Anda di halaman 1dari 6

4.

0 TUGASAN 1

Kertas cadangan kajian kes kaunseling

Menangani kes kemerosotan akademik

NAMA PELAJAR
ARCHANA A/P SELVARAJOO

ANGKA GILIRAN
2013231340065

NO. KAD PENGENALAN


931128-01-6518

KUMPULAN/ UNIT
B&K (B)

NAMA PENSYARAH
EN.ABDUL RAHMAN BIN KHALID

TARIKH SERAHAN
8 OGOS 2016

1
1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam menghadapi situasi negara yang sedang pesat membangun, pendidikan bukan
sahaja merupakan keperluan yang amat penting di kalangan generasi muda, malah ia adalah
tunggak kepada kemajuan negara. Ini memandangkan taraf pendidikan mempunyai perkaitan
yang rapat dengan taraf pekerjaan, status sosial, pendapatan dan taraf hidup yang lebih baik.
Oleh itu, pencapaian akademik yang cemerlang kini menjadi matlamat utama setiap
mahasiswa, ibu bapa dan pendidik. Keperluan terhadap sumber manusia mahir dan
berpengetahuan di peringkat pengajian tinggi umpamanya, semakin bertambah. Bidang-bidang
baru yang selaras dengan kehendak pembangunan serta perkembangan ekonomi dan sosial
semasa negara menjadi keutamaan .

Isu prestasi akademik yang lemah di kalangan murid menjadi isu masyarakat yang
serius kerana golongan ini diharapkan dapat menjadi individu yang berilmu serta berupaya
menangani permasalahan pembangunan semasa dalam sesebuah masyarakat. Masalah
kemerosotan akademik murid sekolah rendah dan sekolah menengah perlu diberi perhatian
yang serius oleh pihak yang berwajib termasuklah pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak
universiti, ibu bapa serta mahasiswa.

Pencapaian akademik adalah penentu kepada taraf pencapaian individu dalam sesuatu
peperiksaan rasmi yang diambil dan peperiksaan awam di bawah Kementerian Pelajaran.
Menurut Carter V.Good(1973) dalam Abdul Jalil (1997), pencapaian adalah sebagai
penyelesaian dan kecekapan yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran, pengetahuan atau
kemajuan yang diperolehi secara semulajadi yang tidak terlalu bergantung kepada kecerdasan
akal fikiran

Secara umumnya, pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap


tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbaga ilmu pengetahuan serta kemahiran.Tahap
tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur,proses pembelajaran yang telah ditetapkan
berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu
berkenaan dalam aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi.

Kemerosotan pencapaian akademik merupakan salah satu masalah yang sering dialami
oleh murid-murid sekolah rendah.Hal ini disebabkan beberapa faktor.Antaranya ialah faktor
keluarga, rakan, media sosial , kesihatan dan sebagainya. Bagi kes ini kemerosotan akademik

2
berlaku kerana sikap dan tingkah laku murid. Sikap dan tingkah laku boleh mewujudkan
kepercayaan yang tidak rasional dan mengubah emosi seseorang seperti yang dinyatakan oleh
Albert Ellis dalam “Rational Emotive Behavioural Therapy”.

1.2 Objektif kajian kes

 Membantu murid mengatasi masalah kemerosotan dalam pencapaian akademik


 Membina celik akal dalam diri murid dengan memberitahu kepentingan pencapaian
akademik dalam menentukan masa depan
 Membantu murid supaya berfikiran rasional dan positif
 Menyedarkan murid supaya melihat sesuatu masalah secara besaran daripada melihat
dari sudut yang kecil

1.3 Kepentingan kajian kes

 Membantu murid meningkatkan pencapaian akademik


 Membantu murid supaya berfikiran positif dan rasional serta ke arah mencapai
kesempurnaan diri
 Membantu pihak sekolah menangani kes-kes kemerosotan akademik
 Meningkatkan pencapaian akademik sekolah
 Melahirkan murid yang seimbang

2.0 TINJAUAN AWAL KES

2.1. Kaedah Pengumpulan data

Terdapat 3 kaedah yang digunakan untuk mengumpul data awal mengenai kes ini.
Antaranya ialah temu bual bersama guru kelas klien , menemu bual rakan sekelas klien bagi
meninjau tingkah laku klien semasa berada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Selain itu,
rekod pencapaian akademik klien juga telah dianalisis .

Temu bual
Guru kelas- terdapat perubahan tingkah laku klien
- sering tidak menyiapkan kerja rumah
- memberi pelbagai alasan jika ditanya

Temu bual
Rakan – murung dalam kelas
- tidak menyiapkan kerja rumah

3
Analisis dokumen
- Menganalisis rekod pencapaian akademik
- Menyemak buku latihan murid

2.2 Analisis data awal

Setelah menemu bual bersama guru kelas murid, Guru Bimbingan dan Kaunseling
mendapati bahawa murid ini benar-benar mempunyai masalah sehingga menyebabkan
pencapaian akademik semakin merosot. Masalah benar yang dialami oleh murid perlu diteroka
dengan lebih dalam dan perlu dikaitkan dengan pandangan teori terhadap manusia supaya
dapat membantu mengatasinya. Setelah menyemak buku latihan murid, saya mendapati
bahawa terdapat tanda-tanda soalan dan arahan guru seperti “Siapkan tugasan!”. Ini
merupakan bukti-bukti dimana murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Pencapaian murid dalam ujian di sekolah menunjukkan perubahan yang ketara. Pencapaian
akademik murid semakin merosot.

2.3 Senario kes

Murid telah dirujuk oleh guru kelas kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Melalui
temubual bersama guru kelas adalah didapati bahawa sejak kebelakangan ini, murid sering kali
tidak menyiapkan kerja rumah dan apabila ditanya dia mengadu bahawa rakan-rakannya
ganggu dia. Di sini GBK mendapati bahawa murid mencari alasan untuk mengelak daripada
ditanya oleh guru. Penerokaan perlu dilaksanakan dengan lebih mendalam supaya dapat
membantu murid.

3.0 METOD KAJIAN KES

3.1 Langkah-langkah tindakan

Bagi kajian kes ini , saya akan menggunakan kaedah sesi kaunseling individu selama 6
kali. Saya akan memanggil murid untuk sesi dengan persetujuan guru. Terdapat enam fasa
dalam sesi kaunseling individu. Antaranya ialah :

1. PRA SESI
1.1 Semak frofail klien
1.2 Kesediaan klien/kaunselor

4
2. MEMBINA HUBUNGAN / RAPPORT
2.1 Suasana kondusif
2.2 Temubual minima
2.3 Teknik penyoalan yang berkesan
2.4 Wujudkan kongruen dan kejelekitan
2.5 Penstrukturan (ikut kesesuaian)

3. PENEROKAAN
3.1 Gunakan kemahiran kaunseling
( dorongan minima,soalan terbuka,elak soal selidik )
3.2 Dapatkan gambaran tentang persoalan
dan permasalahan klien
3.3 Peka dengan pernyataan klien ( simptom )
3.4 Teroka permasalahan klien( bukan pihak lain)

4. KENALPASTI MASALAH SEBENAR


4.1 Ada kaitan dengan simptom yang dinyatakan
4.2 Merupakan permasalah pokok
( pemikiran , perasaan, tingkahlaku,pengalaman lampau , penyesuaian atau
komunikasi )
4.3 Merujuk kepada Teori Kaunseling

5. MEMILIH ALTERNATIF
4.1 Kumpul strategi
4.2 Bincang secara teliti setiap strategi( kekuatan/ kelemahan)
4.3 Rancang langkah tindakan
4.4 Laksanakan tindakan ( luar sesi)

6. PENAMATAN
6.1 Tamat sesi
6.2 Tamat hubungan
( matlamat kaunseling telah dicapai)
6.3 Pilihan klien / lkaunselor/kontrak awal

5
3.2 Aplikasi teori

Saya telah memilih teori REBT yang dipelopori oleh Albert Ellis. Menurut Ellis (1979),
manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada satu peristiwa tetapi disebabkan oleh
pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap peristiwa tersebut.Merujuk kepada kes ini,
murid mempunyai pandangan tidak rasional bahawa gangguan rakan yang menjadi sebab
kemerosotan pencapaian akademik sedangkan , klien malas dan tidak mengambil berat.

3.3 Cadangan aplikasi kaedah dan teknik mengikut teori kaunseling yang dipilih

• Teknik Role Play telah digunakan untuk memberi celik akal kepada klien

• Klien sedar bahawa sikap sendiri yang malas dan tidak bertanggungjawab merupakan
punca kepada kemerosotan pencapaian akademik

• Klien sedar bahawa dia perlu berusaha untuk cemerlang dalam akademik

4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Semoga kertas cadangan kajian kes ini mencapai objektif yang disasarkan dengan
kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan kajian kes ini berharap dapat memberi manfaat
kepada semua pihak.Oleh itu, diharapkan kertas cadangan ini mendapat sokongan dan
pertimbangan daripada pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai