Anda di halaman 1dari 14

BAB 3

KESELAMATAN DITAPAK BINAAN

3.1 Definisi

Dalam industri binaan, faktor keselamatan adalah sesuatu perkara


yang sentiasa diambil berat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
berlakunya kecederaan samada kepada pekerja ditapak binaan atau orang
yang terlibat. Dengan adanya penjagaan ini, perkara yang tidak diingini
dapat dielakkan.

Keselamatan ditapak boleh didefinasikan sebagai penjagaan ditapak


bina dari segi perkara bahaya. Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan
persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa kepada mereka yang
terlibat. Oleh itu langkah yang perlu diambil adalah memakai kasut
keselamatan semasa bekerja disamping memastikan tapak bina sentiasa
bersih.
3.2 Objektif

i. Memberikan pengetahuan mengenai keselamatan


ditempat kerja.
ii. Menerangkan punca-punca kebakaran dan
mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan
berlakunya kemalangan ditempat kerja.
iii. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan diri serta
membina tabiat kerja yang baik.
iv. Mengenal serta menerangkan fungsi-fungsi bagi
pelbagai jenis alat keselamatan pada mesin, peralatan
kelengkapan dan juga jentera.
v. Menerangkan langkah-langkah keselamatan pada mesin
dan kelengkapan.
vi. Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa
mengendalikan alat-alat dimana tindakan perlu diambil
untuk mencegah kebakaran tersebut.
vii. Menerangkan keperluan dan rawatan pertolongan
cemas jika atau semasa berlakunya kemalangan di
tempat kerja khususnya.

3.3 Pembahagian Ciri-Ciri Keselamatan Ditapak Bina

i. Ciri-ciri ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang


utama.
ii. Pekerja-pekerja yang bekerja ditapak bina.
iii. Orang-orang yang berdekatan dengan tapak bina.
iv. Undang-undang kerajaan atau peraturan syarikat yang
menjalankan kerja-kerja pembinaan.

3.4 Bahaya Yang Sering Terjadi Ditapak Bina

i. Objek yang terjatuh diatas kepala pekerja.


ii. Terpijak objek yang tajam.
iii. Pekerja yang terjatuh atau tergelincir.
iv. Keruntuhan struktur sementara.

3.5 Cara Yang Selamat Di Tapak Bina

i. Mengikut arahan penyelia tapak (site supervisor).


ii. Sekiranya timbul sebarang masalah, segera merujuk kepada
penyelia.
iii. Hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan penggunaan alat
yang sesuai.

3.6 Punca Berlakunya Kemalangan Ditapak Bina

Sebahagian besar kemalangan yang berlakunya melibatkan pekerja


yang baru. Ianya berpunca daripada penyalahgunaan mesin dan juga alatan,
keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pekerja itu sendiri.
3.6.1 Penyalahgunaan Mesin Dan Alatan

Setiap alatan hendaklah digunakan dengan betul untuk mengelakkan


dari terjadinya kemalangan. Kemalangan boleh berlaku jika :-

i. Menggunakan alatan yang tidak sesuai dengan kerja yang


dilakukan.
ii. Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak
sempurna.
iii. Tidak mengikut kaedah penggunaan alatan yang betul.
iv. Menggunakan alatan yang tidak tajam.

Perhatian yang lebih teliti haruslah diberikan terhadap penggunaan


mesin yang berisiko tinggi. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan sebelum
mengendalikan sesuatu mesin adalah :-

i. Mesin hendaklah diuji terlebih dahulu.


ii. Mesin hendaklah mempunyai pengadang keselamatan.
iii. Memakai pelindung mata keselamatan (google) yang sesuai
semasa mengendalikan mesin.
iv. Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih berada dalam
keadaan sempurna.

3.6.2 Kelalaian Pekerja

Keadaan dan suasana yang selamat dan selesa belum tentu dapat
menjamin keselamatan pekerja sepenuhnya. Satu lagi faktor yang perlu di
ambil kira untuk menjamin keselamatan pekerja di tapak bina ialah sikap
pekerja itu sendiri. Sikap lalai atau tidak bertanggungjawab akan
mengakibatkan kemalangan berlaku semasa bekerja. Kemalangan dapat di
elakkan sekiranya pekerja mengikut peraturan-peraturan seperti berikut :-

i. Mematuhi peraturan keselamatan di tapak bina.


ii. Mengendalikan mesin atau jentera dengan kaedah
penggunaan yang betul.
iii. Memakai pakaian yang sesuai seperti pakaian keselamatan
atau uniform yang telah dibekalkan oleh syarikat.
iv. Mengetahui kemampuan sendiri.

3.7 Langkah-Langkah Keselamatan Di Tapak Bina

i. Memakai topi keselamatan untuk mengelakkan objek yang


terjatuh terkena kepala.
ii. Para kontraktor hendaklah memberi peringatan mengenai
keselamatan di tapak mengenai langkah keselamatan kepada
pekerja.
iii. Penyelia tapak perlu memastikan keadaan sekitar tapak bina
dan pekerja adalah selamat tanpa berlaku sebarang
kemalangan.
iv. Memakai tali pinggang keselamatan semasa bekerja di tempat
yang lebih tinggi.
v. Memakai jaring keselamatan bagi tapak bina yang berada di
tepi jalan raya untuk mengelakkan sebarang objek jatuh
dimana ianya boleh mencederakan para pekerja dan orang
ramai.
vi. Mengelakkan dari berlakunya kemalangan kepada orang
awam.
3.8 Keselamatan Diri Sendiri

Objektif utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah


kecederaan dan kematian para pekerja. Oleh sebab itu, keselamatan diri
sendiri amatlah penting dan patut diutamakan. Perkara-perkara yang harus
diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah seperti berikut :-

3.8.1 Menjaga kesihatan diri sendiri

Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja


dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak
dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam apa jua yang
dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja.

3.8.2 Disiplin semasa kerja

Disiplin adalah salah satu perkara yang sangat penting semasa


bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan
selalu berwaspada. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh
membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan alatan tajam
dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan berselerak, membuang
sampah merata-rata tempat dan sebagainya.
3.8.3 Pengetahuan

Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami


bahan-bahan yang dikerjakan dan alat mesin yang digunakan. Tindakbalas
bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh mendatangkan
kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat teknologi tinggi.

3.8.4 Pakaian

Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian


yang koyak dan serebeh adalah punca kemalangan. Kasut dan but
keselamatan mengandungi kepingan logam dan keluli dibahagian
hadapannya adalah sesuai bagi menggelakkan sebarang kecederaan pada
kaki. Capal dan sandal tidak seharusnya dipakai semasa bekerja di tapak
pembinaan.

3.8.5 Perlindungan Mata

Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan


kepada mata seperti mengimpal atau mencanai, cermin mata keselamatan
atau pelindung mata dan muka hendaklah dipakai bagi menggelakkan
serpihan objek daripada memasuki mata.
3.8.6 Pelindung Kepala

Topi keselamatan atau “Safety helmet” hendaklah dipakai apabila


berada dikawasan pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat kerana
objek-objek dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah dan dikhuatiri terkena
kepala. Dengan memakai topi keledar keselamatan kecederaan dapat
dielakkan.

3.8.7 Pelindung Tangan

Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang


kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila
membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli, memindahkan bata
dan sebagainya hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi jangan
guna sarung tangan apabila melakukan kerja dengan mesin bergerak seperti
mesin canai dan mesin pelarik kerana sarung tangan mungkin tersangkut
pada mesin dan mengakibatkan kecederaan pada tangan.

3.8.8 Tali Pinggang Keledar

Apabila bekerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja itu


hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat menggelakkan diri
daripada terjatuh. Kaedah ini sangat mustahak kerana mengikut statistik
kebanyakan kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan adalah pekerja
jatuh dari tempat yang tinggi.
3.9 Keselamatan Orang Lain

Apabila sesuatu kerja yang dijalankan, keselamatan rakan sekerja


juga amat penting. Kawalan seperti ini hendaklah dibuat :-

i. Isyarat dan tanda amaran.


ii. Pagar kawasan pembinaan.
iii. Kawalan pada alat dan jentera rosak.
iv. Memasang jaring.

3.9.1 Isyarat Dan Tanda Amaran

Isyarat dan tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan terang pada


tempat-tempat yang strategik di kawasan pembinaan supaya dapat dilihat
oleh orang ramai.

3.9.2 Pagar Kawasan Pembinaan

Kawasan pembinaan yang berbahaya seperti pengorekan peparit,


pembinaan acuan yang tinggi, tempat penyimpanan bahan-bahan jentera
dan sebagainya mestilah dipagar sekeliling untuk mencegah orang ramai
masuk ke kawasan pembinaan.
3.9.3 Kawalan Pada Alat Dan Jentera Yang Rosak

Sebarang alat, jentera atau perkakas lain yang rosak hendaklah


disimpan atau dibaiki. Tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan jelas
jika alat-alat tersebut tidak dapat disimpan. Laporan kerosakan mestilah
dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

3.9.4 Memasang Jaring

Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jarring perlu dipasang di


bahagian bawah, biasanya atas tingkat pertama, tingkat kedua, di sekeliling
bangunan untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh dari tingkat atas.

3.10 Keselamatan Alat Dan Mesin

Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa dalam


keadaan yang baik dan boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja
mengganggu kerja, bahkan merbahaya kepada pekerja yang
menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut haruslah
diambil perhatian :-
i. Alatan yang hendak digunakan haruslah dibersihkan terlebih
dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah rosak atau
berkarat.
ii. Alatan hendaklah disimpan pada tempatnya selepas
digunakan. Jangan biarkan alatan berselerak di atas lantai.
iii. Apabila menghulurkan alatan tajam kepada orang lain, halakan
pemegangnya dan bukannya bahagian hujung yang tajam.
iv. Tukul besi yang pemegangnya longgar hendaklah dibaiki
terlebih dahulu sebekum digunakan.
v. Untuk memotong bata, gunakan alatan yang sesuai seperti
tukul bata dan tukul besi.
vi. Pastikan semua alatan elektrik dibumikan sewajarnya dan
apabila menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan
bagi mesin tersebut dipatuhi.
vii. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak
digunakan.
viii. Jangan berbual-bual atau bergurau senda semasa membuat
kerja dengan menggunakan mesin atau jentera.
ix. Pastikan kawasan kerja yang mencukupi bagi kerja yang
menggunakan mesin.
x. Gunakan alatan pelindung mata, hidung, mulut dan lain-lain
apabila pekerjaan itu mengeluarkan habuk, debu dan
sebagainya.
xi. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan kebenaran terlebih
dahulu sebelum menggunakan mesin.

3.11 Pertolongan Cemas

Kemalangan mungkin menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa


walaupun segala langkah pengawasan dan pencegahan telah diambil. Oleh
sebab itu, adalah penting bagi kita melengkapkan diri sendiri dengan
pengetahuan dalam pertolongan cemas untuk menghadapi dan mengatasi
keadaan yang tidak dapat di jangka berlaku. Perkara-perkara yang harus
dibekal dan diketahui ialah peti ubat pertolongan cemas, peraturan asas
dalam pertolongan cemas dan rawatan kecederaan ringan dalam
pertolongan cemas.

3.11.1 Pertolongan Cemas Dalam Perkara Asas

Perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan apabila menghadapi


sesuatu kecemasan :-

i. Jangan mengalihkan orang yang cedera kecuali terpaksa


berbuat demikian. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan
tambahan pesakit.
ii. Bertindak dengan segera apabila seseorang itu luka dan
mengeluarkan darah yan banyak, terhenti pernafasan atau
terminum racun.
iii. Baringkan pesakit dalam keadaan terlentang. Jika dia muntah
pastikan lehernya tidak patah. Pusingkan badan ke sebelah kiri
ataupun sebelah kanan.
iv. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
v. Periksa mangsa tersebut dengan teliti. Kurangkan sakitnya
dengan melonggarkan pakaiannya.
vi. Sentiasa bertenang dan membantu menenangkan pesakit
tersebut.
vii. Selali bersedia memberi rawatan denan segera apabila berlaku
renjatan pada pesakit.
viii. Jangan memberi sebarang minuman kepada pesakit dan juga
jangan cuba mengejutkan orang pengsan dengan cara
memukul, menampar muka ataupun menggongcangkan tubuh
mangsa.

Anda mungkin juga menyukai