Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SK. BUKIT BANDARAYA, KUALA LUMPUR


Mata Pelajaran Pendidikan Moral
Tahun 4 Setia / 4 Kreatif / 4 Bestari
Tarikh / Hari 23 Ogos 2017 (Rabu)
Masa 8.00 - 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid 13 orang
Nilai Keberanian
Tajuk Berani Hadapi Cabaran
Standard Kandungan 9.1 Mengamalkan sikap berani menyuarakan pandangan yang membina
terhadap jiran.
Standard Pembelajaran 9.1.1 Mengenal pasti cara menyuarakan pandangan yang membina
terhadap jiran
9.1.2 Menerangkan kepentingan menyuarakan pandangan yang membina
terhadap jiran
9.1.3 Meramalkan perasaan apabila menyuarakan pandangan yang
membina terhadap jiran
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. Penaakulan: Menyatakan kepentingan berani menyuarakan pandangan


membina terhadap jiran.

2. Perasaan: Menceritakan perasaan apabila berani menyuarakan


pandangan sesama jiran.

3. Perlakuan: Menunjukkan sikap berani mencuba dengan cara


menyelesaikan set “puzzle” bergambar.

Pengetahuan Sedia Ada 1. Murid mengetahui maksud berani.


Murid
EMK Kreativiti – menjana idea, sumbang saran.

Bahan Bantu Mengajar “Power point”, muzik video, buku teks, set “puzzle” dan lembaran kerja.
(BBM)

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran:

Langkah / Masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


- Murid memulakan aktiviti dengan nyanyian lagu “Inilah BBM:
Set Induksi Barisan Kita” berpandukan muzik dan lirik lagu yang - Muzik video
(5 minit ) disediakan.
Strategi :
- Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan lagu
- kemahiran
tersebut. berfikir
- Contoh soalan:
1. Apakah yang kamu faham daripada lirik lagu tersebut ? Kaedah :
2. Apakah nilai yang terdapat pada lagu tersebut ? - sumbang saran
Langkah 1 - Guru memperkenalkan topik pembelajaran pada hari ini iaitu BBM:
(15 minit ) nilai keberanian “Berani Hadapi Cabaran”. - “Power point”
dan buku teks
- Murid diberikan penerangan tentang konsep nilai keberanian.
(m/s: 72)
- Guru meminta murid untuk membaca dialog tentang nilai
keberanian di halaman 72 di dalam buku teks. Strategi :
- Guru dan murid membuat sesi soal jawab tentang situasi - kemahiran
yang telah dibaca oleh murid berdasarkan dialog tersebut. berfikir dan
kontekstual
- Contoh soalan:
1. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh jiran Edi ? Kaedah :
2. Cuba kamu jelaskan kepentingan amalan berani - Soal jawab
menyuarakan pandangan yang membina terhadap jiran?
3. Apakah perasaan kamu apabila dapat menyuarakan
pandangan yang membina terhadap jiran?

- Guru bertanya kepada murid tentang pengalaman mereka


bersikap bekerjasama sesama jiran.

BBM:
Langkah 2 - Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada - set “puzzle”
(20 minit )
4 atau 5 orang ahli kumpulan.
EMK:
- Setiap kumpulan diberikan satu set permainan “puzzle”. - Kreativiti
- Setiap kumpulan perlu menyelesaikan set “puzzle” tersebut Strategi :
dan menceritakan secara lisan tentang nilai keberanian yang - Kecerdasan
pelbagai
perlu ada pada gambar set “puzzle” tersebut di hadapan
kelas. Kaedah :
- permainan dan
- Murid diminta untuk menceritakan pengalaman mereka pembentangan
bersikap rajin sesama jiran secara spontan.
- Guru membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah
dilaksanakan.

BBM:
Langkah 3 - Guru memberikan lembaran kerja kepada murid mengikut - Lembaran kerja
(15 minit )
kumpulan yang telah diberi. (Rujuk Lampiran 1). Kaedah :
- Murid menyiapkan lemparan kerja tersebut secara kumpulan. - Perbincangan
- Guru berbincang bersama-sama murid tentang soalan dan
jawapan yang sesuai pada lembaran kerja tersebut.
Penutup - Guru membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan.
(5 minit )
- Guru menekankan kepada semua murid agar mengamalkan sikap berani dengan
cara menyuarakan pandangan yang membina terhadap jiran dalam kehidupan
seharian mereka.

Lampiran 1

Hari : _________________ Tarikh : _______________

Soalan : Nyatakan tindakan yang perlu kamu lakukan untuk menunjukkan kamu bersikap
berani menyuarakan pandangan yang membina terhadap jiran.

1.

2.

3.

4.

Anda mungkin juga menyukai