Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI “Boling Pintar”


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
INTERNSHIP PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2015

1.0 Pendahuluan

Pencapaian akademik murid bergantung kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang diajar oleh seseorang guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam

meningkatkan pencapaian murid dalam akademik termasuklah sahsiah dan tingkah laku

mereka. Kaedah PdP yang berkesan dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk

mencapai kecemerlangan dalam akademik. PdP yang baik dapat membantu murid supaya

dapat mengingat kembali apa yang dipelajari. Kaedah menggunakan BBM yang berinovasi

seperti ‘Boling Pintar’ dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah satu kaedah yang dapat

meningkatkan potensi diri murid dalam menguasai pembelajaran. Selain itu ia juga

berkesan bagi memastikan murid terlibat secara aktif dan mengambil bahagian dalam

proses PdP yang berlangsung.

2.0 Matlamat

Kaedah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang berinovasi amat diperlukan dan

seharusnya menjadi rutin kepada setiap guru di sekolah untuk merancang pengajaran

kepada murid dalam semua subjek. Ini kerana semua murid berkeperluan kepada

pengajaran yang menarik. Jadi, memang sewajarnya setiap guru harus kreatif dan

berinovatif merancang setiap RPH untuk mengajar murid sekolah rendah agar proses PdP

yang akan berlangsung menarik dan mencapai matlamatnya.. Selain itu ia juga adalah

untuk membantu murid-murid dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran yang terlibat

dan yang penting supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam

kehidupan seharian. Projek inovasi ini diharapkan dapat melahirkan murid yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kemahiran berkomunikasi serta mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diajar berlandaskan sikap saintifik dan

nilai murni.

3.0 Objektif

3.1 Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam matapelajaran Bahasa

Melayu menggunakan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi

3.2 Mengubah persepsi dan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui

kaedah BBM yang menarik dan berinovasi.

3.3 Meningkatkan keberkesanan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi terhadap

penguasaan kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu.

3.4 Memastikan murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam proses PdP

yang diajar.

3.5 Dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian

4.0 Anjuran

Guru pelatih PPG Kohort 2 Ambilan Feb 2012 dalam Semester 8 IPG Kampus Kota Bharu,

Kelantan dengan kerjasama pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi.

5.0 Kumpulan Sasaran

30 orang murid Kelas 3 Sejahtera Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi.


6.0 Cadangan Pelaksanaan

Tarikh : 1 September 2015


Tempat : Kelas 3 Sejahtera SK Seri Kemudi
Masa : 10:15 – 11:15 pagi

7.0 Strategi dan Pelan Tindakan

Minggu Tarikh Perkara

• Mendapatkan bimbingan dan pencerahan dengan


Guru Mentor Internship untuk pemilihan
1 09.08.15 kemahiran matapelajaran Bahasa Melayu yang
sehingga sesuai untuk projek inovasi

13.08.15 • Berbincang dengan Guru Mentor Internship


berkaitan tajuk projek inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran

• Menyenaraikan bahan projek inovasi iaitu Boling


Pintar dan BBM yang berkaitan

16.08.15 • Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan


projek inovasi dalam PdP
2 Sehingga
• Persiapan dan pelaksanaan bahan projek inovasi
20.08.15
dan BBM yang berkaitan dengan tajuk pilihan

• Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian


(RPH) yang sesuai bagi melaksanakan proses
3 23.08.15 PdP
Sehingga
• Menyediakan BBM dan salinan bahan yang
27.08.15 berkaitan seperti set permainan Boling pintar, kad
Pintar, Komputer riba dan pembesar suara,
Video, kertas majong dan lembaran kerja.

• Mengadakan perbincangan terakhir dengan Guru


Mentor Internship berkaitan sebarang
4 30.08.15 perancangan dan penambahbaikan sebelum
Sehingga melaksanakan proses PdP menggunakan projek
berinovasi
03.09.15
• Melaksanakan proses PdP termasuk membuat
rakaman bagi memenuhi syarat menjalankan
Internship PPG dan sebagai penilaian pihak IPG
Kampus Kota Bharu

• Menyediakan laporan sepanjang pelaksanaan


Internsip

7.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil. Perkara Kuantiti Perbelajaan (RM)

1. Cat mural D’Arte ( Large ) RM 14.30 x 1 RM 14.30

2. Cat mural D’Arte ( Medium ) RM 5.40 x 5 RM 27.00

3. Cat mural Pelaka (1 Kg ) RM 19.90 x 1 RM 19.90

4. Gam UHU RM 10.80 x 1 RM 10.80

5. Gam PVC RM 2.00 x 1 RM 2.00

6. Berus Cat RM 1.30 x 1 RM 1.30

7. DIY Eye RM 1.90 x 1 RM 1.90

8. Jambul warna RM 1.90 x 1 RM 1.90

9. Plastik Laminate RM 1.00 x 10 RM 10.00

10. Kertas warna RM 0.10 x 10 RM 1.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 90.10


8.0 Penutup

Projek ini diharapkan dapat meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam

matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Sejahtera dan dapat mengubah persepsi murid

terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui penggunakan BBM berinovasi dalam PdP.

Selain itu ia juga bertujuan menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang
melahirkan murid yang cemerlang, berpotensi dan sekaligus dapat menguruskan

kehidupan dengan sempurna selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kerjasama

daripada semua pihak amat diperlukan bagi memurnikan sesebuah program yang

dirancang agar ianya berjalan dengan lancar. Semoga bantuan dan hasil kerja semua

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

-------------------------------------------- -----------------------------------------------
(YASMALIZA BINTI YASA) (EN. NOORAZMAN BIN ZAWAWI)
Guru Pelatih, PPG Kohort 2 Guru Mentor Praktikum, PK PPKI
SK Seri Kemudi,Bachok

Anda mungkin juga menyukai