Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : KELESTARIAN ALAM SEKITAR, APA TUJUANNYA?

PENULIS : FARIDZUL BIN A.RAHMAN

Dewasa ini, isu berkaitan kelestarian alam sekitar sering dipaparkan di media massa dan
media sosial. Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak bagai cendawan selepas hujan.
Persoalannya, apakah tujuan dan usaha untuk menjaga kelestarian alam sekitar di negara kita?

Salah satu usaha menjaga kelestarian alam sekitar termasuklah kerajaan memperkenalkan
konsep teknologi hijau. Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Pendek kata, teknologi hijau diperkenalkan untuk mengembalikan kesedaran manusia terhadap
kelestarian alam.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan kempen Hari Alam Sekitar Negara. Kempen ini
bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kelestarian alam sekitar merupakan
tanggungjawab kita bersama. Misalnya, kerajaan menyiarkan iklan tentang kepentingan menjaga
alam sekitar di media massa.

Di samping itu, kita sedia maklum bahawa kerosakan alam sekitar berpunca daripada sikap
tamak manusia yang mementingkan diri. Sebagai contoh, aktiviti pembalakan yang tidak terkawal
menyebabkan flora dan fauna semakin pupus. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan
yang tegas kepada pembalak-pembalak haram supaya flora dan fauna terpelihara untuk tatapan
generasi akan datang.

Kesimpulannya, kelestarian alam sekitar perlu dipelihara kerana alam ini kurnian Tuhan yang
tidak ternilai. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menjaga kelestarian
alam sekitar di negara kita.

( 200 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai