Anda di halaman 1dari 8

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

Kemahiran 3 M : kemahiran membaca - membaca maklumat dan latihan & mencari bahan-bahan pembelajaran untuk melakukan ulangkaji. kemahiran menulis - untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan. kemahiran mengira - penting bagi mata pelajaran yang melibatkan kira-kira tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka. PEMBELAJARAN ASAS Kemahiran pengurusan diri : keupayaan menguruskan diri sendiri (membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air. supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Aspek dalam kemahiran sosial -kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, menyelesaikan masalah. Tujuan pentaksiran - mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan.

Kemahir an sosial

Kemahiran Tingkah Laku

melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.

Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.

Menguasai penggunaan lambang-lambang pertuturan untuk berkomunikasi

Kemahiran bahasa
Memerlukan pemahaman simbol dan maksud perkataan untuk mengintrepetasikan maklumat dan idea.

Keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara asas Matematik seperti nombor dan operasi mudah

Kemahira n matemati k

Penting dalam membantu dalam pelajaran dan aktiviti seharian

BIODATA MURID

Nama Murid Tarikh Lahir Jantina Umur Sijil Lahir Alamat

: : : : : :

Luqman Hakim bin Kiroman 26 Oktober 1997 Lelaki 11 tahun AF 88379 552, Jalan 2/8 Taman Suria 2 Jitra, Kedah

Jenis Masalah

Slow Learner and Mild Mental Retardation

LAPORAN PENTAKSIRAN DAN PEMERHATIAN Saya telah menjalankan pentaksiran menggunakan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik ke atas Luqman yang mempunyai masalah slow learner dan mild retardation. Kemahiran Bahasa Melayu Saya melakukan tiga jenis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu iaitu 1) membaca perkataan KVK dan KVKVK, 2) padanan gambar dan perkataan serta 3) menulis suku kata akhir. Berdasarkan pentaksiran Bahasa Melayu yang dibuat, saya mendapati bahawa dia mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Ujian pertama iaitu membaca perkataan KVK dan KVKVK menunjukkan, dia dapat membaca perkataan KVK dengan lancar. Namun, beliau mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan KVKVK dan perkataan yang mempunyai lebih dari satu suku kata. Ujian kedua iaitu padanan gambar dan perkataan pula memberi hasil yang baik. Dia mampu mengenal dan memadankan gambar dengan perkataan satu suku kata. Hasil ujian ketiga iaitu menulis suku kata akhir, dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyai masalah dalam menulis saiz dan orientasi huruf yang betul. Kemahiran Matematik Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik pula ialah 1) perbandingan, 2) susunan nombor, dan 3) penambahan. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik pula adalah berbeza dengan hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan, dia mengenal dan mampu membezakan bentuk dengan betul. Ujian kedua pula iaitu susunan nombor menampakkan sedikit kelemahan dirinya. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan yang ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh menulis nombor mengikut susunan tetapi tidak dapat menulis nombor secara perkataan. Ujian

penambahan pula memerlukan dia masa yang agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah apabila melibatkan dua tempat nombor. Kemahiran Sosial Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran sosial dan tingkah laku murid tersebut. Saya mendapati bahawa Luqman merupakan seorang murid yang mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan. Hal ini digambarkan apabila dia mampu bermain, bergaul, berbual dan berinteraksi dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika ditanya dan memberi pandangan apabila perlu. Namun, beliau mengambil masa untuk mesra dengan sesiapa yang baru dikenalinya. Kemahiran Tingkah Laku Pemerhatian terhadap tingkah laku dia pula memberi gambaran kepada saya bahawa Luqman merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan yang sukar dijangka. Dia boleh menjadi seorang yang periang, suka bermain dan suka bercakap tetapi kadangkala dia menjadi seorang yang pendiam, menyendiri dan lebih suka memerhati.

Refleksi Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Luqman. Pertama, merujuk hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu, dia mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu suku kata. Oleh yang demikian, guru boleh mendedahkan Luqman dengan lebih kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, kad bergambar, bercerita dan sebagainya. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan kata dan kemahiran membacanya. Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan orientasi tulisannya. Di sini, guru boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul dengan cara menyuruh dia menulis mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh melukis kotak atau garisan yang saiznya sesuai dengan huruf. Contohnya, kotak ini atau garis ini . Berkenaan dengan orientasi tulisannya pula, guru seharusnya memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis. Sekiranya kedudukan badan, pensil atau kertas dalam keadaan yang salah seperti senget, guru hendaklah membetulkan kedudukannya. Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik Luqman. Masalah dalam susunan nombor adalah bukan kerana dia tidak mengenal turutan nombor yang betul tetapi dia mempunyai masalah pemahaman dalam mengenal nombor Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, guru seharusnya mendedahkan dia dengan perkataan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana dia mempunyai pemahaman yang kurang dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya guru lebih kerap mengajarnya Matematik dalam Bahasa Inggeris, saya berpendapat Luqman akan dapat menguasainya dengan lebih baik. Untuk membantu Luqman dalam masalah penambahan pula, guru boleh mengajar Luqman pengiraan secara konkrit. Ini bermaksud, guru harus membekalkan Luqman dengan benda maujud seperti batang aiskrim, biji getah, batu, buah-

buahan dan sebagainya untuk pengiraan. Hal ini supaya dia nampak secara jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku. Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan. Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai