Anda di halaman 1dari 30

Makalah Mata Kuliah: Ushulut Tafsir

“MANHAJ SUNNAH NABAWIYAH”

Disusun Oleh:
1. Dini Kartika ( 2020304054 )
2. Aida Gusti Rizki ( 2030304062 )
3. Melina Reziana Mama (2020304045)

Dosen Pengampu:
Bapak Almunadi MA

PROGRAM STUDI ILMU AL-QUR’AN DAN TAFSIR


FAKULTAS USHULUDDIN DAN PEMIKIRAN ISLAM
UNIVERSITAS ISLAM NEGERI RADEN FATAH PALEMBANG
TAHUN 2021

i
KATA PENGANTAR

Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan hidayah-Nya
sehingga kami dapat menyelesaikan tugas makalah yang berjudul “Manhaj Sunnah
Nabawiyah” ini tepat pada waktunya.

Adapun tujuan dari penulisan dari makalah ini adalah untuk memenuhi tugas Bapak
Almunadi MA pada Mata Kuliah Ushulut Tafsir. Selain itu, makalah ini juga bertujuan untuk
menambah wawasan tentang “Manhaj Sunnah Nabawiyah” bagi para pembaca dan juga bagi
penulis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Bapak Almunadi MA, selaku Dosen
Pengampu Mata Kuliah Ushulut Tafsir yang telah memberikan tugas ini sehingga dapat
menambah pengetahuan dan wawasan sesuai dengan bidang studi yang kami tekuni.

Kami menyadari, makalah yang kami tulis ini masih jauh dari kata sempurna. Oleh
karena itu, kritik dan saran yang membangun akan kami nantikan demi kesempurnaan
makalah ini.

Palembang, 07 November 2021

Penulis

iii
DAFTAR ISI

KATA PENGANTAR………………………………………………………………………iii

Daftar Isi…………………………………………………………………………………….iv

BAB 1 PENDAHULUAN

A. Latar Belakang……………………………………………………………1
B. Rumusan Masalah………………………………………………………...1
C. Tujuan…………………………………………………………………….2

BAB II PEMBAHASAN

A. Pengertian Sunnah Nabawiyyah………………………………………….3


B. Penghujahan Al-Sunnah Dan Dalil-Dalil Kebahasaa…………………….6
C. Kedudukan Al-Sunnah Menurut Al-Qur’an.………………………........10
D. Kitab-Kitab Al-Sunnah Bersanad Yang Utama………………………....14
E. Kaedah-Kaedah Dalam Memahami Al-Sunnah Al-Nabawiyyah
Dan Mempraktikkannya……………………………………………...…20

BAB III PENUTUP

A. Kesimpulan…………………………………………………………...…24
B. Saran………………………………………………………...………..…25

Daftar Pustaka………………………………………………………………………...…….26

iv
BAB I
PENDAHULUAN

A. Latar Belakang

Al-Sunnah al-Nabawiyyah memiliki kedudukan yang amat besar dalam penentuan


pensyariatan Islam. Martabat keutamaannya datang selepas daripada al-Quran sebagai
penerang dan penghurai kepada al-Quran yang menjadikannya sumber kedua
selepas al-Quran. al-Sunnah al-Nabawiyyah juga adalah sumber bagi aqidah Islam selepas al-
Quran. Maka, sesiapa yang meragui keabsahan penghujahan al-Sunnah al-Nabawiyyah,
sesungguhnya dia telah terkeluar daripada ikatan Islam.
Hal Ini kerana berpegang teguh dengan kedua- duanya adalah sebab yang dapat
menghalang seorang muslim daripada terjatuh dalam penyelewengan memahami aqidah
Islam. Al-Sunnah al-Nabawiyyah juga yang mengikat teguh serta mempersatukan
ummah dan tidak memecah belahkannya. Maka, setiap muslim tidak akan mampu
meninggalkan serta mengabaikan al-Sunnah al-Nabawiyyah dan hanya berpegang kepada al-
Quran, walau bagaimana sekalipun dakwaan-dakwaan yang penuh kesombongan sebahagian
manusia yang sesat serta menyesatkan dengan hujah mereka yang hina; iaitu bahawa
sesungguhnya Allah SWT tidak menjamin penjagaan dan pemeliharaan al-Sunnah al-
Nabawiyyah seperti jaminan Allah SWT terhadap kitabNya. Sama sekali tidak benar, bahkan
Allah SWT telah memberi jaminan penjagaan dan pemeliharaan kedua-duanya. Penjagaan
al-Quran bagi umat Islam dengan usaha dan tenaga para huffaz dan al-Qurra’, manakala al-
Sunnah al-Nabawiyyah dipelihara dengan usaha gigih para muhaddithin dan ulama.
Dengan kedudukan dan kepentingan al-Sunnah al-Nabawiyyah yang amat tinggi
dalam agama yang lurus serta syariat yang hebat ini, menjadi kemestian bagi setiap
intelektual muslim untuk mengetahui dengan baik semua aspek terpenting berkaitan dengan
al-Sunnah al-Nabawiyyah, merangkumi: Kedudukannya dalam agama dan pensyariatan
serta keperluan mendesak kepada al-Sunnah al-Nabawiyyah bagi setiap daripadanya (agama
dan pensyariatan). Sepertimana menjadi kewajipan kepadanya untuk mendalami kaedah-
kaedah yang membantunya memahami al-Sunnah, mengetahui keraguan-keraguan yang
ditimbulkan untuk merosakkan keabsahan penghujahan al-Sunnah. Begitu juga mengetahui
sumber-sumber bagi al- Sunnah yang boleh dirujuk dan dijadikan hujjah dan mengetahui
darjat-darjat yang dihukumkan ke atas hadith sama ada sahih, hasan atau daif.
B. Rumusan Masalah

Berdasarkan latar belakang pada makalah ini maka didapat beberapa rumusan masalah
yaitu sebagai berikut:
1) Apa pengertian al-Sunnah Nabawiyah?
2) Bagaimana penghujahan al-Sunnah dan dalil-dalil kebahasaannya?
3) Apa kedudukan al-Sunnah menurut al-Qur’an?

1
C. Tujuan

Berdasarkan rumusan masalah tersebut maka dapat diambil tujuan dari penulisan
makalah ini adalah sebagai berikut:
1) Untuk mengetahui pengertian al-Sunnah Nabawiyah
2) Untuk mengetahui penghujahan al-Sunnah dan dalil-dalil kebahasaannya
3) Untuk mengetahui kedudukan al-Sunnah menurut al-Qur’an

2
BAB II
PEMBAHASAN

A. Pengertian Sunnah Nabawiyyah

a. Al-Sunnah dari sudut bahasa:

" ‫ " اسنة‬Sunnah kata jamaknya adalah ‫ اسنن‬. Sunan Ia memiliki makna yang sebagai dari
sudut bahasa, antara yang masyhur adalah seperti berikut:
1. Suatu Jalan Yang Lurus Serta Terpuji 1
Lafaz al-Sunnah dengan makna ungkapan ini terdapat banyak di dalam al-Quran al-Karim,
antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

‫َّللاُ َع ِلي ٌم َح ِكي ٌم‬ َ ُ ‫سنَنَ الهذِينَ ِم ْن قَ ْب ِل ُك ْم َو َيت‬


‫وب َع َل ْي ُك ْم ۗ َو ه‬ ُ ‫َّللاُ ِليُ َب ِينَ لَ ُك ْم َو َي ْه ِد َي ُك ْم‬
‫يُ ِريدُ ه‬
Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang diharamkan dan dihalalkan dari
kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan syariatNya dan untuk menunjukkan kepada
kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang terdahulu daripada kamu dan juga untuk
menerima taubat kamu, dan (ingatlan) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Nisa’: 26).

Berkata al - Hafiz Ibn Kathir ( w 774H ) ketika mentafsirkan ayat ini firman Allah
SWT :

‫ويهديكم سنن الذين من قبلكم‬


Maksudnya: untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang
terdahulu daripada kamu ), iaitu: Jalan dan cara hidup mereka yang terpuji.2

Begitu juga dalam hadits Rasulullah SAW yang memberi maksud yang sama, antaranya
sabda Nabi SAW kepada golongan majusi Hajar:

« ‫ » سنوا بهم سنة أهل الكتاب‬3


1
Lihat: Tahzib al-Lughah oleh al-Azhari: (12/210, 214), dan al-Misbah al-Munir oleh al-Fayyumi: hlm.
292.
2
Tafsir al-Quran al-‘Azim: oleh Ibn Kathir: (2/295).
3
Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwatta’, Kitab: al-Zakah, Bab: Jizyah Ahli al-Kitab wa alMajus,
no hadith: 616. Daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf RA.

3
Maksudnya: Jalankan ke atas mereka seperti cara kepada ahli kitab. Iaitu: Lakukanlah
ke atas mereka seperti cara kamu melakukan ke atas mereka ( golongan ahli kitab ).

2. Al - Sirah yaitu Jalan Kehidupan: Sama ada yang baik maupun buruk4

Lafaz al-Sunnah dengan makna ungkapan ini digunakan di dalam al-Quran di beberapa
tempat, antaranya, firman Allah SWT:

‫وما من الناس أن يؤمنوا إذ جاءهم الهدى ويستغفروا ربهم إال أن تأيهم سنة األولين‬

Maksudnya:

“Dan tiada suatu pun yang menghalang manusia daripada beriman, ketika petunjuk telah
datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti)
datangnya hukum (Allah yang telah berlaku kepada ) umat-umat terdahulu...” (Surah al-
Kahfi: 55).

Al-Sunnah di sini bermaksud: al-Sirah (cara kehidupan). Penggunaan lafaz al-Sunnah


dengan ungkapan ini dalam hadith, sabda Rasulullah SAW:

‫ سن في‬، ‫ وأخر من عمل بها بعده‬، ‫ومن « من سن في اإلسالم سنة حسنة فله أخرها‬
»5‫ ووزر من عمل بها من بعده‬، ‫اإلسالم سنة سيئة ؛ كان عليه وزرها‬
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan sesuatu sebagai kebiasaannya (al-Sunnah)
dalam Islam suatu sunnah yang baik, maka baginya pahala sunnahnya, dan pahala sesiapa
yang melakukannya selepas daripadanya, tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang
melakukan selepasnya (untuk dirinya). Sesiapa yang melakukan sesuatu kebiasaan (al-
Sunnah) di dalam Islam suatu sunnah yang buruk, maka ke atasnya dosa sunnahnya itu, dan
(diberikan juga) dosa orang yang melakukannya selepas dar padanya, tanpa dikurangkan
sedikitpun dosa orang yang melakukannya selepas daripadanya (ke atas dirinya)”Ia
bermaksud: Sesiapa yang mengamalkannya untuk dijadikan contoh pada perbuatannya

4
Lihat: Lisan al-‘Arab oleh Ibn Manzur: (6/399), pada perkataan: -
5
Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, kitab: al-Zakah, Bab: Al-Hath ‘Ala al-Sadaqah, no:
(1017), dan di dalam kitab: al-‘Ilm, Bab: Man Sanna Sunnah Hasanah Aw Sayyiah, no: (2059).

4
.Inilah dua makna yang masyhur bagi perkataan al-Sunnah dari aspek bahasa, Walaupun
terdapat maksud yang lain tetapi tidak diperincikan di dalam buku ini.6”

Penggunaan perkataan al-Sunnah dalam Uruf Islam Secara Umum

Para ulama menggunakan lafaz al-Sunnah sejak zaman Rasulullah SAW (peristiwa
yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW) dengan bentuk penggunaan yang lebih khusus
berbanding penggunaannya pada bangsa Arab. Cara hidup dan sirah dikhususkan tentang
jalan kehidupan Rasulullah SAW dan sirah Baginda dalam agama. Ini adalah kerana Baginda
SAW yang membawa agama dan disampaikan daripada Allah SWT.

Maka, maksud yang dikehendaki daripada perkataan al-Sunnah adalah: Cara Islam,
dan petunjuk Nabi SAW, gaya hidup yang disyariatkan dan berpanduan, serta manhaj Nabi
yang lurus. Antaranya perkataan para ulama: Fulan di atas sunnah: iaitu jika dia melakukan
amalan bertepatan dengan amalan Nabi SAW dan para sahabat RA.7

Begitu juga, kata-kata; Fulan di atas bidaah: iaitu jika dia melakukan amalan yang
bertentangan dengan amalan Nabi SAW dan para sahabat RA, atau melakukan sesuatu yang
baharu dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh al-Salaf al-Soleh .8

b. Al-Sunnah Dari Sudut Istilah:

Al-Sunnah menurut istilah muhaddithin bermaksud: Sesuatu yang disandarkan kepada


Nabi SAW, melalui perkataan, 9atau perbuatan,10 atau pengakuan, atau sifat akhlaq, atau sifat

6
Lisan al-‘Arab oleh Ibn Manzur: (13/225)
7
Lihat: Manhaj al-Naqd Fi ‘Ulum al-Hadith oleh Dr Nur al-Din ‘Itr, hlm: 27, al-Sunnah alNabawiyyah
Wa Bayan Madluliha al-Syar’i oleh al-Sheikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, hlm: 17 dan al-Ittijah al-‘Ilmaniy
al-Mu’asir Fi Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah: Dirasah Naqdiyyah oleh Ustaz Ghazi al-Syamri, hlm: 48.
8
Lihat: Usul al-Hadith oleh Dr Muhammad ‘Ajaj al-Khatib, hlm: 27.
9
ْ َ ‫ت اْأل‬
Contohnya sabda Nabi SAW: ‫ع َمال ِإنَّ َما‬ ِ ‫ بِالنِيَّا‬maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan-amalan itu
bermula dengan niat”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam muqaddimah kitab Sahihnya, daripada ‘Umar bin
al-Khattab RA). Hadis-hadis al-Qauliyyah (perkataan) amat banyak, malah ia dianggap mewakili kebanyakan
al-Sunnah, bahkan padanya berlegar pensyariatan Islam
10
Contohnya: Pelaksanaan Baginda SAW mendirikan solat dengan cara yang dimaklumi, cara
berwuduk, pelaksanaan ibadah haji, dan sebagainya daripada perbuatan yang tidak bersifat tabi’i atau perangai
seseorang. Juga contohnya: kata-kata Abdullah bin Malik bin Buhaynah RA: “Adalah Nabi SAW,
sesungguhnya apabila Baginda solat, Baginda akan meluaskan ruang antara tangan-tangan Baginda (dengan

5
jasmani, atau sirah, sama ada sebelum dilantik menjadi Nabi SAW atau selepasnya,sama ada
sunnah Baginda menetapkan sesuatu hukum syarak atau tidak, ia juga merangkumi segala
perlakuan Nabi SAW sama ada berdiam diri atau melakukan pergerakan, sama ada ketika
jaga atau ketika tidur.

Perbedaan Antara al-Hadith dan al-Sunnah

Al-Hadith adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW sama ada perkataan,
atau perbuatan atau pengakuan atau sifat fizikal atau sifat akhlaq, atau sesuatu yang
disandarkan kepada sahabat atau tabiin.Manakala perbedaannya dengan al-Sunnah adalah
seperti berikut :

1. Penggunaan lafaz al-hadith khusus bagi setiap sesuatu yang dinukilkan daripada
Rasulullah SAW dan para sahabat RA daripada perkataan, perbuatan atau
sebagainya.
2. Penggunaan lafaz al-Sunnah khusus bagi sesuatu amalan yang disandarkan
kepada Nabi SAW dan para sahabat RA pada zaman permulaan Islam.

B. Penghujahan Al-Sunnah Dan Dalil-Dalil Kebahasaannya

Keseluruhan ulama bersepakat mengatakan bahawa al-Sunnah adalah hujah atau dalil:
Ia seperti al-Quran dalam meletakkan hukum halal atau mengharamkan sesuatu yang haram.
Mereka menegaskan bahawa wajib mengambil al-Sunnah dan menjadikannya sebagai hujah
sepertimana wajib mengambil al-Quran dan menjadikannya hujah serta beramal dengannya
secara keseluruhan. Penghujahan ini bersandarkan kepada dalil daripada al-Quran dan hadith
Rasulullah SAW. Berikut beberapa dalil yang dinyatakan:
Dalil-Dalil Daripada al-Quran al-Karim dan Hadith-Hadith Nabawi
Pertama: Dalil Penghujahan al-Sunnah Daripada al-Quran al-Karim: Al-Quran sarat
dengan dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan menerima Sunnah Nabi SAW sebagai
sumber pensyariatan, penyempurna agama dan syariatnya. Antaranya, firman Allah SWT:

‫س ْو َل‬
ُ ‫الر‬ َ ‫اَيُّ َها اله ِذيْنَ ٰا َمنُ ْْٓوا اَ ِط ْيعُوا ه‬
‫َّللا ا َ ِط ْيعُوا ه‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul”. (Surah
al-Nisa’: 59).

badan ketika sujud) sehingga menampakkan putihnya ketiak Baginda”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam
Sahihnya, Kitab: al-Solah, Bab: Yubdi Dhab’ayhi Wa Yujafi Fi al-Sujud, no hadith: 390).

6
Dan banyak ayat-ayat selainnya di dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah
SWT memerintahkan hamba-hambaNya untuk mentaatiNya dan menggabungkan perkara
tersebut dengan mentaati RasulNya SAW. Mentaati Allah SWT adalah kembali kepada
KitabNya, manakala mentaati Rasulullah SAW kembali kepada sunnahnya.

Kedua: Dalil-Dalil Penghujahan al-Sunnah Berdasarkan Hadith-Hadith Nabawi:


Dalil-dalil daripada hadith Nabi SAW berkaitan penghujahan al-Sunnah, antaranya:
Diriwayatkan oleh al-Miqdam bin Ma’dikarib RA yang artinya: “Ketahuilah
sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan yang seumpamanya (yakni al-Sunnah) bersama-
sama dengan al-Quran itu.”11
Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang kehujahan al-Sunnah al-Nabawiyah dengan
dalil yang amat kuat; sehingga tidak ada ruang untuk dinafikan atau diingkari.

Amaran Daripada Bertentangan dengan Al-Sunnah al-Nabawiyyah dan Mengingkari


Penghujahannya:
Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW yang telah dinyatakan,
semuanya memberikan kepada kita keyakinan yang kukuh tentang kewajipan mentaati Nabi
SAW serta mengikuti sunnahnya yang mulia.
Sesiapa yang cuba untuk menentang atau bersalahan dengan sunnah Rasulullah SAW,
telah diberikan amaran keras oleh al-Quran al-Karim.
Firman Allah SWT yang artinya: “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi
perintah Rasul, takut dan berwaspada akan ditimpa musibah atau diazabkan dengan azab
yang pedih”. (Surah al-Nur: 63).
Ayat ini menerangkan tentang sebab mereka diazab, iaitu: Mereka menyalahi perintah
Allah SWT dengan mengingkari RasulNya SAW.
Begitu juga bagi sesiapa yang mengingkari keabsahan penghujahan al-Sunnah dan
kewajipan beramal dengannya; jumhur ulama menghukumkannya dengan kafir (sesiapa yang
mengingkarinya). al-Imam Ibn Hazm al-Zahiri (w 456H) berkata: “Jika seseorang berkata:
Kami tidak mengambil (sebagai dalil) kecuali apa yang kami temui di dalam al-Quran, maka
dia dihukumkan kafir berdasarkan kesepakatan ulama...1 ’. Beliau berkata lagi: ‘Orang yang
melafazkan kata-kata ini adalah kafir musyrik serta halal darahnya (boleh dibunuh) dan
dirampas hartanya2 ’.

11
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan, Kitab: al-Sunnah, bab: al-Nahyu ‘An al-Jadal Fi al-
Quran, no: (4604), hadith sahih.

7
Al-Sunnah Yang Sahih Adalah Wahyu Seperti Al-Quran

Wahyu dari sudut bahasa bermaksud: Pemberitahuan yang tersembunyi, segera dan
khusus bagi sesiapa yang ditujukan kepadanya, dan tidak diketahui oleh orang lain. Dari
sudut syarak, ia bermaksud: Pemberitahuan Allah SWT kepada para nabiNya dengan sesuatu
hukum syarak, atau sebagainya 12. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW
al-Quran al-Karim sebagaimana diwahyukan juga kepada Baginda SAW huraian terbaik
untuknya. Firman Allah SWT:

‫الذ ْك َر ِا َليْكَ َواَ ْنزَ ْلنَا‬ ِ َّ‫لَ ْي ِه ْمِِا ن ِز َل َما ِللن‬


ِ َ‫اس ِلت َب ِين‬
Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepada kamu akan al-Zikr, supaya kamu dapat
menerangkan kepada mereka apa yang diturunkan kepada mereka...” (al-Nahl: 44).

Al-Imam al-Baghawi berkata (w 510H) ketika mentafsirkan ayat ini: Lafaz Adzikra
bermaksud wahyu, Nabi SAW menerangkan wahyu dan huraian al-Quran memerlukan
13
kepada al-Sunnah . Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa keterangan yang dibawa
oleh Nabi SAW untuk al-Quran bukanlah daripada diri Nabi SAW sendiri, bahkan ia juga
adalah wahyu daripada Tuhan, sepertimana firman Allah SWT:

‫بَيَانَه َعلَ ۡينَا ا َِّن ث َّم ِق ۡر ٰانَه فَاتَّبِ ۡع قَ َر ۡا ٰنه فَ ِاذَا‬


Maksudnya: “Maka apabila Kami telah selesai membacanya, maka ikutlah bacaan itu.
Kemudian sesungguhnya Kamilah yang akan menerangkannya” .14 (QS. al-Qiyamah: 18-19).

Di dalam ayat ini Allah SWT menisbahkan keterangan kepada zatNya, Ia sebagai suatu
penegasan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak membawa sesuatu daripada dirinya sendiri,
tetapi apa yang didatangkan adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT.

12
Lihat: Dirasat Fi ‘Ulum al-Quran al-Karim oleh Dr Fahd al-Rumi, hlm: 191.
13
Ma’alim al-Tanzil (Dinamakan dengan Tafsir al-Baghawi) oleh al-Imam al-Husayn bin Mas’ud
alBaghawi: (5/21).
14
Al-Hafiz Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya berkaitan ayat ini: “Kemudian Kamilah yang akan
menerangkannya”. Iaitu: Selepas menghafal dan membacanya, maka Kami akan menerangkan, menghuraikan
dan mengilhamkan maknanya kepadamu sebagaimana yang Kami kehendaki dan mengikut syariat… berkata
Ibn Abbas, ‘Atiyyah al-‘Aufi dan Qatadah: firman Allah SWT: “Kemudian Kamilah yang akan
menerangkannya”. Iaitu: Keterangan tentang halal dan haram. (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibn Kathir:
4/578).

8
Semua ini adalah pengkhabaran dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Jika tidak,
bagaimana Nabi SAW dapat mengetahuinya. Tanpa wahyu, bagaimana Nabi SAW
mengetahui keadaan dua orang yang sedang diazab di dalam kubur jika tidak diturunkan
wahyu kepada Baginda oleh Allah SWT? Setiap perkara yang dinyatakan di atas tidak
mungkin dapat diungkapkan oleh Baginda SAW tanpa wahyu mengenainya.

Dalil-Dali al-Quran al-Karim Dan al-Athar al-Syarifah Berkaitan al-Sunnah Adalah Wahyu
Daripada Allah SWT:

Pertama: Dari pada al-Quran al-Karim:

Dalil-dalil yang menyatakan bahawa al-Sunnah adalah wahyu seperti alQuran amat
banyak. Antaranya ayat-ayat yang menggabungkan perkataan (al-Hikmah) dengan al-Quran
yang bermaksud al-Sunnah. Contohnya:

Firman Allah SWT:

ٰ ٰ َ‫ب َويعَ ِلمهم تِك‬


ْ َ‫ِاي َعلَ ْي ِه ْم يَتْل ْوا ِم ْنه ْم َرس ْو ًل فِ ْي ِه ْم َوا ْبع‬
‫ث َربَّنَا‬ َ ‫اَ ْنتَ اِنَّكَ ۗ َويزَ ِك ْي ِه ْم َو ْال ِح ْك َمةَ ْال ِك ٰت‬
‫ْال َح ِك ْي ْالعَ ِزيْز‬
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, utuslah dalam kalangan mereka seorang rasul yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu, mengajar kepada mereka Kitab dan al-
Hikmah, serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa dan Maha
Bijaksana”. (surah al-Baqarah: 129).

Begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran lain, yang banyak mengandungi perkataan al-
Hikmah digabungkan bersama al-Kitab.

Kedua: Dari pada al-Athar:

Al-Tabiin Hassan bin ‘Atiyyah berkata: ‘Jibril AS menyampaikan kepada Nabi SAW al-
Sunnah sepertimana ia menurunkan ke atas Baginda al-Quran15 ’.

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari
di dalam Sahihnya: Sesungguhnya Ya’la bin Umayyah berkata: Alangkah baiknya jika aku

15
Diriwayatkan oleh al-Darimi dalam Mukaddimah al-Sunan, Bab: al-Sunnah Qadiyah ‘Ala al-Kitab,
(1/152) no: (594).

9
dapat melihat Rasulullah SAW ketika wahyu diturunkan ke atasnya. Kemudian ketika Nabi
SAW berada di al-Ji’ranah16 dengan memakai baju yang digunakan untuk berteduh, Baginda
duduk bersama para sahabatnya. Datang seorang lelaki yang dilumuri minyak wangi. Dia
berkata: Wahai Rasulullah SAW! Apakah pandangan tuan terhadap seorang lelaki yang
berniat melakukan umrah dengan memakai jubah yang dilumurkan dengan minyak wangi?
Nabi SAW melihat sebentar, dan kemudian datang kepada Baginda wahyu, Umar
mengisyaratkan perkara tersebut kepada Ya’la: Hampir ke sini, Ya’la datang dan
memasukkan kepalanya (melihat Nabi SAW), beliau melihat Nabi SAW dalam keadaan
merah wajahnya, mendengus dalam keadaan demikian. Kemudiannya Nabi SAW kembali
sedar dan bersabda:

“Di manakah lelaki yang bertanya tentang umrah tadi?” lelaki itu dicari dan dibawa
kepada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Minyak wangi yang melekat pada tubuhmu, hendaklah dibasuh sebanyak tiga kali.
Jubah itu hendaklah kamu tanggalkan, kemudian lakukanlah dalam umrahmu sepertimana
kamu lakukan dalam hajimu ”.17 Itulah dalil-dalil yang dijadikan bukti bahawa al-Sunnah
wahyu daripada Allah SWT, sama seperti al-Quran al-Karim.

C. Kedudukan Al-Sunnah Menurut Al-Qur’an

Kepentingan al-Sunnah adalah sesuatu yang amat jelas dengan meneliti hubungannya
dengan al-Quran; Ia mentafsirkan ayat al-Quran, menerangkan maksud firman Allah SWT,
memperincikan sesuatu yang disebut secara ringkas, menjelaskan sesuatu ayat yang sukar
difahami, menghuraikan sesuatu yang samar, mengaitkan sesuatu ayat yang luas maknanya,
mengkhususkan ayat yang umum dan menambah hukumhukum yang tidak dinyatakan oleh
al-Quran seperti yang akan dibincangkan pada contoh-contoh berikut:

PERTAMA: TAFSIRAN AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH, PERINCIANNYA,


HURAIANNYA DAN PENERANGANNYA TERHADAP AYAT-AYAT AL-QURAN.

Al-Sunnah al-Nabawiyyah menjadi pentafsir, perinci, penerang dan penghurai kepada


hukum-hukum yang ringkas, sukar dan samar di dalam ayat-ayat al-Quran al-Karim yang

16
Suatu tempat yang berhampiran dengan Mekah. Ia terletak dalam kawasan tanah halal dan miqat
untuk memulakan ihram. (al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith wa al-Athar: Oleh Ibn al-Athir, 1/269).
17
Sahih al-Bukhari, kitab: Fadail al-Quran, bab: Nuzul al-Quran Bi Lisan Quraisy wa al-‘Arab, no:
(4985).

10
pelbagai. Tanpa al-Sunnah, tafsiran, perincian, penerangan dan huraian kepada hukum-
hukum yang wujud di dalam al-Quran tidak akan diketahui. Perkara ini akan dikupas
berpandukan contoh-contoh berikut:

Contoh Penafsiran Al-Sunnah Kepada Ayat Al-Quran:

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya daripada al-
Bara’ bin ‘Azib RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang muslim apabila ditanya di dalam kubur; dia akan bersyahadah dan
menyaksikan: Bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan
sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah”.

Hadits ini adalah tafsiran bagi ayat:

ٰ َ‫ت ِب ْالقَ ْو ِل ٰا َمن ْوا الَّ ِذيْن‬


‫ّللا يثَ ِبت‬ ْٰ
ِ ‫ال ِخ َرةِ َوفِى الدُّ ْن َيا ْال َح ٰيوةِ فِى الثَّا ِب‬

Maksudnya: “Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang kukuh
dan pasti di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat” (surah Ibrahim: 27)

Contoh al-Sunnah Memperincikan Ayat Yang Ringkas Dalam al-Quran:

Solat: Tidak disebutkan di dalam al-Quran kecuali sebahagian daripada rukun-rukunnya


sahaja.

Dalam al-Quran disebutkan orang-orang yang berdiri, rukuk, sujud, dan tidak
dinyatakan duduk al-Tasyahhud, bilangan sujud dan rukuk, selawat dan waktu-waktu solat.
Al-Sunnah yang menerangkannya secara terperinci, menyatakan bilangan sujud, rakaat, cara
dan kaedah, jenis solat dan waktu-waktunya.

KEDUA: AL-SUNNAH MENGECILKAN SESUATU YANG AGAK LUAS MAKNANYA


DALAM AL-QURAN:

Al-Quran banyak menyatakan hukum dengan agak luas ruang lingkupnya tanpa
dikecilkan dengan had atau skop tertentu. Antara

contohnya: Ayat al-Quran yang hanya menyatakan tangan pencuri mesti dipotong tanpa
sebarang batasan atau syarat, seperti firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan tangan pencuri
lelaki dan pencuri perempuan, maka potonglah tangan mereka”. (Surah al-Maidah: 38).

11
Di dalam ayat ini, arahan memotong tangan adalah secara mutlak bagi setiap kecurian
sama ada banyak atau sedikit, sama ada pencuri itu berakal atau tidak. Kemudian al-Sunnah
datang dan meletakkan batasan serta syarat bagi pencuri. Dia mestilah seorang yang baligh
dan berakal, dan ditentukan kadarnya seperti hadith Al-Sunnah mengkhususkan lagi
permasalahan bangkai dengan mengecualikan bangkai ikan dan belalang. Dalam kategori
darah pula dikecualikan hati dan limpa berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah
bin ‘Umar RA, Rasulullah SAW

KETIGA: AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH MEMANSUKHKAN BEBERAPA HUKUM


YANG DITENTUKAN OLEH AL-QURAN:

Contohnya: Al-Sunnah memansuhkan pemberian wasiat kepada kedua ibu bapa serta
perawis secara umum, perkara ini telah disyariatkan oleh al-Quran di dalam firman Allah
SWT: harta, agar berwasiat untuk kedua ibu bapanya dan kaum kerabat dengan cara yang
baik, sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah al-Baqarah: 180).

Ayat ini sebagai dalil pemberian wasiat kepada kedua ibu bapa dan kedua-duanya pula
termasuk dalam golongan orang yang mewarisi harta si mati. Maka, kedua ibu bapa
mempunyai hak yang telah ditetapkan serta dimaklumi (walaupun tanpa diwasiatkan).
Kemudian alSunnah memansuhkan hukum pemberian wasiat kepada setiap pewaris, iaitu
hadith Nabi SAW: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah memberikan bagi setiap yang
berhak itu haknya (tersendiri), maka tidak boleh berwasiat untuk orang yang mewarisi” 18
.
Ayat ini telah dinasakhkan oleh al-Sunnah yang pasti .19

KEEMPAT: AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH MENAMBAH HUKUM YANG TIDAK


DINYATAKAN OLEH AL-QURAN:

Al-Sunnah mendatangkan tambahan hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran.


Al-Sunnah mewajibkan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran sebagai
wajib, mengharamkan sesuatu yang didiamkan oleh al-Quran tentang pengharamannya. Jenis

18
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam al-Sunan, kitab: al-Wasaya, bab: Ma Jaa Fi al-Wasiah Li
al-Warith, no: (2870), dan dalam kitab: al-Buyu’, bab: Fi Tadhmin al-‘Ariyah, no: (3565),
daripada Abu Umamah RA, hadis sahih.
19
Mauqif al-Madrasah al-‘Aqlaniyyah Min al-Sunnah al-Nabawiyyah: Oleh Ust al-Amin al-Sadiq
al-Amin: (1/45).

12
penambahan ini diungkapkan dengan lafaz: Kebebasan al-Sunnah (secara bersendirian)
Sebagai Penentu Pensyariatan.

Contohnya:

Pengharaman emas dan sutera bagi kaum lelaki, seperti dalam hadith “Emas dan perak,
sutera dan al-Dibaj, semua ini adalah untuk mereka di dunia, dan untuk kamu semua di
akhirat” . 20Dalam hadith yang lain: Maksudnya: “Sesiapa yang memakai sutera di dunia, dia
tidak akan sekali-kali memakainya di akhirat4 ”.

Dan hukum-hukum lain yang tidak disebutkan di dalam alQuran, tetapi dijelaskan oleh
al-Sunnah al-Nabawiyyah. Hukum-hukum ini walaupun termasuk dalam sesuatu yang
ditambah selain daripada al- Quran, tetapi ia adalah sesuatu yang disyariatkan oleh
Rasulullah SAW. Baginda adalah insan mulia yang wajib ditaati, haram mengingkarinya dan
ia adalah sebagai kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT supaya mentaati pesuruhNya

Semua yang dikemukakan merupakan dalil yang amat jelas tentang kepentingan al-
Sunnah al-Nabawiyyah dalam agama Islam. Ia adalah sumber kedua bagi pensyariatan
selepas daripada al-Quran. Nasnas al-Quran sentiasa memerlukan huraian daripada al-Sunnah
dalam kebanyakan perkara. Dengan sebab itulah, al-Sunnah dikatakan sebagai anak kunci al-
Quran.

Keperluan Agar Berpegang Dengan Al-Qur’an

Al-Sunnah al-Nabawiyyah merupakan sumber kedua bagi pensyariatan dalam Islam


selepas daripada al-Quran al-Karim. Bagi mengetahui ringkasan kepada maklumat dalam al-
Quran, penentu kepada syaratsyarat dan had sesuatu perkara dalam al-Quran, sesuatu yang
mengkhususkannya, ayat-ayat yang bersifat mutlak dan perkara yang tidak diperincikan oleh

al-Quran, kita mesti merujuk kepada al-Sunnah. Tanpa al-Sunnah kita tidak akan
mampu untuk memahami al-Quran dan menjadikannya sebagai hukum. Adapun golongan
yang mendakwa cukup dengan al-Quran semata-mata, serta meninggalkan selain
daripadanya, mereka berhujah dengan firman Allah SWT 21

20
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Sahih, kitab: al-Libas, bab: lubs al-Harir wa Iftirashihi Li
al-Rijal, no: (5831), daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a.
21
Mereka menamakan kumpulan mereka dengan al-Quraniyyin. Untuk mengetahui hakikat

13
Al-Sunnah al-Nabawiyyah adalah hujah dan agama tidak akan sempurna tanpanya.
Tambahan pula, ia merupakan sumber yang amat luas dan indah dengan adab-adab, penuh
dengan kelebihan serta panduan-panduan yang boleh mendidik umat serta menyatukan umat,
dan menghimpunkan perbedaan antara mereka. Contohnya: Fokus terhadap niat ketika
berwuduk, menegaskan tentang kelebihannya dan cara mengingatnya, kelebihan melangkah
(berjalan) ke masjid, doa yang dibaca ketika berjalan, adab masuk ke dalam masjid, solat
tahiyyatul masjid, solat sunat rawatib, dan panduan-panduan yang tidak mampu untuk kita
ketahui kecuali melalui al-Sunnah al-Nabawiyyah sahaja.

Maurice Godfrey Demophein dalam bukunya al-Qawanin alIslamiyyah berkata:


“Sumber kedua bagi perundangan Islam adalah alSunnah atau al-Hadith: Sehingga kini ia
menjadi pembantu kepada rekod utama pengajian undang-undang yang tidak terkira nilainya.
Al-Sunnah membawa pembaca mengetahui segala perincian kehidupan Muhammad,
memasukkannya ke dalam lingkaran ilmu pengetahuan yang amat dipercayai berkaitan
kehidupan bangsa Arab pada kurun ke tujuh Masihi, ia merupakan dokumen yang
mempunyai nilai tertinggi untuk diambil faedah dan dinikmati isi kandungannya

D. Kitab-Kitab Al-Sunnah Bersanad Yang Utama

la bermaksud kitab-kitab yang disebutkan di dalamnya hadith-hadith berserta sanad


daripada penulis sampai kepada Nabi SAW bagi hadith yang bersifat marfu', juga kepada
sahabat RA bagi hadith yang mauquf. sampai kepada tabiin bagi hadith maqtu'. Berikut
adalah sebahagian yang dihasilkan daripada jenis kitab bersanad:

Pertama: al-Sihah

Dari segi bahasa jamak ia bermaksud: Bebas atau tidak memiliki keaiban atau
kecacatan. Dari segi istilah al-Sihah ialah: kitab-kitab yang ditulis oleh penulis yang
menempatkan hadith-hadith sahih dan beriltizam dengan syaratnya. Kitab seperti ini agak
banyak, tetapi tidak semua menepatid syarat sahih berdasarkan keadaan semasa, kecuali dua
orang syeikh iaitu al-Bukhari Dan Muslim. Selain daripada Mereka berdua, berkemungkinan
wujud dalam kitab mereka hadith hasan dan daif. Di antara kitab sihah yang masyhur ialah:

kumpulan ini, boleh dirujuk kepada kitab “al-Qurniyyun Wa Syubahatuhum Hawla al-Sunnah
oleh Dr Khadim Husyn Bakhs. Ia adalah kitab yang terbaik yang menolak dakwaan mereka yang
sesat dan batil

14
1. Sahih al-Bukhari

Oleh al-Imam Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il al-Bukhari (w 256H). Penulis
menamakan kitabnya dengan al-Jami' al-Musnad al- Sahih al-Mukhtasar Min Umur
Rasulillah SAW Wa Sunanihi Wa Ayyamihi la adalah kitab pertama yang mengumpulkan
sejumlah hadith-hadith sahih yang banyak dan berada pada tingkatan tertinggi antara kitab-
kitab hadith secara mutlak.

2. Sahih Muslim

Oleh al-Imam Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naysaburi (w 261H).
Penulisnya menamakannya dengan al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min al-Sunan Bi Naql
al-Adl 'an al-'Adl 'an Rasulillah SAW bersabda Kitab ini berada pada kedudukan kedua
selepas Sahilh al-Bukhari dalam kategori kitab yang mengumpulkan hadith sahih sahaja.

3. Sahih Ibn Khuzaimah Oleh al-Imam Abu Bakar

Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah al-Naysaburi (w 311H). Penulis menamakan


kitabnya dengan Mukhtasar al-Mukhtasar Min al-Musnad al-Sahih 'An al-Nabiy SAW
berkata Kitab ini termasuk antara kitab yang terkenal dalam hadith. Penulis mensyaratkan
hanya meriwayatkan hadith sahih sahaja di dalam kitabnya. Kitab ini disusun mengikut kitab-
kitab dan bab-bab. Ia dimulai dengan kitab al-Wudhu' dan seterusnya kitab al-Salah. Di
bawah setiap kitab didatangkan beberapa bab.Antara keistemewaan kitab ini, penulis
mendatangkan komentarnya bagi setiap hadith kebiasaannya – dengan memperkatakan
tentang sanad dan matan hadith, menitikberatkan ketepatan lafaz, perbezaan lafaz bagi setiap
perawi dengan perawWI yang lain serta banyak menyatakan pandangan yang rajih bagi
sesuatu masalah pada tajuk bab-bab, mengikut kaedah golongan fuqaha muhaddithin
seumpama al-Imam al-Bukhari, Abu Dawud dan selain mereka. Tetapi, perkara yang
mendukacitakan bagi kitab yang amat bernilai ini, ia tidak dicetak kecuali satu perempat
daripadanya sahaja (iaitu daripada permulaan kitab sehingga kitab al-Hajj), manakala bakinya
tidak dijumpai.

Kedua: A-Sunan

Al-Sunan adalah perkataan jamak bagi al-Sunnah . la adalah kitab-kitab yang


menghimpunkan hadith-hadith al-Marfu'ah (disandarkan kepada Rasulullah SAW), disusun
mengikut bab feqah. Seperti bab berkaitan: al-Taharah, al-Solah, al-Zakah, al-Hajj dan
selainnya. Kebiasaanya kitab al-Sunan tidak meletakkan hadith berkisar bab-bab al-Aqidah,

15
al-Tarikh, al-Fitan dan al-Manaqib. Tidak juga hadith-hadith al-Mauqufah (sesuatu yang
disandarkan kepada para sahabat RA) dan al-Mursalah (hadith yang terputus dan tidak
dinyatakan sahabat RA); kerana kedua-duanya tidak dinamakan al-Sunnah di sisi
muhaddithin. Jika ada, ia semata-mata sebagai sokongan dan penguat sahaja.

Kitab yang dihasilkan mengikut jenis ini, amat banyak sekali, antara lain yang terkenal dan
terpenting:

1. Sunan Abu Daud

Oleh al-Imam Abu Daud Sulayman bin al-Asy' ath al-Sijistani (w 275H). la adalah kitab
yang keempat di antara al-Kutub al-Sittah (enam kitab utama hadith) atau dari al-Usul al-
Sittah. Dianggap sebagai antara kitab terbaik yang menghimpunkan hadith-hadith hukum.
Antara keistemewaan kitab ini ialah kesemua riwayat dibawakan dengan begitu teliti serta
tersusun.

2. Sunan al-Tirmizi

Oleh al-Imam Abu Isa Muhammad bin 'Isa bin Saurah al-Tirmizi (w 279H).Penulis
menamakan kitabnya dengan al-Jami' al-Mukhtasar Min al-Sunan 'An Rasulillah SAW Wa
Ma'rifalh al-Sahih Wa al-Ma'lul Wa Ma 'Alayhi al- Amal Kitab ini terletak pada kedudukan
yang ketiga di antara al-Kutub al-Sittah. la mengandungi banyak pandangan ulama feqah dari
kalangan mazhab-mazhab feqah yang hilang. la juga merupakan sumber utama bagi
kumpulan hadith-hadith hasan.

3. Sunan al-Nasa'i

Oleh al-Imam Abu 'Abd al-Rahman Ahmad bin Syu'aib al-Nasa'i (w 303H). la adalah
kitab yang kelima daripada al-Kutub al-Sittah Dinamakan juga dengan al-Mujtaba. Penulis
menyusun hadith mengikut susunan bab-bab feqah, memberikan gaya barudalam meletakkan
topik-topik dalam kitabnya. Kitab ini mempunyai maklumat berkaitan hadith sama ada
riwayah ataupun dirayah, al-Jarh wa al-Ta'dil dan huraian feqah yang tidak sedikit. Penulis
juga menitikberatkan kupasan berkaitan al-lal, perbedaan al-Raf'u dan al-Waqf. juga
perbezaan antara al- Wasl dan al-Irsal. Al-Imam al-Nasa'i adalah seorang hafiz tahat yang
tiada tandingan di zamannya. Syaratnya dalam penerimaan para perawi lebih ketat daripada

16
para penulis kitab al-Sunan yang lain. Sebab itulah, para ulama mengakıui bahawa kitabnya
adalah kitab yang paling sedikit mengandungi hadith daif selepas al-Sahihain. 22

Berikut adalah, salah satu antara kitab al-Masanid yang terkenal:

1) Musnad Ahmad

Oleh al-Imam Abu "Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal al-Saybani (w
241H). Kitab ini adalah kitab yang paling masyhur dan besar di antara kitab al-Masanid
secara mutlak. Penulis menyusun hadith mengikut susunan para sahabat RA. Beliau
memulakan dengan Masanid sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga dan didahului
dengan Abu Bakar al-Siddiq RA, kemudian "Umar bin al-Khattab RA, Uthman bin "Affan
RA dan Ali bin Abi Talib RA. Seterusnya baki tujuh orang sahabat RA lain. Kemudian
Masanid Ahli Keluarga Nabi SAW, serta beliau menyebutkan hadith-hadith mereka.

2) Musnad al-Bazzar

Yang dikenali dengan al-Bahr al-Zakhkhar Oleh al-Imam al-Bazzar, Abu Bakar,
Ahmad bin 'Amr bin 'Abd al-Khaliq al-Basri (w 292H) Kitab ini dianggap sebagai antara
Masanid yang paling besar dalam meriwayatkan matan-matan al-Sunnah. Penulis menyusun
kitabnya mengikut susunan sanad para sahabat RA, tidak dengan susunan huruf mu'jam.
Bahkan beliau memulakannya dengan empat khalifah (utama), seterusnya baki enam orang
sahabat RA yang dijanjikan syurga, kemudian al-Abbas RA, al-Hasan RA dan al-Husayn
RA... hingga akhir.

Kitab-Kitab Al-Sunnah Tidak Bersanad Yang Utama

la bermaksud kitab-kitab yang tidak diletakkan sebarang sanad pada hadith-hadithnya.


Hadith-hadith didatangkan dengan hanya disebut perawi yang teratas salah satu nya iaitu
sahabat RA:

1) Al-Arba'un a-Nawawiyyah

Oleh al-Imam al-Nawawi, Muhyi al-Din, Abu Zakaria, Yahya bin Syaraf (w676H); la
adalah kitab matan yang paling masyhur. Tiada kitab yang mengumpulkan empat puluh
hadith yang lebih terkenal daripadanya. Penulis menamakan kitabnya dengan al-Arba'un Fi
Mabaniy al-Islam Wa Qawa'id al-Ahkam Kitab ini mengandungi empat puluh dua buah

22
Pengantar sunnah nabawiyah, sayyed abdul majid, universitas sains islam malaysia, agust 2018

17
hadith yang di sanadnya merangkumi pelbagai bidang ilmu. Setiap hadith mewakili salah satu
daripada kaedah terpenting agama. Menjadi suatu kemestian bagi orang yang mencari akhirat
untuk mengetahui hadith-hadith di dalamnya; disebabkan ia mengumpulkan segala yang amat
penting serta sebagai galakan untuk melakukan semua jenis ketaatan.

2) Riyadh al-Salihin

Oleh al-Imam al-Nawawi la adalah kitab ringkasan, tetapi antara kitab hadith yang
paling luas tersebar, paling terkenal dan paling banyak digunakan.Penulis menghimpunkan di
dalamnya hadith-hadith sahih berkaitan perintah melakukan perkara makruf dan larangan
daripada perkara mungkar, hadith-hadith berkaitan galakan (melakukan kebaikan) dan
ancaman (daripada melakukan kejahatan), juga hadith tentang adab-adab dan akhlak. Kitab
ini masih kekal menjadi rujukan utama para ulama dan penuntut ilmu sepanjang zaman, ini
disebabkan topik-topik penting yang terkandung di dalamnya. Kitab ini memiliki 1896 buah
hadith. Penulis memulakan himpunan hadith-hadith dengan tajuk yang sesuai dengan isi
kandungannya dan menjadikannya sebagai bab. Penulis juga memulakan beberapa bab
dengan ayat al-Quran al-Karim yang berkaitan dengan bab tersebut.

Ilmu-Ilmu Al-Sunnah Yang Terpenting

Membentuk kefahaman yang terbaik terhadap al-Sunnah al-Nabawiyyah, mengetahui


makna dan tujuannya memerlukan kepada pengetahuan terhadap ilmu-ilmu al-Sunnah itu
sendiri. Antara ilmu al-Sunnah yang penting ialah:

1. Ilmu Mustalah al-Hadith

Ilmu yang membicarakan tentang asas dan kaedah yang membawa kepada pengetahuan
tentang status hadith sama ada sahih, hasan, daif dan jenis-jenis setiap daripadanya. Juga
tentang makna riwayah, syarat-syarat dan pembahagiannya. Karya-karya berkaitan ilmu telah
banyak dihasilkan di sepanjang zaman.

2. Im al-Rijal

la adalah suatu ilmu yang membantu mengetahui para perawi di kalangan para sahabat,
tabiin, tabi al-tabiin, para perawi thiqah dan daif, al-Mukhtalitin dan al-Mudallisin, al-
Wuhdan, al-Mubhamin dan al-Muhmalin. la juga memberikan maklumat berkaitan para
perawi yang disifatkan sebagai al-Akabir dan al-Asagir, al-Sabiq dan al-Lahiq, al-Ikhwah dan
al-Ukhuwat. Ilm u ini turut membincangkan berkaitan biodata para perawi merangkumi

18
kelahiran dan kewafatan mereka, nama, gelaran, nasab dan panggilan. Di samping
menghuraikan ilmu tentang para perawi yang disifatkan sebagai al-Mukhtalif dan al-
Muktalif, al-Muttafiq dan al-Mufiariq dan al-Mutasyabih. Al-Imam Ali bin al-Madini
(w234H) pernah mengungkapkan kata-kata yang amat bernilai berkenaan kepentingan 'llmu
al-Rijal:"Memahami makna-makna hadith adalah sebahagian daripada ilmu, manakala
sebahagian yang lain pula pada mengetahui tentang para perawi" 23

3. Ilm al-Jarh Wa al-Ta'dil

Ilmu yang memfokuskan kupasan martabat para perawi dari sudut mendaifkan mereka
atau menthiqahkan mereka berdasarkan piawaian tertentu ilmu ini dan lafaz-lafaz khusus
yang dimaklumi oleh para ulama. Contohnya: lafaz thiqah bagi perawi yang memiliki dua
sifat iaitu al-'adalah dan al-dabf . Lafaz soleh bagi perawi yang zahir kesolehannya dari sudut
agama, lafaz daif (s) bagi perawi yang tidak terhimpun padanya sifat-sifat penerimaan
riwayat. lafaz kazzab bagi perawi yang secara sengaja berdusta pada hadith Rasulullah SAW
dan selainnya daripada lafaz yang banyak. Kesemua lafaz-lafaz tersebut dibentuk dengan
begitu teliti, menunjukkan ketepatan (berdasarkan sifat perawi) dan mempunyai kepentingan
yang amat besar dalam proses kajian terhadap sanad hadith. 24

Istilah-Istilah Hadith Terpentig


Para ulama hadith telah meletakkan istilah-istilah penting yang dapat membezakan
status dan keadaan hadith sama ada sahih, hasan dan daif. Istilah-istilah ini agak banyak,
cukup di sini untuk dinyatakan takrifan sebahagian yang penting' daripadanya. la adalah
istilah yang seharusnya diketahui oleh para penuntut ilmu al-Sunnah al-Nabawiyyah,
antaranya: Pertama: al-Hadith al-Mulawatir dan al-Hadith al-Ahad
1. Al-Hadith al-Mutawatir
la adalah hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi yang tidak dihadkan
bilangan mereka, bilangan yang wujud di setiap tabaqat sanad, mustahil dari segi adatnya
mereka bersepakat untuk berdusta, dan sandaran riwayat mereka adalah pancaindera'.
2. Hadith al-Ahad
la adalah hadith yang tiada salah satu daripada empat syarat hadis mutawatir. Walaupun
ia diriwayatkan oleh ramai perawi, tidak semestinya hadith al-Ahad diriwayatkan oleh
seorang perawi sahaja. Bahkan hadis Ahad Berkemungkinan diriwayatkan oleh satu, dua, tiga

23
Yusuf al-Qardhawi, Pasang Surut Gerakan slam, terj: Faruq Uqbah, (Jakarta: Media Dakwah,
1987), cet 1, hal 153
24
Isam Talimah, Manhaj Fiqh iusuf al Qardhawi (terj)) Samson Rahman (Jakarta: Pustaka al-Kautsar,
2001),

19
atau lebih. Tetapi apabila ketiadaan salah satu daripada syarat mutawatir, maka ia dinamakan
Ahad mengikut kepada sudutnya tersendiri.

E. Kaedah-Kaedah Dalam Memahami Al-Sunnah Al-Nabawiyyah Dan


Mempraktikkannya
Memahami al-Sunnah al-Nabawiyyah ini bukanlah bermaksud memahami dan
mengetahui hukum-hukum praktikal secara terperinci sahaja; tetapi ia juga termasuk
(memahami tentang); aqidah, ibadah, muamalat, adab, mencontohi Baginda SAW dan
sebagainya daripada asas-asas syariat serta cabang-cabangnya. Ia mengikut garis sempa dan
yang diungkapan oleh Nabi SAW. Bagi memahami al-Sunnah dengan penuh sempurna, ia
memerlukan kepada kaedah-kaedah yang akan membetulkan praktikal seorang muslim
terhadap Sunnah serta membawanya dekat kepada Allah SWT.
Berikut adalah huraian secara umum berkaitan dengan kaedah-kaedah tersebut3:
Kaedah Pertama: Merasa Cukup dan Redha Dengan Kewajipan Mengambil
Kedua-Dua al-Quran dan al-Hadith Dalam Sesuatu Situasi:
Ini adalah di antara kaedah terpenting dalam memahami al-Sunnah. Iaitu wajib bagi
setiap muslim untuk mengambil Hadith Nabawi dalam urusan agama bersama-sama dengan
al-Quran al-Karim. Dia tidak memisahkan antara kedua-duanya, tidak mendahulukan salah
satu ke atas yang lain, bahkan mengambil kedua-duanya sekali, menerima dan patuh kepada
kedua-duanya dalam masa yang sama; bukan dengan mencari hukum yang ditentukan oleh
Allah SWT dalam al-Quran dahulu, jika tidak didapatinya, maka dia mencari di dalam al-
Sunnah, tetapi kedua-duanya wajib diambil dan dipatuhi; ini semua berdasarkan dalil-dalil
daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya, firman Allah SWT.

Keadah Kedua: Beriman Dengan Setiap Yang Sahih Daripada al- Sunnah:
Wajib ke atas setiap muslim untuk beriman dengan segala yang telah sahih daripada
al-Sunnah, sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak. Al-Sunnah tidak tertolak
dengan sesuatu al-Qiyas, juga tidak dengan gambaran akal manusia. Al-Sunnah tidak tercalar
(autoritinya) dengan sebab sangkaan-sangkaan dan kesilapan (fikiran manusia). Ia hanyalah
(sepenuhnya) mengikut contoh Baginda SAW dan meninggalkan hawa nafsu. Sesiapa yang
tidak mengetahui huraian makna sesuatu hadith, malah tidak mampu dicapai oleh akalnya,
maka hendaklah dia beriman dan mentaati dengan sepenuhnya.
Inilah kaedah agung dalam fiqh al-Sunnah, malah ia merupakan antara kaedah agama
yang terbesar. Ini kerana al-Sunnah adalah sumber kedua daripada sumber pensyariatan.
Orang yang menolak atau merendah-rendahkan martabatnya adalah orang yang
merendahkan agama itu sendiri. Orang seperti ini berada dalam bahaya yang besar, kecuali
apabila dia bertaubat dan kembali kepada Islam. 25

25
3 Dengan perubahan, penambahan dan pengurangan daripada kitab: Manhajiyyah Fiqh al-Sunnah al-
Nabawiyyah: Qawa’id Wa Muntalaqat Nazariyyah Wa Amthilah Tadbiqiyyah oleh al-Sheikh

20
Kaedah Ketiga: Melakukan Ibadah Kepada Allah SWT Dengan Mengikut Al-
Sunnah Pada Setiap Amalan Walaupun Sedikit:
Setiap ibadah yang dilakukan wajib kerana Allah SWT dengan mengikut atau
berpandukan sunnah-sunnah RasulNya yang terpilih SAW – iaitu merangkumi semua amalan
walaupun sedikit. Ini kerana “amalan yang sedikit dengan mengikut al-Sunnah, lebih baik
daripada amalan yang banyak tetapi ia bid’ah2”. Dan juga ungkapan: “Berpada-pada dalam
perkara sunnah lebih baik daripada usaha yang bersungguh dalam perkara bid’ah3”.
Kaedah Keempat: Berpegang dengan al-Hadith Berpandukan Kepada Lafaznya
Dan Bukan Maknanya4:
Ini kerana sesuatu hadith boleh diriwayatkan oleh sebahagian perawi dengan makna,
maka bentuk seperti ini (riwayat hadith dengan makna) tidak selalunya tepat dan teliti.
Adapun perawi yang meriwayatkannya setelah melihat lafaznya yang sebenar, jauh daripada
kesilapan yang mungkin terjadi hasil riwayat hadith dengan makna. Tetapi usaha ini
memerlukan seseorang perawi untuk menghimpunkan kesemua riwayat sesuatu hadith (untuk
mengenalpasti lafaznya yang sebenar).
Kaedah Kelima: Meneliti Sebab Kemunculan Hadith (Sabab Wurud al-Hadith)
Sebelum Menjadikannya Sebagai Dalil:
Menjadi kemestian bagi seseorang penuntut ilmu al-Sunnah sebelum menjadikan
hadith sebagai dalil untuk terlebih dahulu meneliti sebab kewujudan sesuatu hadith jika ada;
kerana ia mempunyai peranan dalam menerangkan maksud hadith sama ada berbentuk
mutlak atau bersyarat, umum atau khusus.
Terdapat banyak hadith yang menjadi penyelesai kepada sesuatu permasalahan
berkait atau terikat dengan keadaan atau situasi kehidupan manusia di zaman Nabi SAW.
Pada zaman kini, situasi dan keadaan tersebut sudah berubah, sesuai dengan perubahan
zaman, atau berakhir dengan sebab peredaran zaman. Maka, menjadi kemestian bagi penuntut
ilmu al-Sunnah untuk memahami hadith tersebut berpandukan situasi atau keadaan semasa ia
berlaku dan bukan mengikut situasi zaman kini. 26
Kaedah Keenam: Tidak Tergesa-Gesa Mengambil Zahir Hadith yang Bukan Maksud
Sebenarnya:
Tidak seharusnya bagi seorang penuntut ilmu al-Sunnah tergesa-gesa menggunakan
maksud zahir hadith yang tidak bertepatan dengan kehendak sebenar ungkapan Nabi SAW.
Hendaklah dia terlebih dahulu memastikan maksud zahir tersebut. Terdapat beberapa cara

‘Abdullah bin Dayf Allah al-Ruhayli, Fiqh al-Sunnah: Qawa’id Wa Dawabit oleh Dr Ahmad al- Qarni,
(diterbitkan di dalam Jurnal al-Hadith, bil 10, tahun 1437H/2015M), hlm: 45, 74, dan Mabadi’ al-Ta’amul Ma’a
al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh pengarang, hlm: 135, 201.
26
2 Ia adalah hadith maqtu’ yang disandarkan kepada al-Hasan al-Basri, mauquf kepada ‘Abdullah bin
Mas’ud RA. Sila lihat “Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah Wa al-Maudu’ah oleh al-Albani: (8/394).
3 Lihat: al-Zuhd dan al-Raqaiq oleh Ibn al-Mubarak, (2/22), al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah
(14/6), dan al-Mu’jam al-Kabir oleh al-Tabarani (10/207).
4 Ia tidak melibatkan permasalahan hukum meriwayatkan hadith dengan makna, yang mana dilarang oleh
sebahagian ulama, diharuskan oleh sebahagian ulama dan ada di kalangan mereka yang memperincikannya.
Perbincangan di sini berkaitan cara memahami hadith yang diriwayatkan dengan kefahaman yang sebenar.
Berkemungkinan sesuatu hadith diriwayatkan dengan makna dalam keadaan yang kurang tepat dan teliti. (Sila
lihat: Manhajiyyah Fiqh al-Sunnah al- Nabawiyyah, oleh al-Ruhaili, hlm: 77).

21
untuk mengenalpasti sama ada zahir hadith yang dikehendaki oleh ungkapan Baginda SAW
antaranya:
• Meneliti ciri-ciri situasi atau keadaan dilafazkan dan gaya ungkapan.
• Meneliti keseluruhan maksud ungkapan dan lafaz, adakah ia bertepatan
dengan zahir hadith dan itulah yang dikehendaki oleh Baginda atau ia tidak
bertepatan dengan zahir hadith, maka ia bukan maksud sebenar ungkapan
Nabi SAW.
• Meneliti kesemua nas-nas syarak, adakah bertepatan dengan maksud zahir
hadith atau tidak.
Inilah cara yang dapat membantu para penuntut ilmu al-Sunnah memahami maksud
sebenar hadith serta dapat mengelakkannya daripada salah menggunakan maksud zahir
hadith.
Kaedah Ketujuh : Menghiasi Diri Dengan Adab-Adab Talaqqi al-Sunnah Sama Ada
Ketika Membaca Atau Menulis:
Menjadi kemestian para penuntut ilmu al-Sunnah atau al-Hadith untuk memiliki adab-
adab yang khusus dalam membaca dan menulis al- Sunnah, di antara adab membacanya:
1) Mengikhlaskan diri kerana Allah SWT ketika menuntut ilmu hadith.
2) Tidak menuntut ilmu hadith untuk mencari dunia.
3) Berakhlak dengan akhlak yang mulia.
4) Beransur-ansur atau berperingkat-peringkat dalam menuntut ilmu serta bersabar
menempuhinya. Sepatutnya penuntut ilmu al-Sunnah memulakan pengajiannya dengan
mendalami al- Muwatta’, kemudian diikuti dengan al-Sahihain, seterusnya Sunan Abi
Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, dan Ibn Majah.
5) Tidak mencari-cari hadith-hadith daif serta palsu.27
Kaedah Kelapan: Mengambil Rukhsah (Kelonggaran) Syarak yang dinyatakan di
dalam al-Sunnah:

Wajib ke atas setiap muslim untuk mengambil segala kelonggaran yang diberikan oleh
syarak yang terdapat dalam al-Sunnah al-Nabawiyyah. Semuanya untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT; kerana Allah SWT amat suka diambil kelonggaran (Rukhsah) yang
diberikanNya sepertimana Allah SWT suka hambaNya melaksanakan kewajipan (yang telah
ditentukanNya).

Contoh-contoh rukhsah dalam hadith adalah banyak, antaranya: Tayammum sebagai ganti
kepada wudhu’2 ketika ketiadaan air, atau tidak mampu untuk menggunakannya

27
1 Diriwayatkan oleh Ibn Battah dalam al-Ibanah (4/136), Ibn Hazm dalam al-Ihkam Fi Usul al- Ahkam (6/181)
dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadhlihi (2/168).

22
disebabkan penyakit atau kesejukan melampau, atau air yang ada tetapi amat sedikit
dan diperlukan untuk diminum. Begitu juga menyapu di atas khuffain (sepasang khuf)
sebagai ganti kepada membasuh dua kaki tanpa disyaratkan keuzuran, kesakitan atau di
dalam permusafiran3. Rukhsah ini mempunyai faedah yang dinikmati oleh para
musafir,terutama pada hari yang terlalu sejuk atau musim dingin. 28

Kaedah KeSembilan : Menghimpunkan Kesemua Riwayat Satu Hadith, Serta


Menggumpulkannya Beserta Hadith-Hadith Lain yang Ada di dalam Sesebuah Bab
(Topik Perbincangan Yang Sama).

Kefahaman yang sebenar terhadap sesuatu hadith tidak akan sempurna tanpa
dihimpunkan kesemua turuq (jalan sanad) hadith. Tanpanya juga sebarang penambahan pada
lafaz, kecacatan-kecacatan, kesalahan atau kesilapan juga tidak akan berjaya disingkap. Ia
(menghimpunkan kesemua turuq) memberi kesan yang besar pada pemahaman sesuatu
hadith, juga pada penerimaan atau penolakan hadith tersebut.29

Kaedah KeSepuluh: Mengelak Daripada Beramal Dengan Al- Hadith Al-Da’if Dalam
Perkara Ibadah:

Ia merupakan kaedah terpenting dalam memahami al-Sunnah dan prinsip utama dalam
berinteraksi dengannya: Iaitu seorang muslim sedaya upaya berusaha untuk mengelak dan
menjauhkan diri daripada beramal dengan hadith daif dalam urusan ibadah serta
berhujah dengannya dalam perkara berkaitan hukum hakam; ini kerana sesuatu ibadah tidak
boleh ditentukan keabsahannya dengan menggunakan hadith daif, semua ibadah dibina di
atas al-Tauqif (berdalilkan al-Quran dan al-Sunnah). Dan al-Tauqif tidak akan terjadi kecuali
dengan sesuatu yang thabit dan sahih daripada hadith-hadith. Perkara ini sudah pun
diputuskan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka, telah dijelaskan dengan sebaik-
baiknya, dan ia tidak memerlukan tambahan huraian.30

283 Al-Fawaid oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, hlm: 154.


2 Lihat hadith ‘Aisyah RA, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Sahih, Kitab al-Tayammum, no
(334) dan Muslim di dalam al-Sahih, Kitab al-Haidh, Bab al-Tayammum, no (367)
3 Lihat hadith al-Mughirah bin Syu’bah RA, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Sahih, Abwab al-Solah Fi al-Thiyab, Bab
al-Solah Fi al-Jubbah al-Syamiyyah, no (363), dan Muslim di dalam al-Sahih, Kitab al-Taharah, Bab al-Mash ‘Ala al-Khuffain,
no (274), dan lafaz baginya.
29
1 Lihat: Tashih al-Du’a oleh al-Sheikh Bakr bin ‘Abdullah Abu Zayd, hlm: 43.
2 Al-Fatawa al-Kubra: oleh Ibn Taymiyyah, (2/246) dengan sedikit perubahan.
30
2 Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (13/282), dan al-Lalakai dalam Syarah
Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah (8/1480).
3 Tafsir al-Sam’ani: (1/295).
2 Perkara ini boleh dirujuk di dalam kitab al-Hadith al-Da’if Wa Hukm al-Ihtijaj Bihi oleh al-
Sheikh ‘Abd al-Karim al-Khudair

23
BAB III

PENUTUP

A. Kesimpulan

" ‫ " اسنة‬Sunnah kata jamaknya adalah ‫ اسنن‬. Sunan Ia memiliki makna yang sebagai dari
sudut bahasa, antara yang masyhur adalah Suatu Jalan Yang Lurus Serta Terpuji Al - Sirah
yaitu Jalan Kehidupan : Sama ada yang baik maupun buruk

Al-Sunnah al-Nabawiyyah merupakan sumber kedua bagi pensyariatan dalam Islam


selepas daripada al-Quran al-Karim. Bagi mengetahui ringkasan kepada maklumat dalam al-
Quran, penentu kepada syaratsyarat dan had sesuatu perkara dalam al-Quran, sesuatu yang
mengkhususkannya, ayat-ayat yang bersifat mutlak dan perkara yang tidak diperincikan oleh
al-Quran, kita mesti merujuk kepada al-Sunnah. Tanpa al-Sunnah kita tidak akan mampu
untuk memahami al-Quran dan menjadikannya sebagai hukum. Adapun golongan yang
mendakwa cukup dengan al-Quran semata-mata, serta meninggalkan selain daripadanya,
mereka berhujah dengan firman Allah SWT.

Keseluruhan ulama bersepakat mengatakan bahwa al-Sunnah adalah hujah atau dalil: Ia
seperti al-Quran dalam meletakkan hukum halal atau mengharamkan sesuatu yang haram.
Mereka menegaskan bahwa wajib mengambil al-Sunnah dan menjadikannya sebagai hujah
sepertimana wajib mengambil al-Quran dan menjadikannya hujah serta beramal dengannya
secara keseluruhan. Pengujahan ini bersandarkan kepada dalil daripada al-Quran dan hadith
Rasulullah SAW. Dalil-dalil pengujahan al-Sunnah berdasarkan hadith-hadith nabawi: Dalil-
dalil daripada hadith Nabi SAW berkaitan pengujahan al-Sunnah,antaranya: “Ketahuilah
sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan yang seumpamanya(yakni al-Sunnah) bersama-
sama dengan al-Quran itu.

Kedudukan al-Sunnah menurut al-Quran kepentingan al-Sunnah adalah sesuatu yang


amat jelas dengan meneliti hubungannya dengan al-Quran;Ia menafsirkan ayat al-
Quran,menerangkan maksud firman Allah SWT,memperincikan sesuatu yang disebut secara
ringkas,menjelaskan sesuatu ayat yang sukar dipahami,menguraikan sesuatu yang samar,
mengaitkan sesuatu ayat yang luas maknanya, mengkhususkan ayat yang umum dan

24
menambah hukum-hukum yang tidak dinyatakan oleh al-Quran seperti yang akan
dibincangkan.

B. Saran

Demikianlah yang dapat kami tuliskan dan paparkan dalam pembahasan makalah
tentang “Manhaj Sunnah Nabawiyah”. Kami menyadari masih terdapat banyak kekurangan
dalam makalah ini, karena keterbatasan sumber referensi yang kami gunakan, sehingga kami
mengharapkan saran yang membangun dari para pembaca untuk meningkatkan kualitas
makalah ini. Atas saran yang diberikan saya mengucapkan terimakasih.

25
DAFTAR PUSTAKA

Al-Ittijah al-‘Ilmaniy al-Mu’asir Fi Dirasah al-Sunnah al-Nabawiyyah: Dirasah Naqdiyyah:


Oleh al-Ustaz Ghazi Mahmud al-Syammarrai. Dar alNawadir–Beirut. C1–
1433H/2012M.

Al-Risalah al-Mustatrafah Li Bayan Masyhur Kutub al-Sunnah alMusyarrafah: Oleh al-


Sheikh Muhammad bin Ja’far al-Kattani. Dar al-Basyair al-Islamiyyah – Beirut. c7 –
1428H/2007M.

Al-Risalah: Oleh al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafie. Tahqiq: al-Sheikh Ahmad
Muhammad Syakir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah – Beirut. tc.

Al-Sunnah al-Nabawiyyah Tadwinuha Wa Hujjiyatuha: Dirasah ‘Ammah: Oleh Syed ’Abd


al-Majid al-Ghouri. Dar Ibn Kathir – Damsyik. c1 – 1430H.

Al-Sunnah al-Nabawiyyah Wa Bayan Madluliha al-Syar’i: Oleh al-Sheikh ‘Abd al-Fattah


Abu Ghuddah. Maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah – Halab. C1 – 1412H/1992M.

Athar al-Hadith al-Syarif Fi Ikhtilaf al-Fuqaha’: Oleh al-Sheikh Muhammad ‘Awwamah. Dar
al-Minhaj – Jeddah. C1 – 1434H/2013M.

Difa’ ‘An al-Sunnah: Oleh al-Sheikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah. Dar al-Jail –
Beirut. c1 – 1411H.

Dirasat Usuliyyah Fi al-Sunnah al-Nabawiyyah: Oleh Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi.


Dar al-Wafa’ – al-Mansurah. C1 – 1412H.

Hujjiyyah al-Sunnah: Oleh al-Sheikh ‘Abd al-Ghani ‘Abd al-Khaliq. Dar alWafa’ – al-
Mansurah (Mesir). C3 – 1318H.

Ittijahat Fi Dirasat al-Sunnah Qadimuha Wa Hadithuha: Oleh Dr. Abu alLayth al-
Khayraabadi. Dar al-Syakir – Kuala Lumpur (Malaysia). C1 - 1432H.

Sunan Abi Daud: Oleh al-Imam Abu Daud Sulayman bin al-Asy’ath alSijistani. Dar al-Salam
– Riyadh. C1 – 1420H.

Sunan al-Tirmizi: Oleh al-Imam Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah alTirmizi. Dar al-
Salam – Riyadh. C1 – 1420H.

26
Sunan Ibn Majah: Oleh al-Imam Abu ‘Abdullah Muhammad bin Yazid alRib’iy bin Majah
al-Qazwini. Dar al-Salam – Riyadh. C1 – 1420H.

27

Anda mungkin juga menyukai