Anda di halaman 1dari 23

Topik

Pembuatan
Keputusan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengenal pasti jenis-jenis persekitaran untuk pembuatan keputusan;

2.

Membincangkan proses-proses
keputusan yang rasional;

3.

Menerangkan batasan-batasan dalam membuat keputusan rasional;

4.

Menyatakan kaedah-kaedah penambahbaikan pembuatan keputusan;

5.

Mengkaji kaedah-kaedah
berkumpulan; dan

6.

Menilai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatan


keputusan secara berkumpulan.

yang

dalam

terlibat

pembuatan

dalam

membuat

keputusan

secara

X PENGENALAN
Salah satu tugas penting bagi seorang pengurus adalah sebagai pembuat
keputusan. Pembuatan keputusan ditakrifkan sebagai satu proses mengenal
pasti masalah, memberi penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian terbaik
yang sedia ada dan melaksanakannya. Dalam erti kata lain, ia adalah satu proses
memilih suatu penyelesaian daripada beberapa alternatif yang sedia ada.
Dalam membincangkan pembuatan keputusan, konsep penting lain yang perlu
diambil kira adalah pembuatan keputusan yang rasional. Membuat keputusan
secara rasional merujuk kepada pembuatan keputusan berdasarkan fakta,
pendapat dan sebab-sebab munasabah. Pada amnya, keputusan yang dibuat

42 X

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

berdasarkan fakta dan pendapat adalah merupakan keputusan yang terbaik.


Namun begitu, tidak semua pembuat keputusan dapat membuat keputusan
yang rasional. Ini adalah disebabkan oleh batasan-batasan yang wujud dalam
persekitaran atau dalam diri pembuat keputusan itu sendiri.
Dalam topik ini, perkataan pembuat keputusan dan pengurus akan
digunakan secara silih berganti. Ini kerana dalam konteks sesebuah organisasi,
pengurus adalah orang yang bertanggungjawab membuat keputusan. Oleh itu,
sama ada istilah pengurus atau pembuat keputusan digunakan, ia merujuk
kepada individu yang sama iaitu orang yang membuat keputusan.

3.1

PERSEKITARAN PEMBUATAN
KEPUTUSAN
SEMAK KENDIRI 3.1

Tahukah anda faktor-faktor penentu dalam pembuatan keputusan?

Sesuatu keputusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman,


kecekapan dan kemahiran pembuat keputusan tersebut tetapi juga kecukupan dan
kesahihan maklumat yang diperoleh yang berkaitan dengan persekitaran
perniagaan (Abu Mansor et al, 1999). Maklumat yang disebut di sini merujuk
kepada maklumat yang dapat membantu kita dalam membuat ramalan tentang
keadaan-keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh,
mungkinkah kita boleh meramal dengan tepat tindakan pesaing-pesaing pada
masa hadapan atau kadar faedah bagi tahun depan atau perubahan-perubahan
dalam undang-undang yang mungkin berlaku pada masa hadapan dan
sebagainya? Sekiranya kita boleh mendapat maklumat yang mencukupi, ia akan
menjadi lebih mudah bagi kita untuk meramal situasi yang mungkin berlaku pada
masa hadapan. Selepas itu, proses pembuatan keputusan akan menjadikan mudah
dan tepat.
Secara amnya, terdapat tiga keadaan maklumat dalam proses pembuatan
keputusan: sama ada maklumat yang diperoleh itu adalah lengkap, tidak
lengkap atau tidak mempunyai maklumat langsung. Sehubungan dengan ini, ia
akan mewujudkan tiga persekitaran atau keadaan pembuatan keputusan seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

43

Rajah 3.1: Persekitaran pembuatan keputusan

3.1.1

Pembuatan Keputusan dalam Keadaan


Kepastian

Dalam keadaan ini, pembuat keputusan mendapat maklumat yang lengkap


untuk memudahkannya membuat keputusan. Beliau mampu meramalkan
dengan pasti situasi-situasi yang akan berlaku pada masa hadapan. Dengan
mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan, keputusan yang
dihasilkan oleh setiap keputusan alternatif akan dapat ditentukan atau diketahui
dengan pasti. Alternatif yang menghasilkan keputusan yang terbaik akan dipilih
dan dilaksanakan.
Contoh pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian boleh dilihat dalam
situasi berikut: Katakan anda telah ditawarkan dua pelaburan alternatif 
Pelaburan A dan Pelaburan B. Pelaburan A memberi pulangan sebanyak lima
peratus dalam tempoh dua tahun, manakala Pelaburan B memberi pulangan
sebanyak enam peratus juga dalam tempoh dua tahun. Anda mempunyai
maklumat yang mencukupi berkaitan dengan pelaburan-pelaburan ini. Anda
mampu untuk mengetahui jenis pelaburan, tempoh pelaburan dan kadar
pulangannya. Daripada maklumat yang lengkap ini, anda dapat mengetahui
pulangan hasil daripada setiap pelaburan yang dibuat. Pembuat keputusan yang
rasional semestinya memilih pelaburan alternatif yang memberikan pulangan
paling tinggi, iaitu Pelaburan B.

3.1.2

Pembuatan Keputusan dalam Keadaan


Ketidakpastian

Dalam situasi ini, pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang maklumat


yang dapat membantu dalam pembuatan keputusannya. Oleh itu, beliau tidak
dapat mengetahui dengan pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan
dan juga tidak dapat meramal hasil daripada setiap keputusan alternatif yang
dibuat. Dengan itu, pembuat keputusan terpaksa menggunakan segala
pengalaman dan budi bicaranya dalam membuat sesuatu keputusan.

44 X

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Apabila membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian, pembuat


keputusan perlulah mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap risiko.
Kecenderungan risiko merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk
mengambil atau mengelak risiko. Individu yang mempunyai kecenderungan
yang tinggi terhadap risiko akan berani mengambil risiko dalam sebarang
keputusan yang dibuat. Memandangkan tiada maklumat yang diperoleh bagi
membantu pembuatan keputusan, maka adalah penting bagi pembuat
keputusan yang beroperasi dalam keadaan ini mempunyai kecenderungan
yang lebih tinggi terhadap risiko.

Contoh berikut menjelaskan pembuatan keputusan dalam keadaan


ketidakpastian: Syarikat ABC telah lama menjalankan perniagaan perabot rotan
di kawasan Bandar Banjau. Kini, Syarikat ABC memutuskan untuk
memperkenalkan satu produk baru ke pasarannya, iaitu, barang perhiasan yang
diperbuat daripada seramik. Oleh kerana perhiasan seramik ini adalah sesuatu
yang baru kepada penduduk Bandar Banjau dan tiada peniaga sebelum ini yang
pernah menjual produk tersebut, Syarikat ABC tidak dapat meramal sambutan
pengguna terhadap produk tersebut. Ini adalah kerana tidak ada data
sebelumnya yang boleh digunakan sebagai panduan. Adakah penduduk Bandar
Banjau akan berminat dengan produk seramik yang dipasarkan?
Memandangkan reaksi pengguna tidak dapat diramal maka kesan setiap
keputusan alternatif juga tidak dapat diramal.
Dalam kes ini, keputusan alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah
daripada aspek menetapkan harga jualan. Adakah perhiasan seramik tersebut
dijual pada harga RM10, RM7 atau RM5? Memandangkan tiada maklumat yang
boleh digunakan sebagai panduan, maka pada kebiasaannya, keputusan yang
akan diambil bergantung kepada budi bicara pembuat keputusan itu sendiri.

3.1.3

Pembuatan Keputusan dalam Keadaan Berisiko


AKTIVITI 3.1

Jika anda seorang pengurus, apakah faktor-faktor yang membolehkan


anda membuat keputusan yang berisiko? Bincangkan jawapan anda
dengan rakan-rakan sekelas.

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

45

Kebanyakan pengurus atau pembuat keputusan sebenarnya beroperasi dalam


keadaan seperti ini. Mereka mempunyai maklumat, namun maklumat tersebut
adalah tidak lengkap. Oleh itu, mereka tidak begitu pasti keadaan yang akan
berlaku pada masa hadapan. Maklumat yang minimum hanya akan memberikan
sedikit petunjuk dalam meramalkan apa yang akan berlaku. Sama ada keadaan
itu benar-benar akan berlaku atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Biasanya,
sesuatu keadaan itu hanya boleh diandaikan berlaku berdasarkan maklumat
yang diperoleh dan peratusan kebarangkalian yang ia akan berlaku.
Sebagai contoh, daripada penyata jualan bulanan, didapati jumlah jualan telah
meningkat setiap bulan. Oleh itu, anda boleh mengandaikan yang syarikat
tersebut akan memperoleh keuntungan bersih pada tahun ini selepas mengalami
kerugian pada tahun lepas. Tanpa mendapatkan maklumat lain seperti kos
operasi, perubahan cita rasa di kalangan pengguna dan faedah pinjaman, anda
hanya boleh mengandaikan yang syarikat tersebut akan memperoleh
keuntungan berdasarkan arah aliran jualan untuk beberapa bulan yang lalu.
Maka, anda mengatakan kebarangkalian syarikat akan mendapat untung adalah
60 peratus, dan kebarangkalian syarikat akan rugi adalah 40 peratus. Dengan ini,
anda membuat keputusan untuk meningkatkan pelaburan. Di sini, anda telah
membuat keputusan dalam keadaan yang berisiko iaitu tidak diketahui sama
ada syarikat benar-benar akan untung atau sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 3.2


Apakah langkah-langkah yang anda rasa perlu bagi seseorang pengurus
dalam membuat keputusan?

LATIHAN 3.1
Bincangkan tiga persekitaran pembuatan keputusan yang berbeza yang
dihadapi oleh pengurus-pengurus.

46 X

3.2

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG


RASIONAL

Walaupun membuat sesuatu keputusan kelihatan mudah, namun, bagi


memastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik, ia mestilah rasional. Ini
bermakna keputusan tersebut mestilah berdasarkan fakta, pendapat dan sebabsebab yang munasabah. Penilaian yang sistematik harus dibuat dalam
keseluruhan proses membuat keputusan. Ringkasnya, membuat keputusan yang
rasional boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam
mentakrifkan masalah, menilai alternatif keputusan dan memilih alternatif
keputusan terbaik yang sedia ada.
Menurut Williams (2000), terdapat enam langkah atau proses yang perlu diikuti
untuk membuat keputusan yang rasional. Langkah-langkah ini adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 berikut.

Rajah 3.2: Proses pembuatan keputusan yang rasional

(a)

Mentakrifkan Masalah
Langkah pertama dalam pembuatan keputusan yang rasional adalah
mengenal pasti masalah. Pada peringkat ini, seorang pengurus perlu
mengenal pasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan cara
untuk menyelesaikannya.
Sebagai contoh, pejabat anda sedang menghadapi masalah kerja yang
tertangguh. Apabila diselidik, didapati masalah berpunca daripada
kekurangan komputer di pejabat. Oleh itu, pihak pengurusan bersetuju
untuk membeli lebih banyak komputer untuk kegunaan pejabat.

(b)

Mengenal Pasti Kriteria Keputusan


Setelah mengenal pasti masalah, langkah seterusnya dalam membuat
keputusan yang rasional adalah untuk mewujudkan kriteria keputusan.
Kriteria keputusan merujuk kepada piawai atau ciri-ciri yang akan diambil
kira semasa membuat keputusan.

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

47

Merujuk kepada contoh di atas, oleh kerana pihak pengurusan telah


memutuskan untuk membeli beberapa komputer baru, maka apakah
kriteria-kriteria yang akan diambil kira dalam memilih komputerkomputer baru tersebut? Antara faktor kriteria keputusan termasuklah
harga, kualiti, keserasian dan waranti.
(c)

Memperuntukkan Pemberat untuk Setiap Kriteria


Selepas mengenal pasti kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat
keputusan, langkah seterusnya adalah memperuntukkan pemberat kepada
setiap kriteria. Satu kaedah yang biasa digunakan untuk tujuan ini ialah
dengan membuat perbandingan relatif. Dalam kaedah ini, setiap kriteria
akan dibandingkan secara langsung antara satu sama lain. Ini adalah untuk
mengenal pasti kriteria mana yang paling penting, kedua penting dan
seterusnya yang kurang penting kepada pembuat keputusan. Oleh itu,
kriteria keputusan disusun mengikut keutamaan. Keutamaan seseorang
individu mungkin berbeza daripada individu yang lain.
Berdasarkan contoh yang diberikan tadi, anda mungkin meletakkan faktor
kualiti sebagai yang paling penting, diikuti oleh faktor keserasian, faktor
harga dan akhir sekali, faktor waranti.

(d)

Menjana Penyelesaian-penyelesaian Alternatif


Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti dan memperuntukkan pemberat
kepada keputusan kriteria, langkah seterusnya ialah untuk menghasilkan
penyelesaian-penyelesaian alternatif sebanyak yang mungkin. Semakin
banyak alternatif yang dapat dijana, maka semakin baik prosesnya.
Berdasarkan contoh di atas, bagi membeli sebuah komputer baru, antara
alternatif-alternatif yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah Acer,
IBM, NEC, Serindit, Compaq dan sebagainya.

(e)

Menilai Alternatif-alternatif
Pada peringkat ini, setiap alternatif akan dibandingkan dengan setiap
kriteria keputusan. Ini adalah untuk menentukan sejauh mana alternatif
tersebut memenuhi kriteria keputusan yang telah ditetapkan. Biasanya,
peringkat ini mengambil masa paling lama kerana terdapat banyak
maklumat yang perlu dikumpulkan terlebih dahulu sebelum perbandingan
boleh dibuat. Ia juga melibatkan sejumlah wang yang besar.
Ini bermakna, kesemua penyelesaian alternatif, iaitu Acer, IBM, NEC,
Serindit dan Compaq, akan dinilai daripada aspek kualiti, kesesuaian,
harga dan waranti (kriteria keputusan). Semakin banyak kriteria keputusan
dipenuhi oleh alternatif, maka semakin baik alternatif tersebut.

48 X

(f)

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Memilih Keputusan yang Optimum


Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan yang rasional adalah
memilih alternatif penyelesaian yang terbaik. Alternatif yang terbaik adalah
alternatif yang memenuhi kriteria keputusan mengikut kepentingan yang
telah disusun. Walau bagaimanapun, jika tidak ada alternatif yang dapat
memenuhi kesemua kriteria keputusan mengikut susunan yang ditetapkan,
maka alternatif yang paling banyak memenuhi kriteria akan dipilih.

3.3

BATASAN-BATASAN DALAM
PEMBUATAN KEPUTUSAN RASIONAL
SEMAK KENDIRI 3.3

Apakah halangan-halangan yang mungkin menyukarkan pembuatan


keputusan? Bandingkan jawapan anda dengan jawapan dalam
bahagian ini.

Secara amnya, pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik sekiranya


pengurus atau pembuat keputusan mengikut semua langkah yang telah
dibincangkan sebelum ini dengan teliti. Namun begitu, kadang-kadang terdapat
halangan-halangan yang boleh mengelirukan pembuat keputusan tersebut.
Sebagai contoh, kekurangan maklumat. Masalah ini boleh menyebabkan
kesukaran dalam mentakrifkan sesuatu masalah. Faktor kewangan juga boleh
menjadi satu lagi halangan dalam membuat keputusan yang rasional.
Andai kata kewangan adalah terhad; mungkin tidak semua penyelesaian
alternatif dapat dipertimbangkan. Selain itu, batasan masa juga merupakan satu
lagi faktor dalam membuat keputusan yang optimum. Ini akan menyekat
penyelesaian alternatif yang sedia ada. Kesemua batasan-batasan ini akan
menyukarkan pengurus dalam membuat keputusan yang terbaik/optimum.
Menurut Williams (2000), secara amnya, proses batasan dalam pembuatan
keputusan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
(a)

Kesilapan umum;

(b)

Kerasionalan terbatas; dan

(c)

Persekitaran berisiko.

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

49

Rajah 3.3 menjelaskan tiga batasan tersebut.

Rajah 3.3: Batasan-batasan dalam pembuatan keputusan rasional

3.3.1

Kesilapan Umum dalam Pembuatan Keputusan

Pengurus tidak dapat membuat keputusan yang rasional kerana mereka kadang
kala dipengaruhi oleh gerak hati dan kecenderungan untuk berat sebelah.
Kebanyakan keputusan pengurusan dipengaruhi oleh gerak hati atau naluri
pengurus. Ini biasanya terjadi kepada pengurus yang berpengalaman. Keadaan
ini mungkin berlaku kerana isu yang perlu diselesaikan adalah serupa dengan
situasi yang pernah berlaku sebelumnya. Pengurus-pengurus yang bergantung
kepada intuisi mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan maklumat
daripada data yang sedia ada. Akibatnya, keputusan yang dibuat tidak
berdasarkan fakta dan sebab musabab.
Kadangkala, pengurus-pengurus juga membuat keputusan yang berat sebelah.
Ini terjadi apabila seseorang pengurus menganggap sesuatu isu yang akan
berlaku pada masa hadapan adalah sama dengan perkara yang pernah
dialaminya sebelum ini. Misalnya, Syarikat ABC Sdn Bhd telah mengambil Ali,
seorang graduan daripada Universiti Jaya sebagai pekerja di syarikat. Walau
bagaimanapun Ali gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Oleh itu pihak
pengurusan Syarikat ABC memutuskan untuk tidak lagi mengambili graduan
daripada Universiti Jaya bekerja di syarikat mereka. Keputusan yang dibuat
adalah berat sebelah. Pengurus tidak sepatutnya menganggap semua graduan
daripada Universiti Jaya adalah seperti Ali kerana beliau tidak mewakili semua
graduan dari universiti tersebut.

50 X

3.3.2

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Kerasionalan Terbatas

Kerasionalan terbatas bermakna pengurus cuba untuk mengambil pendekatan


yang rasional dalam pembuatan keputusan tetapi dihalang oleh batasan-batasan
tertentu seperti sumber yang terhad, kekurangan maklumat dan keupayaan
untuk menganalisis keputusan yang terhad.
Terdapat empat masalah yang menghalang pengurus-pengurus daripada
membuat keputusan yang rasional:
(a)

Sumber yang Terhad


Sumber terdiri daripada masa, wang, peralatan dan tenaga kerja. Sumbersumber yang terhad boleh mempengaruhi pembuatan keputusan. Sebagai
contoh, andaikan sebelum ini organisasi telah merancang untuk membuka
beberapa cawangan baru tetapi pendapatannya telah berkurangan disebabkan
oleh kegawatan ekonomi. Akibatnya, rancangan untuk membuka cawangancawangan baru telah ditangguhkan. Perhatikan, disebabkan oleh sumber
kewangan yang terhad, apa yang dilakukan tidak sama dengan apa yang
telah dirancangkan pada asalnya.

(b)

Lebihan Maklumat
Kemajuan dalam teknologi telah menyebabkan lambakan maklumat
berlaku. Sesetengah maklumat boleh diperoleh dengan mudah tetapi pada
masa yang sama ia boleh mendatangkan masalah kepada pengurus. Ini
adalah kerana pengurus tersebut tidak mampu untuk mengendalikan semua
maklumat yang sedia ada. Hasilnya, hanya maklumat tertentu sahaja yang
diambil kira. Oleh itu, keputusan yang dibuat mungkin bukanlah yang
terbaik kerana bukan semua maklumat telah diambil kira.

(c)

Masalah Ingatan
Masalah ingatan boleh menyebabkan kesukaran kepada pengurus.
Walaupun maklumat biasanya dicatat atau dirakam, kadang-kadang
maklumat juga boleh terlepas pandang atau tidak direkodkan.
Untuk membuat keputusan yang rasional, semua maklumat yang
diperlukan mestilah diperoleh. Untuk mengumpul semula semua maklumat
yang diperlukan, mungkin melibatkan masa dan kos yang tinggi. Mungkin
tidak semua maklumat dapat dikumpulkan. Dengan itu sesuatu keputusan
yang optimum tidak dapat dibuat.

TOPIK 3

(d)

PEMBUATAN KEPUTUSAN

51

Masalah Kepakaran
Masalah kepakaran menyebabkan pembuat keputusan menghadapi masalah
dalam menyusun, memahami dan meringkaskan maklumat yang sedia ada.
Ini kerana tiada individu yang pakar dalam setiap sektor. Walaupun
maklumat boleh dianalisis oleh komputer, pembuat keputusan masih
memerlukan kemahiran khusus untuk memahami keputusan yang telah
diperoleh. Akibat kekurangan kepakaran ini, maka penilaian yang dibuat
mungkin bukan yang terbaik.

3.3.3

Persekitaran Berisiko

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesetengah pengurus mungkin membuat


keputusan dalam persekitaran yang berisiko. Ini bermakna pengurus tersebut
mempunyai maklumat untuk membantu dalam pembuatan keputusannya,
walaupun maklumat yang diperoleh tidak mencukupi. Akibatnya, keputusan
yang dibuat boleh jadi berjaya atau sebaliknya.

LATIHAN 3.2
Apakah batasan-batasan dalam pembuatan keputusan yang rasional? Sila
jelaskan.

3.4

BAGAIMANA MEMPERBAIKI
PEMBUATAN KEPUTUSAN
AKTIVITI 3.2

Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan kaedah-kaedah untuk


memperbaiki sesuatu keputusan yang anda telah buat. Bincangkan
jawapan anda dengan rakan anda.
Kualiti sesuatu keputusan boleh diperbaiki dengan kaedah-kaedah berikut:
(a)

Menggunakan peraturan dan ujian tertentu dalam proses pembuatan


keputusan; dan

(b)

Membuat keputusan secara berkumpulan.

52 X

3.4.1

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Menggunakan Peraturan dan Ujian

Pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan menggunakan peraturan dan


ujian tertentu.
(a)

Peraturan Pembuatan Keputusan


Peraturan keputusan merujuk kepada satu set kriteria yang perlu
dilengkapkan bagi membolehkan sesuatu penyelesaian alternatif itu
diterima. Dua jenis peraturan dalam pembuatan keputusan adalah seperti
berikut:
(i)

Peraturan Keutamaan
Menurut peraturan ini, semua kriteria keputusan akan disusun
mengikut keutamaannya. Setiap penyelesaian alternatif akan dinilai
berdasarkan kriteria-kriteria ini satu persatu. Suatu alternatif yang
baik mestilah memenuhi kriteria yang paling penting, diikuti dengan
kriteria yang kedua penting dan seterusnya. Alternatif yang terbaik
adalah alternatif yang dapat memenuhi paling banyak kriteria-kriteria
penting.
Sebagai contoh, Ahmad merancang untuk menyewa sebuah rumah
kedai bagi menjalankan perniagaan. Kriteria yang telah
dipertimbangkan dan disusun menurut keutamaan adalah seperti
berikut:
x

Terletak di kawasan bandar;

Ruang yang luas;

Sewa tidak melebihi RM500 sebulan; dan

Mempunyai kemudahan elektrik dan air.

Andaikan terdapat empat kedai alternatif yang boleh dipertimbangkan


 A, B, C dan D. Selepas penilaian, didapati bahawa alternatif A
memenuhi kriteria (i) dan (iv), alternatif B memenuhi kriteria (i) dan
(ii), alternatif C memenuhi kriteria (i), (iii) dan (iv) dan alternatif D
memenuhi kriteria (ii) dan (iii). Walaupun alternatif C memenuhi tiga
daripada empat kriteria yang disebutkan, alternatif B adalah pilihan
terbaik kerana ia memenuhi dua kriteria yang paling tinggi.
Ingin diingatkan disini, alternatif yang terbaik tidak semestinya
memenuhi kebanyakan kriteria tetapi memenuhi kriteria yang teratas
atau yang paling utama menurut susunannya.

TOPIK 3

(ii)

PEMBUATAN KEPUTUSAN

53

Peraturan Syarat Minimum


Kadangkala, pengurus mesti membuat keputusan seperti memberi
jawapan ya atau tidak dan terima atau tolak. Dalam keadaan ini,
pembuat keputusan perlu menetapkan syarat minimum yang perlu
dipenuhi oleh setiap penyelesaian alternatif bagi membolehkan ianya
diterima. Mana-mana alternatif yang tidak dapat memenuhi
walaupun satu syarat akan ditolak.
Sebagai contoh, sebelum penaja menerima atau menolak permohonan
pelajar-pelajar untuk biasiswa pendidikan, mereka mungkin akan
menetapkan beberapa syarat minimum seperti (1) kursus pengurusan;
(2) pendidikan ijazah pertama; dan (3) pendapatan tahunan keluarga
tidak melebihi RM18,000. Permohonan pelajar mesti memenuhi
kesemua syarat-syarat ini bagi membolehkan ia diluluskan.

(b)

Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah


Kedua-dua kaedah pembuatan keputusan yang diterangkan sebelum ini
hanya mampu membuat penilaian yang berasingan terhadap setiap
alternatif. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan yang memerlukan
pembuat keputusan menilai kesan-kesan pelaksanaan pelbagai alternatif
pada masa yang sama. Kadang kala kombinasi ini memberikan hasil yang
optimum.
Penilaian dibuat melalui pelaksanaan beberapa ujian pemboleh ubah. Ia
agak rumit dan memerlukan pembuat keputusan mempelajari kaedahkaedah tersebut dalam mereka bentuk eksperimen termasuk cara-cara
untuk mengumpul dan menganalisis data statistik yang akan dihasilkan.
Contoh berikut menunjukkan penggunaan pelbagai jenis ujian pemboleh
ubah dalam pembuatan keputusan: pihak pengurusan taman rekreasi
sedang merangka satu strategi untuk meningkatkan bilangan pengunjung
ke tamannya setiap hari Isnin, iaitu hari yang mempunyai bilangan
pengunjung paling rendah setiap minggu. Antara strategi alternatif yang
telah dirancang (A1) tiket dua-dalam-satu, di mana seorang pengunjung
yang bertiket boleh membawa masuk seorang lagi pengunjung secara
percuma; (A2) kupon makanan percuma untuk setiap pengunjung; dan
(A3) tempat letak kereta percuma untuk pengunjung-pengunjung.
Maka, pada setiap hari Isnin, eksperimen dijalankan untuk mengkaji
hasilnya. Pada minggu pertama, didapati tiada sebarang perubahan dan
pendapatan bagi minggu tersebut adalah RM1,500. Pada minggu kedua
apabila strategi A1 dan A2 telah dimulakan, pendapatan bagi minggu
tersebut adalah RM1,000. Pada minggu ketiga, apabila strategi A2 dan A3

54 X

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

strategi telah diperkenalkan, ia menjana pendapatan sebanyak RM3,800.


Pada minggu keempat, apabila strategi A1 dan A3 telah digabungkan,
pendapatan yang dijana adalah RM2,500. Eksperimen-eksperimen tersebut
jelas menunjukkan bahawa strategi A2 dan A3 (kupon makanan percuma
dan tiket dua-dalam-satu) adalah kombinasi penyelesaian yang terbaik.
Jadual 3.1: Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah untuk Taman Rekreasi
Strategi Alternatif
Ujian

Tiket Duadalam-Satu
(A1)

Kupon Makanan
Percuma (A2)

Tempat Letak
Kereta
Percuma (A3)

1.
2.

1,500
X

3.
4.

3.4.2

Keuntungan
(RM)

X
X

1,000
X

3,800

2,500

Menggunakan Kumpulan
AKTIVITI 3.3

Pada pendapat anda, adakah keputusan secara kolektif lebih baik


daripada keputusan secara individu? Mengapa? Bandingkan jawapan
anda dengan jawapan rakan anda.
Kebanyakan organisasi pada masa kini menggunakan kumpulan untuk
membuat keputusan. Sebagai contoh, suatu jawatankuasa akademik di sebuah
universiti ditubuhkan untuk menilai keberkesanan sesuatu program atau
sekumpulan pekerja ditugaskan untuk menentukan suatu produk baru yang
akan diperkenalkan kepada pengguna-pengguna. Ini terjadi kerana keputusan
yang dibuat dalam kumpulan mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding
pembuatan keputusan secara individu.

LATIHAN 3.3
Berdasarkan perbincangan di atas, bagaimanakah pembuatan keputusan
boleh diperbaiki lagi?

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

55

KAEDAH-KAEDAH PEMBUATAN
KEPUTUSAN BERKUMPULAN

3.5

Kaedah-kaedah berikut lazimnya digunakan dalam pembuatan keputusan secara


berkumpulan. Pada umumnya, terdapat tiga kaedah utama yang sesuatu
kumpulan gunakan untuk menjanakan hasil, seperti yang diringkaskan dalam
Rajah 3.4 di bawah.

Rajah 3.4: Kaedah-kaedah pembuatan keputusan berkumpulan

3.5.1

Sumbangsaran

SEMAK KENDIRI 3.4


Apakah yang anda faham tentang sumbangsaran?

Sumbangsaran merupakan satu teknik yang menggalakkan penjanaan idea-idea


sebanyak yang mungkin tanpa melibatkan sebarang kritikan. Ia adalah suatu
proses pembuatan keputusan secara berkumpulan di mana maklum balas yang
negatif terhadap alternatif yang dibentangkan adalah dilarang sama sekali
sehinggalah semua alternatif telah didengari (Certo, 2000). Tujuan
sumbangsaran ialah untuk mengeluarkan idea-idea daripada setiap ahli
kumpulan secara terbuka. Suatu aktivit kumpulan sumbangsaran yang berkesan
biasanya terdiri daripada lima hingga tujuh orang individu (Hoe et al., 1998).
Secara ringkasnya, semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea-idea mereka
sendiri mengikut giliran. Pada peringkat awal, semua idea  sama ada baik atau
tidak baik, sesuai atau tidak sesuai  akan diterima tanpa dinilai bagi tujuan
menggalakkan semua ahli dalam kumpulan untuk menjana lebih banyak idea.
Proses ini akan berterusan sehingga tiada lagi idea-idea yang dicadangkan. Setelah
semua idea telah dikumpulkan, penilaian akan dibuat dengan membincangkan

56 X

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan idea-idea yang diutarakan.


Kemudian, idea yang terbaik akan diterima.
Kaedah ini adalah baik untuk menjana idea-idea. Namun demikian, ia juga
mempunyai kelemahan-kelemahannya. Contohnya, ia menyekat pengeluaran
idea-idea. Semasa ahli-ahli dalam kumpulan menyuarakan idea-idea mereka
mengikut giliran, kadang kala, idea yang telah timbul secara spontan mungkin
hilang semasa ahli sedang menunggu gilirannya untuk bercakap. Pada masamasa tertentu, ahli-ahli kumpulan mungkin merasakan yang idea-idea mereka
tidak cukup baik dan merasa segan atau malu untuk menyatakan idea mereka
kepada kumpulan.
Kelemahan-kelemahan ini mengehadkan fungsi sebenar teknik sumbangsaran.
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, sumbangsaran kini boleh dibuat melalui
penggunaan komputer. Dalam kaedah ini, ahli-ahli kumpulan tidak perlu
menunggu giliran mereka untuk menyatakan pendapat-pendapat mereka.
Mereka boleh terus menaip ke dalam komputer dan oleh itu kehilangan idea
tidak berlaku. Pada masa yang sama, identiti ahli-ahli kumpulan masih tidak
diketahui. Oleh itu, ahli-ahli tidak akan malu atau tidak selesa apabila penilaian
idea-idea mereka dibuat.

Proses 3.5: Proses sumbangsaran

3.5.2

Teknik Kumpulan Nominal

Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah pembuatan keputusan di mana


ahli-ahli kumpulan mencadangkan dan menilai idea-idea mereka secara
individu sebelum berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.
Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:
Langkah 1

Setiap ahli kumpulan mencatatkan idea mereka secara individu


bagi keputusan atau masalah yang dibincangkan.

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

57

Langkah 2

Setiap ahli akan membacakan idea-ideanya kepada semua


orang dalam kumpulannya untuk berkongsi pandangan dengan
mereka. Idea-idea tersebut biasanya ditulis di atas papan
hitam/papan putih untuk dikaji semula dan rujukan oleh
semua ahli kumpulan.

Langkah 3

Satu perbincangan diadakan untuk menilai kelebihan-kelebihan


dan kelemahan-kelemahan setiap idea.

Langkah 4

Ahli-ahli mengundi secara rahsia dan menulisnya di atas


sekeping kertas. Idea yang menerima paling banyak undian
akan diterima dan dilaksanakan.

3.5.3

Teknik Delphi

Teknik Delphi merupakan satu kaedah pembuatan keputusan di mana panel


yang terdiri daripada beberapa pakar akan menjawab soalan-soalan dan bekerja
bersama-sama sehinggalah penyelesaian dapat dicapai bagi isu tertentu. Teknik
ini tidak memerlukan ahli-ahli panel untuk bersemuka. Mereka mungkin
berinteraksi menerusi surat menyurat, e-mel dan sebagainya.
Antara langkah-langkah yang terlibat dalam teknik ini adalah:
(a)

Pakar-pakar dalam sektor-sektor yang berkaitan akan dikenal pasti dan


dipilih oleh ahli-ahli panel.

(b)

Masalah-masalah akan diolah dalam bentuk soal selidik yang terdiri


daripada soalan-soalan terbuka.

(c)

Soal selidik tersebut akan diberikan kepada ahli-ahli panel bersama dengan
permintaan agar mereka mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian.

(d)

Setiap pakar akan melengkapkan borang soal selidik dan mengembalikannya


kepada pengurus.

(e)

Semua jawapan akan diringkaskan dan digabung dalam bentuk laporan. Ia


kemudiannya dikembalikan kepada ahli-ahli panel bersama dengan borang
soal selidik yang lebih spesifik dan terperinci yang telah dikaji semula.

(f)

Ahli-ahli panel membaca laporan tersebut untuk mengetahui pendapat dan


cadangan-cadangan ahli yang lain berkenaan masalah tersebut. Di samping
itu, mereka juga melengkapkan borang soal selidik yang kedua.

58 X

(g)

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Proses ini diulang sehinggalah ahli-ahli mencapai keputusan sebulat suara


tentang penyelesaian yang terbaik.

LATIHAN 3.4
Nyatakan kelebihan-kelebihan sumbangsaran secara elektronik berbanding
dengan bertemu muka.

3.5.4

Kelebihan-kelebihan Pembuatan Keputusan


Berkumpulan

SEMAK KENDIRI 3.5


Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan kelebihan-kelebihan dan
kelemahan-kelemahan pembuatan keputusan secara berkumpulan.
Pembuatan keputusan secara berkumpulan menawarkan beberapa kelebihankelebihan berbanding dengan pembuatan keputusan secara individu. Pada
dasarnya, kumpulan-kumpulan ini dibentuk untuk menumpukan pengalaman
dan kemahiran yang dimiliki oleh kumpulan-kumpulan individu tertentu
terhadap masalah atau situasi tertentu.
Ini bermakna kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
lebih berbanding dengan individu. Dengan maklumat tambahan ini, kumpulan
tersebut mampu untuk menangani sesuatu masalah dengan lebih baik dan
punca masalah yang sebenar juga dapat diketahui. Pada masa yang sama, lebih
banyak penyelesaian alternatif boleh dihasilkan.
Ahli-ahli kumpulan pula datang dari pelbagai latar belakang, misalnya ada ahliahli daripada bahagian pemasaran, bahagian operasi, bahagian latihan dan
sebagainya. Ini membolehkan masalah dilihat daripada pelbagai perspektif yang
berbeza.
Penglibatan dalam kumpulan biasanya memberikan kepuasan kepada semua ahli
yang terlibat. Mereka merasa puas hati kerana keputusan yang dibuat adalah
yang telah dicadangkan oleh mereka. Maka, mereka akan menerima keputusan
yang telah dibuat dan komited untuk menyempurnakan pelaksanaannya.

TOPIK 3

3.5.5

PEMBUATAN KEPUTUSAN

59

Kelemahan-kelemahan Pembuatan Keputusan


Berkumpulan

Walaupun pembuatan keputusan secara berkumpulan ada banyak kelebihannya,


ia juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu. Kelemahan yang
paling ketara ialah ia biasanya mengambil masa yang lama. Ini termasuklah
masa yang sesuai untuk bermesyuarat bagi semua ahli kumpulan, masa yang
digunakan untuk perbincangan, masa yang terbazir akibat daripada masalah
atau konflik yang mungkin timbul dalam kumpulan tersebut dan lain-lain.
Di samping itu, terdapat kemungkinan perbincangan tersebut dikuasai oleh
individu-individu tertentu. Ini akan membataskan penglibatan ahli-ahli lain dan
memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat.
Kadang kala, keputusan/objektif kumpulan akan diketepikan oleh kumpulan
tersebut sekiranya objektif yang dicadangkan merupakan objektif peribadi.
Pemikiran secara berkumpulan merupakan satu lagi masalah berkumpulan yang
kerap berlaku semasa bekerja dalam satu kumpulan. Pemikiran merujuk kepada
situasi di mana ahli-ahli panel cuba untuk tidak mencadangkan idea-idea yang
berbeza daripada ahli-ahli kumpulan yang lain kerana pelbagai sebab, mungkin
demi mengekalkan persahabatan, untuk mengelakkan konflik, bimbang
dipulaukan oleh orang lain dan sebagainya. Akhirnya, perbincangan tidak boleh
dibuat secara rasional dan ini menjejaskan proses pembuatan keputusan.
Semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan-kelebihan dan kelemahankelemahan pembuatan keputusan berkumpulan. Pengurus perlu tahu kelebihankelebihan dan kelemahan-kelemahan sebelum beliau boleh menentukan sama
ada untuk menggunakan pembuatan keputusan berkumpulan atau individu.
Rajah 3.6 meringkaskan semua penerangan di atas.

60 X

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

KELEBIHAN-KELEBIHAN
x

Berkongsi pengalaman dan kemahiran di kalangan ahli kumpulan.

Lebih banyak maklumat, data dan fakta dapat dikumpulkan.

Masalah-masalah boleh dilihat dari pelbagai perspektif.

Meningkatkan penerimaan dan komitmen ahli-ahli terhadap keputusan yang


dibuat.
KELEMAHAN-KELEMAHAN

Memakan masa yang lama.

Perbincangan mungkin dikuasai oleh individu-individu tertentu.

Ahli-ahli perlu berkompromi.

Melibatkan kos yang tinggi sekiranya ramai ahli kumpulan perlu berjumpa
untuk bermesyuarat.

Ahli-ahli tertekan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

Pemikiran secara berkumpulan.


Rajah 3.6: Kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan
pembuatan keputusan berkumpulan

SEMAK KENDIRI 3.6


Bolehkah anda senaraikan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada
kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatan keputusan
berkumpulan?

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

LATIHAN 3.5
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1.

Manakah antara berikut BUKAN sebahagian daripada pembuatan


keputusan rasional?
A.
B.
C.
D.

2.

Apakah langkah pertama dalam membuat keputusan yang rasional?


A.
B.
C.
D.

3.

Mengenal pasti kriteria keputusan


Memperuntukkan pemberat kepada kriteria
Mentakrifkan masalah-masalah
Menjana alternatif-alternatif

Apakah kaedah yang paling berkesan untuk menjana sebanyak idea


yang mungkin?
A.
B.
C.
D.

4.

Proses intuisi
Mentakrifkan masalah
Menilai alternatif-alternatif
Memilih penyelesaian-penyelesaian yang optimum

Analisis individu
Teknik Delphi
Sumbangsaran secara bersemuka
Sumbangsaran secara elektronik

Ia merujuk kepada suatu keadaan di mana ahli-ahli kumpulan cuba


mengelak daripada mencadangkan idea-idea yang berbeza daripada
ahli-ahli kumpulan yang lain.
Keterangan di atas merujuk kepada:
A.
B.
C.
D.

Teknik Delphi
Sumbangsaran
Pemikiran berkumpulan
Teknik kumpulan nominal

61

62 X

5.

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Manakah antara berikut BUKAN suatu keadaan untuk pembuatan


keputusan?
A.
B.
C.
D.

Keadaan kepastian
Keadaan ketidakpastian
Keadaan separa berisiko
Keadaan berisiko

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)


1.

Terdapat dua jenis persekitaran dalam pembuatan keputusan iaitu


keadaan kepastian dan keadaan ketidakpastian.

2.

Kriteria keputusan adalah ciri-ciri atau unsur-unsur yang akan


diambil kira semasa membuat keputusan.

3.

Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan yang rasional


adalah menjana alternatif sebanyak yang mungkin.

4.

Pemikiran berkumpulan merupakan salah satu kelebihan pembuatan


keputusan secara berkumpulan.

5.

Sumbangsaran, teknik kumpulan nominal dan teknik Delphi adalah


kaedah-kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan.

Soalan Kes: Pembuatan Keputusan

1.

Apakah yang sedang berlaku dalam senario di atas?

2.

Apakah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

TOPIK 3

PEMBUATAN KEPUTUSAN

63

Dalam topik ini, kita telah mempelajari bahawa pembuatan keputusan terdiri
daripada tiga jenis persekitaran  dalam keadaan kepastian, keadaan
ketidakpastian dan keadaan berisiko.

Pembuatan keputusan dalam sesuatu situasi adalah ditentukan oleh


kecukupan maklumat yang diperoleh dalam proses pembuatan keputusan.

Turut dibincangkan ialah proses-proses pembuatan keputusan rasional yang


merangkumi langkah-langkah berikut: pertama, mentakrifkan masalah;
kedua, mengenal pasti kriteria keputusan; ketiga, memperuntukkan
pemberat kepada setiap kriteria; keempat, menjana penyelesaian alternatif;
kelima, menilai setiap alternatif; dan keenam, memilih keputusan yang
optimum.

Namun demikian, pembuatan keputusan yang rasional dihadkan oleh


batasan-batasan tertentu seperti kerasionalan terbatas, kesilapan umum dan
pembuatan keputusan dalam persekitaran yang berisiko.

Meskipun begitu, pembuatan keputusan masih boleh diperbaiki dengan


beberapa kaedah.

Pertamanya, membuat keputusan dengan menggunakan peraturan dan ujian


yang khusus seperti peraturan keutamaan, peraturan syarat minimum dan
menjalankan pelbagai ujian pemboleh ubah dan kedua, membuat keputusan
secara berkumpulan.

Terdapat beberapa kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan iaitu


sumbangsaran, teknik kumpulan nominal dan teknik Delphi.

Walaupun pembuatan keputusan secara berkumpulan mempunyai banyak


kelebihannya, ia juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu.

Pemikiran berkumpulan

Sumbangsaran

Peraturan syarat minimum

Teknik Delphi

Peraturan keutamaan

Teknik kumpulan nominal

Anda mungkin juga menyukai