipertuan Muda menjalankan penyiasatan tentang fitnah
tersebut bagaimana cerita itu tersebar dan siapa yang yang menyebarkan tetapi tidak
ada seorang pun mengaku. Selepas 10 hari, datang pula fitnah yang mengatakan orang
Bugis hendak menceroboh rumah Tun Wangsa. Terjadilalh huru hara pada malam itu.
keesokannya, Yang Dipertuan Muda pergi ke balairung seri untuk mengadap baginda.
Setelah itu, tahulah bahawa pihak melayu sengaja mendatangkan fitnah. Yang
Dipertuan Muda mengambil keputusan untuk keluar dari Riau. Tinggal Raja Haji di
Riau. Setelah itu, datang pula kekacauan daripada Raja Kecik mengenai kedatangan
sebuah kapal holanda ke Riau. Raja Haji menjadi marah lalu menyiapkan penjajabnya.
Raja Abdul Jalil memanggil Raja Kecik, Bendahara dan pihak melayu supaya berdamai
dan memohon Raja Muda balik ke Riau. Ketika dalam perjalanan untuk menjemput
Raja Muda, Raja Kecik mengajak Raja Haji singgah di Melaka terlebih dahulu. Baginda
ingin berjumpa dengan Gabernur Melaka dan memberitahu Sultan Sulaiman ingin
membuang Bugis dari Riau kerana Bugis merampas kerajaan Johor.

BAB 18  – PEPERANGAN DENGAN BELANDA DI MELAKA

Kisahnya bermula dengan perkataan Raja Alam di negeri Matan. Selepas


beberapa lama di negeri tersebut, Raja Alam memohon kepada Sultan Matan bahawa
beliau ingin berlayar balik ke barat. Setelah itu, Sultan Matan membekalkan barang-
barang yang patut kepada adat istiadat raja-raja yang berlayar. Maka Raja Alam pun
berlayar dari Matan lalu masuk ke Batu Bahara dan menetap di Batu Bahara. Apabila
Raja Alam mendengar Yang Dipertuan Muda berbincang dengan Penghulu Rembau,
Raja Alam pun pergilah ke Rembau untuk bertanya khabar Yang Dipertuan Muda yang

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 18/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

pernah dijumpai di Siantan. Yang Dipertuan Muda memberitahu bahawa beliau telah
difitnah oleh Raja Kecik Trengganu. Disebabkan itu, Riau, Melaka dan Linggi menjadi
huru hara.

Usai bertanya khabar Raja Alam balik ke Batu Bahara dan mengumpulkan orang
bawahannya dengan tujuan membantu Yang Dipertuan Muda. Yang Dipertuan Muda
berbincang dengan semua penghulu Rembau dan membuat perjanjian dengan pihak
Bugis di Linggi. Selepas 15 hari berikutnya, Melaka diserang. Kemudian, Yang
dipertuan Muda membuat kubu di Kelebang, kubu tersebut merupakan tempatnya untuk
bersemayam. Setelah beberapa lama, orang suruhan dari Rembau memberitahu
bahawa anak kepada Raja Muda iaitu Raja Linggi mangkat. Setelah mendengar khabar
tersebut, Yang Dipertuan Muda berangkat ke Rembau dan mewakilkan kepada Raja
Sa’id dan Raja Alam untuk menghadapi perang itu.

BAB 19  – RAJA HAJI PULANG KE RIAU

Kisah bermula dengan Yang Dipertuan Muda di Selangor. Apabila selesai


daripada menikahkan Raja Haji dengan puteranya iaitu Raja Perak, beliau pun kembali
ke Pedas bersama-sama Raja Selangor dan orang-orangnya. Setelah itu, mereka pun
berangkat ke Melaka. Gebernur menyuruh mereka tinggal di sebuah rumah di
Tengkera dan mereka diraikan dengan meriah dan dijamukan makanan serta minuman.
Mereka mula berbicara mengenai pedamaian dan permuafakatan antara syarikat
Holanda dengan Yang Dipertuan Muda seta pihak Bugis. Setelah itu, Yang Dipertuan
Muda pulang ke Pedas. Raja Haji dan Yang dipertuan Muda berpakat untuk pergi ke
Riau untuk pergi membincangkan perjanjian antara Bugis dengan Melayu.

Dalam perjalanan ke Riau, Raja Haji berselisih dgn Raja di Baruh. Apabila Raja
Haji sampai di Riau, terjadinya huru hara kerana menyangka Raja Haji datang untuk
menyerang Riau. Raja-raja serta panglima Melayu ingin menembak Raja Haji tapi tidak
hiraukan olehnya. Raja Haji ditanya oleh baginda ketika beliau menghadap baginda
mengenai tujuannya datang ke situ. Apabila mendengar sembah paduka itu, baginda
menyuruh orang-orangnya menjemput paduka anakda Raja di Baruh supaya balik ke

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 19/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Riau dengan segera. Mereka memaklumkan kepada Raja di Baruh bahawa baginda
menyuruhnya ke Riau memandangkan Raja Haji telah pun berada di Riau. Setelah
mendengar titah itu, Raja di Baruh menyuruh supaya memaklumkan kepada Raja
Selangor untuk bersama-samanya pergi ke Riau. Keesokannya, Sultan Sulaiman
bertitah kepada raja-raja tersebut supaya memanggil Raja Muda di Linggi. Raja di
Baruh meminta untuk ke Selangor terlebih dahulu bersama Raja Selangor. Selepas
beberapa harinya di Selangor, Raja di Baruh gering. Raja Selangor memanggil dukun-
dukun untuk mengubati Raja di Baruh.

BAB 20  – KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN

Kisah bermula dengan Sultan Sulaiman di Riau. Kata sahibul hikayat, baginda
gering setelah anak baginda, Raja di Baruh berlayar ke Linggi. setelah beberapa hari
gering, baginda meninggal dunia. Dato’ Bendahara menguruskan jenazah baginda dan
bersedekah kepada fakir miskin. Usai dimakamkan, Dato’ Bendahara mengarah orang
suruhannya untuk memberitahu Raja di Baruh dan Yang Dipertuan Muda. Setelah Raja
di Baruh mengetahui hal itu, beliau gering lalu dalam beberapa hari beliau mangkat.
Yang Dipertuan Muda membawa jenazah tersebut berlayar ke Riau dan jenazah
tersebut di makamkan bersebelahan dengan ayahanda Marhum Sultan Sulaiman.
Seterusnya Riau diperintah oleh Yang Dipertuan Muda dan baginda telah berjaya
memajukan Riau. Yang Dipertuan membuat istana di Pengkalan Rama yang
diperintahkan oleh Raja Haji.

BAB 21  – BELANDA MENUNTUT GANTI RUGI PERANG

Setelah mendengar bahawa negeri Riau sudah makmur, Gebernur Melaka


mengarahkan kapal perangnya untuk meminta hutang daripada Sultan Sulaiman.
 Apabila tiba di Riau, beliau menunggu Sultan Ahmad yang masih muda untuk
melangsaikan hutang. Dengan takdir Allah, Sultan Ahmad gering lalu mangkat
beberapa hari kemudian. Usai menguruskan jenazah Sultan Ahmad, Yang Dipertuan

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 20/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Muda bermesyuarat dengan Bendahara, pihak melayu dan pihak Bugis mengenai
pengganti Sultan Ahmad. Pihak melayu memilih saudara-saudara Sultan Ahmad yang
berada di Baruh iaitu Tengku Abdul Kadir dan Tengku Othman manakala pihak Bugis
memilih anak gahara iaitu Raja Mahmud dan Tengku Putih. Berlaku lah perbalahan lalu
Yang Dipertuan Muda memilih untuk mengadak perjumpaan pada keesokan harinya.
 Akhirnya Raja Mahmud dipilih dan dipersetujui semua.

BAB 22  – KEGIATAN RAJA ALAM DI SIAK

Setelah Raja Alam mendengar khabar tentang kemangkatan Raja Mahmud,


baginda pergi ke Melaka untuk berjumpa dengan Gebernur Melaka. Mereka mendapat
perintah daripada Betawi bahawa negeri Siak harus diberi pengajaran dan sesiapa
yang ingin memerintah negeri Siak, mereka akan tolong. Setelah memastikan
kelengkapan perang sedia, mereka bersedia menyerang Siak. Kedua pihak
berperangan, banyak kelengkapan Siak rosak sampaikan benteng-benteng untuk
melindungi negeri Siak habis dicabut oleh pihak lawan. Raja Ismail lari ke kubunya.
Malangya kubunya turut diserang. Maka Raja Ismail serta mengikutnya lari ke Riau.
Setelah Siak tewas, Raja Alam menjadi Yang Dipertuan Besar Siak. Raja Ismail
berlayar ke Trengganu dan berpakat dengan Yang Dipertuan Trengganu untuk
menyerang Riau.

BAB 23  – ANCAMAN SIAK-TRENGGANU TERHADAP RIAU

Yang Dipertuan Muda mendapat khabar tentang kepakatan Yang Dipertuan


Trengganu dengan Raja Ismail hendak menyerang Riau. Maka Yang Dipertuan Muda
berkata bahawa pihak melayu dengki dan akan Bugis. Setelah itu, Yang Dipertuan
Muda mengarahkan sebuah kakap ke Selangor untuk memberitahu Raja Sekangor dan
sebuah lagi kakap ke Indera Giri untuk memberitahu Raja Engku Kelana. Apabila Yang
Dipertuan Muda tiba ke istananya, baginda menyuruh putera-puteranya pihak melayu
berkumpul di Pulau Bayan. Pihak melayu mengirimkan surat kepada Raja Ismail agar

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 21/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

baginda tidak menyerang Riau pada masa ini kerana mereka semua dikumpulkan oleh
Raja Muda di satu tempat. Setelah menerima khabar itu, Raja Ismail resah. Raja Ismail
tetap ke Riau bersama saudaranya iaitu Raja Abdullah. Apabila Yang Dipertuan Muda
mengetahui tentang kedatangan Raja Ismail, baginda mengarahkan puteranya, Raja
 Andut dan Raja Abdul Samad untuk menyerang Raja Ismail. Perahu Raja Abdulllah
telah dikepung oleh pihak Bugis. Apabila Raja Abdullah terlepas, pihak Bugis naik ke
perahu tersebut dan berlawan denga panglima Tala dan kadim iaitu panglima Raja
 Abdullah. Kedua-duanya ditangkap oleh pihak Bugis. Setelah Raja Ismail kalah,
baginda lari balik ke Siak dan merayau ke sana ke mari untuk mencari kekuatan.

BAB 24  –  SENARAI PEPERANGAN BUGIS-MINANGKABAU DAN PERTABALAN


RAJA SELANGOR YANG PERTAMA

Perang pertama

Ketika opu-opu lima beradik mengambil Riau daripada tangan Raja Kecik, lalu
menyerahkan Riau kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Perang kedua

Ketika Raja Kecik kalah dalam peperangan di Riau lalau lari ke Lingga dan diikuti oeh
pihak Bugis lau berperang. Setelah itu Raja Kecik tewas dan balik ke Riau. Ketika itu,
kesemua opu-opu tersebut telah berada di Selangor.

Perang ketiga

Perang Linggi ketika Raja Kecik membantu Penghulu Linggi berperang dengan pihak
opu-opu tersebut. Maka Raja Kecik pun tewas dan pergi ke Siak. Baginda membuat
negeri di Buantan dan menetap disitu.

Perang keempat

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 22/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Perang berlaku ketika opu-opu tersebut menyerang negeri Siak sebab kerajaan yang
diperintahkan oleh Sultan Sulaiman diambil oleh Raja Kecik. Dalam peperangan
tersebut, Raja Kecik kalah. Maka kerajaan Johor dipulangkan kepada Sultan Sulaiman.

Perang kelima

Perang yang berlaku di negeri Kedah antara pihak Kedah dengan Raja Kecik. Perang
yang berlaku ini bukan kali yang pertama. Dalam perang yang kedua, Raja Kecik tewas.
Ketika perang ini berlaku, Opu Dahing Perani mangkat lalu Raja Kecik balik ke Siak.

Perang keenam

Raja Kecik menyerang Siak. Perang ini tidak lama kerana tidak lama kemudian, mereka

berdamai.

Perang ketujuh

Raja Kecik menyerang Riau lalu berkubu Raja Kecik berkubu di Pulau Bayan.

Perang kelapan

Raja Kecik menyerang Riau dan berlabuh Penyengat. Raja Kecik kalah lalu lari sampai
ke Ungaran.

Perang kesembilan

Raja Kecik menyuruh Raja Alam dan Dahing Makettuh menyerang Riau. Setelah kalah,
Raja Kecik berundur ke Siak.

Perang kesepuluh

Perang antara Raja Ismail dengan Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja di
Singapura.

Kata Sahibul Hikayat, Raja Haji Kelana pergi ke Selangor untuk meminang anak Yang
Dipertuan Muda Dahing Kambuja iaitu Raja Penuh kepada anakya, Raja Ali. Tidak

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 23/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

beberapa barada di Selangor, Raja Haji berangkat ke Riau bersama Raja Selangor.
Pada suatu hari, Raja Selangor pergi ke Pangkor. Apabila Yang Dipertuan Perak
mengetahui hal tersebut, baginda mempersilakan baginda masuk ke Perak. Setelah
berbincang, Yang Dipertuan Perak melantik Raja Selangor itu sebagai raja di Selangor.

Bab 25  – PERISTIWA DI KEDAH DAN TRENGGANU

Yang Dipertuan Kedah mempunyai seorang anak lelaki bernama Raja Abdullah.
Baginda ingin meminang anak Yang Dipertuan Selangor iaitu Tengku Besar kepada

Raja Abdullah. Lebih 3 bulan berkahwin, Raja Abdullah meminta kebenaran untuk
pulang ke Kedah. Setelah mendapat kebenaran, baginda berangkat ke Kedah. Raja
 Abdullah berjanji akan pulang dalam masa 3 bulan. Malangya tiada khabar berita
mengenai Raja Abdullah dalam tempoh 3 bulan tersebut.

Setelah Orang Kaya Dewa Perkasa mengetahui tentang pelayaran Raja Ismail
ke Siantan, baginda bersiap-siap untuk membuat kubu kerana baginda berfikir bahawa
Raja Ismail datang untuk berperang. Setelah Raja Ismail mendapat harta yang banyak
di Siantan, baginda berlayar ke Trengganu dan menetap di seuah rumah yang di beri
oleh Raja Trengganu. Kemudian, Raja Ismail meminang anak Yang Dipertuan
Trengganu. Majlis perkahwinan mereka dilakukan dengan penuh adat istiadat.

BAB 26 -BELANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN RIAU

Setelah kehilangan Raja Haji Al-marhum maka berlakulah perebutan pangkat


dan harta yang ingin mengantikan arwah beliau sebagai Yang dipertuan muda
Riau.akhirnya Raja Ali telah dilantik menjadi yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana Raja
 Ali seorang yang lebih tua dari semua anak Raja Haji itu.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 24/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

  Selepas tiga bulan berlalu maka angkatan tentera Melaka datang menyerang
negeri Riau. Dalam suasana Riau huru-hara akibat perbalahan antara suku-suku bugis
dan suku-suku melayu yang tiada kesudahan lalu keluarlah Raja Ali dari Riau dan
diikuti oleh suku-suku bugis keluar dari Riau ke negeri Mempawah serta ke Sukadana.

Setelah Yang Dipertuan Muda Raja Ali dari Riau maka Raja Tua dan suku-suku
Melayu telah merampas istana YDP Muda Raja Ali itu serta harta yang ada dalam
istana. Maka ramai yang mendapat harta serta Raja Tua mendapat harta yang haram
yang kuasa. Sultan Mahmud tidak berkata apa-apa kerana terlalu uzur dan tua untuk
berlawan bertambah pula kaum bugis sudah semakin bertaburan.

 Apabila tiba angkatan Holanda dari Melaka iaitu raja laut yang bernama Piter

Jakud Pemberam, maka raja tua pun memberikan khbar iaitu suku-suku melayu tidak
campur tangan dgn raja haji dan segala suku bugis sudah habis keluar dari Raiu.
Sekarang di Riau Raja tua yang menguasai dan mengawal kerana raja mahmmud
sudah tua dan uzur. Setelah raja laut dengar akan cerita itu, raja laut tersenyum dan
menyuruh berbuat perjanjian berbaik-baik serta boleh meninggalkan seorang wakil di
Riau bagi menolong Tuan Sultan. Maka terbentuklah perjanjian dala kapal perang
bernama ‘Utrik’. 

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 25/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 27 - BELANDA MENGEPUNG SELANGOR

Yang Dipertuan Selangor berada di Pahang berbincang dgn Datuk Bendahara


serta orang-orang besar negeri pahang untuk menyerang Selangor. Yang Dipertuan
Selangor dengan orang Pahang bertolak malan dan bersembunyi di rumah Punggawa
Pematang. Maka bertitah lah Yang dipertuan Selangor untuk menyerang bukit itu.

Pada malan keesokan hari berperang lah mereka di bukit tersebut secara
mengejut. Maka Holanda yg berada di kubu bukit itu mempertahankan diri dan menutup
pintu kota maka pada siang yang tuan Selangor pun berundur pematang. Pada malan
itu Holanda sempat melarikan diri dgn kapal balik ke Melaka. Selangor jatuh ke tangan
Yang Dipertuan Selangor semula.

 Apabila Piter Jakud Pemberam dapat tahu, beliau membawa dua buat kapal
perang ke Kuala Selangor kira-kira sebelas bulan, bila sampai di Selangor Piter Jakud
ingin berdamai dan membuat surat janji ada kira-kira dua puluh fasal. Akan tetapi Yang
Dipertuan Selangor cuma dapat terima dua tiga fasal sahaja. Oleh kerana tiada
penyelesaian maka Holanda berperanglah dengan Selangor.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 26/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 28 -KEMANGKATAN RAJA HAJI

Setelah Sultan Ibrahim dan adinda baginda Yang Dipertuan muda Raja Nala
mendengar berita tentang ayahnya iaitu Raja Haji berperang dengan Holanda di Riau
 jadi berbincanglah mereka dengan pembesar-pembesar di Selangor untuk menyertai
ayandanya menyerang melaka bersama-sama. baginda telah singgah ke Rembau dan
seterusnya ke Pedas untuk merancang membuat kubu di Batang Tiga. Maka datanglah
Holanda dari melaka berperang di kubu itu seterusnya tewaslah angkatan dari Melaka
dan berundur balik ke Melaka.

 Apabila gabenor Melaka memhantar surat ke Piter Jakud Pemberam maka


berlayarlah raja laut itu ke Melaka dengan kapal-kapalnya. Kerana keinginan Raja Haji
ingin memdapatkan Melaka kembali telah menyerang sebelah barat Melaka maka
tewaslah kubu orang Holanda Melaka di sebelah barat. Seterusnya raja haji telah
menyerang dari timur Melaka pula. dalam peperangan itu Punggawa telah
mengarahkan mara dan merampas meriam. Hasilnya mereka dapat menawan lapisan
kubu Melaka.

Maka orang Holanda Melaka tewas lalu berundur masuk ke negeri Melaka dan
telah dikepung oleh Raja Haji. Selama setahun berperang maka Holanda Melaka
semakin lemah tetapi datanglah batuan dari betawi iaitu dari Raja laut. Maka tewaslah
angkatan Raja Haji serta kemangkatan beliau kerana berperang dengan Piter Jakud.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 27/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 29 - KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD

Semasa Sultan Mahmud berada di negeri Lingga dan Yang Dipertuan Muda
Jaafar negeri Riau. Maka datanglah seorang Lebai dari golongan Minangkabau ke
negeri lingga yang bernama Lebai Tamat. Lebai Tamat Mengaku dirinya adalah orang
alim dalam mengajar ilmu agama kepada orang lingga akan tetapi ilmu yg diajar itu
adalah ilmu sesak. Kebanyak orang yang menuruti lebai adalah kebanyakkan dari
golongan bugis.

Oleh kerana itu,datanglah pengawai-pengawai Lingga memberitahu kepada


Yang Dipertuan Muda Sultan Mahmud maka Lebai dan murid telah diarahkan segera
bertaubat. Tetapi lebai dan anak murid-muridnya melarikan ke Lambung. Seterusnya
lebai tamat mengaku pula dirinya Yang Dipertuan Muda Al-Marhumraja. Apabila orang-
orang Lampung bercaya jadi semakin ramailah pengikutnya.

Semasa Yg Diperbuat Muda kelaur dari Lingga ke Riau. Datanglah lebai tamat
dgn pengikut-pengkut ke Lingga dan mempegaruhi Raja Idris. Apabila Sultan Mahmud
mengetahui akan hal itu. maka Sultan Mahmud mengarahkanlah semua rakyat

membunuh Lebai Tamat dan pengikutnya. Tetapi Lebai Tamat disembunyikan oleh
Raja Idris dan dilepaskan di Indera Giri. Apabila Sultan Mahmud mendapat tahu lebai
masih hidup maka semakin marahlah beliau. Maka sultan Mahmud mengirim surat
kepada Raja Jaafar lalu marahlah baginda akan lebai selepas membaca surat tersebut.

Baginda telah menghantar paduka anakanda raja Ismail ke Indera Giri. Dengan
kebijaksanaan beliau akhirnya Lebai tamat diserahkan kepada Raja jaafar lalu dibunuh
dan kepalanya dihantar kepada Sultan Mahmud. Setelah berapa lama Sultan Mahmud

memerintah. Akhirnya sultan Mahmud Mangkat.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 28/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 30 -PERCUBAAN BERDAMAI DENGAN BELANDA

Sultan Mahmud di dalam negeri Terengganu berbincang dengan Yang Dipertuan


Terengganu lalu baginda meminta berbaik-baik antara baginda Kompeni Holanda.
Setujulah Yang dipertuan Terengganu dalam perbincangan itu dan meyuruh Sultan
Mahmud berlayar ke Pahang menantikan berita dari Pahang sahaja.

Yang Dipertuan Terengganu menyuruh seorang bernama Encik Ismail dan


seorang lagi Wan Kobat iaitu Seri Setia, berlayarlah mereka bertemu Piter Jakud
Pemberam di negeri Riau. Setelah Piter jakud memdengar surat dari Yang Dipertuan
Terengganu itu maka beliau ketawa dan mengangguk kepalanya lalu berkata. ‘Terlebih
baik kita percayakan bugis yang melawan kita berperang ini daripada kita percaya
kepada Raja Terengganu yg tiada melawan kita berperang’. Dibalasnya surat dari yang
dipertuan Terengganu itu dengan ayat-ayat kasar.

Setelah yang dipertuan Terengganu mendapat tahu akan hal itu maka niat
mereka telah terhapus dan baginda melupakan akan niat tersebut. Raja Mahmud yangg
menunggu berita itu di Pahang telah kembali ke lingga dan memajukan negeri lingga

kerana tiada tanda-tanda niatnya akan Berjaya.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 29/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 31 - PERDAMAIAN DI ANTARA BUGIS DAN MELAYU.

Yang Dipertuan Raja Ali balik ke Riau di Tanjung Ungkat. Pada masa itu Riau di
ptakbir oleh Engku Muda. Setelah orang-orang bugis memdapat tahu yang RajaAali
sudah kembali. Orangg bugis- bugis telah berjumpa dengan yang DiPertuan Muda lalu
berlakulah selisih faham antara rakyat Riau iaitu org melayu dan bugis.

Lalu berlakulah perang antara kedua pemerintah Riau tersebut, setelah lama
berperang Engku muda akhirnya tewas kepada raja ali maka Engku muda pun
berundur ke Bulang untuk merancang serang balas. Kematian Raja Husin iaitu anak
kepada Sultan Mahmud Rajayang tidak disegajakan dalam perang kedua pihak telah
menyebabkan Sultan Mahmud Raja campurtangan untuk mendamaikan antara dua
pihak.

 Ahkirnya Sulan Mahmud Raja telah merancang untuk bertemukan Raja Ali
dengan Engku Muda dan menasihati meraka. Rancangan telah berjaya menyatukan
antara Raja ali dengan Engku Muda.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 30/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 32 -PERISTIWA DI SIAK

Setelah Saiyid Ali mendengar yang Dipertuan Muhammad Ali mangkat. Cepat-
cepat beliau menyiap kelengkapan perang iaitu kira-kira dua puluh buah kapal di Bukit
Batu. Berita tentang kelengkapan perang yang disediakan oleh Saiyi Ali ini telah sampai
ke siak Maka Yang Dipertuan Besar siak bimbanglah dan menyuruh pegawainya
memeriksa di Bukit Batu.

Tidak berapa lama muncul pula berita yang Saiyid Ali telah ulang alik dengan
kelengkapan perang di kawasan Siak. Disebabkan itu Yang Dipertuan Besar telah
menyuruh membuat kubu tetapi dimarahi dan dihalang oleh Yng dipertuan Muda siak
kerana beliau tidak bertindak terburu-buru tanpa usul periksa..

Saiyid Ali hendak berperang dgn Kampar kerana Kampar tidak mengikut
perjanjian yang ditetapkan. oleh itu, Saiyid Ali telah memujuk Yang Dipertuan Muda
Siak berkerjarsama. Akan tetapi Yang Dipertuan Muda tidak mahu campurtangan
dalam hal ini. Yang Dipertuan Muda Siak telah mengirimkan surat kepada Kampar
tentang niat Saiyid Ali. Maka berperanglah meraka tanpa Yang Dipertuan Muda Siak

campurtanggan..

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 31/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 33 -PERISTIWA DI TERENGGANU, KALIMANTAN DAN SIAK

Pada Hijrat sanat 1206 selepas perang Linggi dan Riau reda Raja Mahmud telah
bertolak ke Terengganu untuk berbincang dengan Yang Dipertuan Muda Terengganu
untuk membaiki hubungan negeri Johor dengan bersama Kompeni Holanda. Maka
Yang Dipertuan Muda Terengganu sanggup membaiki hubungan baginda itu dengan
Kompeni Holanda itu akan tetapi perlu diutuskan ke Melaka. setelah baginda megetahui
hal itu maka baginda duduk lah berdiam dalam Terengganu.

Raja Ali yang ke Mempawah telah menjadi raja di Mempawah. Di Mempawah


disambut baik oleh Panembahan Adi Wijaya dengan makan minun, bergurau senja
kemudian dinikah dengan anak saudaranya yangg bernama Utin Selamah. Selepas
diijat Kabulkan Raja Ali telah pun berpindah ke Sukadana. Maka Sukadana dijadikan
negeri dengan membina kota dan istana maka ramailah yg berdagang masuk ke negeri
tersebut. Yang Dipertuan Muda Raji Ali akhirnya dapat hasil-hasil ganti harta yg
dibinasa di dalam negeri Riau itu.

Yang Dipertuan Muda Muhammad Ali yg berada di negeri Siak telah menjadi

Yang Dipertuan Siak pada masa itu dan anak saudara bernama Raja Yahya Iaitu Yang
Dipertuan Muda. Saiyid Ali Adalah menantu Yang Dipertaun Muhammad ali. Saiyid Ali
telah bersiap dengan Kelangkapan kira-kira tiga puluh buah kapal telah berperang dan
menawan negeri-negeri kecil-kecil. Maka sampai di Kuala Singgora lalu diseranglah
oleh Saiyid ali merampas harta benda dan melarikan diri ke Terengganu kemudian
kembali ke siak. Raja singgora telah menghantar hulubalang untuk menetang mereka
tetapi sudah terlambat.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 32/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 34 -PERMUSUHAN MELAYU- BUGIS BERTERUSAN

Yang Dipertuan Muda Raja Ali duduk di negeri Sukudana. Beliau telah difitnah
oleh orang-orang yang dengki terhadap negari Sukudana yang aman dan sentosa itu.
oleh sebb itu maka Holanda dan Sultan Pontianak berperanglah dengan Yang dipertua
Raja Ali di negeri Sukudana. Setelah berapa lama berperang akhirnya tewas juga Raja
 Ali kerana berperang dengan dua pihak dan dua bangsa.

Berundurlah Raja Ali ke Lawar lalu berlayar ke Tambelan seterusnya ke Siantan.


Raja Ali menetap di Siantan dengan bantuan orang di sana, Raja Ali membuka
perniagaan secara la kadar. Setelah berapa lama, Raja Ali telah berlayar ke Selangor
untuk berjumpa saudara-mara beliau. Yang Dipertuan Selangor telah berjumpa Raja Ali
dan menasihati baginda supaya ke Melaka untuk berjumpa gabenor Melaka bagi
memperbaiki hubungan antara bugis-bugis dan juga Kompeni Holanda. Holanda
menerima permohonan Raja Ali dan disambut baik oleh Holanda.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 33/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 35 -PERPINDAHAN DARI RIAU KE LINGGA

Setelah beberapa bulan Sultan Mahmud berada di negeri Riau bersama  –sama
orang holanda. Sultan Mahmud dan Raja Indera Bungsu sudah tidak tahan dengan
cara fetur yang mengunakan kekerasan dan juga sindiran kepada Raja maka Raja
meminta bantuan Raja Tempasuk untuk menyerang Holanda.

Raja Tempasuk telah mengarahkan tiga anakmya iaitu Raja Tembak, Raja
 Alam, Raja Muda serta Raja ismail menjadi panglima besar dalam perlayaran kira-kira
30 buah ke Riau untuk menolong Sultan Mahmud.

 Apabila sampai di belakang Riau maka Raja Indera Bungsu memberitahu


kepada fetur Holanda yang lanun mahu menyerang. Tidak sempat orang Holanda
menyiapkan kelengkapan perang maka diseranglah oleh anak Raja Tempasuk.
Berperanglah mereka dalam perang tersebut Riau tidak memberikan bantuan kepada
Orang Holanda jadi ramai tentera yang mati lalu mereka berundur balik ke Melaka.
setelah mendapat berita tentang kejayaan itu Raja Mahmud meynyambut anak Raja
Tempasuk memjamu di istana beliau dan berbaik-baik. Akhirnya Raja Mahmud

mengambil keputusan untuk berpindah ke Lingga kerana belaiu tahu Holanda pasti
akan kembali membawakan angkatan perang yang lebih besar.

Setelah Piter Jakud sampai di Riau beliau melihat suku-suku melayu sudah
tiada seorang pun di Riau yang tinggal hanyalah orang kuli-kuli cina sahaja.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 34/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 36 -RAJA HAJI MELAWAT PONTIANAK

Pangeran Syarif Abdul Rahman Bin Saiyid Al-Syyarif Husin Al-Kadri. Beliau
adalah anak kepada orang matan, beliau mendapat gelaran Pangeran itu di negeri
Banjar selepas beristerikan anak saudara Sultan Banjar yang bernama Ratu Syahar
Banun. Bermulanya cerita ini apabila Pengeran Syarif Abdul Rahman pergi ke negeri
Sanggau untuk melakukan perniagaan di sana. Tetapi ditahan oleh Panembahan
Sanggau dan tidak membenarkannya berniaga. Apabila Pangeran Syarif Abdul
Rahman berkeras hendak berniaga juga maka jadi la perbalahan antara dua pihak
bertambah buruk lagi apabila perahu-perahu Syarif Abdul Rahman ditembak. Maka

terjadilah peperangan antara mereka .

Selama tujuh hari berperang akhirnya tewaslah Pangeran Syarif Abdul Rahman
lalu beliau berundur balik ke Pontianak. Selama lapan bulan beliau ada disana, belaiu
telah memyiapkan perahu besar seterusnya berlayarlah beliau ke Riau untuk meminta
bantuan. Apabila Raja Haji mendengar Khabar dari Pontianak maka bersiaplah ia
dengan kelengkapan perang dan berlayar samapai ke Muntuk. Setelah Sultan
Palembang mendengar yang Raja Haji di Muntuk. Beliau berasa sangat risau kalau-
kalau Raja Haji masuk ke Palembang, maka berbincanglah Raja Palembang dengan
menteri-menterinya. Raja Palembang pun menyuruh seorang menteri memeriksa Raja
Haji, maka jawad Raja Haji’ Kita ini hendak perhi ke Mempawah ziarah ke makan Tuan
Besar Mempawah serta hendak ke Pontianak’ seteah Raja Palembang dapat tahu akan
itu. Belaiu member kerangka wang serta harta kepada Raja Haji. ‘kita kirim salam
takzim kepada saudara kita Sultan Palembang itu dan kita menerima kasih kepadanya
yang amat banyak tiadalah kita masuk masuk ke dalam Palembang lagi, kerana kita

hendak segera berlayar sekadar singgah mengambil air dan kayu jua di Muntuk ini,
 janganlah saudara kita berkecil-kecil hati akan kita’ maka tersenyumlah Raja
Palembang.

 Apabila Raja Haji tiba di Mempawah disambutlah oleh Pangeran Adi Wijaya, iaitu
Guti Jameril putera paduka ayahanda baginda Opu Dahing. Setelah melawat makan

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 35/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Tuan Besar Mempawah dan dijamukan makan. Raja Haji terus ke Pontianak untuk
berjumpa dengna Pangeran Syarif Abdul Rahman. Setelah tbanya disana Raja Haji
disambut baik Oleh Pangeran di istana dengan joget jawa dan jambi. Tidak berapa
lama Pangera memceritakan tentang pergaduhan pengeran dgn Panembahan
Sanggau itu. Setelah memdengar cerita itu berkata lah Raja Haji ‘ Apalah lagi kita
panjang-panjangkan lagi marilah kita langgar semula’.  

Maka berlayarlah Raja Haji dan Pangeran Syarif Abdul Rahman ke Sengkadau.
Berperangalah mereka pada dua puluh enam haribulan Muharram sanat 1192 di kubu
sanngau dan tewaslah negeri Sanggau pada sebelas haribulan safar sanat 1192.
Setelah berperang Raja Haji telah melantik Pangeran Syarif Abdul Rahman sebagai
Raja di Pontianak.

BAB 37 -RAJA HAJI MENJADI YAMTUAN MUDA RIAU

Setelah kemangkatan paduka ayahanda Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja


iaitu Marhum Janggut di dalam negeri Riau, maka Sultan Mahmud menunggu
kepulangan Raja Haji dari Pontianak. Datanglah surat dari Pahang mengatakan Raja
Haji berada di negeri Pahang dan telah dilantik oleh datuk Bendahara. Baginda
berangkatlah ke Pahang, di Pahang yang Dipertuan Muda Raja Haji dan Bendahara
menyambut kedatangan baginda. Tidak berapa lama hari kemudian Sultan Mahmud
dan Yang Dipertuan Muda Raja Haji kembali ke Riau dan beliau membuat istan di
Pulau Malam Dewa dengan kota-kota yang indah serta istananya diperbuat oleh emas
dan perak seperti talam dan ceper dibuat dari china.

Pada zaman pemerintahan Yang Dipertuan muda Raja Haji ini ramai rakyat dari
negeri lain menetap di Riau disebabkan kemakmurannya . banyak orang Riau kaya-
kaya serta baginda mendapat banyak hasil cukai-cukai, segala alat perang ,cukup ubat
peluru, panglimanya tiga puluh turun dan tiga puluh di darat. Oleh keran aman dan
makmur ramai pendagang-pendagang dari luar singgah di Riau.Tetapi dalam

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 36/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

kemakmuran yang dicapai wujudnya suku-suku Melayu ini tidak bersyukur sehingga
menaruh dendam di hati terhadap raja-raja bugis, telah melakukan beberapa cara untuk
mencari nama Yang Dipertuan Muda serta bugis-bugis mendapat nama yang buruk.

 Akhirnya keluarlah Raja Indera Bungsu bersama adik beradik ke Terengganu


disebabkan kecil hati akan raja-raja bugis kononnya. Katanya ‘kaya seorang, mewah
seorang’ di Ter engganu berlaku la fitnah daripada Yang dipertuan Besar Terengganu
dengan Raja Indera Bunbgsu dan Bendahara Pahang. Tiap tahun berkirimkan surat
kepada Holanda ke Melaka dan ke Betawi akhir sekali kepada Inggeris.

BAB 38 -RAJA HAJI MENYERANG KEDAH

Terdapat Raja Haji Engku Kelana Pangeran Suta Wijaya di sebuah negeri
Inderra Giri. Tidak berapa lama kemudian bertolak baginda ke Selangor untuk berjumpa
Paduka Kekanda Sultan Salihul Din Selangor. Maka berbincanglah antara hulubalang-
hulubalang tua raja kedah. Dalam perbincangan itu tersebutlah sejarah dan perjanjian
Selangor-Kedah. ‘patut menerima dan menuntut perjanjian perjanjian opu -opu
terdahulu’. Apabila kerajaan kedah makmur disebabkan perjanjian opu -opu yang
dilanggar oleh kedah sendiri hendaklah diganti. Selain itu, terdapat perjanjian lain, iaitu
lima belas bahara wang. Kedah sudah membayar tiga bahara selebihnya iaitu dua
bahara kedah tidak disempurnakan beberapa tahun. Selepas perbincangan Maka
Engku Kelana berangkat, Raja Haji, adinda Raja Sa’id dan Suliwatang berlayar ke
kedah. Sebelum sampai di Kedah Engku Kelana ingin singgah di Perak maka Yang
Dipertuan Perak menyambut kedatangan Engku Kelana dengan makan dan minum.
Yang DIpertuan Selangor telah meminta izin Yang Dipertuan Perak untuk menetap
beberapa hari di Perak keran beliau memerintahkan Kelana Raja Haji dan kekanda
Raja Sa’is belayar ke kedah dahulu bagi menyelesaikan masalah tersebut.  

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 37/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

  Setelah sampai di pangkor, Raja Haji menemukan seorang lelaki iaitu Raja
Jaafar, yang digelar Raja Laut dan Raja telah mengambilnya sebagai anak kapal. Raja
haji bertolak ke Kedah dengan membawa kelengkapan perang dan enam buah kapal.
 Apabila Yang Dipertuan Kedah mendapat berita tentang Raja Haji, maka Yang
Dipertuan kedah telah membina kubu di Batangau serta dgn kelengkapan perang
seperti merian dan hulubalang di kubu itu. Setelah Raja Haji Melihat kubu di batangau,
beliau senyum sambil berkata ‘ Hendak bergaduh rupa -rupa orang Kedah ini’.
Seterusnya Raja Haji menyuruh Suliwatang bertemu dgn Raja Kedah sambil
Menyatakan surat-surat perjanjian orang tua-tua dahulu. Maka Suliwatang pun
berjumpa Raja kedah dan menyerahkan surat-surat tersebut. Setelah dibaca oleh Raja
Kedah maka berkatalah Raja Kedah kepada suliwatang ‘Ini surat perjanjian orang tua -

tua dahulu dan yang berjanji dan yang menerima janji tiada lagi, Bendahara,
Temengung saya sediri mengangkat saya menjadi Raja. Saya kirim salam sahaja
kepada Raja Haji, janganlah dipanjangkan lagi perkara ini’ maka suliwatang pun
memaklumkan kepada Raja Haji. Setelah mendengar Raja Haji berasa marah dan
berkata ;berperanglah kita, hari esok melanggar kubu di Batangau di hulu’. Setelah
berapa lama berperang dilaut, akhirnya berjayalah tentera Raja Haji naik ke darat.
Maka berperang lah sampai ke dalam istana Raja Kedah. Apabila Raja Kedah dapat

melihat kekalahan raja kedah berundur.


Setelah Yang Dipertuan Selangor mendapat tahu berita dari Kedah. Baginda
terus berangkat ke kedah, setibanya di kedah baginda berjumpa dengan paduka
adinda-adinda itu maka berbincanglah mereka dgn anak-anak Raja Kedah serta orang
tuanya. Akhirnya Yang Dipertuan Kedah balik ke negerinya semula, maka diberikan
semula Kedah kepadanya serta membuat perjanjian sabagai saudara.

BAB 39 -SULTAN MAHMUD MENYERAHKAN PULAU PENYENGAT KEPADA BUGIS

Sultan Mahmud telah mengarahkan Punggawa Bakak menebas dan mencuci


kawasan Pulau Penyegat oleh kerana Punggawa Bakak sudah begitu lama tinggal di

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 38/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

situ. Pulau Penyegat pernah menjadi kubu perang semasa Raiu dikepung oleh
Holanda. Setelah kawasan itu dibersihkan, maka beliau telah mendirikan istana dan
kota di situ.

Sultan Mahmud telah memindahkan Raja Hamidah iaitu isterinya Engku Puteri
berketurunan bugis ke pualu penyegat bersama rakyat-rakyat yang setia dengan Raja
Hamidah. Kebanyakkan Rakyat yang mengikuti beliau adalah berketuruan bugis.

Sultan Mahmud menyerah Pulau Peyengat juga dengan alasan supaya Raja
Hamidah tidak menganggu hasil-hasil Riau. Oleh kerana. Raja Hamidah mempunyai
kuasa juga. Maka Raja Hamidah memerintahlah negeri penyegat tanpa campuri hasil-
hasil Riau dan lingga.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 39/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 40 -BELANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN RIAU

Setelah kehilangan Raja Haji Al-marhum maka berlakulah perebutan pangkat


dan harta yang ingin mengantikan arwah beliau sebagai Yang dipertuan muda
Riau.akhirnya Raja Ali telah dilantik menjadi yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana Raja
 Ali seorang yang lebih tua dari semua anak Raja Haji itu.

Selepas tiga bulan berlalu maka angkatan tentera Melaka datang menyerang
negeri Riau. Dalam suasana Riau huru-hara akibat perbalahan antara suku-suku bugis
dan suku-suku melayu yang tiada kesudahan lalu keluarlah Raja Ali dari Riau dan
diikuti oleh suku-suku bugis keluar dari Riau ke negeri Mempawah serta ke Sukadana.

Setelah Yang Dipertuan Muda Raja Ali dari Riau maka Raja Tua dan suku-suku
Melayu telah merampas istana YDP Muda Raja Ali itu serta harta yang ada dalam
istana. Maka ramai yang mendapat harta serta Raja Tua mendapat harta yang haram
yang kuasa. Sultan Mahmud tidak berkata apa-apa kerana terlalu uzur dan tua untuk
berlawan bertambah pula kaum bugis sudah semakin bertaburan.

 Apabila tiba angkatan Holanda dari Melaka iaitu raja laut yang bernama Piter
Jakud Pemberam, maka raja tua pun memberikan khbar iaitu suku-suku melayu tidak
campur tangan dgn raja haji dan segala suku bugis sudah habis keluar dari Raiu.
Sekarang di Riau Raja tua yang menguasai dan mengawal kerana raja mahmmud
sudah tua dan uzur. Setelah raja laut dengar akan cerita itu, raja laut tersenyum dan
menyuruh berbuat perjanjian berbaik-baik serta boleh meninggalkan seorang wakil di
Riau bagi menolong Tuan Sultan. Maka terbentuklah perjanjian dala kapal perang
bernama ‘Utrik’. 

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 40/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 41 – BELANDA MENETAP DI TANJUNG PINANG

Raja Melaka berlayar dan singgah di Riau lalu berjumpa dengan Syahbandar.
Setelah itu, beliau berlayar pula ke Pontianak untuk berjumpa dengan Sultan Pontianak

tetapi niatnya dimatikan kerana banyak kapal perang Holanda yang berlabuh. Maka,
beliau berlayar pula ke Lingga dan berjumpa dengan baginda Sultan Abdul Rahman
untuk menyatakan kapal Holanda ingin menakluki Riau dan Lingga.

Tetapi, Sultan Abdul Rahman menenangkan beliau supaya tidak perlu kerana
segala adat istiadat Riau telah diserahkan kepada Yang Dipertuan Muda. Oleh itu,
beliau berlayar balik ke Riau dan berbincang dengan Yang Dipertuan Muda Raja
Jaafar. Yang Dipertuan Muda mengadakan musyawarah beramai-ramai dan membuat

persiapan untuk melawan angkatan Holanda. Seterusnya, seorang Holanda iaitu Adrian
Kok, sahabat Yang Dipertuan Muda berjumpa dengan baginda untuk meyakinkan
baginda bahawa kerajaan Holanda tidak akan menakluki Riau.

BAB 42 – TENGKU HUSIN MENJADI SULTAN SINGAPURA

Raja Melaka beranggapan Holanda tidak mengambil Riau melalui peperangan


tetapi melalui persahabatan. Oleh itu, beliau berjumpa dengan Yang Dipertuan Muda
untuk membincangkan hal sedemikian. Beliau pun berlayar untuk berjumpa Tengku
Long dan Datuk Temenggung, beliau menghadiahkan sebentuk cincin di jarinya kepada
Yang Dipertuan Muda. Di Singapura, beliau berjumpa dengan Temenggung Abdul
Rahman dan ingin menjadikan Tengku Along sebagai raja dengan cadangan beliau dan
Tuan Rafflis. Dengan bantuan Raja Ambung, Tengku Long dibawa ke Singapura dan
ditabalkan sebagai raja.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 41/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 43 – ROMBONGAN RIAU KE BETAWI

Setelah bermusyawarah, Engku Saiyid Zainul Kudsi dan Raja Ahmad menjadi
utusan ke Betawi. Mereka memberikan bungkusan emas kepada Gabenor Jeneral

Pendir Kapila. Mereka juga turut dibawa ke Jaga Monyet. Selama 3 bulan di Betawi,
ramai orang yang sakit dan mati kerana terkena penyakit yang berjangkit di Betawi
termasuklah anak-anak Raja Ahmad dan gundik-gundiknya. Tidak lama selepas itu,
anak Raja Ahmad iaitu Raja Muhammad meninggal di Lingga.

BAB 44  –  PERTABALAN SULTAN ABDUL RAHMAN SEBAGAI SULTAN RIAU-


LINGGA

Setelah sembuh daripada sakit mata, Engku Saiyid pergi ke Riau. Manakala,
Raja Ahmad diutus sekali lagi ke Betawi dan kedatangannya disambut baik oleh
Gabenor Jeneral. Ketika berkemas hendak pulang, Raja Ahmad jatuh sakit. Yang
Dipertuan Muda bersetuju dengan Residen Riau untuk berangkat ke Terengganu untuk
mengambil Sultan Abdul Rahman.

BAB 45 – RAJA AHMAD MENGERJAKAN HAJI

Setelah sembuh daripada penyakit, Raja Ahmad berikhtiar untuk mengerjakan


haji. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda menasihati Raja Ahmad supaya mencari wang
terlebih dahulu ke Tanah Jawa. Maka, Raja Ahmad pun pergi berlayar ke Tanah Jawa
bersama anaknya Raja Ali, Raja Muhammad, Saiyid Abdullah dan kawan-kawannya.

Di Semarang, Raja Ahmad menandatangani surat yang berkaitan hal ehwal


dengan Residen. Maka, tidak lama selepas itu, mereka berlayarlah ke Timur. Di Timur,
Raja Ahmad dimuliakan oleh ketua Holanda dan puak-puaknya. Di Pulau Pinang, Saiyid
Hasyim menjual timah-timah hak milik Raja Ahmad, lalu menyerahkan wang tersebut
kepada Raja Ahmad. Setelah itu, mereka pun menyewa kapal Turki untuk berlayar ke
Jeddah. Raja Ahmad dibawa naik ke Mekah dan dipakaikannya dengan pakaian ihram.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 42/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Beliau juga pergi ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW dan
sahabat-sahabat. Setelah tiba bulan haji, Raja Ahmad melakukan haji, umrah dan
wukuf di Arafah.

BAB 46 – PEPERANGAN DI KEPULAUAN KARIMUN

Setelah bermusyawarah, Engku Saiyid disuruh mendirikan bendera di Pulau


Karimun. Wak Puas dan orangnya diminta menjaga bendera tersebut. Akan tetapi,
setelah peninggalan Engku Saiyid, Wak Puas telah dihalau oleh Saiyid Akil dan dia
telah menebang serta menjatuhkan bendera tersebut. Apabila sampai ke pengetahuan
Yang Dipertuan Muda, ia menimbulkan kemarahan baginda. Oleh itu, tidak lama
selepas itu, Residen Riau dan Yang Dipertuan Muda bersiap-siap dengan kelengkapan

perang.

BAB 47 – KEMANGKATAN DUA ORANG YAMTUAN MUDA

Yang Dipertuan Muda berlayar ke Lingga dalam keadaan sakit semata-mata


untuk urusan pernikahan Raja Abdullah dengan Aishah. Akan tetapi, keadaan kesihatan
Yang Dipertuan Muda semakin hari semakin bertambah rumit. Setelah akad nikah Raja
 Abdullah, Yang Dipertuan Muda semakin nazak. Oleh itu, berkumpullah putera-
puteranya, Sultan Abdul Rahman Syah dan Tengku Besar. Maka, setelah itu
mangkatlah Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar itu. Oleh itu, Raja Abdul Rahman yang
menggantikan al-marhum Raja Jaafar itu. Setelah Tengku Besar berangkat ke Riau,
Sultan Abdul Rahman pula yang jatuh sakit. Tidak lama selepas itu, Sultan Abdul
Rahman pula yang meninggal dunia.

BAB 48 – LANUN-LANUN

Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman telah melawan dan menderhaka
kepada baginda Sultan Muhammad Syah. Pada ketika itu, Raja Merkung dan Raja
Merasan merupakan perompak yang sangat berkuasa dan kuat. Setelah kemangkatan

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 43/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar, puteranya iaitu Raja Abdul Rahman yang menjadi
Yang Dipertuan Muda pada masa itu disuruh menyerang Bakung. Peperangan bermula
apabila Raja Merkung melanggar Inuk, yang merupakan satu tempat berhampiran
dengan Retih serta telah merompak dengan menggunakan kelengkapan meriam. Raja
Merkung juga telah menawan dan merampas banyak perahu-perahu. Contohnya, Raja
Merkung telah merampas perahu dan barang-barang hak milik Encik Ali dan Ahmad di
Selat Dasi serta Encik Bakak di Selat Pintu.

Setelah tergugat dan murka dengan kata-kata Raja Merkung, baginda Yang
Dipertuan Muda menyediakan kelengkapan angkatan. Maka, baginda menyuruh
angkatan-angkatan itu melanggar Inuk tersebut. Yang Dipertuan Muda Raja Ali Marhum
Pulau Bayan yang mengetuai angkatan tersebut. Setelah mendengar berita tersebut,
Raja Merkung dan Raja Merasan mempersiapkan kubu-kubu, meriam dan perahu-
perahu. Panglima Tengkuk terbunuh kerana menderhaka kepada raja. Raja Merkung
 juga terbunuh manakala Raja Merasan dan Raja Saaban diserahkan kepada Residen
Riau dan dibuang ke Betawi.

BAB 49 – MASALAH LANUN YANG BERTERUSAN

Yang Dipertuan Tua, Tengku Mansur dan Yang Dipertuan Besar, Tengku Umar
telah diletakkan dalam satu negeri. Puak-puak daripada kedua-dua belah pihak
mengalami masalah dan menyebabkan Yang Dipertuan Tua dan Yang Dipertuan Besar
berperang. Dalam peperangan tersebut, Yang Dipertuan Besar telah kalah dan
melarikan diri ke Besut dan lari pula ke Kemaman. Di Kemaman, baginda merompak
peniaga-peniaga yang mencari rezeki di Terengganu.

Sultan Muhammad Syah pula berangkat ke Pahang dan disambut baik oleh
Datuk Bendahara. Yang Dipertuan Besar pergi menghadap Sultan tersebut dan mereka
bermesyuarat untuk mendamaikan Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertuan Tua.
 Akan tetapi, Yang Dipertuan Tua enggan berdamai. Maka, sultan dan Datuk Bendahara
balik ke Lingga untuk mentabalkan Tengku Mahmud sebagai raja. Setelah
bermesyuarat, Haji Ibrahim disuruh untuk berlayar ke Betawi untuk menghapuskan

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 44/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

kegiatan merompak. Oleh itu, Residen Riau mengaturkan cara untuk menghapuskan
perompak-perompak dan memberi kebaikan kepada Sultan Muhammad, Yang
Dipertuan Muda, rakyat-rakyatdan kerajaan Lingga dan Riau. Raja Ali Kelana iaitu adik
kepada Yang Dipertuan Muda, disuruh memeriksa laut-laut dan kegiatan rompakan
serta menghapuskannya. Masalah lanun dapat diselesaikan dengan perjanjian yang
dibuat oleh Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman.

BAB 50 – PEPERANGAN DENGAN INDERA GIRI

Residen Riau dan Yang Dipertuan Muda bermesyuarat kerana Holanda ingin
menduduki Indera Giri. Perjanjian telah dibuat antara kerajaan Holanda dengan Raja
Melayu bahawa Holanda akan menduduki Indera Giri. Bab ini mengisahkan Sultan
Mahmud yang hendak ke Singapura tetapi dinasihati oleh Raja Ali supaya janganlah
pergi hanya mahu bersuka ria semata-mata.

BAB 51 – KEGIATAN-KEGIATAN SULTAN MAHMUD

Di Lingga, banyak perselisihan faham yang berlaku antara Sultan Mahmud


dengan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman. Banyak juga fitnah-fitnah yang
timbul dan keluar daripada mulut orang-orang Sultan Mahmud. Tidak lama selepas itu,
Yang Dipertuan Muda mengajak Sultan Mahmud untuk bersatu semula dan bersumpah
setia dengan Raja Bugis dan Raja Melayu.

Setelah itu, Sultan Mahmud datang ke Riau dan meminta Yang Dipertuan Muda
membelikannya sebuah kapal. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda pun membelikannya

sebuah kapal. Tidak lama selepas itu, Yang Dipertuan Muda jatuh sakit, maka
mangkatlah baginda. Sultan Mahmud pun berlayarlah ke Singapura setelah
mencadangkan tiga orang wakil untuk menggantikan Yang Dipertuan Muda. Tindakan
Sultan Mahmud ini tidak disegani oleh Residen Riau. Sultan Mahmud juga melantik
Raja Ali untuk menjadi Yang Dipertuan Muda Riau.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 45/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

BAB 52 – ZAMAN GEMILANG YAMTUAN MUDA RAJA ALI

Semasa pemerintahan baginda, Yang Dipertuan Muda Raja Ali banyak


mengadakan perkara-perkara yang menaikkan nama kerajaannya dan agama yang

teguh. Baginda turut menegakkan agama Islam dengan mengadakan solat Jumaat dan
memerintahkan kaum wanita supaya memakai tudung, serta membina masjid yang
tidak jadi dilaksanakan pada pemerintahan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman
al-marhum kerana mangkat.

Selain itu, jambatan juga yang diperbuat daripada batu dan separuh lagi
diperbuat daripada kayu turut dibina sebagai laluan kepada semua hamba Allah. Pada
pemerintahan baginda juga, ramai ulama-ulama yang datang dan semua pegawai

negeri disuruh menuntut ilmu agama dan mengaji kitab-kitab serta mempelajari dan
membaiki bacaan al-Quran. Selain itu, baginda juga melarang kegiatan berjudi dan
menyabung ayam. Jika masih ada orang-orang jahat dan perompak-perompak, mereka
akan dihukum dengan dibuang ke Betawi. Ada juga orang yang dikenakan hukuman
dengan dipotong kepalanya supaya dapat dijadikan pengajaran oleh orang lain.
Pemerintahan baginda banyak mendatangkan hasil kerana baginda sering menuntut
ilmu dengan orang yang berilmu serta suka mendengar nasihat daripada mereka.

Selain itu juga, oleh kerana Pulau Karimun tidak maju, baginda menyerahkan pulau
tersebut kepada Raja Abdullah, manakala Pulau Kundur tetap diperintah oleh Raja Haji
 Ali dan Raja Abdullah untuk meramaikan rakyat di pulau tersebut.

BAB 53 – BELANDA MENGGULINGKAN SULTAN MAHMUD

Yang Dipertuan Muda Raja Ali gering, maka datanglah doktor Holanda untuk

mengubati baginda tetapi tidak menjadi. Malah, semakin hari gering baginda semakin
berat. Beberapa hari kemudian, baginda pun mangkat. Engku Haji Muda dicadangkan
sebagai pengganti al-marhum Yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana sudah terbiasa
dengan kerja-kerja tersebut dan lebih berpengalaman.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 46/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

  Akan tetapi, Sultan Mahmud menyarankan Raja Muhammad Yusuf yang


menggantikan al-marhum kerana beliau merupakan putera kepada Yang Dipertuan
Muda Raja Ali. Raja Muhammad Yusuf tidak rela untuk menggantikan al-marhum
kerana masih ada bapa saudaranya iaitu Engku Haji Abdullah. Dengan pelbagai sebab,
maka, Engku Haji Muda Abdullah lah yang menggantikan al-marhum Yang Dipertuan
Muda. Sultan Mahmud berangkat ke Singapura walaupun banyak kali dicegah oleh
orang-orang sekelilingnya. Tidak lama kemudian, Sultan Mahmud dibuang daripada
kerajaannya. Oleh itu, Raja Abdullah telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda
supaya memerintahkan kerajaan Riau-Lingga.

BAB 54 – PEPERANGAN DENGAN RETIH

Pada mulanya lagi Panglima Besar negeri Retih telah membuat dua benteng
yang besar, mengaturkan meriam dan mengumpulkan orang-orangnya serta membeli
peluru di Singapura. Tidak lama kemudian, berita ini sampai ke pengetahuan Yang
Dipertuan Muda dan Residen Riau. Setelah bermusyawarah dan berpakat, mereka
merancang untuk berperang dengan Panglima Besar itu. Mereka pun menyediakan dan
mempersiapkan kelengkapan perang. Akan tetapi, sedang baginda bersiap-siap untuk
berperang, baginda telah gering dan gering baginda semakin hari semakin teruk
walaupun doktor Holanda datang memeriksanya.

Oleh itu, Yang Dipertuan Muda memerintahkan supaya Raja Hasan menikahi
puterinya, Raja Maimunah. Yang Dipertuan Muda juga memerintahkan supaya
meneruskan peperangan walaupun keadaan dirinya yang tidak sihat dan mangkat
sekalipun. Tidak lama selepas itu, maka berperanglah mereka. Setelah itu, baginda
meminta Raja Haji Ali membuat wasiatnya supaya puteranya, Raja Muhammad Yusuf
yang menggantikannya setelah kemangkatannya. Tidak lama kemudian, mangkatlah
Yang Dipertuan Muda tersebut. Setelah itu, Raja Haji Ali pun membaca wasiat al-
marhum dan ditinggalkan anak-anak raja itu untuk bermuafakat dan bermusyawarah
sesama sendiri. Tidak lama kemudian, Sultan Sulaiman dan Residen Riau
bermesyuarat mengenai peperangan tersebut. Yang Dipertuan Muda Raja Muhammad

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 47/48
5/20/2018 TuhfatAL-NAFISFULLSinopsis-slidepdf.com

Yusuf, Raja Husin, Raja Haji Ali dan orang-orang besarnya telah bersepakat dengan
Residen Riau untuk pergi melanggar Retih itu. Maka, berperanglah mereka. Dalam
peperangan ini, lanun-lanun juga turut terlibat. Kesan daripada peperangan tersebut,
ramai lanun-lanun dan panglima-panglima besar yang dibedil dan mati. Retih telah
kalah dalam peperangan ini.

BAB 55 – KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD

Sepertimana yang kita ketahui, baginda Sultan Mahmud Syah telah diturunkan
kerajaannya oleh Holanda di Singapura. Setelah berpindah ke Pahang, Sultan Mahmud
berpindah pula dan tetap di Terengganu. Setelah itu, Sultan Mahmud berhajat untuk
pergi ke Siam untuk berjumpa dengan Raja Siam tetapi tidak dibenarkan oleh anak
raja-raja dan orang-orang besar baginda. Tetapi, Sultan Mahmud tetap berkeras juga
hendak ke Siam dan dibawa juga orang-orangnya serta saudaranya iaitu Tengku
Safiah.

Selama 15 hari berlayar, maka sampailah mereka ke Siam. Setelah sebulan


berada di Siam, Raja Siam menyatakan hasratnya kepada Sultan Mahmud untuk

memperisterikan Tengku Safiah. Maka, Sultan Mahmud berasa susah hati dan
menyatakan bahawa Tengku Safiah itu sudah berkahwin. Akan tetapi, Raja Siam tidak
mempercayai kata-kata baginda itu dan tetap berkeras dengan kehendak hatinya. Oleh
itu, Raja Siam pun memperisterikanlah Tengku Safiah itu. Setelah itu, Sultan Mahmud
pun berlayarlah ke Terengganu. Di Terengganu, baginda kerap sakit perut, kukunya
rosak dan matanya kabur. Setelah sampai di Pahang, Sultan Mahmud telah gering.
Setelah beberapa hari, Sultan Mahmud pun mangkat.

http://slidepdf.com/reader/full/tuhfat-al-nafis-full-sinopsis 48/48

Anda mungkin juga menyukai