Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


JABATAN SAINS SOSIAL

TAHUN AKADEMIK : 2022

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

SJHK 1124
SEJARAH MALAYSIA (1941-1970)

PROGRAM : PPISMP
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: DUA

NAMA PENSYARAH: EN. BADURHISHAM BIN MD ZAIN

NAMA PELAJAR: DHANYA A/P KANAN


ANGKA GILIRAN: 2021152310086
NO KAD PENGENALAN: 031118-06-0204

TARIKH HANTAR: 30 APRIL 2022

Tandatangan Pelajar: Dhanya Tarikh: 30/04/2022


BIODATA DIRI

NAMA : DHANYA A/P KANAN

NO. KAD PENGENALAN : 031118-06-0204

ANGKA GILIRAN : 2021152310086

KUMPULAN / UNIT : SEJARAH (SJHK3)

KOD KURSUS : SJHK 1124

NAMA KURSUS : SEJARAH MALAYSIA (1941-1970)

NAMA PENSYARAH : EN BADURHISHAM BIN MD ZAIN

TAHUN PENGAJIAN : 2022


HALAMAN JUDUL

SEJARAH MALAYSIA (1941-1970)

JABATAN SAINS SOSIAL

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya mengakui bahawa ini adalah hasil tulisan saya sendiri kecuali nukilan yang setiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : Dhanya

Nama : DHANYA A/P KANAN

Tarikh : 30/04/2022
PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan mental
dan fizikal serta masa yang mencukupi untuk menyiapkan kertas kerja ini seperti yang
dikehendaki dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu En.
Badurhisham bin Md Zain atas segala bimbingan, teguran, panduan dan penerangan yang
teliti diberikan oleh beliau kepada saya supaya saya dapat menyiapkan penulisan kertas
kerja ini dengan baik dan sempurna.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga
saya kerana mereka telah memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada saya untuk
menyiapkan penulisan kertas kerja ini.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan dan ahli kumpulan saya yang telah bekerjasama bersama- sama diri saya dengan
memberikan sokongan, dorongan dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya
dapat menyiapkan penulisan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan.

Kesimpulannya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak mereka kepada saya. Saya sangat
menghargai sokongan dan dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
SENARAI KANDUNGAN

BIODATA DIRI

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

3.0 KESAN TERHADAP KESEDARAN RAKYAT UNTUK MERDEKA

4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Kedatangan Jepun pada 8 Disember 1941 ke Tanah Melayu merupakan salah satu
peristiwa sejarah yang penting bagi rakyat Malaysia. Tahukah anda bahawa Persekutuan
Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas, Semenanjung Melayu, Semenanjung
Tanah Melayu, dan Negeri Melayu sebelum lahirnya Persekutuan Malaysia pada tahun
1963.Semasa British mentadbir pentadbiran kerajaan Melayu, negeri-negeri Melayu telah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (asalnya
sebahagian daripada Johor) sebagai Negeri Selat seterusnya, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang sebagai Negeri Melayu Bersekutu dan Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu serta Johor sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Seterusnya, apabila
British kembali semula berkuasa selepas Jepun menyerah kalah, kerajaan dinamakan pula
sebagai Malayan Union.1 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945
menjadi titik tolak perubahan kuasa politik dunia.2 Kedatangan tentera Jepun yang mendarat
di Pantai Kuala Pak Amat pada 8 Disember 1941 selepas tengah malam. Hal ini, seterusnya
mencetuskan pertempuran yang hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya
satu jam sebelum berlakunya serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Kedatangan tentera Jepun
pada masa itu diketuai oleh komander tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Yamashita.

Seterusnya, Tanah Melayu jatuh pada tangan Jepun dengan begitu mudah kerana salah
perhitungan pihak British terhadap kekuatan tentera Jepun. Tambahan pula, tentera-tentera
Jepun telah dilatih khas untuk berperang di negeri-negeri tropika, Taiwan dan selatan Indo-
China serta diajar cara-cara menghadapi penyakit malaria dan menggunakan kenderaan
terutamanya basikal untuk memudahkan gerakan serangan mereka. Pertahanan Tanah
Melayu yang ketika itu dikawal oleh tentera British masih rapuh kerana tidak mempunyai
kelengkapan senjata yang mencukupi semasa Perang Dunia Kedua. Bagi memudahkan
serangan ke atas Tanah Melayu, sebelum melancarkan serangan Jepun telah mengadakan
pakatan dengan kerajaan Thailand. Kerjasama dengan Jepun sungguh diperlukan bagi
mendapatkan semula tanah jajahan Thailand yang telah diserahkan kepada Indo-China.3
Seterusnya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu menjadi kemuncak kepada arah
kemerdekaan negara.

2.0 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1 Abdullah Zakaria, Ghazali. (2016). Sejarah Perjuangan dan Pemerintahan Kerajaan Melayu. Dewan
Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam, Selangor.
2 Saiful Akram Che Cob. (2016). Seniman Abdullah Ariff sebagai Propagandis Visual Sewaktu
Pendudukan Jepun di Malaya. International Journal of INTI 21 (1), 5-22.
3 Mohamed Ali Haniffa, Ayu Nor Azilah Mohamad, & Mohan Rathakrishnan. (2018). Konflik
Perkauman Cina-Melayu Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Pandangan Berdasarkan
Akhbar Seruan Ra’Ayat. International Journal of Education, Psychology and Counselling.
Kejayaan Jepun dalam Perang Dunia Kedua memberi keyakinan kepada orang Asia
untuk membebaskan negara mereka daripada sebarang penjajahan. Pendudukan Jepun
pada awalnya mendapat reaksi yang positif dari penduduk tempatan. Setelah Jepun
menduduki Tanah Melayu, masyarakat tempatan mula melakukan protes setelah beberapa
dasar ekonomi dan politik Jepun dianggap menindas masyarakat setempat.4 Bagi
melicinkan pentadbiran,struktur pentadbiran Tanah Melayu telah dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu peringkat pusat dan negeri. Seterusnya, Jepun telah mencapai era kemajuan
dan pemodenan yang pesat sewaktu zaman pemerintahan Meiji. Pembaharuan yang telah
dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Meiji menjalankan kuasa ketenteraan yang kuat.5
Dengan ini, kuasa Sultan, negeri dan rakyatnya diserahkan kepada Maharaja Jepun melalui
pemerintahan tentera sekaligus Jepun tidak mengiktiraf kedudukan Sultan seperti pada
zaman British. Raja-raja Melayu terpaksa menunjukkan sokongan mereka kepada Jepun.
Hal ini demikian kerana sekiranya hal yang sebaliknya berlaku maka mereka akan
disingkirkan dan digantikan dengan Sultan yang pro-Jepun.

Dari segi politik, kuasa Jepun di Tanah Melayu diletakkan di bawah pemerintahan
pasukan tentera ke-25 pimpinan Lt. Jeneral Yamashita Tomyuki dan kerajaan tentera
(Gunsei-Bu) di bawah pimpinan Mejar Jeneral Manaki Keishin. Pentadbiran Jepun bertujuan
untuk menyeragamkan pengurusan kawasan, menyelaraskan kegiatan ekonomi dan
menjaga kepentingan pertahanan. Berdasarkan pentadbiran ini, beberapa wilayah akan
diwujudkan dan diperintah oleh Gabenor Jepun.6 Gabenor-gabenor yang dilantik terdiri
daripada birokrat-birokratyang berpengaruh di Kementerian dalam Negeri atau jeneral
bersara. Gabenor bertindak sebagai ketua eksekutif yang menggantikan Sultan sebagai
ketua negeri dan mencantumkan tugas bekas Penasihat British dan Sultan. Gabenor juga
berhak untuk membuat polisi, mengawal pegawai kerajaan dan membatalkan undang-
undang. Di Tanah Melayu, Jepun telah menggunakan undang-undang ketenteraan Jepun
untuk memastikan kedudukannya di Tanah Melayu.

Seterusnya, layanan kepada rakyat di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India
juga merupakan suatu aspek ekonomi yang penting semasa pendudukan Jepun di Malaya.
Masyarakat Melayu merupakan kelompok etnik yang paling utama dan kukuh dalam sosio
politik Malaysia.7 Orang Melayu diberi layanan yang baik kerana pihak Jepun ingin
mengambil hati orang Melayu. Disebabkan itu, lebih ramai orang Melayu diambil untuk

4 Josietha Muin, Md Saffie Abdul Rahim. (2020). Reaksi Masyarakat Dusun di Kota Belud Terhadap
Pendudukan Jepun di Boruneo Kita (1942-1945). Jurnal Borneo Arkhailogia. (Vol. 5 No.1)
5 Ismail bin Said. (2012). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Perpustakaan Negara Malaysia.
6 Mohd. Ashraf Ibrahim. (2004). Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu, 1945-57.
7 Ilyas Abdullah. (2021). Perpaduan dan Krisis Politik Melayu : Satu Analisis. Journal Administrative
Science. 18 (1)
bekerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang perkhidmatan awam seprti
polis dan tentera. Taktik ini bertujuan untuk memastikan orang Melayu tidak bersatu dengan
orang Cina dalam menentang Jepun. Orang India mendapat layanan yang agak baik juga
daripada pihak Jepun. Hal ini kerana, Jepun ingin mendapatkan sokongan orang India
dalam usahanya untuk menawan negara India dengan Penubuhan Liga Kemerdekaan India
dan tentera Nasional India (INA). Sebahagian orang India dijadikan buruh paksa untuk
mebina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma. Orang Cina diberi layanan
yang paling kejam. Orang Cina menghadapi masalah yang besar ketika penjajahan Jepun.8
Akibat polisi ekonomi British, Tanah Melayu menerima kemasukan dua etnik lain dari China
dan India untuk berkerja di sektor perlombongan dan perladangan. Oleh kerana hal ini,
timbul pelbagai konflik dalam kalangan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu
dengan dua etnik ini, lebih-lebih lagi semasa pendudukan Jepun dan penjajahan British.9

Penduduk banyak menghadapi pelbagai masalah serta kekurangan. Antara masalah


yang timbul apabila pihak Jepun mula mentadbir apabila Tanah Melayu menghadapi
kemusnahan ekonomi. Hal ini jelas dirasai oleh penduduk Tanah Melayu apabila British
sebelum mengundur diri telah menjalankan dasar ‘Bumi Hangus’ di mana segala peralatan
perlombongan seperti kapal korek bijih timah telah dimusnahkan oleh pihak British.10 Hal ini
demikian kerana, ingin melumpuhkan ekonomi Jepun di Tanah Melayu serta agar Jepun
tidak mendapat sebarang keuntungan daripada Tanah Melayu selain mengeluarkan
kewangan yang banyak untuk membangunkan Malaya. Oleh kerana hal ini, penduduk
tempatan menghadapi masalah pengangguran terutamanya orang India dan Cina yang
dahulunya bekerja dalam bidang perlombongan dan perladangan. Apabila masalah
pengangguran meningkat maka, masalah kebuluran mula meningkat akibat ketidakupayaan
rakyat jelata untuk mendapatkan bekalan makanan.

Sistem pendidikan Jepun sungguh berbeza berbanding sistem pendidikan Tanah


Melayu yang lebih kepada sekolah vokasional. Kursus bahasa Jepun dirangka untuk guru-
guru di Tanah Melayu supaya mereka terlatih dan mahir mengajar subjek pelajaran dalam
Nippon-go. Pada pandangan lain, latihan kemahiran seperti pertanian, teknik dan vokasional
diberi penekanan oleh Jepun dengan tujuan untuk melatih masyarakat agar dapat
menggunakan kemahiran yang diperoleh bagi mengatasi masalah dalam kehidupan harian.
Dengan ini, semangat keberanian dan disiplin dapat dipupuk dalam kalangan penduduk
Tanah Melayu. Sistem pendidikan Jepun juga bertujuan untuk menyebarkan propaganda
8 Ho Hui Ling. Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945: Penentangan Orang Cina
Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA). hlm. 114.
9 Suzy Aziziyana Saili, Rosila Bee, & Khairulnizam Mat Kilau. (2018). Peranan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum dalam Merintis Kesepaduan Sosial di Tanah Melayu. Malaysian Journals of
Social Sciences and Humanities.
10 Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan (Edisi Kedua). hlm.261
mampu memberikan manfaat dengan membentuk sahsiah dan pemikiran penduduk Tanah
Melayu.11 Dalam perspektif lain, peperangan yang berlaku menyebabkan penduduk sentiasa
dalam kesengsaraan dan ketakutan. Penduduk telah dikenakan perintah berkurung dan
sekatan perjalanan dan ada di kalangan mereka yang menjadi tali barut pihak Jepun.

3.0 KESAN TERHADAP KESEDARAN RAKYAT UNTUK MERDEKA

Pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga tahun 1945 telah meninggalkan banyak
kesan ke atas kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Pendudukan Jepun telah
meninggalkan kesan kebangkitan semangat kebangsaan yang tinggi dan mempengaruhi
perjuangan orang-orang Melayu dalam menentang rancangan pihak British untuk
menjadikan Tanah Melayu sebagai satu negara kolonisasi.12 Antara kesannya adalah
perkembangan semangat kebangsaan dan menyuburkan kesedaran orang Melayu untuk
merdeka. Faktor utama yang mendorong kepada perkembangan ini adalah langkah pihak
Jepun yang telah memberikan peluang kepada anak-anak Melayu untuk menceburi dalam
bidang pentadbiran telah memberikan keyakinan kepada mereka mengenai keupayaan
untuk mentadbir Tanah Melayu. Dengan ini, lahirlah semangat nasionalisme dalam kalangan
orang Melayu dahulu dan seterusnya diikuti dengan orang Cina dan India.

Tambahan pula, Jepun juga telah berjaya mengalahkan China dalam Perang China-
Jepun dan mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Tahukah anda bahawa,
kejayaan ini telah mendorong Jepun meluaskan kekuasaannya ke luar termasuk Tanah
Melayu. Selain itu, Jepun mengambil masa selama dua bulan sahaja untuk menakluki
seluruh Tanah Melayu bermula dari 12 Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942.13
Sebagai buktinya, Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan untuk
membangunkan industri tempatan dan dari segi politik pula Pentadbiran Tentera Jepun yang
memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Melalui Perang Rusia-Jepun,
masyarakat tempatan mempunyai semangat kemerdekaan dan dapat dipupuk dalam
kalangan masyarakat. Hal ini juga menunjukkan dengan jelas tentang kelemahan tentera
British yang tidak sehebat tentera Jepun.

Seterusnya, pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu telah memberikan ruang


kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk melakukan kezaliman terhadap rakyat Tanah
Melayu.14 Kekejaman pemerintahan tentera Jepun merupakan kekejaman yang sangat

11 Ahmad Sohaimi Lazim, & Hafizul Adnen. (2022). Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah
Melayu 1941-1945. Dewan Bahasa dan Pustaka.
12 Samsuddin. (1995). Perhubungan Awal Malaysia-Jepun 1957-1967. Malaysia dari segi Sejarah
(23).
13 Ismail bin Said. (2012). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Perpustakaan Negara Malaysia.
14 Mohd Ali Haniffa. Survival Orang Melayu Di Johor Berikutan Kekejaman Komunis Di Tanah
Melayu. Pusat Pengajian Umum.
zalim. Sebagai buktinya, orang Eropah yang mendiami Tanah Melayu, kaum wanita dan
anak-anak mereka dijadikan tawanan perang dan dikurung dalam kem tahanan di
Singapura. Perjalanan mereka ke kem tahanan begitu sukar kerana kerap kali dipaksa untuk
berjalan kaki berbatu dalam Matahari terik, lapar dan dahaga. Tambahan pula, kaum lelaki
yang masih muda dihantar menjadi buruh paksaan untuk membina ‘ Landasan Kereta Api
Maut’ sepanjang 480 batu yang menghubungkan negara Thailand dengan Burma. Bukan
sahaja itu, malah pembunuhan besar-besaran Nanking, perang biologi, kanibalisme dan
perhambaan seks. Dengan ini, masyarakat tempatan mendapat kesedaran untuk
membebaskan diri dari jenayah-jenayah dan penjajahan dari kuasa luar.

Seterusnya, sistem pendidikan Jepun telah diberikan perhatian kepada rakyat di Tanah
Melayu. Sebagai buktinya, penduduk Tanah Melayu telah dipaksa untuk mempelajari
bahasa Nippon-go dan menggunakannya di kawasan jajahan empayar Jepun dengan
alasan menyatukan semua individu di Tanah Melayu. Bukan sahaja dengan memberi latihan
ketenteraan kepada rakyat Tanah Melayu terutamanya orang Melayu malah, Jepun
memberi layanan yang agak baik kepada orang Melayu kerana kebanyakannya terdiri
daripada golongan petani. Dengan pemberian latihan ketenteraan kepada masyarakat,
masyarakat dapat memimpin dan bersedia untuk mengorbankan diri demi negara.
Penyebaran slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ juga merupakan kesan terhadap kesedaran
rakyat untuk merdeka. Slogan propaganda Jepun ini dimaksudkan bahawa negara Asia
adalah untuk orang Asia dan tidak wajar dijajah oleh kuasa Barat. Sebagai buktinya, Jepun
tidak menyerang Thailand kerana tidak dijajah oleh Barat.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pada tahun 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun untuk


menyerah diri tetapi Jepun tidak mahu. Oleh itu, tentera Bersekutu telah menjatuhkan
bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Pada 15
Ogos 1945, Jepun terpaksa menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Singapura.
Dengan ini, pendudukan Jepun di Tanah Melayu berakhir dengan cara yang aman dan
kesedaran rakyat untuk merdeka juga telah dicapai. Akhir sekali, negara kita telahpun
bebas daripada ancaman dan penjajahan kuasa luar sekaligus mendapat kemerdekaan
pada tahun 1957.

RUJUKAN

Abdullah Zakaria, Ghazali. (2016). Sejarah Perjuangan dan Pemerintahan Kerajaan Melayu.
Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam, Selangor.
Ahmad Sohaimi Lazim, & Hafizul Adnen. (2022). Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di
Tanah Melayu 1941-1945. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ho Hui Ling. Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945: Penentangan Orang

Cina Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA). hlm. 114.

Ilyas Abdullah. (2021). Perpaduan dan Krisis Politik Melayu : Satu Analisis. Journal
Administrative Science. 18 (1).

Ismail bin Said. (2012). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Perpustakaan Negara
Malaysia.

Josietha Muin, Md Saffie Abdul Rahim. (2020). Reaksi Masyarakat Dusun di Kota Belud
Terhadap Pendudukan Jepun di Boruneo Kita (1942-1945). Jurnal Borneo
Arkhailogia. (Vol. 5 No.1).

Mohd Ali Haniffa. Survival Orang Melayu Di Johor Berikutan Kekejaman Komunis Di Tanah
Melayu. Pusat Pengajian Umum.

Mohamed Ali Haniffa, Ayu Nor Azilah Mohamad, & Mohan Rathakrishnan. (2018). Konflik
Perkauman Cina-Melayu Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Pandangan
Berdasarkan Akhbar Seruan Ra’Ayat. International Journal of Education, Psychology
and Counselling.

Mohd. Ashraf Ibrahim. (2004). Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu, 1945-57.

Saiful Akram Che Cob. (2016). Seniman Abdullah Ariff sebagai Propagandis Visual Sewaktu
Pendudukan Jepun di Malaya. International Journal of INTI 21 (1), 5-22.

Samsuddin. (1995). Perhubungan Awal Malaysia-Jepun 1957-1967. Malaysia dari segi


Sejarah (23).

Suzy Aziziyana Saili, Rosila Bee, & Khairulnizam Mat Kilau. (2018). Peranan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum dalam Merintis Kesepaduan Sosial di Tanah Melayu. Malaysian
Journals of Social Sciences and Humanities.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan (Edisi Kedua).
hlm.261.

Anda mungkin juga menyukai