Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Nasionalisme bermaksud satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di

dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada

rakyat, serta menuntut kedaulatan ulung individu disalurkan kepada Negara bangsa itu.1

Menurut H.Kohn, nasionalisme adalah suatu keadaan kesedaran fikiran dan tindakan yang

sewajarnya.2 Menurut Ernest Gellenervi, nasionalisme adalah keseimbangan antara rasa

nasional terhadap bangsa dengan kekuatan berpolitik. Ideologi Marxisme dicetuskan dan

dikembangkan oleh Karl Marx dan Friedrich Engel sejak 150 tahun yang lalu sebagaimana

dalam bukunya The Manifesto of the Communist Party yang diterbitkan pada tanggal 21

Februari 1845. Pemikiran ini bukan saja menjadi inspirasi dasar “Marxisme” sebagai ideologi

perjuangan kaum buruh, malahan ia juga menjadi komponen inti dalam ideologi komunisme.3

Secara umumnya perkembangan nasionalisme di Tanah Besar Asia Tenggara bermula

pada dekad pertama dan kedua abad ke-20 dan dimangkinkan oleh perkembangan

perhubungan dan pelajaran yang pesat.4 Nasionalisme Burma tercetus kerana kemenangan

Jepun dalam perang Jepun-Rusia pada tahun 1905, pengaruh nasionalisme di India dan

perdamaian Versailles yang memperjuangkan hak-hak sendiri bagi bangsa-bangsa yang

belum merdeka. Di Vietnam, pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh Perancis sehingga

mengubah hampir keseluruhan sistem politik dan struktur sosioekonomi. Perubahan tersebut

telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Vietnam demi

mengembalikan kedaulatan negara tersebut. Gerakan nasionalisme Vietnam terdiri daripada

tiga tahap.

1
Suntharalingam, R & Abdul Rahman Ismail, Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya: Fajar Bakti,
hlm. 15-16.
2
H. Kohn, The Idea of Nationalism: A Study of Its Origins and Background. New York: The Macmillan Company,
hlm. 10-11.
3
Franz Magnis-Suseno, Pemikiran Karl Marx: Dari Sosialisme Utopis ke Perselisihan   Revisionisme, cet. II
Jakarta: Pt Gramedia Pustaka Utama, 2003, hlm. 3.
4
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.
117.

1
2.0 BANDINGKAN PERGERAKAN NASIONALISME BURMA DENGAN

VIETNAM SEBELUM 1941

2.1 Permulaan Nasionalisme Di Burma Dan Vietnam

Menurut sarjana Amerika yang terkenal Frank Trager, menyifatkan

nasionalisme negara Burma telah bermula sejak tahun 1885 lagi dan nasionalisme ini

telah melalui beberapa peringkat sehinggalah Burma mencapai kemerdekaan pada

tahun 1948.5 Bagi Trager bentuk utama nasionalisme Burma adalah bersifat gerakan

anti-Inggeris secara terbuka. Donald E. Smith mengajukan bahawa nasionalisme

tradisi yang telah wujud sejak zaman Pagan lagi. 6 Pada zaman itu telah muncul ciri-

ciri nasionalisme seperti bahasa yang nyata, satu identiti ras, pemusatan politik,

pengalaman sejarah yang sama, wilayah jelas serta Buddhisme yang telah diterima

sebagai amalan hidup rakyat tempatan.

Gerakan nasionalisme Vietnam melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah pada

1913 hingga 1917 dan dikendalikan oleh Kuang Phuc Hoi (Parti Restorasi Vietnam)

di bawah pimpinan Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh. 7 Gerakan tersebut bertujuan

untuk mewujudkan negara Vietnam yang moden. Tahap kedua ialah pada 1917

hingga 1930 iaitu semasa kemunculan parti-parti politik, seperti, Parti Progresif

Rakyat Vietnam, Parti Perlembagaan, Parti Kebangsaan Vietnam, Gerakan Cao Dai,

dan Parti Komunis Vietnam. Namun, daripada parti-parti tersebut, Parti Komunis

Vietnam yang berjaya memegang dan mengendalikan gerakan nasionalisme Vietnam.

Tahap ketiga ialah pada 1930 hingga 1954. Pada tahap ini gerakan nasionalisme

Vietnam terus dilakukan oleh parti komunis dalam menentang Perancis. Dominasi

5
Trager, Frank N., Burma: From Kingdom to Republic, A Historical and Political Analysis. New York:
Frederick Praeger. hlm. 43.
6
Donald E. Smith, Religion and Politics in Burma. Princeton, N.J.: Princeton University Press. hlm. 81-87.
7
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism 1885 -1925. Berkeley and Los Angeles: University of California
Press. hlm. 57-58.

2
Parti Komunis Vietnam semakin besar setelah Parti Nasionalis dihancurkan oleh

Perancis. Di bawah pimpinan Ho Chi Minh.8 Parti Komunis Vietnam bercita-cita

untuk merebut kemerdekaan Vietnam dari tangan Perancis. Pola perjuangan parti ini

ternyata sangat menarik perhatian dan minat rakyat Vietnam kerana gerakan yang

digunakan bersifat radikal.

2.2 Pergerakan Anti-Kolonial Abad Ke-19

Pada masa pemerintahan Inggeris, gerakan anti-kolonial Burma mulai muncul,

dengan kehadiran organisasi-organisasi yang melahirkan tokoh-tokoh seperti Dr. Ba

Maw, Aung San, U Nu, Thankin Tan Thun, dan lain-lain disertai pula dengan

gerakan-gerakan organisasi seperti General Council of Buddhist Association (GCBA)

iaitu Dewan Perwakilan Umum Perkumpulan Budha yang di ketuai U Chit Hlaing.

Gerakan lain pula adalah Sinyetha (Parti Rakyat Miskin). Ia didirikan dan dipimpin

oleh Dr Ba Maw. Parti ini cuba membela nasib rakyat jelata dan dalam politiknya

parti ini bekerja sama dengan Parti Kongres India. Dr ba Maw mengabungkan diri

dengan Jepun dan menjadi Presiden Burma.

Seterusnya adalah gerakan Myohit (Parti Nasionalis). Parti ini didirikan oleh

U Saw, parti ini menghendaki status dominan bagi Burma. U Saw adalah orang yang

anti Inggeris dan Pro Jepun sehingga pada perang dunia II dipenjarakan Inggeris. Ia

merupakan dalang dalami pembunuhan U Aung San pada tahun 1947. Selain itu

terdapat juga parti Dobama Asiayone (Kita Bangsa Burma - Parti Thakin). Thakin

ertinya tuan, keanggotaan parti ini adalah kaum muda seperti mahasiswa dan para

pelajar. Parti ini bersifat revolusioner, patriotik dan sosialis yang menuntut

kemerdekaan penuh Burma.

8
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism 1885 -1925. Berkeley and Los Angeles: University of California
Press.hlm. 48.

3
Gerakan anti-kolonial Vietnam pula bermula pada tahun 1885-1925

merupakan gerakan anti-kolonial yang awal diadakan di Vietnam sebagai usaha untuk

melepaskan negara mereka dari penaklukan Perancis. Bermula dari tahun 1885,

gerakan Can Vuong dilakukan oleh kelompok kedua iaitu kelompok yang menentang

Perancis adalah sebagai satu usaha awal untuk membebaskan Vietnam dari

cengkaman Perancis dan fokus utama gerakan ini adalah mengembalikan sistem

pemerintahan beraja tradisional dalam pentadbiran Perancis. Oleh itu, golongan

Cendekiawan seperti Phan Dinh Phung banyak melakukan strategi dan serangan ke

atas Perancis, namun gagal.

Seterusnya, awal tahun 1900, muncul pula golongan cendekiawan muda

seperti Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh yang berusaha untuk membebaskan

Vietnam daripada Perancis. Namun, kedua-dua cendekiawan ini mempunyai cara dan

pendapat berbeza dalam menggerakkan perjuangan mereka. Menurut Marr, golongan

penentang awal anti penjajahan ini bukanlah golongan nasionalis kerana mereka juga

dengan rela menerima Perancis untuk mengetuai pentadbiran Vietnam jika pelan

tindakan radikal mereka di ubah. Tambah Marr lagi, hanya pada tahun 1920,

bermulanya golongan muda intelektual yang berjuang dengan betul-betul menyerap

konsep yang moden, dinamik, berkuat kuasa dengan positif dan mempunyai ideologi

yang bernas.9

Phan Chu Trinh, merupakan seorang cendekiawan yang sangat aktif dalam

mengubah nasib penduduk di Vietnam. Beliau mengecam hebat golongan mandarin

yang menyusahkan rakyat dan sistem beraja yang tiada fungsinya terhadap rakyat.

Idea beliau yang menjadikan pelajaran sebagai punca utama sesebuah negara untuk

berjaya adalah harus dipuji. Selain pelajaran, beliau juga menekankan aspek ekonomi

9
David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism 1885 -1925. Berkeley and Los Angeles: University of California
Press. hlm. 4.

4
yang harus dititikberatkan. Trinh berbeza dengan pejuang-pejuang yang terdahulu

yang hanya mementingkan sistem pemerintahan monarki dan beraja. Walaupun Trinh

bukan seorang nasionalis, namun, ideologinya merupakan pencetus kepada generasi

seterusnya dalam membebaskan Vietnam dari kuasa asing.

2.3 Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme

Terdapat banyak faktor kemunculan nasionalisme di Burma dan Vietnam.

Antaranya ialah pengaruh agama, pengaruh kewartawanan dan media massa,

pengaruh luar, pengaruh bahasa dan kesusasteraan, peranan pendidikan dan golongan

intelektual.

Gerakan nasionalisme di Burma pada peringkat awalnya lebih bersifat

keagamaan kerana agama Buddha menjadi mekanisma penting untuk meraih

sokongan rakyat.10 Ia diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan

pengaruh agama Buddha terancam ekoran penjajahan British di Burma. Pertubuhan

agama terawal ialah Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 dan diikuti oleh

Persatuan Agama Maktab Rangoon pada tahun 1904. Gerakan ini semakin

berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA) pada 1906 yang

diasaskan oleh U May Oung. YMBA merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di

Burma bertujuan menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan

Barat. YMBA memainkan peranan penting dalam meransang gerakan nasionalisme di

Burma seperti menimbulkan ‘isu kasut’, menuntut pembaharuan dalam pemerintahan

British, dan terlibat dalam pemogokan pelajar pada tahun 1920. Golongan Pongyi

(sami Buddha) memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Burma

terutama dalam kalangan petani.11 Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama

Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan


10
Ramlah binti Adam.[et al]. Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. hlm. 21.
11
Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.), hlm. 323.

5
kedudukan agama Buddha dalam masyarakat. Pongyi turut menyertai dan menyokong

YMBA.12 Namun di Vietnam lain situasinya, Perancis telah cuba memanfaatkan kaum

agama sebagai penguasa tanah dalam pertanian agar mereka menurut cara

pemerintahan mereka. Kaum agama turut memanfaatkan siswa-siswa dan pengajar di

sekolah. Walau bagaimanapun setelah Paus mengeluarkan larangannya, maka kaum

agama tidak ikut campur lagi dalam urusan politk, ekonomi, dan sosial-budaya yang

menyebabkan Perancis kesulitan dalam menjalankan programnya.

Di Burma pengaruh sistem pendidikan turut mempercepatkan nasionalisme

berlaku, British telah melaksanakan sistem pendidikan sekular di sekolah dengan

menggunakan bahasa Inggeris dan Myanmar. British juga menggalakkan penubuhan

sekolah Inggeris dan mubaligh Kristian. Ia menarik minat ramai pelajar kerana

lepasan sekolah ini berpeluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan sedangkan

sekolah agama Buddha adalah sebaliknya. Selain itu, para pelajar lebih mengetahui

agama Kristian berbanding agama Buddha. Perkembangan ini membangkitkan

semangat nasionalisme di Burma kerana pendidikan Barat telah mengancam budaya

dan amalan tradisi masyarakat Burma dan agama Buddha.13 Di Vietnam, sebenarnya

Perancis lebih menitikberatkan penguasaan di bidang sosial dan budaya dengan tujuan

utamanya adalah menjadikan orang-orang Vietnam berbudaya Perancis, sehingga

akan lebih mudah menguasai Vietnam di sektor-sektor lain. Perancis menggunakan

politik asimilasi, iaitu dengan memasukkan budaya Perancis ke Vietnam yang

dilakukan dengan program “asosiasi” melalui pendidikan. Politik asosiasi yang

diterapkan oleh Perancis melahirkan golongan terpelajar dan menimbulkan

nasionalisme Vietnam. Golongan terpelajar yang berlatar belakang pendidikan Barat

tersebut mempelopori gerakan kemerdekaan Vietnam dengan pembentukan organisasi


12
Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.), hlm. 320.
13
Steinberg, David. Burma :Socialist Nation of Southeast Asia. ( Colorado : Westviews Press, 1982), hlm. 35.

6
politik untuk mencapai kemerdekaan Vietnam. Salah satu tokoh pergerakan

kemerdekaan Vietnam dari golongan terpelajar iaitu Ho Chi Minh yang mendapat

pendidikan komunis di Rusia merupakan tokoh utama dalam gerakan nasionalisme

Vietnam. Di Burma, golongan intelektual, Dr Ba Maw, U Pu, U Saw, U Thein

Maung, dan U Ba Pe menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mereka telah

menubuhkan beberapa parti politik seperti Majlis Kesatuan-Kesatuan Burma (GCBA)

pada tahun 1921. Golongan sami Buddha yang berpendidikan seperti L.A. Maung

Gyi, U May Oung, dan U Kin telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha yang telah

bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan

mogok dan bantahan menentang dasar British.14 Peranan mereka telah menyebabkan

penyebaran idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Burma dan

mendapat sokongan rakyat.

Pengaruh kewartawanan dan media massa membantu untuk mempercepatkan

nasionalisme di kedua-dua negara. Di Vietnam, Tribute Indigene dan Cloche Felee

merupakan akhbar yang berpengaruh. Karya ini turut berperanan menyampaikan

mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya

membangkitkan nasionalisme di Vietnam. Manakala di Burma, suratkhabar dan

majalah yang dicetak dalam bahasa Inggeris dan bahasa Burma menjadi pemangkin

kepada kesedaran kebangsaan dalam kalangan penduduk peribumi Burma dan ia dapat

disebarkan dengan cepat dan meluas. Maklumat dan idea-idea berkerajaan sendiri dari

luar negara disebarkan bagi menimbulkan kesedaran dan menyeru rakyat untuk

bersatu memperjuangkan kemerdekaan. Pemimpin nasionalis menggunakan akhbar

dan majalah untuk menyampaikan ideologi dan dakyah politik mereka yang anti-

British serta menuntut hak mereka sebagai penduduk peribumi. Walaupun hanya

14
Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.), hlm. 320.

7
akhbar berbahasa Inggeris yang dibenarkan di Burma mengikut Perkeliling

Pendidikan tahun 1907 seperti Times of India, Rangoon Gazette dan Rangoon Times,

namun ia tidak menghalang pejuang nasionalis untuk mengkritik pentadbiran British

yang berat sebelah dan cuba mengugat budaya dan kepercayaan masyarakat tempatan.

Pengaruh luar turut menyumbang kepada wujudnya nasionalisme di Burma

dan Vietnam. Perang Rusia–Jepun (1904–1905) dan kebangkitan Boxer 1900

memberi impak kepada Vietnam, contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet

Nam Quang Phuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada

Perancis. Revolusi 1917 juga telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa

(Comintern) yang menyebarkan ideologi komunisnya di seluruh dunia. Di Burma,

peristiwa-peristiwa yang berlaku di Asia telah mempengaruhi perkembangan

nasionalismenya seperti kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun.

3.0 KEPENTINGAN MARXISME DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME

DI BURMA DAN VIETNAM

3.1 Marxisme Di Burma Dan Golongan Thakin

Pada tahun 1930, Persatuan Dobama telah ditubuhkan dan Liga Pemuda

Burma pula ditubuhkan pada tahun 1931. Pada tahun 1935, kedua-keduanya telah

bergabung dan menubuhkan Dobama Asiayone.15 Pemimpinnya digelar sebagai

Thakin (Tuan) yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan bagi Burma. Golongan

ini telah menggunakan taktik perjuangan Parti Kongres India sebagai model malahan

turut dipengaruhi oleh fahaman Marxis, pergerakan fasis Itali dan Jerman. Golongan

siswazah yang tertarik dengan fahaman dan perjuangan ini telah menterjemah karya-

15
Khin Maung Latt (ed.), Meedok Thakin Thein Maung Gyi ei Bawa hnint Naingganyay Hloksharhmu1'nyar (Life
and Political Movements of Meedok Thakin Thein Maung Gyi) Yangon: Sarpay Baikman, hlm. 54.

8
karya Karl Marx ke dalam bahasa ibunda. Pemimpin Thakin yang paling terkenal

ialah Aung San, siswazah dari Universiti Rangoon.16

Golongan Thakin telah melancarkan suatu pemogokan bagi membantah

tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu (Presiden Persatuan Pelajar

Universiti Rangoon) dan Thakin Aung San kerana U Nu telah mengkritik pentadbiran

universiti dalam suatu ucapan manakala Aung San pula telah memburukkan nama

pensyarah. Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Rangoon.

Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar telah mengambil peluang ini untuk

menuntut pindaan-pindaan kepada Akta Universiti 1920. Hal ini telah

mempopularkan golongan Thakin. Golongan Thakin ini juga telah mengambil

bahagian dalam pilihanraya tahun 1936 dan berjaya memenangi tiga buah kerusi.

Pada tahun 1938, dalam mendapatkan sokongan petani, Thakin Mya

menubuhkan pertubuhan petani-petani Burma dan All Burma Cultivators League dan

mencadangkan beberapa rancangan cukai baru bagi petani. Pada tahun 1940, All

Burma Trades Union Congres ditubuhkan oleh Thakin Ya Swee bagi menyelaraskan

kegiatan-kegiatan pertubuhan buruh dan menentang Inggeris. Beberapa pemogokan

pekerja perusahaan minyak dan pengangkutan sungai bagi menuntut kenaikan gaji

dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik telah dijalankan. Kelas menengah yang

muncul di Myanmar telah memberi kesan keatas nasionalisme Burma. 17 Penentangan

golongan Thakin terhadap British semakin hebat dengan peletusan Perang Dunia

kedua. Pada tahun 1939, golongan Thakin telah menubuhkan Blok kebebasan

bersama-sama Du Ba Maw.18

3.2 Marxisme Di Vietnam Dan Ho Chi Minh


16
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.
117.
17
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 287.
18
Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.), hlm. 324.

9
  Penindasan Parti Kebangsaan Vietnam telah menyebabkan terbentuknya Parti

Komunis Indo-China di bawah pimpinan Ho Chi Minh atau Nguyen Ai Quoc. Dia

dianggap sebagai pahlawan nasionalisme Vietnam. Ho Chi Minh telah menyarankan

agar Vietnam diberikan kerajaan sendiri tetapi tuntutannya ditolak oleh Perancis dan

Ho Chi Minh mulai berhaluan kiri.19 Pada tahun 1925, Ho Chi Minh menubuhkan

Persatuan Pemuda Revolusi Vietnam di Canton.20 Pada tahun 1930, ia menukar nama

persatuan itu menjadi Parti Komunis Vietnam (Parti Komunis Indo-China) untuk

mendapatkan kemerdekaan bagi Vietnam melalui revolusi secara berperingkat.

Golongan komunis juga menggunakan penderitaan kaum tani semasa kemelesetan

besar (1930) untuk mengaturkan permogokan, tunjuk perasaan dan rapat umum.

Kaum tani telah memberikan sokongan yang hebat kepada Parti Komunis Vietnam.

Pemberontakan secara besar-besaran berlaku di Tongkin, Annam dan pertubuhan

berideologi komunis, Viet Minh ditubuhkan bertujuan memperoleh kemerdekaan dari

Perancis dan melawan Jepun di kawasan Indochina, khususnya Vietnam.

4.0 KESIMPULAN

Kemunculan gerakan nasionalisme di Burma pada penghujung abad yang ke-19

merupakan satu bantahan agama terhadap pemakaian kasut di dalam rumah-rumah berhala.

Tindakan para pegawai British masuk ke rumah berhala tanpa menanggalkan kasut

19
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.
148.
20
David G. Marr, Vietnamese Tradition on Trial, 1920-1945. Berkeley:University of California Press. hlm 128.

10
merupakan satu tindakan yang biadap. Perjuangan masyarakat Burma menentang British

hanyalah untuk kepentingan budaya dan imej mereka dan bukannya untuk memperjuangkan

sebuah negara yang merdeka. Mereka hanya mahukan supaya tindakan para pegawai British

yang biadap itu dihentikan dan mengikut alunan budaya tempatan.

Di Vietnam, situasi perjuangan menentang kuasa kolonial lebih bersifat patriotisme

dan untuk menjaga kepentingan kuasa dan status-quo raja. Golongan marxist lebih berjaya

kerana skop perjuangan golongan nasionalis bukan marxist tidak meliputi kepentingan

rakyat.

Kini, Myanmar merupakan bekas negara komunis dalam proses ke arah demokrasi

manakala Vietnam pula masih mengamalkan sistem komunis dengan nama Republik Sosialis

Vietnam (Vietnam).21

21
Aiyub Mohsin. Bertugas dalam suasana Doi Moi di Vietnam. The University of Michigan: Djambatan. hlm. 19.

11

Anda mungkin juga menyukai