Anda di halaman 1dari 30

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

BAB 5: JENIS-JENIS UJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan jenis-jenis ujian yang dilakukan dimakmal dan tapak binaan semasa menjalani latihan industri (LI) di JKR Labuan. Setiap ujian yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keputusan bagi memastikan sesuatu perkara yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

5.2 Ujian Penurunan

129

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.2.1 Pengenalan

Dalam pembinaan kejuruteraan awam ujian penurunan merupakan ujian in-situ yang dijalankan di tapak bina. Ujian ini telah digunakan oleh jurutera arkitek pada zaman rom iaitu Vitruvius. Ujian ini digunakan untuk menyukat keboleh kerjaan dan kestabilan konkrit yang dibancuh sebelum digunakan. Keputusan ujian menghasilkan nilai yang berbeza dengan mengubah kuantiti air. Terdapat 3 jenis penurunan yang kerap kali terjadi iaitu penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

5.2.2 Fungsi Dan Kegunaan.

Digunakan untuk mengawal kualiti konkrit sekaligus mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Berdasarkan kualiti sirim ISO 9000:2001 JKR Labuan jarak jatuh diantara 50mm hingga 100mm.

5.2.3 Peralatan Dan Bahan

i.

Ferastrem berbentuk kon setinggi 300mm . berdiameter bahagian atas 100mm dan diameter bahagian bawah 200mm. terdapat dua pemegang sisi.

ii.

Rod pemadat diperbuat daripada keluli. Berdiameter 16mm dan pajangnya 600mm.

iii. iv.

Pembaris Plat tapak

130

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.2.3 Prosedur Kerja

100mm

300mm

300mm

Gambarajah 5.2.3.1

Gambarajah 5.2.3.2

1. Letakkan plat tapak yang telah dilembabkan diatas permukaan lantai yang rata. 2. Letakkan kon ferastem diatas plat kayu seperti gambarajah 5.2.3.1. 3. Tahan kon ferastem menggunakan kedua-dua belah kaki pada pemegang kaki. 4. Masukan konkrit pada lapisan pertama dan dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25 hentaman. 5. Masukkan konkrit untuk lapisan kedua dan dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25 hentaman.. 6. Masukkan konkrit untuk lapisan ketiga dan dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25 hentaman kemudian diratakan pada permukaannya. 7. Angkat kon acuan dengan berhati-hati secara pugak. 8. Biarkan konkrit bergerak secara sendiri tanpa ada sebarang gegaran 9. Setelah runtuhan stabil terbalikkan kon acuan dan letakkan rod besi diatas acuan seperti gambarajah 5.2.3.2 10. Bacaan diambil dan dicatatkan.

131

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.2.4 Gambar

5.2.4.1 Cara untuk menyukat ketinggian runtuhan

5.2.4.2 Contoh keputusan penurunan sebenar.

132

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3 Ujian Kiub

5.3.1 Pengenalan

Ujian ini dilakukan ditapak bina oleh pihak United Construction (pihak yang dilantik oleh JKR Labuan )dan setelah itu dibawa kemakmal untuk ujian kuring. Apabila kiub konkrit telah menjalani kuring, ujian mampatan akan dilakukan didalam makmal menggunakan mesin mampatan. Kebiasaannya saiz untuk ujian kiub ini ialah 150mm x 150mm x150mm dan agregat yang biasa digunakan tidak melebihi saiz 40mm dan tidak kurang daripada 25mm.

5.3.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk memeriksa kekuatan mampatan yang boleh ditanggung oleh sesebuah konkrit. Selain itu melalui ujian ini dapat diketahui adunan konkrit tersebut mengikut standardyang ditetapkan.

5.3.3 Peralatan Dan Bahan

i.

Acuan kiub konkrit berukuran 150mm. Diperbuat daripada keluli dan mempunyai plat tapak dari keluli bagi mengelakkan kebocoran.

ii.

Besi pemadat diperbuat daripada keluli berbentuk segi empat bersaiz 32mm dan panjang 600mm

iii.

Mesin ujian mampatan

133

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3.4 Prosedur Kerja

1. Acuan dan plat tapak hendaklah debersihkan dan disapu dengan minyak (diesel) untuk mengelakkan konkrit melekat pada sisi kiub. Plat tapak diapit pada acuan menggunakan bolt dan nat. 2. Isikan konkrit kedalam acuan sebanyak tiga lapisan. 3. Setiap lapisan mestilah dihentak dengan besi pemadat sebanyak 25 hentaman. Proses ini dilakukan secara sistematik dan hentaman disebarkan secara seragam keseluruh permukaan konkrit. 4. Permukaan konkrit hendaklah diratakan supaya sama aras dengan bahagian atas acuan. 5. Kiub yang dibuat di tapak binaan hendaklah dibungkusdengan plastic selama 24jam sebelum acuan ditanggalkan . 6. Setelah acuan pada kiub konkrit ditanggalkan kiub konkrit direndam dalam air untuk proses kuring. 7. Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur 7 hari, 14 hari dan 28 hari.

134

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3.5 Contoh Gambar Ujian Kiub

5.3.5.1 Kerja menyapu minyak di tepi dalam kiub

5.3.5.2 Hentaman untuk lapisan pertama

135

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3.6 Contoh Laporan Ujian Kiub

5.3.6.1 Contoh data untuk ujian 28 hari

136

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4 Ujian Proba Machintosh

5.4.1 Pengenalan

Alat ini diketegorikan sebagan alat meter tusuk ringan, yang mempunyai kon bersudut 30dan 60. Ujian ini dijalankan ditapak bina.Pihak JKR Labuan telah melantik STL Geotechnical sdn bhd sebagai pihak bertanggungjawab dalam kerja penyiasatan tanah. Biasanya ujian ini dijalankan pada jarak antara 30-50 kaki.

5.4.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian proba machintosh ini dijalankan untuk mendapatkan nilai keupayaan galas tanah. Keputusan yang diperolehi daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar mengenai kekuatan lapisan tanah pada titik tersebut. Tafsiran kekuatan galas dibuat menggunakan formula yang telah ditentukan atau menggunakan graf yang disediakan.

Jika nilai ketukan kurang dari 10, bermakna tanah sangat lemah. Jika ketukan antara 10-40, kajian tentang masalah enapan perlu dilakukan Ketukan yang melebihi 40 menandakan tanah ini agak kuat untuk asas bangunan atau lain-lain struktur

137

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4.3 Peralatan Dan Bahan

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Rod besi 1.2m panjang dan berdimeter 2.5mm Kon keluli berdiameter 25mm Penyambung Set penukul Pita ukur Penarik rod Kapur tulis

5.4.3.1 Set alatan proba makintosh

138

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4.4 Prosedur Kerja

1. Sambungkan kon keluli pada bahagian bawah rod besi dan set penukul pada bahagian atas rod besi. 2. Tegakkan rod besi serenjang dengan permukaan tanah pada titik yang hendak diuji. 3. Ukur jarak sela 0.3m pada rod besi dan tandakan dengan kapur. 4. Angkat penukul sehingga had maksimum dan lepaskan. 5. Kirakan bilangan entaman bagi penusukan 0.3m. 6. Rekodkan data jumlah hentaman pada setiap penusukan 0.3m dalam jadual Ujian Proba Machintosh 7. Tanggalkan set penukul dan sambungkan ros besi yang lain dikepala rod besi yang asal pada sela 0.3m terakhir. 8. Tandakan semula setiap jarak0.3m pada rod tersebut. Lakukan semula hentaman dan ulangi proses kerja yang sama. 9. Hentaman hendaklah dihendaklah dihentikan apabila: Bilangan hentaman mencapai 400kali bagi penusukan 0.3m. ini kerana tanah mempunyai keupayaan galas yang tinggi atau kedalaman penusukan mencapai 15m. penyiasatan tanah yang lebih terperinci diperlukan dengan menggunakan ujian penjaraan. 10. Bersihkan rod besi, kon keluli dan pemyambung selepas digunakan.

139

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4.5 Contoh Gambar

5.4.5.1 Kerja proba sedang dijalankan

5.4.5.2 Contoh graf piawai keupayaan galas melawan bilangan hentaman

140

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5 Ujian Bata

5.5.1 Pengenalan

Bata yang terpilih akan diambil daripada tapak bina. Bata yang diambil mestilah bata yang telah berada ditempat bina sekurang-kurangnya 2 minggu. Setiap kotak akan diambil satu sampel. Apabila ujian dilakukan tahap mampatan bata hendaklah melebihi 600 kN. Bata yang tidak mencapai piawaian akan di tolak dan NCR akan dikeluarkan.

5.5.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk memastikan bata yang digunakan mengikut spesifikasi dengan kekuatan mampatan minimum 600kN. Ini dapat memastikan bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk diduduki.

5.5.3 Peralatan Dan Bahan

i. ii. iii. iv.

Bata Alat penimbang Pembaris Mesin ujian mampatan

141

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5.4 Prosedur Kerja

i. ii. iii. iv. v.

Pilih bata ditapak bina. Bata yang terpilih hendaklah ditimbang mengunakan alat penimbang. Saiz dan berat bata dicatat. Bata dimasukkan kedalam mesin ujian mampatan dan ujian dimulakan. Ulang langkah ii hingga iv sehingga nilai purata diperolehi ( 10 bata).

5.5.5 Contoh Gambar

5.5.5.1 Bata yang ditimbang dan disukat

142

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5.5.2 Bata yang sedang diuji

5.5.5.3 Bata yang telah siap diuji

143

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5.6 Contoh Laporan Mampatan Bata

144

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.6 Ujian Tegangan Besi

5.6.1 Pengenalan

Ujian ini dijalankan dimakmal menggunakan mesin tegangan. Setiap tegangan berbeza mengikut jenis besi dan sumber. Setiap besi yang diuji diperolehi daripada tapak binaan dan dari pembekal yang berbeza. Kebiasaanya besi yang diuji ialah besi yang bersaiz sederhana dan sering digunakan.

5.6.2 Fungsi Dan Kegunaan

Digunakan untuk memastikan besi berada dalam keadaan baik dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Ujian ini juga merupakan salah satu perkara yang terdapat didalam kontrak yang perlu dilakukan oleh penyelia JKR.

5.6.3 Alatan Dan Bahan

i. ii. iii. iv.

Besi Mesin ujian tegangan Pemotong besi Pembaris atau pita pengukur

145

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.6.4 Prosedur Kerja

i. ii. iii. iv.

Sukat panjang besi menggunakan pita pengukur sepanjang 600mm Besi dipotong mengikut sukatan Masukkan besi kedalam mesin ujian teganggan Ujian dimulakan dan bacaan diambil dan dicatatkan

5.6.5 Contoh Gambar Ujian

5.6.5.1 Gambar mesin teganggan

146

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.7 Ujian Galas Tanah

5.7.1 Pengenalan

Ujian ini yang dilakukan ditapak bina menggunakan peralatan khas. Ujian ini juga dinamakan ujian plat bearing Ujian ini yang memerlukan pemerhatian 24 jam selepas beban diletakkan di atasnya dan bacaan akan diambil selang 10 minit. Kebiasaanya ujian ini di uji di dalam lubang korekan asas.

5.7.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk mengetahui kekuatan galas tanah sekaligus mengetahui beban yang boleh ditanggung oleh oleh tanah tersebut. Ujian ini selalu digunakan untuk asas pad.

5.7.3 Alatan Dan Bahan

i. ii. iii. iv.

Mesin ujian plat bearing Plat konkrit ( 1ton) Jentera pengangkat Jam randik

147

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.7.4 Prosedur Kerja

i.

Letakkan mesin ujian plat bearing didalam korekan asas dalam keadaan yang stabil.

ii. iii.

Plat bearing diset kan. Menggunakan jentera pengangkat, plat konkrit diletakkan diatas mesin ujian plat bearing.

iv. v. vi.

Biarkan plat konkrit dalam keadaan stabil. Ambil bacaan pada meter mesin selang 10 minit. Mesin diperhatikan selama 24 jam atau sehingga tiada perubahan pada meter mesin.

5.7.4.1 Contoh mesin plat bearing

148

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.7.5 Contoh Gambar Ujian

5.7.5.1 mesin diletakan didalam lubang korekan asas

5.7.5.2 beban plat konkrit diletakkan diatas mesin plat bearing

149

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8 Ujian Pile Driver Analysis( PDA)

5.8.1 Pengenalan

Ujian ini telah banyak digunakan walaupun baru diperkenalkan. Ujian ini lebih jimat dibandingkan dengan ujian beban statik. Cerucuk yang biasa menggunakan ujian ini ialah cerucuk konkrit tetulang pratuang.

5.8.2 Fungsi Dan Kegunaan

Digunakan untuk mengetahui keupayaan sesuatu cerucuk untuk menangung beban. Ia juga digunakan untuk mengetahui jenis tanah sesuatu kaawasan.

5.8.3 Alatan Dan Bahan

i. ii. iii. iv. v.

komputer analisis pensil kertas graf pembaris jentera penghentak

150

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8.4 Prosedur Kerja

i. ii. iii. iv. v.

komputer diset kan terlebih dahulu. Kabel disambung pada cerucuk dan komputer Pembaris ,kertas graf diletakkan ditepi cerucuk Cerucuk dihentak sebanyak 10 kali mengunakan jentera penghentak. Bacaan diperolehi diatas graf dan di komputer analisis.

5.8.5 Contoh Gambar

5.8.5.1 Data disetkan kedalam komputer analisis

151

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8.5.2 kabel yang dilekatkan pada cerucuk.

5.8.5.3 Pengambilan data pada kertas graf.

152

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8.5.4 Contoh bacaan pada kertas graf.

5.8.5.5 Jentera penghentak

153

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9 Ukur Aras

5.9.1 Pengenalan

Ukur aras ialah kaedah mengukur untuk menentukan ketinggian sesuatu titik diatas permukaan bumi dari datum. Kerap digunakan kerana prosedur kerja yang senang dan mudah difahami.

5.9.2 Fungsi Dan Kegunaan

Tujuannya adalah untuk mendapatkan profil bumi kawasan ukur dengan melukis pelan keratan rentas dan keratan membujur sesuatu tapak cadangan projek. Melalui pelan keratan rentas dan membujur ini, aras formasi tapak berkenaan dapat ditentukan.

5.9.3 Alatan Dan Bahan

i. ii. iii. iv.

Alat aras Staf Plat staf Gelembung staf

154

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9.4 Prosedur Kerja

Pelarasan sementara alat aras terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:i. ii. iii. Mendirisiapkan alat aras Mengaras alat aras Memfokus alat aras

i Mendirisiapkan alat aras Dirikan kaki tiga diatas tanah pada ketinggian yang sesuai. Pastikan plat permukaan kaki hampir mendatar. Tekan kaki tiga ke dalam tanah bagi meneguhkan kedudukannya. Buka penutup bahagian atas kaki tiga. Keluarkan alat aras daripada kotak dengan memegang rangkanya dan dipasangkan di atas kaki tiga. Ketatkan alat aras pada kaki tiga dengan menggunakan skru pengapit.

ii Mengaras alat aras i. ii. Pusing teropong supaya selari dengan mana-mana dua skru pelaras. Pusing kedua-dua skru kearah berlawanan sehingga gelembung bulat bergerak kearah tengah bulatan . iii. Pusing teropong supaya bersudut tepat dengan kedua-dua skru. Kemudiannya pusingkan skru satu lagi sehingga gelembung berada ditengah-tengah bulatan. iv. Ulangi proses i hingga iii dan perhatikan sama ada gelembung berada di tengahtengah bulatan. v. Sekiranya gelembung berada di tengah-tengah bulatan, ini menunjukkan alat aras telah diaras dengan tepat. vi. Jika tidak, ulangi langkah i hinggaa iii sehingga gelembung berada di tengahtengah bulatan .

155

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

iii Memfokus alat aras i. ii. iii. iv. v. vi. Fokus teropong pada satu objek yang cerah. Pusingkan kanta mata sehingga ulir silang jelas kelihatan. Pusing teropong kearah staf. Pusingkan skru pemfokusan sehingga staf jelas kelihatan. Pusingkan skru gerak pelahan supaya ulir silang berada di tengah-tengah staf. Pastikan tidak terdapat beza lihat antara imej staf dan uir silang. Jika terdapat beza lihat, laraskan kanta semula.

5.9.5 Contoh gambar

5.9.5.1 Ukur aras yang didirisiapkan.

156

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9.5.2 Pelarasan alat aras.

5.9.5.3 Pencerapan dilakukan.

157

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9.5.4 Contoh plotan aras fomasi,penambakan dan pemotongan


158

Anda mungkin juga menyukai