Anda di halaman 1dari 2

Resepi Kari Ayam Bonda

Bahan-Bahan:

500 gram ayam dipotong

1 senduk besar minyak masak

Bahan untuk ditumbuk halus:

4 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

1 inci halia

Bahan untuk ditumis:

1 tangkai daun kari

4 biji buah pelaga

1 batang kayu manis

3 tangkai bunga cengkih

2 biji bunga lawang

1/2 biji bawang dihiris nipis

Bahan-bahan lain berkaitan:

1 mangkuk santan pekat

1 mangkuk santan cair

3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes

2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4

1 biji tomato dipotong 4

1 asam keping

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
3. Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit
air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
4. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
5. Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
6. Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
7. Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
8. Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah
sudah mencukupi.
9. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
10. Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba

Anda mungkin juga menyukai