Assignment Komunikasi
Assignment Komunikasi
0 PENDAHULUAN
Komunikasi melibatkan berbagai jenis perlakuan dan wujud dalam berbagai situasi
seperti awam dan persendirian, bisnes dan sosial, rumah dan sekolah, tidak formal dan formal.
Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan merupakan suatu agenda yang utama
untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat. Perhubungan manusia dengan alam bermula
semenjak Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah s.w.t ke muka bumi ini. Dalam Al-Quran ada
menjelaskan mengenai bagaimana dua insan pertama ini dapat bertemu walaupun mereka
diturunkan ditempat yang berlainan. Situasi ini dapat diselesaikan dengan adanya teknik
perhubungan yang kini dikenali sebagai komunikasi
Manusia di dalam kehidupannya harus berkomunikasi, iaitu memerlukan orang lain dan
kelompok atau masyarakat untuk saling berinteraksi. Hal ini merupakan suatu hakikat bahawa
sebahagian besar peribadi manusia terbentuk dari hasil integrasi sosial dengan sesama dalam
kelompok dan masyarakat. Di dalam kelompok atau organisasi terdapat bentuk kepemimpinan
yang terdiri dari pemimpin dan pekerja. Di antara kedua belah pihak harus ada two-waycommunications atau komunikasi dua arah atau komunikasi timbal balik. Oleh itu perlunya kerja
sama untuk mencapai hasrat, sama adahasrat peribadi, ataupun organisasi. Bagi mencapai tujuan
organisasi. Kerja sama tersebut terdiri dari berbagai maksud yang meliputi hubungan sosiala atau
kebudayaan. Hubungan yang terjadi merupakan suatu proses adanya suatu keinginan dari
individu, untuk memperoleh suatu hasil yang nyata dan dapat memberikan manfaat untuk dirinya
dan organisasi.
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain
agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain.
Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk
mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda tanda maklumat ( Mansor Ahmad
Saman etal, 1984 )
Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej
oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang
memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya,
penggunaan kata sapaan Assalamualaikum, apa khabar, terima kasih, maafkan saya dan
sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.
Menurut Bittner ( 1988 ) pula mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan satu
perlakuan berkongsi simbol . Simbol simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal
dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi.
Menurut French ( 1993 ) komunikasi adalah satu usaha mewujudkan saling memahami
dalam minda orang lain.
Daripada definisi komunikasi di atas kita dapat mengatakan bahawa komunikasi adalah
satu proses yang melibatkan:
i.
ii.
iii.
Alat komunikasi.
Tidak ada komunikasi yang tidak melibatkan ketiga-tiga perkara di atas dan
sesungguhnya manusia itu tidak akan terlepas daripada ketiga-tiga perkara ini. Pada masa
bersendirian pun manusia dapat juga berkomunikasi, paling tidak dengan dirinya sendiri. Dalam
hal ini kedua pihak yang berkomunikasi adalah peribadi yang sama, atau dengan alam
lingkungannya. Semua tingkah laku manusia, dapat dikatakan bersifat komunikatif. Ini
bermaksud seorang penyelidik mendapat informasi dengan memperhatikan tingkah laku
seseorang, kendatipun seseorang itu tidak menyedari atau tidak bermaksud berkomunikasi
dengan si penyelidik.
Untuk memudahkan lagi definisi komunikasi ini Dance (1976) telah menggariskan
beberapa dimensi yang boleh digunakan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal.
Perbezaan ini dibahagikan kepada tiga tahap berikut:
i. Tahap Pemerhatian
Definisi komunikasi dari yang luas atau am dan sempit atau khusus.
Menurut Ruesch (1957) komunikasi adalah satu proses yang menghubungkan bahagian yang
terasing. Dan definisi oleh American College Dictionary (1964) Komunikasi adalah Kaedah
hantar mesej tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio, kurier.
Beberapa orang sarjana dalam bidang ini mentakrifkan teori ini mengikut pendapat
mereka masing masing. Diantaranya ialah :
Menurut Little John (1995), beliau menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan
rekaan, bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan bahawa teori ialah satu percubaan untuk
menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu
kejadian itu berlaku.
Menurut Griffin (1997) teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang
dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena
Menurut Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai satu lambang yang
mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang
memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap
fenomena komunikasi.
Menurut Cragan & Shield (1998) Ianya adalah hubungan di antara konsep teoritikal yang
membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau
ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berkomunikasi (bercakap,
menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media
(bahan perkembangan teori) .
Menurut Littlejohn (1996) Ia juga adalah satu teori atau sekelompok collective4
wisdom yang didapati dalam keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi.
Menurut Borman (1989) Satu perkataan atau istilah yang merupakan payung untuk
semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara teliti, sistematik dan sedar tentang
komunikasi.
Sebagai pekerja teori komunikasi penting di ketahui kerana ianya dapat membantu kita
menjadi seorang yang lebih berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan dalam kelompok
masyarakat.
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
Narimah Ismail, Ph.d (1999) KOM3002 Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Kuala Lumpur;
Cetakrapi Sdn.Bhd.
Griffin, E.(1997) a First Look at Communication theory.3rd ed.New York:McGraw Hill.
Littlejohn,S.W. (1996) Theories of Human communication. 5th ed.Belmont:wadsworth
Publishing.