Bab 9 Konsep Pemerintahan Dan Pentadbiran Islam1
Bab 9 Konsep Pemerintahan Dan Pentadbiran Islam1
Kandungan
1. Pendahuluan
2. Prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam
a. Mentauhidkan Allah
b. Risalah Rasulullah
c. Khilafah
3. Ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
4. Konsep khilafah, Imamah dan Imarah
5. Pemerintahan Rasulullah
6. Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin
7. Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
a. Majlis syura
b. Jawatankuasa hisbah
Pengenalan
• Kepimpinan Rasulullah dan khulafa’ al-rasyidin merupakan model
pemerintahan kurun terbaik dlm sejarah Islam dan mengandungi
‘qudwah hasanah’
1. Mentauhidkan Allah
– Menyedari bhw segala kuasa dan hak pemerintahan adalah milik
mutlak Allah sebagai penguasa, pentadbir, pemilik kerajaan langit
dan bumi. Tiada lain yang berhak melainkan Allah jua.
– Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid Uluhiyyah (hanya Allah
sahaja yang berhak disembah) dan tauhid Rububiyyah (Dialah
Pencipta, pemerintah dan pemilik segalanya)
• Risalah Rasulullah
– Iaitu Rasulullah s.a.w satu-satunya utusan Allah s.w.t untuk
memimpin dan membimbing manusia ke jalan kebenaran serta
menjadi contoh teladan (role model)
– Rasulullah s.a.w dibekalkan al-Quran untuk dijadikan panduan
kepada umat manusia
3. Khilafah
– Manusia dicipta oleh Allah di muka bumi sebagai khalifah
untuk memikul amanah dan tanggungjawab
– Antara tugas manusia ialah memakmurkan alam. Setiap
anugerah seperti pangkat, kekayaan dan kekuasaan datang
bersama amanah yang bakal dihitung di akhirat kelak.
ﯰﯱﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸﯹﯺ
“Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi
sesudah mereka, supaya Kami nilaikan aapa yang kamu perbuat”
(Yunus: 14)
ﯵﯶﯷﯸﯹﯺﯻﯼﯽﯾ
“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-
Amri dari kalangan kamu.”(an-Nisaa: 59)
ﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴﭵ
“Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi..(an-Nur: 55)
• Kesimpulan:
– Khilafah, imamah dan imarah ialah konsep yg berkaitan dgn
pentadbiran, pemerintahan dan jawatan dlm Islam
– Ianya bertanggungjawab:
– Memelihara kebajikan masyarakat
– Memastikan mereka mentaati syariat
– Mencotohi kehidupan Rasulullah
– Menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar
Pemerintahan di Zaman Rasulullah s.a.w
• Usaha-usaha pentadbiran dan pemerintahan baginda di Madinah:
– mendirikan masjid yang menjadi tempat ibadat, perhimpunan dan pusat
pentadbiran
– menyatukan dan mempersaudarakan masyarakat yang berbilang kaum
– membentuk perlembagaan dan negara Islam
– membentuk majlis syura yang terdiri dari kalangan sahabat dan diketuai
oleh baginda
– memperkenalkan sistem ekonomi Islam seperti mudharabah, wadiah
dan menghapuskan riba
– mengasaskan undang-undang/syariat dalam seluruh aspek kehidupan
– menjamin keadilan dan hak warganegara
Pemerintahan di Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
• Terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq, Umar al Khattab, Usman bin
Affan, Ali bin Abi Talib
• Mereka merupakan sahabat yang pernah berjuang menegakkan Islam
bersama nabi
• Konsep pemerintahan yg diaplikasikan oleh Khulafa’ al-Rasyidin
dlm pemerintahan:
1. Keadilan
• Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya iaitu
melaksanakan sesuatu tindakan dan hukuman yang bersesuaian
• Keadilan termasuk sebahagian amanah yg wajib dilaksanakan.
• Contoh keadilan – Saidina Umar sering melakukan rondaan waktu
malam untuk menyiasat masalah rakyat. Beliau telah mengarahkan
pihak Baitulmal membantu seorang lelaki tua Yahudi yang hidup
melarat kerana kerajaan telah mengutip jizyah (cukai) yang
dikenakan ke atas orang kafir.
2. Kesamarataan dan persamaan
• Persamaan (musawwah) ada kaitan bahawa umat Islam adalah
bersaudara. Hak dan kedudukan manusia di sisi Allah adalah sama dan
yang membezakannya adalah taqwa.
• Hak rakyat dilayan dengan adil dan saksama.
• Orang bukan Islam (kafir zimmi) yg tinggal di bawah pemerintah Islam
tidak boleh dizalimi
• Di zaman Khulafa’ al-Rasyidin, orang Islam diwajibkan bayar zakat,
manakala orang bukan Islam dikenakan jizyah
3. Kebebasan
• Kebebasan bermaksud bebas dalam lingkungan yang dibenarkan syarak.
• Contoh kebebasan - Khulafa al-Rasyidin memberi kebebasan kepada
rakyat mengamalkan agama masing namun tertakluk kepada peraturan
demi menjaga keharmonian / keamanan
4. Ketelusan
• Khulafa’ al-Rasyidin sentiasa mengamalkan prinsip ketelusan
dalam pemerintahan kerana dosa dan pahala tidak boleh
dipisahkan daripada urusan sebagai ketua negara.
• Sikap telus dalam setiap perkara menggambarkan kejujuran dalam
melaksanakan amanah
• Sesuatu yang bukan hak pemerintah akan diberikan kepada yang
berhak atau diberikan kepada Baitulmal
Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
1. Majlis syura
• Syura bermaksud perundingan / perbincangan / nasihat. Ianya
dilaksanakan dalam hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
• Sebelum keputusan dicapai terlebih dahulu diadakan majlis syura.
• Sistem syura berlawanan dgn sistem autokrasi (pemerintahan bersifat
kuku besi iaitu pemerintah mempunyai kuasa mutlak)
• Rasulullah dan para sahabat menggunakan pendekatan syura dalam
pemerintahan. Contoh, nabi menerima pandangan membina parit keliling
Madinah dalam peperangan Khandak
• Ciri-ciri ahli syura : adil, luas ilmu, berhikmah, cerdas, cergas, mempunyai
kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang
• Antara tugas ahli syura:
• Memilih, melantik dan melucutkan jawatan Khalifah
• Melakukan ijtihad
• Menafsir al-Quran
• Menasihati kerajaan / pemerintah
• Contoh ahli syura zaman Saidina Umar al-Khattab:
– Ketua Muhajirin dan Ansar, Ulama’, Panglima tentera dan Khalifah
• Urusan syura di zaman Rasulullah adalah mengenai hal-ehwal:
– Pentadbiran dan pengurusan negara
– Peperangan
– Perlantikan jawatan penting
– Masyarakat yang melibatkan persoalan ijtihad
– Membuat keputusan bagi permasalahan yang timbul
2. Jawatankuasa Hisbah
• Hisbah bermaksud menyeru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran.
• Pegawai pelaksana disebut Muhtasib
• Peringkat Islam – institusi hisbah berperanan mengawasi dan menyelia
pasar berkaitan harga barangan, sukatan dan timbangan, hak pengguna
dsb.
• Dlm konteks hari ianya boleh dikaitkan dengan KPDNHEP, SPRM dsb.