Anda di halaman 1dari 6

Menyanggah Syi’ah: Peristiwa Pembunuhan Malik Bin Nuwairah

Oleh Ustaz Ahmad Nasim Abd Rauf

Dipetik dari www.darulkautsar.net


 

Di antara peristiwa sejarah yang sering ditimbulkan oleh golongan Syi’ah untuk memburukkan sahabat-
sahabat r.a. serta mengelirukan Ahlus Sunnah ialah kisah kononnya Khalid bin al-Walid telah membunuh
Malik bin Nuwairah dalam keadaan Islam kemudian berzina dengan isterinya. Kesannya bukan hanya
Khalid yang diburuk-burukkan oleh Syi’ah tetapi Sayyidina Abu Bakar r.a. yang memegang jawatan
khalifah pada ketika itu turut menerima nasib yang sama.
 
Namun begitu apakah benar segalanya sebagaimana yang diwar-warkan oleh mereka itu atau setakat
manakah yang menepati kebenaran dan manakah yang merupakan tambahan fitnah golongan pembenci
sahabat Nabi s.a.w. ini.
 
Untuk mendapatkan gambaran sebenar peristiwa tersebut maka semestinya kita semua meneliti semula
lembaran sejarah yang terpahat di dalam catatan ulama silam. Kalau diteliti kepada riwayat-riwayat
berkenaan peristiwa ini di dalam kitab-kitab sejarah maka akan ditemui percanggahan antara satu sama
lain. Tetapi bagi golongan Ahl as-Sunnah Wa al-Jamaah yang meletakkan kepercayaan dan sangka baik
kepada golongan sahabat r.a. kerana berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah akan menjadikan riwayat-
riwayat yang menyebut baik tentang mereka dan mengenepikan yang sebaliknya. Namun begitu bagi
golongan yang busuk hatinya kerana berminat terhadap perkara-perkara yang busuk dan sentiasa
menjadikan keutamaan mereka adalah bencikan golongan sahabat r.a. (iaitu golongan Syi’ah), riwayat-
riwayat yang menampakkan kekurangan dan kerendahan sahabat akan menjadi santapan serta hidangan
lazat mereka walaupun riwayat tersebut tersangat lemah dan langsung tidak boleh dijadikan sandaran.
 
 
Masalah Pertama Yang Ditimbulkan Syiah Daripada Peristiwa Ini.
 
Di antara masalah yang ditimbulkan oleh Syi’ah berkenaan peristiwa ini ialah mengapa Khalid bin al-
Walid r.a. membunuh Malik bin Nuwairah sedangkan dia masih memeluk agama Islam. Untuk mengetahui
perkara sebenar berkenaannya maka terlebih dahulu mestilah kita mengetahui beberapa fakta sejarah
berkenaan latar belakang peristiwa pembunuhan Malik bin Nuwairah. Di antaranya ialah:
 
Pertama: Pembunuhan Malik bin Nuwairah adalah disebabkan oleh salah faham di antara Khalid dengan
penjaga tawanan. Salah faham tersebut berlaku kerana perbezaan makna yang terdapat pada perkataan
‘adfiuu’ ( ‫ )ادفئوا‬yang digunakan oleh Khalid di dalam arahannya kepada Dhirar bin al-Azwar di mana
Khalid bermaksud supaya Dhirar memberikan sesuatu pakaian atau kain untuk memanaskan tawanan tetapi
Dhirar memahaminya berdasarkan bahasa Bani Kinanah yang memberi makna membunuh. Di antara
riwayat tersebut ialah:
 
Q‫اموا‬QQ‫وا وأق‬QQ‫هد أنهم أذن‬QQ‫ان ممن ش‬QQ‫ وك‬،‫ وكان في السرية أبو قتادة األنصاري‬،‫فجاءت السرية حي مالك‬
‫ان لغة‬QQ‫ " وك‬Q‫راكم‬QQ‫وا أس‬QQ‫ادي " ادفئ‬QQ‫ا ً ين‬Q‫ خالد منادي‬Q‫أمر‬QQ‫ ف‬،‫ فقبض عليهم خالد وكانت ليلة باردة‬،‫وصلوا‬
‫مع خالد الواعية‬QQ‫ وس‬،ً‫ا‬Q‫ مالك‬Q‫رار بن األزور‬QQ‫ فقتل ض‬،‫وه‬QQ‫ون اقتل‬QQ‫ الرجل " يعن‬Q‫وا‬QQ‫الوا " ادفئ‬QQ‫كنانة إذا ق‬
‫ إذا أراد هللا أمراً أصابه‬:‫ فقال‬،‫فخرج وقد فرغوا منهم‬
 
Lalu tentera itu (Khalid) sampai ke perkampungan Malik. Abu Qatadah al-Ansari r.a. turut sama dengan
tentera tersebut dan ia di antara orang yang bersaksi bahawa mereka (Malik dan tenteranya) azan, iqamat
dan bersembahyang. Lalu Khalid menahan mereka (untuk membuat keputusan keesokannya) dan pada
malam itu cuaca bersangatan sejuk. Maka Khalid memerintahkan supaya penyeru berseru ‘ Q‫’ادفئوا أسراكم‬
dengan maksud supaya memanaskan mereka (dengan memberikan kain dan sebagainya) sedangkan di
dalam bahasa Bani Kinanah bila mereka kata ‘ ‫ الرجل‬Q‫ ’ادفئوا‬mereka maksudkan supaya membunuhnya.
Maka Dhirar pun membunuh Malik dan Khalid mendengar teriakan lalu keluar dan mereka telahpun selesai
membunuh mereka (tawanan-tawanan). Kerana itu Khalid hanya mampu berkata: “Apa yang telah
ditakdirkan, pasti berlaku”.1
 
Kisah ini juga dikemukakan oleh pengarang-pengarang kitab sejarah yang lain dengan sedikit perbezaan
antara mereka. Umpamanya Imam at-Thabari menukilkan riwayat bahawa setelah angkatan tentera Khalid
bin al-Walid berselisih pendapat tentang islamnya Malik bin Nuwairah bersama rakan-rakannya maka
Khalid telah menangguhkan untuk membuat keputusan pada keesokan harinya dan beliau memerintahkan
supaya Malik bin Nuwairah dan rakan-rakannya ditahan pada malam itu. Kebetulan cuaca pada malam itu
terlalu sejuk. Kerana itu Khalid terfikir tentang orang-orang tawanan tersebut dan memerintahkan kepada
penjaga- penjaga dengan kata-katanya “adfiuu asraakum”. Menurut bahasa ayat ini bererti perintah supaya
penjaga-penjaga tawanan itu memberikan pakaian dan seumpamanya untuk menghilangkan kesejukan
orang-orang tawanan itu. Tetapi penjaga-penjaga memahami ayat Khalid itu berlainan daripada yang
dikehendaki oleh Khalid, iaitu mereka memahami perkataan “adfiuu” itu menurut bahasa Bani Kinanah
yang memberi erti membunuh. Setelah itu kedengaranlah teriakan dan tempikan. Maka Khalid pun
bertanya: “Apa yang berlaku?” Setelah beliau mendapat tahu bahawa orang tawanan dibunuh, beliau berasa
amat kesal di atas kejadian yang berlaku itu. Walaubagaimanapun beliau hanya berkata: “Apa yang telah
ditakdirkan, pasti berlaku”.2 

Di dalam setengah riwayat terdapat perbezaan pada perkataan yang digunakan oleh Khalid ketika
menyuruh penjaga-penjaga tawanan supaya menutup atau menyelimuti tawanan supaya mereka tidak
kesejukan iaitu perkataan ‘idfinu’ ( ‫)ادفنوا‬. Yang dimaksudkan oleh Khalid ialah sebagaimana makna di atas
tetapi penjaga-penjaga tawanan tersilap faham dengan menyangka bahawa Khalid memerintahkan mereka
supaya menguburkan iaitu membunuh tawanan-tawanan tersebut.3 

Kedua: Pembunuhan Malik bin Nuwairah berlaku setelah Khalid bin al-Walid memastikan bahawa Malik
sememangnya telah murtad. Ini dilakukan oleh Khalid dengan cara memanggil Malik bin Nuwairah sendiri
dan bercakap dengannya. Di antara dialog mereka berdua ialah:
 
‫ يزعم‬Q‫وقال له كيف ترتد عن اإلسالم وتمنع الزكاة ألم تعلم أن الزكاة قرينة الصالة فقال كان صاحبكم‬
‫ اضرب عنقه‬Q‫ يا ضرارا‬Q‫ذلك فقال له هو صاحبنا وليس هو بصاحبك‬
 

1
Fawaat al-Wafayaat jil. 3 hal. 23
2
Ath-Thabari  jil. 2 hal. 502, Al-Bidayah wa an-Nihayah jil. 6 hal. 354, Tarikh Ibnu Khaldun jil. 2 hal. 73, Al-
Isabah fi Tamyiz as-Sahabah jil. 5 hal. 754
3
As-Sirah al-Halabiyyah fi Sirah al-Amin Wa al-Ma’mun jil. 3 hal. 212
Bermaksud: Dan ia (Khalid) berkata kepadanya: “Mengapa engkau (Malik) murtad daripada Islam dan
menegah daripada pembayaran zakat? Bukankah engkau mengetahui bahawa zakat mempunyai
pertaliannya dengan sembahyang”? Lalu dia (Malik) menjawab: “Sesungguhnya sahabatmu (Rasulullah
s.a.w.) yang mendakwa sedemikian”. Maka Khalid berkata kepadanya: “Dia adalah sahabat kami dan
bukan sahabatmu”. Wahai Dhirar! Penggallah lehernya”.4
 
Di dalam riwayat yang lain terdapat sedikit perbezaan. Imam at-Thabari menukilkan perbincangan antara
keduanya di mana Malik berkata: “Pada pendapat saya sahabatmu berkata begini……,begini……..”.
“Sahabatmu” yang dimaksudkan di dalam kata-kata Malik bin an-Nuawairah ialah Rasulullah s.a.w. Maka
Khalid Bin Walid bertanya Malik: “Adakah kamu tidak menganggap baginda sebagai sahabatmu juga?”.
Setelah itu Khalid memutuskan supaya dipancung Malik bin Nuwairah dan rakan-rakannya. 5
 
Ketiga: Pembunuhan berlaku setelah Khalid yakin bahawa Malik sudah tidak Islam lagi bila ia enggan
mengeluarkan zakat. Ahli-ahli sejarah menukilkan tentang keengganan golongan murtad ini untuk
mengeluarkan zakat termasuklah Malik bin Nuwairah. Di antara mereka Ibnu Khallikan yang menukilkan
di dalam kitabnya bahawa Khalid bin al-Walid dan Malik bin Nuwairah berbincang dengan panjang lebar.
Di dalam perbincangan itu Malik berkata: “Aku bersembahyang tetapi tidak mahu mengeluarkan zakat”.
Maka Khalid berkata kepadanya: “Adakah engkau tidak tahu bahawa sembahyang dan zakat kedua-duanya
fardhu dan tidak diterima salah satu dari keduanya tanpa yang satu lagi?” Malik bin Nuwairah pun berkata
dengan mengisyaratkan kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: “Sahabatmu berkata begini………
begini……….”. Daripada kata-kata Malik itu, Khalid yakin bahawa Malik tidak Islam lagi. Kerana itu
Khalid bertanya Malik, “Adakah engkau tidak menganggapnya sahabatmu juga?” Dan Khalid bin Walid
berkata: “Aku akan memenggal kepala engkau”. Kemudian pertikaian di antara mereka berdua menjadi
semakin hebat. Malik bin Nuwairah berkali-kali menyebutkan “Sahabatmu….sahabatmu….”. Akhir sekali
Khalid bin Walid memutuskan Malik bin Nuwairah dibunuh.6
 
Keempat: Yaaqut al-Hamawi telah mengemukakan kisah yang agak berbeza dari apa yang dikemukakan di
atas ketika ia menukilkan bahawa angkatan tentera Khalid yang dipimpin oleh Dhirar bin al-Azwar
bertempur dengan angkatan tentera Malik bin Nuwairah. Di dalam pertempuran itu Dhirar telah membunuh
Malik”.7
 
Kelima: Muhammad bin Syakir mengemukakan pendapatnya dengan berkata:
 
‫ وهللا‬:‫ر‬QQ‫ال له عم‬QQ‫ا ً لما أنشد عمر مراثيه في مالك ق‬QQ‫داً أن متمم‬QQ‫ات مرت‬QQ‫ا ً م‬QQ‫ومما يؤيد خالد وأن مالك‬
‫ات على ما‬QQ‫ لو أن أخي م‬:‫ال متمم‬QQ‫ فق‬،‫اك‬QQ‫ أخي زيداً بمثل ما رثيت أخ‬Q‫لوددت أني أحسن الشعر فأرثي‬
‫زاني به‬QQ‫زاني أحد عن أخي بأحسن مما ع‬QQ‫ هللا عنه ما ع‬Q‫ال عمر رضي‬QQ‫ فق‬،‫ه‬QQ‫مات عليه أخوك ما رثيت‬
.‫متمم‬
 
Bermaksud: Di antara perkara yang menyokong Khalid bahawa Malik bin Nuwairah mati dalam keadaan
murtad ialah sesungguhnya Mutammim (saudara Malik bin Nuwairah) telah memperdengarkan syair
ratapannya kerana kematian Malik di hadapan Sayyidina ‘Umar r.a. lalu Sayyidina ‘Umar r.a berkata

4
As-Sirah al-Halabiyyah fi Sirah al-Amin Wa al-Ma’mun jil. 3 hal. 212, Usd al-Ghabah jil. 2 hal. 469, Al-
Bidayah wa an-Nihayah jil. 6 hal. 354
5
Tarikh Ibnu Khaldun jil. 2 hal. 73, Tarikh at-Thabari jil. 2 hal. 503.
6
Ibnu Khallikaan Wafayat al-A’yaan jil. 5 hal. 66. Lihat juga al-Mukhtasar fi Akhbar Khair al-Basyar jil. 1 hal.
108. Tarikh Abi al-Fida’ jil. 1 hal. 242, As-Sirah al-Halabiyyah fi Sirah al-Amin Wa al-Ma’mun jil. 3 hal. 212
7
Mu’jam al-Buldaan jil. 1 hal. 661
kepadanya: “Demi Allah! Seandainya aku seorang penyair yang baik, aku juga akan mengucapkan syair
ratapan di atas kematian saudaraku Zaid”. Lalu Mutammim bin Nuwairah berkata: “Sekiranya saudara saya
meninggal dunia sebagaimana saudara tuan (mati dalam keadaan Islam), tentulah saya bersyair
meratapinya”. Lalu Sayyidina ‘Umar r.a. berkata: “Tidak ada seorangpun menyampaikan ucapan takziah
kepadaku kerana kematian saudaraku lebih baik daripada apa yang diucapkan oleh Mutammim”.8 [viii]

Jelas daripada apa yang dikemukakan ini menunjukkan bahawa saudara Malik bin Nuwairah iaitu
Mutammim meratapi Malik kerana ia mati dalam keadaan murtad.

Masalah Kedua Yang Ditimbulkan Syiah Daripada Peristiwa Ini.


 
Masalah kedua yang ditimbulkan Syi’ah berkaitan peristiwa ini ialah mengapa Sayyidina Abu Bakar r.a.
tidak mengenakan hukum had ke atas Khalid bin al-Walid yang telah membunuh Malik bin Nuwairah dan
kabilahnya. ‘Umar dan Ali r.a. mahu supaya Khalid dihukum rejam. Mereka mengemukakan rujukan
antaranya al-Isabah jil. 3 hlm.336.
 
Dengan merujuk kepada kitab-kitab sejarah berdasarkan kepada rujukan yang dikemukakan sebelum ini
jelas bahawa kesilapan bukan datangnya daripada Khalid r.a. tetapi orang lain seperti di dalam fakta
pertama dan berdasarkan fakta-fakta yang lain Khalid r.a. tidak bersalah di dalam tindakannya. Tetapi
sekiranya kita menerima bahawa kesilapan memang terletak di atas bahu Khalid maka Abu Bakar r.a.
mempunyai alasan mengapa dia tidak menjatuhkan hukuman terhadap Khalid r.a. Di antara alasan yang
dikemukakan oleh Abu Bakar r.a. di dalam dialognya dengan ‘Umar r.a. ialah:
 
 
‫ فإِنه قد‬:‫ال‬QQ‫ ق‬Q.‫أ‬QQ‫أول فأخط‬QQ‫ه؛ فإِنه ت‬QQ‫ ما كنت أرجم‬:‫ال‬QQ‫ ق‬،‫ إِن خالداً قد زنى فارجمه‬:‫قال عمر ألبي بكر‬
‫له هللا‬QQ‫يفا ً س‬QQ‫ال ما كنت أغمد س‬QQ‫ ق‬،‫ه‬QQ‫ال فاعزل‬QQ‫ ق‬Q.‫أ‬QQ‫ ما كنت أقتله فإِنه تأول فأخط‬:‫ قال‬،‫قتل مسلما ً فاقتله‬
.‫عليهم‬
 
‘Umar r.a. berkata kepada Abu Bakar r.a.: “Sesungguhnya Khalid telah berzina maka rejamlah dia”. Abu
Bakar r.a. menjawab: “Aku tidak akan merejamnya kerana dia telah mentakwilkan tetapi dia tersilap”.
‘Umar berkata lagi: “Sesungguhnya dia telah membunuh seorang muslim maka bunuhlah dia”. Abu Bakar
menjawab: “Aku tidak akan membunuhnya kerana dia telah mentakwilkan tetapi dia tersilap”. ‘Umar r.a.
berkata lagi: “Pecatlah dia”. Abu Bakar r.a. menjawab: “Aku tidak akan menyarungkan pedang yang telah
dihunuskan oleh Allah terhadap mereka (orang-orang kafir)”.9
 
Begitu juga di dalam riwayat-riwayat yang lain alasan yang diberikan oleh Sayyidina Abu Bakar r.a.
hampir sama dengan riwayat di atas. Alasan yang diberikan oleh beliau mempunyai asasnya kerana berlaku
peristiwa yang hampir sama kepada Khalid r.a. ketika Rasulullah s.a.w. menghantarkan beliau kepada Bani
Jazimah sebagaimana yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya:
 

8
Fawaat al-Wafayaat jil. 3 hal. 23. Syair dan kisah dialog antara Sayyidina ‘Umar r.a. dan Mutammim
tersebut dinukilkan oleh Abu Bakr Ahmad bin Marwan ad-Dinwari melalui beberapa sanad di dalam kitabnya
Al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm jil. 7 hal. 226, jil. 5 hal. 188 dan jil. 3 hal. 72. Riwayat yang sama juga
terdapat di dalam kitab Bulugh al-Arab jil. 2 hal. 172
9
Al-Mukhtasar fi Akhbar Khair al-Basyar jil. 1 hal. 108. Tarikh Abi al-Fida’ jil. 1 hal. 242, Al-Isabah fi Tamyiz
as-Sahabah jil. 5 hal. 754, Tarikh Ibnu Khaldun jil. 2 hal. 73
‫نُوا أَ ْن‬Q‫ ةَ فَلَ ْم يُحْ ِس‬Q‫ ِد إِلَى بَنِي َج ِذي َم‬Q‫ َد ْبنَ ْال َولِي‬Qِ‫لَّ َم خَال‬Q‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس‬ َ ‫ث النَّبِ ُّي‬ َ َ‫ع َْن َسالِ ٍم ع َْن أَبِي ِه ق‬
َ ‫ال بَ َع‬
ٍ Q‫يرهُ فَأ َ َم َر ُك َّل َر ُج‬
‫ل‬Q َ ‫ر َو َدفَ َع إِلَى ُكلِّ َرج ٍُل ِمنَّا أَ ِس‬Qُ ‫صبَأْنَا فَ َج َع َل خَالِ ٌد يَ ْقتُ ُل َويَأْ ِس‬ َ ‫صبَأْنَا‬ َ ‫يَقُولُوا أَ ْسلَ ْمنَا فَقَالُوا‬
‫ك لِلنَّبِ ِّي‬ َ Q‫ َحابِي أَ ِس‬Q‫ص‬
َ Qِ‫ َذل‬Q‫ َذكَرْ نَا‬Qَ‫يرهُ ف‬ ْ َ‫ ٌل ِم ْن أ‬Q‫ ُل َر ُج‬Qُ‫ َواَل يَ ْقت‬Q‫يري‬ ِ Q‫ ُل أَ ِس‬Qُ‫ت َوهَّللا ِ اَل أَ ْقت‬ ُ ‫ِمنَّا أَ ْن يَ ْقتُ َل أَ ِسي َرهُ فَقُ ْل‬
َ ‫ال اللَّهُ َّم إِنِّي أَ ْب َرأُ إِلَ ْيكَ ِم َّما‬
‫صنَ َع خَالِ ُد بْنُ ْال َولِي ِد َم َّرتَي ِْن‬ َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فَق‬َ
 
 
Daripada Ibnu ‘Umar r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. menghantar Khalid bin al-Walid kepada Bani
ْ َ‫ )أ‬iaitu kami telah memeluk Islam tetapi mereka
Jazimah maka mereka tidak pandai menyebut ( ‫سلَ ْمنَا‬
menyebut (‫صبَأْنَا‬
َ ‫صبَأْنَا‬
َ ) bermaksud kami telah tinggal agama kepada agama yang lain Khalid pun mula
membunuh dan menawan lalu memberikan kepada setiap orang daripada kami tawanannya dengan
memerintahkan setiap orang daripada kami supaya membunuh tawanannya. Aku berkata: “Demi Allah!
Aku tidak akan membunuh tawananku dan tidak boleh seorangpun dari sahabatku membunuh
tawanannya”. Maka kami pun menyebutkan perkara ini kepada Nabi s.a.w. maka Baginda pun berkata: “Ya
Allah! Sesungguhnya aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang oleh Khalid bin al-Walid” sebanyak
dua kali”.10
 
Di dalam peristiwa ini walaupun Rasulullah s.a.w. tidak menyenangi apa yang dilakukan oleh Khalid
namun begitu Baginda tidak memecat atau menghukumnya di atas kesilapan yang dilakukan olehnya.
 
Sehubungan dengan peristiwa ini tidak pula dikemukakan di dalam mana-mana kitab sejarah bahawa
Sayyidina Ali r.a. turut sama mendesak supaya Abu Bakar r.a. supaya menghukum Khalid r.a.
 
 
Masalah Ketiga Yang Ditimbulkan Syiah Daripada Peristiwa Ini.
 
Masalah ketiga berkaitan peristiwa ini ialah berkenaan kononnya Khalid telah berzina dengan isteri Malik
iaitu Ummu Tamim binti al-Minhal atau berkahwin sebelum habis eddahnya.
 
Berlaku percanggahan di dalam riwayat-riwayat sejarah berkenaan perkara ini. Namun begitu kebanyakan
kitab sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Khalid telah berkahwin dengan Ummu Tamim 11 dan
sebahagiannya dengan jelas mengatakan bahawa ia berlaku setelah selesai eddahnya. 12
 
Di antara sejarawan yang mengatakan bahawa beliau berkahwin dengan Ummu Tamim ialah Ibnu Kathir.
Selepas mengemukakan kisah yang telah berlaku beliau berkata:
 
‫ فلما حلت بني بها‬،‫ وكانت جميلة‬،‫ وهي أم تميم ابنة المنهال‬،‫واصطفى خالد امرأة مالك بن نويرة‬
 
Dan Khalid telah memilih isteri Malik bin Nuwairah iaitu Ummu Tamim binti Minhal. Ia adalah seorang
yang cantik. Setelah habis eddahnya maka Khalid tinggal bersama dengannnya. 13

10
Sahih al-Bukhari Bab Jika Pemerintah Memutuskan Dengan Zalim Ataupun Dengan Keputusan Yang
Berjanggah Dengan Keputusan Ahli Ilmu Maka Keputusan Hakim Itu Ditolak. Kisah ini juga terdapat di
dalam kitab-kitab hadith dan sejarah yang lain.
11
Antaranya ialah al-Isabah jil. 5 hal. 754, Fawaat al-Wafayaat jil. 3 hal. 23.
12
Antaranya ialah al-Mukhtasar fi Akhbar Khair al-Basyar jil. 1 hal. 108, Tarikh Abi al-Fida’ jil. 1 hal. 242,
Tarikh ath-Thabari jil. 2 hal. 253
13
Al-Bidayah wa an-Nihayah jil. 6 hal. 354
 
Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut maka dapat disimpulkan bahawa sekiranya terdapat riwayat yang
mengatakan Khalid telah berzina dengan Ummu Tamim atau berkahwin dan bersama dengannya sebelum
tamat eddahnya maka ianya berlaku disebabkan kekeliruan yang mungkin timbul daripada sebahagian
perawi.
 

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1914

Anda mungkin juga menyukai