Anda di halaman 1dari 11

Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme

dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

PENGENALAN
Sepanjang dekad 1940-an, suasana politik di negara-negara Asia Tenggara mengalami satu perubahan yang cukup
menarik iaitu perubahan kearah kemerdekaan daripada negara penjajah barat seterusnya membentuk kerajaan sendiri. Di
Asia Tenggara, nasionalisme secara khususnya membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan
semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan daripada penjajah. 1 Nasionalisme di Asia Tenggara
juga dapat dilihat dalam bentuk satu “usaha bagi menamatkan penjajahan serta merombak nilai-nilai dan institusi politik
secocok dengan konsep negara bangsa yang bebas dan berdaulat” seperti Vietnam dan Burma. 2 Anti-Kolonialisme pula
membawa maksud melawan dasar dan amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas negara lain. 3
Sifat ini dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan komunisme yang tersebar luas di Eropah sejak awal abad ke-20 yang
menuntut kearah pembebasan hidup.4 Apa yang jelas, gerakan anti-kolonialisme adalah tindak balas masyarakat Asia
Tenggara terhadap imperialisme Barat yang sudah lama dipendamkan bertujuan menghalau penjajah daripada tanah air
mereka. Sememangnya, terdapat beberapa sebab penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme dan anti-
kolonialisme di Asia Tenggara yang seterusnya membawa kepada kemerdekaan kepada negara-negara Asia Tenggara.
Gerakan nasionalisme dan anti-kolonialisme turut meninggalkan kesan besar kepada masyarakat Asia Tenggara sendiri.

SEBAB MUSABAB KEBANGKITAN NASIONALISME & ANTIKONIALISME


FAKTOR POLITIK
Gelombang kebangkitan nasionalisme dan anti-kolonialisme sebenarnya sudah bermula sebelum dekad 1940-an lagi di
Asia Tenggara. Pada peringkat ini, nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara tidaklah menyeluruh disebabkan
masyarakat Asia Tenggara pada ketika itu masih dibelenggu dengan masalah pendidikan, tekanan dasar ekonomi penjajah
dan cengkaman politik feudal.5 Namun, pada ketika itu dapatlah dikatakan nasionalisme di Asia Tenggara sudah mula
bertapak secara perlahan-lahan. Pada ketika itu juga penerimaan masyarakat Asia Tenggara sendiri terlalu terkongkong
dengan pemikiran yang mengagungkan kekuatan penjajah yang sukar ditewaskan.
Perkembangan nasionalisme peringkat awal ini dapat dilihat di Burma. Menurut Frank Trager (1966), menyifatkan
nasionalisme negara Burma telah bermula sejak tahun 1885 lagi dan nasionalisme ini telah melalui beberapa peringkat
sehinggalah Burma mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.6 Apa yang jelas, secara keseluruhannya perkembangan
nasionalisme di Asia Tenggara dapatlah dikatakan berlaku secara evolusi sebelum mencapai ke kemucaknya pada dekad
1940-an. Pada dekad 1940-an, perkembangan semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme semakin jelas dengan
munculnya golongan berpendidikan yang seterusnya mengepalai gerakan di negara-negara masing-masing. Pada dekad
1940-an juga terdapat tiga pembahagian sebab musabab utama iaitu politik, ekonomi dan sosial sebelumnya yang
membawa kepada semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara.
1
Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 326.
2
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 115.
3
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 55 & 694.
4
Joginder Singh Jessy, 1978. Sejarah Asia Tenggara 1500-1945. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. hlm. 30.
5
Menurut Andeson (1978), sebelum tahun 1941, nasionalisme disifatkan sebagai sebuah komuniti politik yang hanya merupakan satu khayalan semata-mata kerana setiap
penduduk sesebuah Negara itu tidak mungkin mengenali kebanyakan anggota masyakatnya yang lain, dalam Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia
Tenggara, hlm. 115.
6
Ibid.

1
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

Perkembangan Politik Dunia


Sebelum tahun 1940-an, telah berlaku pelbagai perubahan politik yang berlaku di seluruh dunia yang melibatkan pelbagai
negara yang memberikan kesan mendalam kepada pergerakan nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara.
Perkembangan politik dunia inilah telah mengubah dan mempengaruhi negara-negara Asia Tenggara untuk berubah
mengikut perkembangan yang berlaku.
Antara perkembangan politik dunia yang mempengaruhi nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara ialah
Revolusi China 1911 yang dipelopori oleh Dr. Sun Yat Sen.7 Revolusi inilah yang membawa kepada kejatuhan Dinasti
Manchu (Qing) yang memerintah China dengan yang begitu lama dengan menindas bangsa Cina dalam tanah air mereka
sendiri. Revolusi ini telah menjadikan negara China sebagai sebuah negara Republik Rakyat China dengan Dr. Sun Yat
Sen menjadi Presiden China yang pertama.8 Revolusi China 1911 ini telah mempengaruhi negara-negara Asia Tenggara
dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme di negara mereka.
Asas Revolusi China 1911 yang mempengaruhi nasionalisme di Asia Tenggara ialah melalui prinsip penyatuan
bangsa Cina dalam mengulingkan pemerintah bukan Cina (Dinasti Manchu). Penyatuan bangsa Cina inilah yang
mempengaruhi golongan nasionalisme menyeru bangsa mereka bergabung menentang kolonialisme bagi membentuk
negara bangsa yang merdeka. Revolusi ini jelas mempengaruhi nasionalisme di Vietnam yang dipimpin oleh Phan Boi
Chau.9 Jelas sekali bahawa revolusi yang berlaku di China turut membangkitkan nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia
Tenggara.

Pengaruh Jepun
Selain itu, kemunculan Jepun sebagai kuasa militeri yang menduduki dan menjajah negara di Asia Tenggara pada tahun
1940-an telah membuka mata dunia tentang kekuatan Asia kepada penjajah barat. Perkara ini jugalah menjadi faktor
kepada kebangkitan gerakan nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara. Zaman pendudukan Jepun ini jelas
mengubah sejarah rantau Asia Tenggara serta corak perkembangan politik seterusnya.10 Pada zaman tersebut, Jepun
dianggap sebagai sebuah negara Asia contoh kerana Jepun setanding dengan negara barat lain yang menjajah Asia
Tenggara dari segi kekuatan politik, ketenteraan, ekonomi dan rakyatnya. Perkara ini yang telah membuka mata
masyarakat Asia Tenggara untuk bebas daripada cengkaman penjajah seterusnya menjadi negara yang kuat seperti Jepun.
Sebenarnya, kehebatan negara Jepun mula dipandang tinggi oleh masyarakat Asia Tenggara sebelum tahun 1940-
an lagi. Pertamanya ialah kerana Jepun berjaya menewaskan China dalam perang Jepun China pada tahun 1894-1895.
Pada ketika itu, semua kuasa barat melihat bahawa Jepun pasti tewas kerana kekuatan tentera China jauh lebih besar
daripada Jepun. Namun keadaan sebaliknya berlaku kerana Jepun cekap menggunakan teknik dan strategi yang cukup
berkesan dalam peperangan tersebut sehinggakan China yang tewas terpaksa akur dengan kekuatan Jepun.

7
http://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Yat-sen
8
http://id.wikipedia.org/wiki/Republik_China.
9
Abdullah Zakaria et. al., 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm. 353.
10
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 157.

2
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

Kesan daripada peperangan ini China menerima tamparan yang cukup hebat melalui Perjanjian Shimonoseki. 11
Kemenangan Jepun keatas China ini memberi semangat moral yang cukup tinggi kepada nasionalis-nasionalis di negara
Asia Tenggara untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah. Semangat nasionalisme Asia Tengara lebih
memuncak apabila Jepun berjaya mengalahkan negara Russia dalam perang Russia Jepun pada tahun 1904-1905.12
Melalui kemenangan pengaruh Jepun ini sekalugus membangkitkan semangat anti-kolonialisme di negara-negara Asia
Tenggara.
Penglibatan Jepun di negara-negara Asia Tenggara semasa perang dunia kedua juga turut menjadi penyumbang
kepada semangat anti-kolonialisme di Asia Tenggara.13 Keadaan ini berpunca daripada dasar Jepun yang berjanji untuk
memberikan kemerdekaan kepada negara Asia Tenggara. Justeru, tidak hairanlah apabila golongan nasionalisme yang
lebih radikal di Asia Tenggara menerima kehadiran Jepun untuk menduduki negara mereka bagi menghalau penjajah.14
Walaupun Jepun tidak berjaya menunaikan janji tersebut, perkara tersebutlah yang menjadi pemangkin kepada
nasionalisme di Asia Tenggara untuk tidak mempercayai kuasa penjajah dan lebih yakin untuk membentuk entiti politik
merdeka dengan tangan mereka sendiri. Jelas sekali, pendudukan Jepun menjadi penyumbang kepada kebangkitan anti-
kolonialisme di Asia Tenggara.

Perkembangan Ideologi Komunis


Perkembangan ideologi komunisme di dunia yang bermula pada sekitar tahun 191715 turut mempengaruhi semangat
nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara. Hal ini kerana matlamat ideologi komunis jelas mendorong kepada
kemerdekaan sesebuah negara. Ideologi komunis jelas bertentangan dengan negara kolonialisme di Asia Tenggara yang
mengamalkan kapitlisme. Oleh itu, pergerakan nasionalisme komunisme di Asia Tenggara jelas ditentang habis-habisan
oleh negara kolonialisme sehingga nasionalisme komunisme digelar pemberontak.
Di Veitnam, perkembangan nasionalisme yang dipimpin oleh Ho Chih Minh jelas dipengaruhi oleh ideologi komunis.
Bagi Ho Chih Minh pemilihan ideologi komunis dalam memperjuangkan kemerdekaan Veitnam adalah disebabkan untuk
memperolehi kemerdekaan yang cepat dan sepenuhnya.16 Hal ini semakin jelas dengan apabila negara komunis yang
besar seperti Rusia dan China memberi bantuan kepada pergerakan komunis di Veitnam. Sebagai contoh, China pernah
membekalkan senjata dan bekalan yang diperlukan oleh Ho Chih Minh. 17 sehinggakan pergerakan komunis di Veitnam
berjaya mengalahkan kuasa kolonialisme Perancis dan Amerika Syarikat. Jelas sekali perkembangan ideologi komunis
mempengaruhi pergerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

11
Permulaan Perang China-Jepun II boleh dijumpai dengan Perang China-Jepun I di 1894-95, di mana China, di bawah Dinasti Qing, dikalahkan oleh Jepun dan dipaksa menyerahkanTaiwan dan
mengiktiraf 'kemerdekaan' Korea dalam Perjanjian Shimonoseki yang telah banyak merugikan China sendiri. Lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua
12
Kekalahan Rusia ditangan Jepun merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada kuasa barat tentang kekuatan Jepun. Lihat Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, 1997. Asian Tranformation: A
History of South East, South and East Asia. Singapura: Heincmann Asia, hlm. 466.
13
Di Burma misalnya, penglibatan Jepun telah melahirkan ahli-ahli politik Burma, pemimpin muda dan pemimpin masyarakat. Mereka diberi tugas mengetuai Jabatan Dalam Negeri, Pertanian,
Perhutanan, Kesihatan dan Pengangkutan semasa pendudukan Jepun di Burma. Namun bidang kuasa jabatan ini masih dikuasai oleh Jepun, dalam Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar
Asia Tenggara, hlm. 171.
14
Sebahagian besar masyarakat Indonesia misalnya begitu bersemangat menyambut kedatangan Jepun ketika mendarat di Pulau Jawa kerana menganggap Jepun sebagai ‘pembebas’. Lihat
Bernhard Dahm, 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Terj. Abd. Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan
Malaysia, hlm. 109.
15
Revolusi ideologi Komunisme 1917 menyebabkan merebaknya fahaman komunis di kalangan golongan terpelajar di Asia Tenggara yang telah menggunakan fahaman ini untuk menentang
penjajah seperti di Indonesia dan Vietnam. Lihat Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, hlm. 326.
16
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 148.
17
http://members.tripod.com/~PKPMSM1/sejarah20a.html

3
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

Kemunculan Pertubuhan dan Parti Politik Nasionalisme


Kemunculan gerakan pertubuhan dan parti politik nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara turut menjadi pemangkin
kepada kemunculan gerakan nasionalime. Gerakan inilah yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat di negara-
negara Asia Tenggara bagi menuntut hak dan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Di Asia Tenggara,
nasionalisme yang pertama berbentuk persatuan ialah di Filipina. Gerakan ini dipimpin oleh Jose Rizal melalui Liga Filipina
pada tahun 1880-1896 dan seterusnya Pertubuhan Katipunan yang dipimpin oleh Andres Bonifacio yang jelas
memperjuangkan matlamat menamatkan pemerintahan Sepanyol di Filipina.18
Selepas itu, negara-negara Asia Tenggara juga mengalami keadaan yang sama. Perkara ini dapat dilihat dengan
lebih jelas pada sekitar tahun 1940-an. Contohnya di Burma apabila Jeneral Aung San telah menubuhkan Lembaga
Kebebasan Rakyat Anti Fasis (LKRAF) pada tahun 1944 dengan mempunyai kekuatan tentera untuk menuntut
kemerdekaan daripada Jepun dan kemudiaannya British.19 Di Vietnam, Ho Chih Minh melalui parti komunisnya berjaya
menyatukan rakyat Vietnam Utara dan seterusnya membentuk pertubuhan ketenteraan (Do Lap Dong Minh) untuk
membebaskan Vietnam Selatan daripada penajajah Perancis dan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Paris 1973. 20 Jelas
sekali tindakan Ho Chih Minh berjaya membebaskan Vietnam dari cengkaman penjajah.
Ringkasnya, kemunculan Pertubuhan dan Parti Politik merupakan antara faktor yang membawa kepada sebab
musabab kemuculan semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara. Perjuangan pertubuhan dan parti
politik di negara Asia Tenggara jelas memberi kesedaran kebangsaan kepada masyarakatnya kerana mempunyai tujuan
yang sama iaitu untuk mendapat kemerdekaan daripada penjajah sama ada secara radikal mahu pun secara rundingan.

FAKTOR EKONOMI
Keperitan dan penderitaan hidup dibumi sendiri juga menjadi sebab musabab kebangkitan nasionalisme dan anti
kolonialisme di Asia Tenggara. Apa yang jelas, dasar ekonomi penjajah yang terlalu menindas masyarakat Asia Tenggara
memaksa mereka bangun menentang penjajah setelah sekian lama di pendam. Hal ini diburukkan lagi dengan hasil bumi
mereka dirampas oleh penjajah. Sebagai contoh di Indonesia, pengenalan Sistem Kultur oleh penjajah Belanda telah
menyebabkan rakyat Indonesia menderita.21 Hal ini berlaku disebabkan apabila petani Indonesia yang terlibat dalam sistem
ini menderita kerana terpaksa mengikut kehendak dan arahan Belanda untuk menanam kopi, padi tembakau. Kegagalan
sistem ini memaksa rakyat Indonesia menjual tanah kepada peladang eropah sekaligus menekan ekonomi rakyat
Indonesia.22 Keadaan ini jelas menjadi penyebab yang membawa kepada gerakan nasionalisme Indonesia pada tahun
1940-an.
Di Burma pula, masalah ekonomi turut memberi tekanan kepada masyarakat Burma untuk bangun menentang
penjajah. Hal ini disebabkan sekatan yang dikenakan oleh pihak British kepada masyarakat Buma untuk terlibat sama

18
Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, hlm. 346.
19
Harold M. Vinacke, 1971. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1027.
20
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 239.
21
Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, hlm. 304.
22
Ibid.

4
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

dalam menguruskan hasil bumi mereka.23 Malah pihak British pula hanya memberi peluang kepada imigran India untuk
membantu mereka mendapatkan hasil bumi Burma seperti Kayu Jati, Petroleum da sebagainya.
Selain itu juga, pengenalan sistem pemilikan tanah kapitalisme oleh pihak British telah menindas rakyat Burma. Hal
ini berlaku apabila rakyat Burma telah meminjam wang dari ceti-ceti India untuk mengusahakan pertanian mereka. Apabila
24
mereka gagal melunaskan hutang mereka, tanah-tanah pertanian mereka menjadi milik ceti India. Keadaan inilah yang
menyebabkan masyarakat Burma sedar tentang taraf hidup mereka semakin terhimpit dengan penguasaan yang berleluasa
British dan imigran Indian dalam ekonomi Burma. Masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Burma ini mendorong
kebangkitan anti-kolonialisme di Burma bagi mendapat hak ekonomi mereka di bumi sendiri.

FAKTOR SOSIAL
Peranan Agama
Agama memainkan peranan yang sangat penting dalam kebangkitan semangat kebangsaan di Asia Tenggara semenjak
tahun 1940-an. Kebanyakan masyarakat di Asia Tenggara berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya mereka.
Kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara adalah disebabkan faktor agama yang menjadi tunjang kepada pegangan dan
cara hidup mereka. Agama juga merupakan satu perkara yang amat
sensitif apatah lagi diperkotak-katikan oleh golongan penjajah di Asia Tenggara ini.
Di Indonesia, Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam untuk mendapatkan Muhammadiyah dan
Nahdatul Ulama dalam menentang penjajahan Belanda.25 Perjuangan mereka umpama perjuangan membela agama dan
jihad untuk Islam. Begitu juga dengan pejuagan nasionalisme di Myanmar. Gerakan awal nasionalisme di Myanmar
dipelopori oleh golongan sami Buddha. Golongan Pongyi26 (sami-sami Buddha) menjadi penyokong gerakkan pelajar dan
alat menyedarkan petani tentang gerakan nasionalisme. Di negeri Thai, agama Buddha telah menjadi penyatu rakyat.
Agama budha berjaya menyatukan masyarakat Thailand dalam menghapuskan cengkaman kusa raja.
Di Filipina, Sepanyol telah mengkristiankan orang Filipina. Ia tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan
mereka. Agama Kristian menjadi penyatu rakyat seluruh Filipina. Paderi-paderi Gomez, Burgos dan Zamora (GOBUZA)
memulakan gerakan nasionalisme Filipina.27 Pembunuhan mereka telah dianggap sebagai kematian kerana agama atau
sebagai mati syahid.

Bahasa Dan Kesusasteraan


Bahasa dan kesusasteraan juga memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara.
Bahasa merupakan simbol perpaduan rakyat. Di Indonesia, Bahasa Melayu menyatukan penduduk kerana Belanda telah

23
Harold M. Vinacke, 1971. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, hlm. 1025. Lihat juga B.K. Drake, 1979. Burma : Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur : Longman
Malaysia, hlm. 3.
24
Akibat daripada kegagalan orang Burma gagal melunaskan hutang ceti India, pada tahun 1938, 25 peratus daripada sawah padi menjadi milik ceti India. Ibid, hlm. 1023.
25
Bernhard Dahm, 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Terj. Abd. Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, hlm. 57
26
Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, 1997. Asian Tranformation: A History of South East, South and East Asia, hlm. 467.
27
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm

5
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan pentadbiran di Indonesia. Bahasa Melayu juga
adalah sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat. Ianya juga menjadi lingua franca dan merapatkan perbezaan kaum.
Kemunculan idea Melayu Raya atau Indonesia Raya memperlihatkan perpaduan bangsa Indonesia. Di negeri Thai,
golongan nasionalis menitikberatkan kemegahan bahasa dan kebudayaan Thailand.
Di Filipina pula, Bahasa Sepanyol menjadi alat penyatuan rakyat. Hasil-hasil karya sastera digunakan untuk
mengkritik dan membidas penjajah. Di Filipina, karya-karya Jose Rizal seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) pada
tahun 1887 dan El-Filibusterismo (1891) serta Ninay (1885) oleh Dr. Pedro A. Peterno membidas Sepanyol dalam
penjajahannya di Filipina.28 Di Indonesia, karya-karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun
dan Student Hidjo oleh Bakti Siregar digunakan untuk mengkritik Belanda.29 Hasil-hasil kesusasteaan ini dapat
menyedarkan masyarakat dan menyemarakkan lagi semangat untuk kemerdekaan negara. Di Vietnam, Phan Boi Chan
menulis Luu Cau Huyet Le Tan Thu (Surat Dari Tulisan Ryuktus Dalam Tangisan Darah) memberi kesedaran kepada rakyat
Vietnam.

Akhabar Dan Majalah


Di samping itu, akhbar dan majalah turut menjadi faktor kebangkitan semangat nasionalis di Asia Tenggara. Akhbar dan
majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan kesedaran di rantau ini. Pada kebiasaanya, akhbar dan majalah
dicetak dalam bahasa penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain. Keadaan ini membolehkan idea-idea nasionalisme
disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi yang tertindas oleh golongan penjajah yang yang mementingkan
ekonomi semata-mata. Akhbar dan majalah mengkritik mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik. Ianya
bertanggungjawab menyebarkan berita dari luar, menyedarkan dan menyeru rakyat untuk bersatu serta memperjuangkan
kemerdekaan.
Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar terjemahan dari Belanda
dan sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan perbezaan kaya dan miskin. Sementara
itu, di Filipina, akhbar La Solidaridad membawa kepada perubahan sikap rakyat.30 Akhbar dan majalah memudahkan
pengaliran idea-idea kebangsaan di negara-negara Asia Tenggara, dan secara tidak langsung dapat menyampaikan dan
menggerakkan semangat kebangsaan di Rantau Asia Tenggara.

Pendidikan
Tidak dapat dinafikan, pendidikan adalah unsur yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan
semangat nasionalisme di Asia Tenggara.31 Pendidikan barat dan pendidikan yang diberikan oleh Jepun semasa
pendudukanya di Asia Tenggara sekitar 1940-an telah memberikan pengalaman yang berguna dalam menuntut
kebangsaan. Kesan daripada pendidikan memberi peluang kepada masyarakat menubuhkan kerajaan sendiri di Asia

28
Abdullah Zakaria et. al., 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur, hlm. 343.
29
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm
30
Abdullah Zakaria et. al., 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur, 345.
31
Sardesai. 1989. Southeast Asia Past and Secont Edition. Macmillan Education. Ltd, hlm. 139.

6
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

Tenggara.32 Pengenalan pendidikan sekular Barat oleh pihak penjajah menyebabkan terdedahnya kepada idea-idea
liberalis, sosialis, demokrasi dan nasionalis seperti JohnLocke, Voltaire, Montesquie, Rousseau dan Mazzini. Secara tidak
langsung, unsur-unsur ini dapat mendedahkan dan menerima idea-idea pembaruan dan falsafah Barat. 33 Hal ini telah
menyedarkan penduduk Asia Tenggara dan menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis.
Di Indonesia, pendidikan Barat melahirkan tokoh-tokoh intelektual. Mereka menjadi tokoh-tokoh pergerakan
nasionalis Indonesia. Taman Siswa diasaskan oleh Suardi Surjaningrat pada tahun 1921. Ia memainkan peranan penting
dalam gerakan kesedaran. Sistem pendidikan mendedahkan pelajar dengan budaya sendiri, melatih pemuda untuk percaya
pada diri mereka sendiri dan memupuk dan mendidik semangat nasionalisme mereka terhadap negara. Tenaga
pengajarnya merupakan ahli-ahli gerakan nasionalisme.
Di Filipina, kelas menengah yang berpendidikan telah memberi pendidikan Barat kepada anak mereka. Anak golongan
ini seperti Dr. Jose Rizal34, Marcelo H. Del Pilar, Mariano Ponce, Graciano Lopez Jaena, Dr. Pedro A. Di Thailand,
pemimpin seperti King Vajiravudh adalah lulusan daripada Universiti Oxford lebih kepada reformasi dalam bidang sosial. 35
Paterno muncul sebagai pemimpin nasionalis. Semasa pentadbiran Amerika Syarikat, ramai dihantar untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat tinggi.
Pembukaan Universiti Yangoon di Myanmar pada awal 1920-an, menyemarakkan semangat nasionalisme di
Myanmar.36 Pelajar-pelajar mulakan gerakan anti Akta Universiti Burma kerana tinggikan tahap kemasukan. Di Vietnam,
sekolah-sekolah dijadikan alat oleh Persatuan Pemodenan dna Phan Chu Trinh 37. Persatuan Permodenan jadikan sekolah
sebagai alat propaganda untuk revolusi bersenjata. Phan Chu Trinh suka sekolah itu mengubah keadaan politik dan sosial
masyarakat Vietnam. Sekolah-sekolah menjalankan aktiviti menyunting dan menerbitkan buku dan risalah yang
menekankan hal-hal patriotik, menguatkan diri dan pemodenan dalam quoc-ngu dan menyebarkannya kepada semua
penduduk.38 Sekolah-sekolah menjadi landasan pendidikan dan reformasi budaya di Vietnam.

Pengaruh Golongan Intelektual


Selain itu, golongan intelektual juga bepeanan dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Golongan intelektual ini
adalah berpendidikan Barat. Mereka dipengaruhi oleh idea liberal, nasionalis, demokrasi, sosialis dan Marxisme-komunis.
Elit baru ini tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan negara dan menindas rakyat
Peluang pekerjaan gagal disediakan untuk mereka kerana diskriminasi diamalkan oleh pentadbir Barat di Asia Tenggara.
Orang Barat yang disifatkan sebagai pendukung utama idea-idea demokrasi liberalisme dan hak asasi manusia tidak
mempraktikkannya di negara jajahan mereka.
Di Indonesia, Raden Adjeng Kartini (1879-1904) berasal daripada keluarga pembesar Jawa. 39 Bersikap terbuka dan
mempunyai idea-idea yang matang untuk memajukan bangsanya. Dalam surat-suratnya, beliau menyeru rakyat
32
Georg Allen & Unwin. 1979. Southest Asia An Introductory History. Sidney: Australia Pty Ltd, hlm. 155.
33
D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 890.
34
D.V Rao, 2001. History of Asia From Earsy Times 2000 A.D. New Delhi: Stelling Publishers, hlm. 186.
35
Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, 1997. Asian Tranformation: A History of South East, South and East Asia, hlm. 475.
36
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm
37
Ibid
38
Ibid
39
Bernhard Dahm, 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Terj. Abd. Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, hlm. 28

7
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

membebaskan diri daripada pemikiran kolot dan menggalakkan penubuhan sekolah untuk wanita. Beliau bersama-sama
dengan Dr. Mas Wahidin Saediro Hoesoeda mulakan kempen untuk majukan Jawa.40 Golongan elit ini menekankan
bahawa perlunya penyebaran pendidikan Barat bagi mencapai kebahagian dan kemakmuran rakyat. Di negeri Thai, Pridi
Phanomyong gunakan jawatannya dalam kerajaan untuk mempengaruhi pegawai kerajaan. Mereka menggunakan
kedudukannya sebagai pensyarah Universiti Chulalongkorn untuk mempengaruhi pelajarnya.
Di Myanmar pula, golongan pelajar Universiti Yangoon41 menggelarkan diri mereka sebagai Thakin atau Tuan di
bawah pimpinan Aung San dan telah menubuhkan Dobama Asiayone (Kami Penduduk Myanmar) pada tahun 1935.
Sehingga tahun 1941, golongan Thakin telah menjalankan pelbagai aktiviti Seperti permogokan pelajar 1936, sertai
pilihanraya tahun 1936 dan 1938 dan berusaha mendapatkan sokongan petani dalam gerakan kemerdekaan mereka.
Mereka menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan Liga Penanaman Seluruh Burma pada tahun 1940, dan selepas
itu merekmenubuhkan All Burma Trades Union Congress untuk menyelaraskan pertubuhan buruh dan menentang
pemerintahan British. Kelas menengah yang muncul di Myanmar telah memberi kesan keats nasionalisme Myanmar.42

KESAN-KESAN KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

POLITIK
Kemerdekaan Negara di Asia Tenggara

Semangat nasiomalisme memberi kesan yang amat penring terhadap Negara-negara di Asia Tenggara. Negara-negara di
Asia Tenggara menjadi sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat yang bebas dari konkongan dan belenggu penjajah.
Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut
kedaulatan. Gerakan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah (nasionalisme) mengharungi pelbagai cabaran
dan akhirnya sehinga tahun 1960-an semua nrgara di AT mendapat kedaulatan dan kemerdekaannya kecuali Brunei.
Misalnya di Filipina, selepas pendudukan Jepun, Filipina dijanjikan kemerdekaan.43 Kemerdekaan Negara di Asia tenggara
seperti Malaysia 1957, Indonesia 1945, Myanmar 1948, Vietnam 1945, Filipina 1946, Singapura 1965, dan Brunei 1984
(Laos dan Kemboja melalui Pengisytiharan Geneva)
Negara Demokrasi

Kesan daripada kebangkitan semangat nasionalisme ini, menyebabkan kewujudan Negara AT yang berdaulat dan
merdeka. Mereka memilih pemerintahan bercorak demokrasi dan pentadbiran bersifat republik. Pilihanraya diadakan untuk
memilih peminpin. Di Burma selepas kemerdekaan mereka mewujudkan negara bercorak republik dengan kecenderungan
sosialis dari segi ekonomi. Mereka berkecuali berkecuali dari segi poitik antarabangsa. Di Indonesia diadakan demokrasi
bercorak republik dengan kecenderungan sosialis Perlembagaan Demokrasi Terpimpin telah diwujudkan pada

40
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm
41
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 117.
42
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 287.
43
D.V Rao. 2001. History of Asia From Earsy Times 2000 A.D, hlm. 188.

8
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

pemerintahan. Setelah Jepun tewas dalam Perang Dunia II, Sukarno dan Mohammad Hatta Sukarno. 44 Sukarno
mengistiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan mewujudkan Demokrasi Terpimpin yang merangkumi soal
Kebangsaan, Kemanusiaan, Kerakyatan, Keadilan Sosial, dan kepercayaan kepada Tuhan.

Revolusi Thai

Semangat nasionalisme yang tinggi dikalangan masyarakat Thai menyebabkan berlakunya Revolusi Thai 1912. 45 Asas
bermulanya idea melakukan revolusi adalah kesan daripada golongan pelajar yang mendapat pendidikan di luar negara.
Pengaruh dan idea daripada Barat menjadi asas kepada berlakunya revolusi ini. Antara yang memainkan peranan penting
dalam membentuk proses revolusi ini ialah Pridi Phanomyong. 46 Hal ini kerana Pridi adalah seorang yang anti kepada
pentadbiran monarki. Oleh itu, beliau bersama-sama sebilangan pelajar di luar negara merancang melakukan revolusi.
Tindakan Pridi mendapat tentangan daripada Putera Charoonsakdi yang mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan
terhadapnya. Namun Pridi bersama-sama rakannya telah menghantar satu petisyen kepada kerajaan Thailand bagi
mendakwa salah laku Putera Charoonsakdi. Hal ini menyebabkan Charoonsakdi dipanggil balik ke Thailand. Akhirnya
apabila revolusi tercetus pada tahun 1932, Pridi telah memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan proses
revolusi tersebut. Undang-undang berkaitan ekonomi dan sosial telah digubal sendiri olehnya bagi menyesuaikan dengan
sistem berperlembagaan di Thailand.47

EKONOMI
Melalui kebangkitan nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara, ianya telah memberi kesan besar dari pelbagai
sudut politik, ekonimi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ianya telah menyebabkan pertentangan antara sistem ekonomi
48
kapitalis dengan sistem ekonomi komunisme. Hasil daripada kebangkitan semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme
telah memaksa penjajah untuk memberikan kemerdekaan kepada negara-negara asia Tenggara. Namun, negara-negara di
Asia Tenggara amat memerlukan bantuan kewangan untuk memulihkan negara masing-masing yang baru mendapat
kemerdekaan.49 Justeru, wujudlah dua blok ekonomi yang utama iaitu kapitalis dan komunis. Kedua-dua blok ini
dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia, China dan sebagainya. Kuasa-kuasa ini pada
asasnya mempunyai tujuan yang tersendiri di sebalik bantuan yang diberikan oleh mereka dalam membantu negara-negara
di asia Tenggara yang baru merdeka ini. Tujuan tersebut dilihat sebagai usaha mereka untuk mendapatkan keuntungan
50
dari segi ekonomi di asia Tenggara, di samping menyebarkan pengaruh mereka di asia Tenggara. Jadi, atas perbezaan
fahaman telah menyebabkan kuasa-kuasa besar berusaha menyebarkan fahaman ekonomi masing-masing agar negara
yang sama fahaman dengan mereka akan mempunyai hubungan perdagangan ekonomi yang menguntungkan mereka

44
Bernhard Dahm, 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Terj. Abd. Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, hlm. 235
45
Thawatt Mokarapong. 1987. Sejarah Revolusi Thai. Terj. Wan Azaham Mohamad. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.22.
46
Ibid
47
Ibid
48
D.G.E.Hall, 1981. A History of South-East Asia, hlm. 1-4
49
Abdullah Zakaria Ghazali,etal.2001.Sejaraah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 315.
50
http://www.seasite.niu.edu/crossroads/ty/COLONIALISM_%20IN_SE%20ASIA.htm.

9
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

selepas Perang Dunia ke-II , lebih-lebih lagi berlakunya perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Rusia. Jika kuasa-
kuasa besar tersebut berjaya menyebarkan fahaman mereka, ianya akan membolehkan kuasa-kuasa besar tersebut
mendapatkan pasaran untuk memasarkan barangan mereka, di samping mendapatkan sumber-sumber ekonomi dengan
mudah. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika kuasa-kuasa besar tersebut gagal meyebarkan pengaruh mereka. Bagi
Amerika Syarikat, jika negara asia Tenggara menerima pengaruh ekonomi komunis, maka sistem perdagangan berasaskan
kapitalis yang menguntungkan mereka akan terhalang melalui fahaman tersebut sekaligus merugikan Amerika Syarikat itu
sendiri. Walaupun kedua-dua blok ekonomi saling bertentangan, namun jelaslah bahawa negara-negara Asia Tenggara
turut terpengaruh dengan kedua-dua fahaman ekonomi tersebut. Filipina, Indonesia, Burma dan Thailand merupakan
antara negara-negara yang dipengaruhi dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Manakala, negara-negara indo-china
pula berada di bawah pengaruh ekonomi komunis seperti Vietnam dan hal ini menyebabkan Vietnam sendiri diancam oleh
kuasa-kuasa barat.51

Masyarakat Majmuk
Kolonialisme memperkenalkan masyarakat majmuk dalam satu-satu negara melalui imigran ekonomi. Imigran-imigran ini
akhirnya juga diterima sebagai warganegara dalam sesebuah negara asia Tenggara selepas merdeka. Misalnya di Burma
iaitu pribumi Burma dengan orang India yang datang berhijrah untuk bekerja sebagai buruh-buruh ladang dan sebagainya
di Burma. Manakala, di Indonesia pula terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri dari kaum Melayu dan kaum Cina.
Selain perbezaan ras, kewujudan masyarakat agama juga wujud walaupun dalam terdiri dari bangsa yang sama.
Keadaan ini terjadi di filipina dengan kawasan utara negara tersebut terdiri daripada penduduk yang beragama
Islam, manakala penduduk di bahagian selatan negara tersebut terdiri daripada mereka yang beragama Islam sedangkan
kedua-dua petempatan penduduk tersebut merupakan bangsa yang sama. Melalui pembentukan Nation State , ianya telah
memberi pengiktirafan kepada golongan majoriti kerana usaha untuk mewujudkan satu bangsa, satu bahasa dan satu
agama. Ianya telah menyebabkan golongan minoriti yang berbeza agama dengan mereka ini kemudiannya ditindas oleh
politik perkauman walaupun dalam komuniti politik yang sama. Hal ini kerana walaupun mempunyai persamaan dari segi
bangsa dan bahasa, namun perbezaan agama telah menyebabkan kadangkala mereka ditindas. Misalnya, di Thailand,
untuk bekerja dalam sektor awam, untuk mendapat kemudahan pendidikan dan sebagainya merupakan satu kesukaran
bagi mereka yang berbeza fahaman tersebut.
Namun, terdapat juga golongan minoriti yang berbeza fahaman tersebut yang sengaja menimbulkan permasalahan
dan tidak menghargai bantuan dan pemberian pihak pemerintah yang berbeza fahaman dengan mereka sebaliknya
menentang pihak pemerintah dengan cara yang mendatangkan akibat buruk kepada mereka sndiri sedangkan cara yang
terbaik ialah dengan usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan tahap pendidikan kerana ianya merupakan satu cara
yang terbaik untuk membolehkan golongan minoroti yang berbeza fahaman tersebut terus bersaing dan Survive dalam
52
Nation State. Namun, jelaslah bahawa kesan kebangkitan nasionalisme dan anti-kolonialisme yang wujud telah
membebaskan negara-negara asia Tenggara daripada cengkaman dan mewujdkan masyarakat majmuk di samping kesan
buruk yang timbul melalui perbezaan fahaman antara kelompok tertentu.
51
http://www.seasite.niu.edu/crossroads/russell/vntimeline.htm.
52
Shigeharu Tanabe, ed., 2002. Cultural Crisis and Social Memory. London:Routledge Curzon, hlm. 49-50

10
Jelaskan sebab musabab dan kesan-kesan kebangkitan nasionalisme
dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara semenjak dekad 1940-an?

Sistem Pendidikan Moden


Sistem pendidikan moden wujud hasil daripada nasionalisme dan anti-kolonialism yang meneknkan konsep persamaan dan
kekitaan di kalangan rakyat tempatan. Rakyat mula digalkkan untuk mempelajari sistem pendidikan moden dengan
mempopularkan budaya tempatan dan ilmu barat. negara Thailand sendiri telah bertindak menghantar para pelajarnya ke
negara-negara barat untuk memahami dan mempelajari kemajuan barat. Pada tahp ini pendidikan adalah tertumpu pada
negara asal sesuatu bangsa dan juga mata pelajaran moden. Kesan daripada antikolonilisme juga telah mewujudkan
53
pendidikan vernekular di negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini bermaksud golongan ekonomi yang berhijrah hanya
mempelajari kebudayaan dan ahl-hal yang berkaitan negara asal mereka sahaja dan keadaan ini jelas berlaku di Tanah
Melayu. Walaubagaimanapun, pendidikan ini mula diserapkan dalam sistem pendidikan negara.

KESIMPULAN
Pendudukan Jepun di Asia Tenggara sekitar tahun 1942 hingga 1945 dan perkembangan politik serantau sekitar 1940-an
adalah pemangkin utama tercetusnya semangat nasionalisme di Asia Tenggara semenjak 1940-an.
Walaubagaaimanaapun, polisi dan dasar-dasar penjajahan barat di Asia Tenggara telah menyedarkan masyarakat Asia
Tenggara untuk membentuk negara bangsa yang merdeka. Sifat dan bentuknasionalisme di Asia Tenggara adalah
bertujuan untuk melihat bangsanya adalah bangsa yang telah merdeka dari kolonialisme barat. Nasionalisme memberi
kesan mendalam terhadap negara-negara Asia Tenggara yang memperlihatkan kesinambungan hingga sekarang.
Kekuasaan negara-negara barat di Asia Tenggara telah tamat apabila negara di asia Tenggara telahpun merdeka
sepenuhnya dengan kemerdekaan Brunei iaitu pada tahun 1984.

53
http://www.seasite.niu.edu/crossroads/wilson/colonialism.htm.

11

Anda mungkin juga menyukai