Anda di halaman 1dari 10

TEKNOLOGI PEMBUATAN

Tuangan Himpitan

01.

Pengenalan.

Tuangan himpitan termasuk dalam salah satu proses tuangan acuan kekal. Tuangan himpitan juga dikenali sebagai tuangan bertekanan kerana proses tuangan ini mengenakann tekanan terhadap logam lebur yang berada di dalam rongga acuan semasa leburan sedang memejal. Ia dibangunkan dalam tahun1960-an. Tuangan himpitan melibatkan pemejalan logam lebur pada tekanan yang tinggi. Tuangan himpitan ialah gabungan proses tuangan dan tempahan. Tekanan yang dikenakan menyumbang beberapa kesan lebih baik berbanding proses tuangan lain. Tekanan yang dikenakan meningkatkan sentuhan rapat di antara leburan logam dengan dinding acuan. Keadaan ini akan menggalakkan pemindahan haba berlaku dengan lebih pantas. Tekanan yang dikenakan juga membantu logam lebur tersebut memenuhi rongga acuan yang nipis dan kecil. Disamping itu, isipadu udara yang terperangkap di dalam tuangan adalah paling minimum. Masalah tuangan yang ada kaitan dengan pengecutan dan pengoksidaan juga dapat di atasi atau dikurangkan melalui prosese tuangan bertekanan ini. Walau bagaimanapun, tuangan himpitan ini melibatkan kos pengeluaran yang tinggi disebabkan peralatan yangn digunakan adalah kompleks.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

02.

Proses pembuatan pengacuan himpitan.

Proses tuangan ini menggunakan acuan tertutup. Acuan terdiri daripada dua bahagian iaitu acuan bahagian atas dan acuan bahagian bawah. Langkah pertama ialah apabila logam lebur di tuang ke dalam acuan bahagian bawah dan acuan bahagian atas dirapatkan untuk membolehkan tekanan dikenakan terhadap leburan ini. Bentuk komponen tuangan yang terhasil mengambil bentuk rongga acuan bahagian bawah.

Acuan tuangan himpitan ini biasanya diperbuat daripada logam yang mempunyai ketahanan suhu tinggi dan mampu menanggung suhu tinggi secara berulang kali. Tempoh hayat acuan yang digunakan adalah pendek kerana acuan ini perlu menaggung suhu tinggi secara berulang kali.

Isi padu leburan yang hendak dituang ke dalam rongga acuan juga perlu disukat dan dikawal supaya jumlah yang dituang tepat dan memenuhi rongga acuan bahagian bawah. Tuangan himpitan menggunakan jenis acuan tetap yang perlu diprapanaskan sebelum logam lebur dituang.

Prapemanasan dilakukan untuk meningkatkan kebolehaliran logam lebur semasa dituang ke dalam rongga acuan. Kuantiti leburan yang dituang perlu disukat atau dikawal terlebih dahulu untuk memastikan kuantiti yang dituang ke dalam acuan adalah mencukupi untuk memenuhi ruang acuan. Kuantiti berlebihan membuatkan leburan tersebut mengalir keluar dan ini suatu pembaziran. Tuangan yang telah menjadi pepejal dan sejuk ditolak keluar daripada acuan. Rajah di bawah menunjukkan peralatan yang digunakan dalam proses tuangan himpitan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

GAMBARAN SKEMA PROSES TUANGAN

LANGKAH 1.

Logam dileburkan. Terdapat dua bahagian acuan. Acuan bahagian atas dan acuan bahagian bawah.

LANGKAH 2

Leburan logam dituang ke dalam acuan bahagian bawah.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

LANGKAH 3

Acuan bahagian atas ditutup dan tekanan di kenakan.

LANGKAH 4

Tuangan ditolak keluar apabila proses pemejalan selesai.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Selain dari bahan tuangan logam kaedah ini juga digunakan dalam proses pembuatan komposit . Kaedah ini sesuai untuk menghasilkan komposit matriks logam bertetulang tak berterusan. Komposit yang terhasil mempunyai kemasan permukaan yang baik, berstruktur lebih halus kerana kadar pemejalan yang pantas dan tahap keliangan yang sangat rendah. Komposit yang terhasil juga bebas daripada pengoksidaan kerana kaedah ini dilakukan dalam acuan yang tertutup.

Kaedah ini dilakukan dengan meleburkan logam matriks dan bahan tetulang dimasukkan ke dalam leburan ini menggunakan kaedah sama ada tuangan vorteks atau tuangan kompo. Buburan komposit dengan taburan bahan tetulang yang seragam ini kemudianya dituang masuk ke dalam acuan tuangan himpitan bahagian bawah. Acuan bahagian ata kemudiannya dirapatkan dan dikenakan tekanan dari luar. Komponen dibiarkan sejuk sebelum acuan dibuka. Rajah di bawah menujukkan bagaimana proses tuangan himpitan dilakukan.

Rajah : Tuangan himpitan untuk komposit dengan menggunakan serat tidak berterusan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bahan tetulang dalam bentuk serat berterusan juga dapat digunakan melalui kaedah ini. Walau bagaimanapun, serat ini perlu dibuat sebagai prabentuk dan diletakkan ke dalam acuan bahagian bawah. Bahan matriks dileburkan dan dituang secukupnya ke atas prabentuk ini dan kemudiannya acuan bahagian atas dirapatkan serta tekanan dari luar dikenakan. Lihat Rajah di bawah.

lebaran logam matriks atriks

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah : Proses Tuangan Himpitan Komposit dalam bentuk serat berterusan. 03. Kelebihan

3.1

Tekanan yang dikenakan membantu logam lebur memenuhi rongga acuan yang nipis dan kecil. Keadaan ini akan menyebabkan isipadu udara yang terperangkap di dalam tuangan adalah paling minimum. Masalah tuangan yang ada kaitan dengan pengecutan dan pengoksidaan dapat di atasi atau dikurangkan .

3.2

Tekanan yang dikenakan menyumbang beberapa kesan lebih baik berbanding proses tuangan lain. Tekanan yang dikenakan meningkatkan sentuhan rapat di antara leburan logam dengan dinding acuan. Keadaan ini akan menggalakkan pemindahan haba berlaku dengan lebih pantas.

3.3

Produk yang dihasilkan sehingga boleh menghampiri bentuk akhir( near-net shape ).

3.4

Komponen yang terhasil lebih halus dan sesuai untuk kaomponen yang kompleks dengan menggunakan logam ferus dan logam bukan ferus.

04.

Kekurangan

4.1

Tempoh hayat acuan yang digunakan adalah pendek keranan acuan ini perlu menaggung suhu tinggi secara berulang kali.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

4.2

Tuangan himpitan ini melibatkan kos pengeluaran yang tinggi disebabkan peralatan yang digunakan adalah kompleks.

5.

Contoh-contoh.

Large thin wall complicated premium Al alloy casting

The large aluminium alloy casting

http://tangkapgambar.blogspot.com/

The large aluminium alloy casting

High strength premium Al alloy castings

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bibliografi

Zainal Abidin Ahmad.1999. Proses Pembuatan. Jilid 1. Johor Darul Takzim. Penerbitan UTM Skudai.

Jasmi Hashim. 2003. Pemprosesan Bahan . Johor Darul Takzim. Penerbitan UTM Skudai.

Ashby, M.F dan Jones, D.R.H. 1986. Engineering Material 2. Edisi 1: Pergamon Press.

Agarwal, B.D. dan Broutman, L.J. 1990. Analysis and Performance of fibre Composites. Edisi ke 2. John Wiley and Sons.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai