Anda di halaman 1dari 5

Kaedah tunjuk cara/demonstrasi

Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan individu yang
berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di lakukan di hadapan murid-murid.
Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori,
ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi
melibatkan penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya
seperti tunjuk cara mengambil wuduk dan memberus gigi.

Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula guru akan


menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan
membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Murid akan
balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu
dengan bimbingan guru.

Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid.selain dapat memberi
kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid dapat membentuk konsep dan
idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan mutu hasil kerja.

Kaedah demonstrasi dalam pendidikan islam dapat dijalankan apabila mengajar cara-cara
mengambil air sembahyang. Kaedah demonstrasi boleh disertakan dengan video pada awalnya,
kemudian guru melakukan demonstrasi. Kemudian barulah murid meniru kelakuan tersebut.

Dalam pendidikan moral, kanak-kanak boleh diajar cara menggosok gigi dengan betul, cara
menyikat rambut dan mengikat tali kasut.

3.5 KAEDAH TUNJUK CARA

Definisi

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas
untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti

Ciri-ciri penting

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai
setelah melalui prosedur yang ditunjukkan

2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah

3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen

4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti


Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar
melalui penglihatan dan pendengaran

Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

Kaedah simulasi/main peranan

Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan oleh muriid
tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian meminta murid memainkan
peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati kepada murid lain seperti menilai.
Kaedah inimenekankan kepada ekspresi dan perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan
kesan teknik main peranan diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan
ulangi aktiviti tersebut dengan melibatkan murid lain.

Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga meningkatkan
kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga berkesan dalam cara memberi
kefahaman tentang suatu konsep.

Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan dan


penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan kaedah dan peraturan
mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain
digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak
boleh mengganggu melainkan ada perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan
sebuah refleksi.

Dalam pendidikan islam, aktiviti yang sesuai adalah seperti makan mengikut adab yang betul.
Iaitu membaca doa, makan berjemaah dan duduk tertib.

Manakala dalam pendidikan moral pula, aktiviti simulasi dan cara berkawan dan berbaik dengan
masyarakat setempat.

3.9 KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara
menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi
yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada


kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki
memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan
memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih


berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif,
analisis dan kritis
Teknik Simulasi

Pengertian Teknik Simulasi

Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan.
Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan
menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan
tertentu. Simulasi dapat diartikan sebagai meniru suatu sistem nyata yang kompleks yang penuh
dengan sifat probabilistik, tanpa harus mengalami keadaan yang sesungguhnya .

Hal ini dapat dilakukan dengan membuat sebuah miniature yang representative dan valid
denagn tujuan sampling dan survey statistik pada sistem nyata dapat dilakukan pada tiruan ini.
Proses simulasi juga berhubungan dengan penyusunan tiruan sistem denagn menggunakan
interaksi antar bilangan ramdom yang menuruti distribusi dari pola data tertentu. Sehingga
diperlukan suatu distribusi tertentu untuk mensimulasikan suatu sistem. Model pembelajaran
simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang
nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini
dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial
dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan
keputusan..

Berdasarkan dari sumber-sumber yang didapat dapat diambil suatu kesimpulan bahawa simulasi
adalah tiruan dari dari suatu system untuk melakukan eksperimen pada komputer yang
menggunakan model tertentu untuk menjelaskan perilaku bisnis atau ekonomi pada suatu
periode tertentu. Dan dari beberap sumber mengenai definisi simulasi adalah sebagai berikut:
(Banks (Banks 1998)). Simulasi adalah tiruan dari proses dunia nyata atau sistem. Simulasi
menyangkut pembangkitan proses serta penga- matan dari proses untuk menarik kesimpulan
dari sistem yang diwakili (Nailor (1966) dalam Rubinstein & Melamed (Melamed 1998)).Simulasi
adalah tehnik numerik untuk melakukan eksperimen pada komputer, yang melibatkan jenis
matematika dan model tertentu yang menjelaskan pri- laku bisnis atau ekonomi pada suatu
periode waktu tertentu.

Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah
simulasimembolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan,
konsep,kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan
memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.

Tujuannya ialah untuk menjalankan latihandemi untuk menyelesaikan masalah .Dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakanuntuk
membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan
terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah
yangditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian
yangrumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai,
jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai