Anda di halaman 1dari 55

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] BAB 1: KERTAS CADANGAN PERANCANGAN PROGRAM

INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR.

PROGRAM SUKAN REKREASI PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK PPISMP 3A & 3E TEMPAT: TELUK NIPAH,PULAU PANGKOR, PERAK DARUL RIDZUAN TARIKH: 7- 10 OGOS 2007 ANJURAN: JABATAN MATEMATIK (UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Luar iaitu Sukan Rekreasi ialah salah satu sukatan yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Akademik. Program Sukan Rekreasi ini dianjurkan oleh Jabatan Sains & Matematik serta diwajibkan kepada semua pelajar PPISMP Semester 3 yang mengambil minor mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Program ini akan diadakan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada 7 hingga 10 Ogos 2007. Hal yang demikian adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pengambilan Guru melalui Pusat Perkembangan Kurikulum yang menetapkan kokurikulum agar bakal guru perlu diberi pendedahan Pendidikan Luar. Hal ini penting untuk mengaplikasikan ilmu dan pengalaman serta tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. 2.0 MATLAMAT Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan

pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Sukan Rekreasi untuk membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan luar ini. Pendidikan Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang menggalakkan bakal guru secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui program seperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan di samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa sebagai seorang bakal guru.

3.0 LATAR BELAKANG 2

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

3.1

Bakal

guru

seharusnya

melengkapkan

diri

dengan

pelbagai

ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan luar kerana kehendak kurikulum kini amat menekankan hal yang demikian. 3.2 Bakal guru juga seharusnya diberi pendedahan mengenai aktiviti pendidikan luar serta pengalaman melakukannya supaya dapat diaplikasikan ketika mengajar nanti. 3.3 Guru yang baik seharusnya mempunyai keupayaan berinteraksi dan

melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran luar. Selain itu, melalui program ini bakal guru dapat merasa pengalaman bagaimana mengelolakan sesuatu aktiviti. 4.0 OBJEKTIF Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan (Teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantumembantu dan toleransi dalam kalangan peserta. Melatih bakal guru menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif . Mampu membentuk seorang bakal guru yang fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua keadaan. Memberi kesedaran kepada bakal guru mengenai konsep pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning) yang mana pengalaman yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Memupuk keyakinan diri (Self-Esteem). Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan strategi. 3

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Membentuk dan melatih bakal guru menjadi seorang insan pendidik yang tabah, sabar, kuat semangat dan kental jiwanya. Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. 5.0 CADANGAN 5.1 5.2 5.3 Tarikh yang dirancang ialah Selasa sehingga hari Jumaat. Tempat perlaksanaan ialah di sekitar Kem Rimba Pangkor, Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. (rujuk jadual aktiviti dalam lampiran) 6.0 IMPLIKASI 6.1 6.2 6.3 Program ini melibatkan semua pelajar kelas PPISMP 3A dan PPISMP 3E. Melibatkan pengiring. Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan. beberapa pensyarah yang menjadi pensyarah 7 - 10 Ogos 2007 iaitu pada hari

7.1

JAWATANKUASA PENGURUSAN

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] JAWATANKUASA INDUK Program Sukan & Rekreasi PPISMP Pendidikan Jasmani Akademik Ambilan Julai 2006 Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. PENASIHAT Puan Soriah Binti Abdullah Pengarah IPBMM Tuan Haji Abd Jalil Bin Gani Timbalan Pengarah IPBMM PENGERUSI Puan Aida Binti Abdullah PENYELARAS PROGRAM Encik Shamsul Bahri Bin Ismail KETUA FASILITATOR Encik S. Ganasegaran FASILITATOR Encik Suhaimi Bin Zakaria Encik Mohd Safea Bin Mohamod Cik Noryatimah Binti Osman Encik Nazim Bin Hassan JAWATANKUASA PELAKSANA PENGERUSI Mohd Yasser B. Jamaluddin 5

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

NAIB PENGERUSI Muhamad Raimi B. Yusuf SETIAUSAHA Aimi Hazwani Bt. Abdul Halim BENDAHARI Syaza Yasmin Bt. Ismail KEM KOMANDAN Muhammad Aminnillah B. Mustapha AHLI JAWATANKUASA AJK Peralatan Mohd Syahrul Zaim B. Zahari (K) Muhamad Irzham B. Zakaria Muhammad Adhaa B. Lamry Hasnurfarisha Bt. Hassan Nor Rohaizah Bt. Ahmad AJK Makanan Huzaini B. Amir (K) Mumtazah Bt. Johar Nor Hazana Bt. Yusoff Al-Hafiz B. Sapuan AJK Kerohanian Muhammad Muhaimin B. Mohd Zaki Suhainita Bt. Md Zain AJK Buku Program 6

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Siti Nasuha Bt. Che Shukor Nor Izzati Bt. Rohaimi AJK Hadiah & Cendera hati. Nur Hayati Bt. Mahdzir Arina Bt. Abd Ghani AJK Disiplin & Kebersihan Nur Azira Bt. Azuani AJK Kebajikan & Keselamatan Mohd Zulhilmi B. Mat Rahim AJK Pengangkutan Mohammad B. Che Ros AJK Aktiviti KETUA Muhammad Kamarul Ariffin B. Lokman 1) Perkhemahan

Mohamad Fareez B. Hj. Mazlan Nur Afiqah Bt. Mahat

2)

Orienteering

Ameerul Aswad B. Abd Aziz (Kelas A) Noor Hafizah Bt. Ali (Kelas E) 3) Permainan Tradisional & Senaman Pagi

Muhammad Faris B. Khairuddin 7

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Munira Bt. Ismail 4) Kayak

Mohamad Azhan B. Desa (Kelas A) Md. Azri B. Sidik (Kelas E) 5) Keyakinan & Keselamatan Di Air

Abdul Muhaimin B. Zulkefli 6) Snorkling

Mohd Hanif B. Zainaldin 7) Absiling & Flying Fox

NurZehan Bt. Zakaria 8) Aprisiasi Seni

Nurulain Bt. Hj Joher 9) Malam Kebudayaan

Mohd Safuan B. Abu Bakar Samad Fatin Adila Bt. Jamil

8.O 8.1

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP AJK AJK PERALATAN Bertanggungjawab dan berusaha mendapatkan peralatan yang diminta oleh setiap jawatankuasa. Memastikan kelengkapan peralatan yang diperlukan. 8

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Membantu AJK lain menyediakan bahan atau peralatan yang diperlukan. Memantau penggunaan peralatan yang digunakan oleh AJK lain supaya sentiasa dalam keadaan yang baik serta memuaskan. Memastikan peralatan bersih, dan selamat sebelum dan selepas digunakan. 8.2 AJK PENGANGKUTAN Merancang, mengatur dan menguruskan jadual perjalanan serta hal berkaitan urusan pengangkutan ke sana. Mengisi borang dan membuat surat tempahan bas IPBMM. Meminta pendapat dan gambaran tentang perjalanan daripada individu yang berpengalaman ke sana. Memastikan kelancaran perjalanan ke kem tersebut termasuklah semasa pertukaran pengangkutan. Menguruskan pengangkutan peserta sekiranya diperlukan sepanjang berada di Pulau Pangkor. Memastikan masa dan jadual bertolak dari IPBMM berjalan dengan lancar. Menetapkan waktu untuk pulang ke IPBMM.

8.3

AJK DISIPLIN & KEBERSIHAN Memastikan peserta mematuhi peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan. Memastikan peserta menepati masa sebagaimana yang dijadualkan. Memastikan peserta patuh dan mengikuti setiap arahan yang diberikan. 9

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 8.4 Mengawal pergerakan dan tingkah laku peserta sepanjang program di sana. Mengadakan perhimpunan (Roll Call) pada setiap pagi ataupun waktu tertentu mengikut keperluan aktiviti. Bertanggungjawab memastikan tapak perkhemahan sentiasa berada dalam dalam keadaan bersih, selesa dan selamat. Memastikan peserta tidak membawa barangan yang berbahaya ataupun barangan terlarang. Memastikan peserta tidak melakukan perkara terlarang. Memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang kritikal atau

pergaduhan dalam kalangan peserta. Memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi. AJK KEROHANIAN Memulakan perjalanan dengan bacaan doa. Memastikan perlaksanaan jadual solat berjemaah terutamanya pada waktu maghrib, isyak dan subuh. Mengadakan bacaan yaasin pada malam jumaat. Mengadakan tazkirah selepas solat subuh dan maghrib. Memastikan tempat solat dalam keadaan yang bersih dan teratur.

8.5

AJK MAKANAN Menyediakan senarai menu dalam jadual memasak untuk dimasak oleh kumpulan aktiviti yang bertugas sepanjang perjalanan program. Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan pensyarah. 10

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan. Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan. Membuat jadual tugasan memasak mengikut giliran. Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan dapur. Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Peka terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta seperti sesetengah individu yang mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan. 8.6 AJK HADIAH DAN CENDERA HATI Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini bagi tujuan hadiah. Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin dipertandingkan. Menyediakan cenderahati untuk pensyarah dan peserta sebagai kenangkenangan. 8.7 AJK BUKU PROGRAM Menyediakan buku program. Menyediakan tentatif sepanjang perlaksanaan program.

8.8

AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN Memastikan keselamatan peserta dan kawasan sekitar perkhemahan. Membuat jadual tugasan malam mengikut giliran kumpulan aktiviti. 11

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 8.9 Memastikan jadual tugasan malam dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh setiap kumpulan yang ditugaskan. Bertindak pantas apabila berlaku sebarang kecemasan. Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan peralatannya adalah lengkap. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, serta membuat pemantauan dan kawalan keselamatan. Peka terhadap masalah kesihatan peserta. AJK AKTIVITI Merangka, merancang dan mengurus aktiviti yang hendak dijalankan. Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan. Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab memastikan aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan. Memastikan kelancaran aktiviti.

90 ETIKA PROGRAM SUKAN & REKREASI

Sekiranya berlaku sebarang

kecemasan perlu dilaporkan kepada 12

pensyarah dengan keadaan segera.

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Peserta perlulah mematuhi setiap arahan yang diberikan. Peserta dikehendaki membawa kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Urusetia menyediakan perkhidmatan perubatan sekiranya memerlukan serta pertolongan cemas. Urusetia bagi program ini terdiri daripada para pensyarah dan pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. 10. 0 PERATURAN PERKHEMAHAN Setiap peserta mestilah patuh terhadap semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Menjaga keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Orang luar ataupun pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan. Mengutamakan faktor kesihatan, aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti. Memaklumkan kepada ketua kumpulan, pensyarah, kem komandan atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga mendapat bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Peserta tidak dibenarkan berenang di laut sebelum mendapat keizinan urusetia. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang berbahaya seperti senjata api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang. Peserta dikehendaki memakai pakaian yang sopan, selesa dan sesuai dengan aktiviti yang hendak dijalankan. 13

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Kebersihan tapak perkhemahan, dapur, tandas dan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak. Pergerakan peserta perlulah dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan serta setiap ketua kumpulan bertanggungjawab terhadap disiplin ahli kumpulannya. 11.0 KEPERLUAN PESERTA

Antara keperluan asas yang perlu dibawa oleh setiap peserta ialah : T-Shirt Baju sejuk ( sweater) Track bottom Kasut sukan Selimut Stokin yang bersesuaian Botol air Lampu suluh Kelengkapan peribadi Ubat (jika perlu)

12.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:BIL 1 2 PERKARA Baju Pendidikan Luar Cenderamata KUANTITI 38 orang X RM23 51 orang X RM3 JUMLAH (RM) 874.00 153.00 14

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 3 4 5 Hadiah BBQ Aktiviti Orientering Telur Kentang 6 Tepung Rencam (belanja tak terduga) Jumlah 38 orang X RM3 50.00 114.00 1896.00 RM15 X 9 38 orang X RM15 135.00 570.00

Jadual 1: Perbelanjaan yang dianggarkan * Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM50.00.

130 PENUTUP Semoga apa yang kami rancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat diaplikasikan ilmu dan manfaat secara bersama. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh, 15

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

. (AIMI HAZWANI ABDUL HALIM) Setiausaha, JK Program Sukan & Rekreasi

.................................................. ( EN. SHAMSUL BAHRI ISMAIL) Pensyarah Penasihat, Program Sukan & Rekreasi

LAMPIRAN 1 Senarai nama peserta 1. Abd Muhaimin b Zulkefli 2. Al Hafiz b Sapuan 3. Ameerul Aswad b Abd Aziz 4. Mohamad Azhan b Desa 5. Muhammad Muhaimin b Md Zaki 6. Mohd Syahrul Zaim b Zahari 16

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 7. Mohd Hanif b Zainaldin 8. Mohd Safuan b Abu Bakar Samad 9. Mohd Yasser b Jamaluddin 10. Muhamad b Che Ros 11. Muhamad Irzham b Zakaria 12. Muhammad Adhaa b Lamry 13. Muhammad Faris b Khairuddin 14. Huzaini b Amir 15. Md Azri b Sidik 16. Mohamad Fareez b Hj Mazlan 17. Mohamad Zulhelmi b Mat Rahim 18. Muhamad Raimi b Yusuf 19. Muhammad Aminnillah b Mustapha 20. Muhammad Kamarul Ariffin b Lokman 21. Aimi Hazwani bt Abdul Halim 22. Munira bt Ismail 23. Norhazana bt Yusoff 24. Nur Afiqah bt Mahat 25. Nur Azira bt Azuani 26. Nurulain bt Hj Joher 27. Siti Nasuha bt Che Shukor 28. Arina bt Abdul Ghani 29. Fatin Adila bt Jamil 30. Hasnur Farisha bt Hassan 31. Mumtazah bt Johar 32. Noor Hafizah bt. Ali 33. Nor Izzati bt Rohaimi 34. Nor Rohaizah bt Ahmad 35. Nur Hayati bt Mahdzir 36. NurZehan bt Zakaria 37. Suhainita bt Md Zain 38. Syaza Yasmin bt Ismail 17

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

LAMPIRAN 2 Jadual aktiviti

18

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Jadual 2: Jadual aktiviti Program Perkhemahan Sukan & Rekreasi Pendidikan Jasmani Akademik PPISMP 3A dan 3E LAMPIRAN 3 Senarai kumpulan aktiviti KUMPULAN PITERA 1) Ameerul Aswad B. Abd Aziz (K) 2) Mohd Syahrul Zaim B. Zahari 3) Al Hafiz B. Sapuan 4) Nurulain Bt. Hj Joher 5) Aimi Hazwani Bt. Abdul Halim

19

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] KUMPULAN OAK 1) 2) 3) 4) 5) Muhammad Adhaa B. Lamry (K) Muhamad B. Che Ros Muhamad Irzham B. Zakaria Mohd Yasser B. Jamaluddin Nur Afiqah Bt. Mahat

KUMPULAN ALOVERA 1) Muhammad Faris B. Khairuddin (K) 2) Muhammad Muhaimin B. Mohd Zaki 3) Mohamad Azhan B Desa 4) Munira Bt. Ismail 5) Nur Azira Bt. Azuani

KUMPULAN SPIRULINA 1) Mohd Safuan B. Abu Bakar Samad (K) 2) Mohd Hanif B. Zainaldin 3) Abdul Muhaimin B. Zulkefli 4) Norhazana Bt. Yusoff 5) Siti Nasuha Bt. Che Shukor KUMPULAN JATI 1) Mohamad Fareez B. Hj. Mazlan (K) 2) Muhamad Raimi B. Yusuf 3) Syaza Yasmin Bt. Ismail 20

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 4) Noor Hafizah Bt. Ali 5) Suhainita Bt. Md Zain 6) Nor Rohaizah Bt. Ahmad KUMPULAN REFFLESIA 1) Muhammad Aminnillah B. Mustapha (K) 2) Muhammad Kamarul Ariffin B. Lokman 3) Md. Azri B. Sidik 4) Mumtazah Bt. Johar 5) NurZehan Bt. Zakaria 6) Nur Hayati Bt. Mahdzir

KUMPULAN TEJA 1) Huzaini B. Amir (K) 2) Mohd Zulhilmi B. Mat Rahim 3) Arina Bt. Abd Ghani 4) Nor Izzati Bt. Rohaimi 5) Fatin Adila Bt. Jamil 6) Hasnurfarisha Bt. Hassan

21

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

LAMPIRAN 4 Menu masakan MENU SARAPAN HARI PERTAMA 7.8.2007 Cucur jagung Teh O Nasi Kentang & su-un masak kicap Tempe goring tepung Sup ayam Air Anggur MAKAN TENGAHARI MINUM PETANG MAKAN MALAM

22

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Nasi goreng Cina Milo susu Nasi goreng ikan masin Teh susu KEEMPAT 10.8.2007 Nasi goreng biasa Telur mata kerbau Milo susu Teh susu Nasi Ikan talang masak asam Kubis goreng Telur dadar Buah Lai Air anggur Nasi Ayam goreng Sayur campur Buah Epal Air anggur Pisang goreng Sos cili Teh O Kopi O Cucur udang Sos cili Teh O Nasi Tom Yam campur Ulam(pegag a & kacang botol) Tembikai susu Air anggur Nasi BBQ Air koktel

KEDUA 8.8.2007

KETIGA 9.8.2007

Jadual 3: Menu masakan LAMPIRAN 5 JADUAL TUGASAN IMAM Program Sukan dan Reakreasi PPISMP Bilal : Muhammad Kamarul Ariffin b. Loqman Hari 07.08.07 (Selasa) 08.08.07 Subuh Waktu Maghrib & Isyak Nama Mohamad Mazlan Al Hafiz b. Sapuan 23

Fareez

b.

Hj

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] (Rabu) Maghrib & Isyak Muhammad Zaki 09.07.07 (Khamis) Maghrib & Isyak Huzaini b. Amir 10.07.07 (Jumaat) Subuh Mohd Zulhilmi b. Mat Rahim Subuh Muhammad Khairuddin Faris b. Muhaimin b.

Jadual 4: Jadual tugasan Imam

LAMPIRAN 6

JADUAL BERTUGAS MALAM PROGRAM SUKAN DAN REKREASI 2007 INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA KEM RIMBA PANGKOR, TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR

Masa

12.00 mlm 2.00 pagi

2.00 pagi 4.00 pagi

4.00 pagi 6.00 pagi

KUMPULAN TEJA HARI Ketua : Huzaini b. Amir KUMPULAN ALOVERA

KUMPULAN JATI 24

Ketua : Mohamad Faree

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] PERTAMA ( SELASA ) 7.8.2007 Ketua : Muhammad Faris B. Khairuddin

HARI KEDUA KUMPULAN PITERA ( RABU ) 8.8.2007 Ketua : Ameerul Aswad B. Abd. Aziz

KUMPULAN OAK b. Lamry KUMPULAN JATI

KUMPULAN REFFLES : Aminillah B. Mustapha

Ketua : Muhammad Adhaa Ketua

Muhamm

HARI KETIGA ( KHAMIS ) 9.8.2007

KUMPULAN SPIRULINA Ketua : Mohd Safuan B. Abu Bakar

Ketua : Mohamad Fareez

KUMPULAN ALOVERA B. Khairuddin

Ketua : Muhammad Fa

Jadual 5: Jadual bertugas malam LAMPIRAN 7 Senarai nama kumpulan khemah KUMPULAN 1 MUHAMMAD B. CHE ROSE. ( K ) MOHD SYAHRUL ZAIN B. ZAHARI. MOHD HANIF B. ZAINALDIN. MUHAMMAD IRZHAM B. ZAKARIA. 5. MUHAMMAD FARIS B. KHAIRUDDIN. 1. 2. 3. 4. . KUMPULAN 3 KUMPULAN 4

KUMPULAN 2 1. MUHAMMAD ADHAA B. LAMRY. ( K) 2. AL HAFIZ B. SAPUAN 3. ABDUL MUHAIMIN B. ZULKIFLI 4. MOHD YASSER B. JAMALUDIN 5. MOHD SAFUAN B. ABU BAKAR SAMAD.

25

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

1. 2. 3. 4. 5.

MOHAMAD AZHAN B. DESA.( K ) HUZAINI BIN AMIR. MOHAMAD MUHAIMIN B. ZAKI. AMERUL ASWAD B ABDUL AZIZ. MOHD ZULHILMI BIN MAT RAHIM

1. MD AZRI BIN SIDIK. ( K ) 2. MOHAMAD FAREEZ BIN HJ MAZLAN 3. MOHAMAD RAIMI BIN YUSOF 4. MUHAMMAD AMINNILLAH BIN MUSTHAPA 5. MUHAMMAD KAMARUL ARIFFIN BIN LOKMAN KUMPULAN 6 1. 2. 3. 4. ARINA BT. ABD GHANI.( K ) NUR ZEHAN BT. ZAKARIA. NUR HAYATI BT.MAHADZIR. NOR ROHAIZAH BT. AHMAD.

KUMPULAN 5 1. 2. 3. 4. NUR AZIRA BT. AZUANI.( K ) NOR IZZATI BT. ROHAIMI. AIMI HAZWANI BT. ABD HALIM. SITI NASUHA BT. CHE SHUKOR.

KUMPULAN 7 1. 2. 3. 4. 5. MUNIRA BT. ISMAIL.( K ) NUR AFIQAH BT. MAHAT. NURULAIN BT. HJ JOHER. NOR HAZANA BT. YUSOFF. SYAZA YASMIN BT. ISMAIL.

KUMPULAN 8 1. 2. 3. 4. 5. FATIN ADILA BT. JAMIL.(K ) MUMTAZAH BT. JOHAR. NOOR HAFIZAH BT. ALI. SUHAINITA BT. MD ZAIN. HASNURFARISHA BT. HASSAN.

Jadual 6: Senarai nama kumpulan khemah LAMPIRAN 8 B. PENGURUSAN TAPAK PERKHEMAHAN PPISMP 06/07 TANDAS DEWAN MAKAN

BANGSA L 26

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] D Khem SURAU A B. A CHAL PENGURUS ah M ET ah LL P Alatan P AN U R A I A N PANTAI

Rajah 1: Tapak perkhemahan BAB 2: DOKUMENTASI MENGENAI AKTIVITI 2.0 (a) Dokumentasi Mengenai Aktiviti Fasa Pra-Pelaksanaan Pra-pelaksanaan bagi program ini merangkumi pelaksanaan sebelum hari program yang sebenar. Sebelum hari pelaksanaan Program Perkhemahan Sukan dan Rekreasi Pendidikan Jasmani Akademik ini berlangsung, pihak pengurusan perlulah mempunyai perancangan dan tindakan awal bagi melicinkan dan memastikan sesuatu program itu berjalan dengan lancar apabila program dijalankan kelak. Pra-pelaksanaan merangkumi penyediaan kertas kerja di mana kertas kerja akan disediakan oleh setiausaha program. Kertas kerja bagi program ini perlulah merangkumi tempat, masa dan pihak yang menganjurkan program iaitu butiran program. Selain itu, kertas kerja perlulah disertakan tentang latar belakang program yang akan dilakukan, matlamat serta objektif program. Kandungan kertas kerja juga perlulah mengandungi anggaran perbelanjaan yang diperlukan dalam sesuatu program. Pada fasa pra-pelaksanaan ini juga, beberapa mesyuarat pelaksanaan antara Ahli Jawatankuasa perlu dijalankan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga mesyuarat sebelum masa pelaksanaan. 27

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Mesyuarat Pertama (12 Jualai 2007) Penyediaan dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Penyediaan kertas kerja oleh Setiausaha Program Mesyuarat ini juga membincangkan mengenai bidang tugas ahli Jawatankuasa

Mesyuarat Kedua (15 Julai 2007) Bagi mesyuarat untuk kali kedua, mesyuarat dilakukan untuk pemurniaan kertas kerja program. Pengerusi perlu memastikan semua ahli jawatankuasa mempunyai tugas dan bersedia untuk tindakan susulan supaya perjalanan aktiviti berjalan lancar kelak. Mesyuarat Ketiga (2 Ogos 2007) Mesyuarat akhir sebelum tibanya hari pelaksanaan ialah mengenai pembentangan laporan oleh setiap ahli jawatankuasa. Setiap Ahli Jawatankuasa perlu membentang dan melaporkan setiap perkara atau aktiviti yang akan dijalankan pada hari program. Pra-pelaksanaan juga merangkumi persediaan sebelum tibanya hari aktiviti. Dua atau sehari sebelum hari pelaksanaan program, semua peserta dan setiap Ahli Jawatankuasa Program perlulah memastikan peralatan yang akan digunakan mencukupi dan lengkap untuk digunakan pada hari program. Semua peralatan yang akan digunakan perlu diperiksa dan dibaik pulih jika mengalami kerosakan sebelum digunakan. Peralatan yang akan digunakan akan dikumpulkan di satu tempat agar pengurusan untuk dibawa ke tempat program berjalan dengan lancar.

28

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

b)

Fasa Semasa Pelaksanaan

Hari Pertama (Selasa), 7 Ogos 2007 Para peserta bertolak pergi ke Lumut dari IPBMM pada jam 8.45 pagi dengan menaiki bas institut. Perjalanan dari IPBMM ke Lumut memakan masa lebih kurang 5 jam. Setelah sampai di Jeti Lumut pada jam 2.15 petang, kami menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor pada jam 2.30 petang. Perjalanan dengan feri ke Pulau Pangkor mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Apabila tiba di Jeti Pangkor, sekali lagi kami memindahkan peralatan perkhemahan dan barangbarang. Kali ini kami menaiki bas mini untuk pergi ke tapak perkhemahan iaitu di Kem Rimba Pangkor. Apabila tiba di tapak perkhemahan pada jam 3.30 petang, bermulalah aktiviti-aktiviti yang telah kami rancang sebelum ini. 2.1 Pengurusan perkhemahan

Tarikh : 7 Ogos 2007 Hari : Selasa Masa : 2.00 petang 4.00 petang Semua peserta tiba di tapak perkhemahan pada jam 2.00 petang. Apabila tiba di tapak perkhemahan semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama menguruskan diri masing-masing dan bersolat Zohor dan Asar. Kumpulan kedua menguruskan dapur dan memasak makanan untuk makan malam, manakala kumpulan ketiga pula mendirikan khemah penginapan dan 29

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] khemah alatan serta membersihkan tapak perkhemahan. Khemah-khemah dibina mengikut bentuk ladam kuda dan dibina mengikut jarak ditetapkan dan bersesuaian. Setiap khemah yang dipasang perlulah dipasang mengikut cara dan teknik yang betul agar khemah stabil dan kukuh. Saudara Mohamad Fareez Mazlan selaku AJK Perkhemahan bergerak dari satu khemah ke satu khemah untuk memeriksa khemah agar dipasang dengan baik dan kukuh binaannya lengkap dengan pancangnya. Pada waktu malam pula, setiap kumpulan khemah bekerjasama antara ahli kumpulan khemah masing-masing untuk membina rak kasut masing-masing yang diperbuat daripada buluh dan ranting kayu.

Gambar 1: Para peserta bekerjasama mendirikan khemah masing-masing

30

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

2.2

Keyakinan dan keselamatan di air

Tarikh : 7 Ogos 2007 Hari : Selasa Masa : 5.00 petang 6.00 petang Aktiviti ini terpaksa dimulakan lewat daripada masa sebenarnya iaitu pada jam 6.00 petang kerana para peserta tiba lewat daripada yang dijangkakan ke lokasi perkhemahan. Melalui aktiviti Keyakinan dan keselamatan di air atau water confident ini, kami telah didedahkan dengan teknik-teknik untuk merasa yakin apabila berada di dalam air. Sebelum aktiviti dijalankan, setiap peserta diwajibkan memakai jaket keselamatan dan setiap peserta perlu memastikan rakan-rakan bersebelahan dengannya memakai jaket tersebut dengan betul. Apabila semua kelengkapan telah dipakai, peserta akan masuk ke dalam air laut. Kami diberi keyakinan oleh fasilitator yang terlibat agar yakin dan percaya kepada jaket keselamatan yang dipakai. Para peserta didedahkan dengan kemahiran berenang dan kaedah menyelamat menggunakan tali. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas yang lain seperti kemahiran berkayak dan snorkling. Semua aktiviti ini berakhir pada jam 7.15 petang. Selepas selesai pengurusan diri, solat dan makan malam, pada jam 10.00 malam, bermula aktiviti seterusnya iaitu refleksi. Dalam refleksi pada malam ini, kami telah ditegur oleh para fasilitator mengenai beberapa perkara yang kami abaikan sepanjang hari tersebut terutamanya mengenai makanan dan pembahagian tugas bagi setiap ahli jawatan kuasa. Para fasilitator juga telah memberi kami peluang untuk 31

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] menyuarakan pendapat kami mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang hari pertama. Selepas refleksi, kami diberi masa rehat selama 30 minit. Aktiviti seterusnya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Dalam LDK pada malam ini, kami telah didedahkan tentang teknik-teknik yang perlu digunakan untuk aktiviti orienteering. Kami telah diberikan 2 buah kompas setiap kumpulan dan ditunjukkan cara-cara membaca kompas dengan betul. Kami diberi beberapa latihan agar mahir membaca kompas. Hari Kedua (Rabu), 8 Ogos 2007 2.3 Senaman pagi

Tarikh : 8 Ogos 2007 Hari : Rabu Masa : 6.30 pagi 7.00 pagi Selepas selesai menunaikan solat Subuh, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka kepada pakaian sukan untuk aktiviti senaman pagi. Aktiviti senaman pagi ini diketuai oleh Saudara Muhammad Faris Khairuddin. Senaman pagi dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta berjoging di sepanjang pesisiran pantai.

32

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 2: Senaman pagi Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bergerak untuk bersarapan bersama-sama. Selepas itu para peserta mengemas diri masing-masing dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.

2.4

Orienteering 33

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Tarikh : 8 Ogos 2007 Hari : Rabu Masa : 9.00 pagi 12.00 tengah hari Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara-cara penggunaan kompas dengan betul. Aktiviti ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membaca kompas, menentukan arah dan menentukan bering sesuatu kawasan. Aktiviti ini amat mencabar minda para peserta. Sebelum aktiviti dimulakan, setiap kumpulan dibekalkan dengan enam botol air mineral, enam botol air 100plus, enam biji telur, enam biji kentang, sebungkus tepung gandum, sebungkus kecil gula, sebungkus kecil garam, sebungkus kecil minyak masak dan tiga buah mess tin bagi setiap kumpulan sebagai bekalan dalam aktiviti ini. Di peringkat permulaan, para peserta diberi sampul arahan pertama mengikut kumpulan masing-masing oleh fasilitator. Sampul arahan yang pertama menunjukkan arahan dan bering bagi sampul arahan yang kedua dan seterusnya. Di akhir aktiviti, para peserta dikehendaki menggunakan peralatan dan bahan-bahan yang diberikan untuk memasak sebarang masakan yang bersesuaian. Kebanyakan peserta merebus telur dan kentang, serta membakar roti yang diperbuat daripada tepung gandum. Ada juga kumpulan yang membakar kentang yang diberikan. Hasilnya para peserta boleh menikmati masakan yang telah disediakan oleh kumpulan masing-masing. Selepas selesai aktiviti tersebut, para peserta bergerak kembali ke tapak perkhemahan untuk bersiap sedia bagi aktiviti seterusnya.

34

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 3: Aktiviti orienteering Selepas tiba di tapak perkhemahan, para peserta membersihkan diri, solat Zohor-Asar dan bersiap sedia untuk aktiviti flying fox dan repelling.

35

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] 2.5 Flying fox dan repelling

Tarikh : 8 Ogos 2007 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang 4.00 petang Sebelum aktiviti dimulakan, para peserta diberikan taklimat oleh dua orang ahli Bomba yang terlibat. Beliau telah menunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini. Selain itu, beliau juga telah menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti flying fox dan repelling ini. Selepas taklimat diberi, para peserta bersiap sedia memakai abah-abah (harness) dan sarung tangan. Setelah para peserta telah bersedia, seorang demi seorang peserta dikehendaki mendaki bukit yang curam untuk pergi ke tempat permulaan aktiviti flying fox. Setelah semua peserta selesai menjalankan aktiviti flying fox, kami bergerak ke tapak aktiviti repelling pula. Para peserta dikehendaki bersiap sedia memakai abah-abah (harness) dan sarung tangan untuk tujuan keselamatan. Sebelum memulakan aktiviti ini, sekali lagi para peserta dikehendaki mendaki bukit yang curam untuk ke tempat permulaan repelling. Sebelum menuruni tebing tinggi tersebut secara berpasangan, para peserta diberi taklimat mengenai kaedah-kaedah penurunan yang betul oleh ahli Bomba yang bertugas. Selepas itu, para peserta dilepaskan secara berpasangan untuk menuruni tebing tinggi yang tingginya kira-kira 20 meter. Dalam aktiviti repelling ini, ramai peserta mengalami kecederaan kerana tergelincir dari landasan mereka yang sebenar disebabkan permukaan tebing tinggi tersebut yang tidak rata dan berbahaya. Para peserta juga tidak dibekalkan dengan topi keselamatan. Ramai peserta yang terhantuk kepala mereka dengan tebing tinggi tersebut. Mereka bernasib baik kerana tiada yang tercedera di bahagian kepala.

36

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 4: Aktiviti flying fox

Gambar 5: Aktiviti repelling 37

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Selesai aktiviti tersebut, para peserta kembali ke tapak perkhemahan. Para peserta yang belum menunaikan solat Zohor-Asar melaksanakan tanggungjawab mereka dan para peserta yang lain bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya. 2.6 Aprisiasi seni

Tarikh : 8 Ogos 2007 Hari : Rabu Masa : 5.00 petang 6.00 petang Acara Aprisiasi Seni ini bermula lewat daripada masa yang dirancang iaitu pada jam 6.20 petang kerana aktiviti repelling tamat agak lewat. Dalam acara ini, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dikehendaki membina sebuah binaan arca yang bermakna dan diperbuat daripada pasir. Pemenang dikira daripada bilangan lubang yang berjaya dibina oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa selama 45 minit untuk menyiapkan binaan arca masing-masing. Di akhir acara, didapati pelbagai bentuk binaan arca yang terhasil. Antaranya adalah seperti model kapal terbang, model manusia, binaan kek hari jadi, binaan istana pasir dan sebagainya.

Gambar 6: Model kapal terbang 38

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 7: Model kek hari jadi Apabila tempoh masa yang diberi telah tamat, para hakim melihat satu persatu arca binaan yang dibina untuk memberi markah. Walaupun sepatutnya ketujuh-tujuh kumpulan akan diberi markah, namun begitu, hanya tiga kumpulan terbaik sahaja yang diberi markah. 5 markah bonus akan diberikan kepada kumpulan yang arca binaan kukuh sehingga keesokan hari. Selepas aktiviti ini selesai, para peserta mengurus diri masing-masing untuk bersiap sedia bagi aktiviti seterusnya dan juga untuk solat Maghrib-Isya. Selepas selesai pengurusan diri, solat dan makan malam, pada jam 11.00 malam, bermula aktiviti seterusnya iaitu refleksi. Dalam refleksi pada malam ini, kami telah ditegur oleh para fasilitator mengenai beberapa perkara yang kami abaikan sepanjang hari tersebut terutamanya mengenai makanan dan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Para fasilitator juga telah memberi kami peluang untuk menyuarakan pendapat kami mengenai aktivitiaktiviti yang dijalankan sepanjang hari. Selepas refleksi, kami diberi masa rehat selama 30 minit. Aktiviti yang sepatut dijalankan adalah sesi taklimat untuk aktiviti kayak pada keesokan hari. Tetapi disebabkan para peserta kelihatan terlalu letih, para fasilitator menangguhkan taklimat tersebut kepada keesokan hari. Para peserta diberi kebebasan untuk berehat lebih awal pada malam tersebut. 39

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Hari Ketiga (Khamis), 9 Ogos 2007 Tarikh : 9 Ogos 2007 Hari : Khamis Masa : 6.30 pagi 7.00 pagi Para peserta berkumpul di kawasan lapang tapak perkhemahan untuk menjalankan aktiviti senaman pagi selepas selesai menunaikan solat Subuh. Selepas aktiviti regangan dan memanaskan badan, para peserta melakukan aktiviti tarian pocho-pocho yang diketuai oleh Saudara Huzaini Amir, Saudara Mohd Yasser Jamaluddin dan Saudara Muhamad Raimi Yusuf. Walaupun tidak menggunakan lagu tema yang sebenar, tetapi aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bersarapan bersama-sama dan bersiap sedia untuk taklimat dan aktiviti kayak. 2.7 Kayak

Tarikh : 9 Ogos 2007 Hari : Khamis Masa : 8.00 pagi 1.00 petang Sebelum aktiviti kayak dijalankan, para peserta diberi taklimat mengenai teoriteori berkayak dan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil. Para peserta dinasihati agar dapat bekerjasama dengan pasangan masing-masing agar kayak dapat dikawal dengan baik dan dapat tiba ke destinasi yang dituju. Fasilitator memberi arahan kepada para peserta agar membuat 3 formasi. Selepas taklimat diberi, para peserta bersiap sedia memakai jaket keselamatan dan membawa beberapa botol air sebagai bekalan semasa berkayak. Setelah semua telah bersiap sedia, pada jam 9.00 pagi para peserta 40

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] dilepaskan ke laut bersama kayak masing-masing. Kami terpaksa meredah lautan yang luas dan melepasi 2 teluk yang panjang. Semasa kami meredahi kawasan Teluk Nipah, keadaan air laut ketika itu agak tenang walaupun sering direntasi oleh beberapa buah bot membawa penumpang. Keadaan air di situ agak tenang berkemungkinan ia dilindungi oleh sebuah pulau yang berhadapan dengannya. Kemudian kami sama-sama berhenti di satu kawasan tenang untuk membuat 3 formasi. Walaupun mengambil masa yang agak lama, kami hanya berjaya melakukan 2 formasi sahaja. Kami masing-masing kebuntuan idea untuk melakukan formasi yang ketiga iaitu formasi bulatan. Selepas beberapa tempoh masa yang agak lama masih tidak berjaya melakukan formasi yang terakhir, kami diarahkan untuk meneruskan aktiviti berkayak ini. Kami terpaksa melepasi satu tanjung yang besar dan berbahaya. Keadaan angin dan air di situ sangat deras. Kami perlu berhati-hati agar tidak ditolak ke tanjung tersebut. Apabila melepasi tanjung tersebut, kami terpaksa meredah laut merentasi sebuah lagi teluk yang keadaan air di kawasan tersebut bergelora. Angin di kawasan itu juga sangat kuat memaksa kami mendayung kayak dengan lebih kuat. Jika kami leka seketika, kami mungkin dibawa arus ke tengah lautan. Setelah berada hampir dengan lokasi yang dituju, kami sekali lagi berusaha untuk melakukan formasi yang terakhir yang masih tidak berjaya kami lakukan iaitu formasi bulatan. Namun sehingga ke akhirnya kami masih tidak berjaya melakukannya disebabkan keadaan ombak yang sangat kuat menyebabkan kami masing-masing tidak berani untuk melepaskan kayak-kayak yang lain. Ini menyukarkan kami untuk membuat formasi tersebut. Akhirnya kami diarahkan untuk berkayak ke tepi pantai. Namun sebelum kesemua kayak tiba di daratan, sebuah kayak telah terbalik. Kami tidak dapat melakukan rescue memandangkan ombak yang kuat dan kedudukan kayak yang terbalik tersebut terlalu hampir dengan kawasan pantai. Selepas berehat beberapa minit, kami menyusun kayak-kayak yang telah digunakan ke tempat yang sepatutnya sebelum kami sama-sama menjamah makanan tengah hari yang telah dibungkus dan dibawa bersama semasa berkayak. 41

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 8: Formasi Pertama

Gambar 9: Formasi Kedua 2.8 Snorkling

Tarikh : 9 Ogos 2007 Hari : Khamis 42

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Masa : 2.00 petang 4.00 petang Selepas para peserta selesai menjamah makanan tengah hari, para peserta menaiki bot untuk bergerak ke Pulau Giam untuk menjalankan aktiviti Snorkling. Setelah tiba di Pulau Giam, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti ini dan masing-masing bersiap sedia memakai jaket keselamatan. tiub J dan face mask. Selepas semua peserta telah bersiap sedia dengan peralatan masing-masing, para peserta berenang ke dalam laut dan memasukkan muka masing-masing ke bawah permukaan air laut untuk melihat hidupan akuatik yang terdapat di situ. Terdapat banyak ikan lautan yang cantik dan berwarna-warni. Selepas menikmati keindahan kehidupan marin, para peserta menaiki bot sekali lagi untuk pulang ke tapak perkhemahan. Setelah tiba di tapak perkhemahan, para peserta bergerak untuk mengemaskan diri masing-masing dan membilas jaket keselamatan yang dipakai. Para peserta juga bekerjasama menyiapkan makanan untuk jamuan BBQ yang akan diadakan pada malam kebudayaan. 2.9 Permainan tradisional

Tarikh : 9 Ogos 2007 Hari : Khamis Masa : 5.00 petang 6.00 petang Aktiviti dimulakan lebih awal daripada waktu yang ditetapkan iaitu pada jam 4.30 petang. Permainan tradisional yang dipertandingkan ialah permainan baling selipar. Walaupun dinamakan permainan baling selipar, tetapi alat yang digunakan untuk dilemparkan kepada pemain lawan adalah bola gimnastik. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta diberikan taklimat dan peraturan-peraturan pertandingan oleh penyelaras pertandingan permainan tradisional iaitu Saudara Mohd Faris Khairuddin dan Saudari Munirah Ismail.

43

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 10: Permainan baling selipar yang dipertandingkan Selepas keputusan pertandingan diketahui, para peserta bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib-Isya dan bacaan Yassin. Peserta perempuan pula menyiapkan makanan jamuan BBQ untuk malam kebudayaan.

2.10

Malam kebudayaan

Tarikh : 9 Ogos 2007 Hari : Khamis Masa : 8.00 malam 10.00 malam 44

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Malam kebudayaan dijalankan lewat daripada masa yang telah ditetapkan iaitu jam 10.30 malam kerana memberi laluan kepada bacaan surah Yassin oleh para peserta. Malam kebudayaan dimulakan dengan jamuan BBQ. Pelbagai juadah telah disediakan seperti ayam bakar, ikan kembung bakar, kerang bakar, sotong bakar, udang bakar, ikan cencaru goreng, ikan alu-alu bakar, bihun goreng, kentang goreng, sosej bakar , buah epal, koktel dan air anggur. Selepas jamuan BBQ selesai, acara pentas bermula. Acara malam kebudayaan dipengerusikan oleh Saudara Mohd Zulhilmi Mat Rahim. Pelbagai bentuk persembahan telah dipertandingkan oleh setiap kumpulan antaranya adalah penyampaian puisi tradisional, sketsa, nyanyian, pentomen dan sebagainya. Seramai 3 orang pensyarah yang ditugaskan untuk menjadi hakim bagi mengadili persembahan pada malam tersebut. Pensyarah-pensyarah yang terlibat ialah Encik Suhaimi Zakaria, Encik Mohd Safea Mohamod, dan Cik Noryatimah Osman. Setelah semua kumpulan mempersembahkan persembahan masingmasing, beberapa orang pensyarah memberikan persembahan masing-masing seperti Encik Mohd Safea Mohamod dan Encik S. Ganasegaran. Selepas semua persembahan berakhir, acara penyampaian cenderamata dan hadiah dijalankan. Semua peserta, pensyarah dan fasilitator menerima cenderamata. Kemudian, setiap kumpulan diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menyertai semua pertandingan yang dipertandingkan. Akhirnya, keputusan pemenang untuk semua pertandingan diumumkan oleh pengerusi majlis dan pemenang utama diberikan hadiah iaitu Kumpulan Spirulina.

45

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

Gambar 11: Pentas Malam Kebudayaan Program Sukan dan Rekreasi PPISMP 3A dan PPISMP 3E Selepas selesai upacara malam kebudayaan dan penyampaian cenderamata dan hadiah, bermula aktiviti seterusnya iaitu refleksi. Slot refleksi bermula pada jam 12.30 tengah malam. Dalam refleksi pada malam ini, kami telah ditegur oleh para fasilitator mengenai beberapa perkara. Para fasilitator juga telah memberi kami peluang untuk menyuarakan pendapat kami mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut. Kami juga telah diberi taklimat berkaitan dengan kepulangan kami ke IPBMM semula. Selepas refleksi dan taklimat selesai, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat break camp, meruntuhkan pagar dan pintu gerbang, mengutip sampah di sekeliling tapak perkhemahan, membersihkan dapur, mengemaskan peralatan-peralatan dan mencuci pinggan dan cawan serta peralatan yang digunakan sepanjang jamuan BBQ diadakan.

46

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Hari Keempat (Jumaat), 10 Ogos 2007 Selepas mengemas diri masing-masing serta mengumpulkan peralatan, para peserta bermain bola tampar sebagai aktiviti senaman pagi pada hari terakhir berada di tapak perkhemahan. Selepas itu, para peserta bersarapan bersamasama. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengutip sampah di sekeliling tapak perkhemahan, membuang sampah ke tapak pembuangan sampah, mencuci pinggan dan cawan yang digunakan semasa bersarapan, mencuci tandas dan bilik kolah, menyapu sampah di bangsal tempat makan dan solat, serta beberapa tugas yang lain. Sebelum bergerak pulang, para peserta berkumpul untuk acara penutup. Dalam acara ini, pensyarah memberi kesimpulan terhadap semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berjalan dan memberi teguran dan pujian kepada para peserta terhadap semua perkara yang telah berlaku sepanjang program dilaksanakan.

Gambar 12: Para peserta bersiap sedia untuk bergerak pulang. Para peserta bergerak meninggalkan tapak perkhemahan pada jam 9.30 pagi setelah semua perkara di tapak perkhemahan selesai. 47

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] (c) Fasa Pasca Pelaksanaan Pasca Pelaksanaan ialah pelaksanaan selepas program dijalankan. Selepas program tamat, semua peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat perlu melakukan aktiviti pembersihan dan pemeriksaan peralatan yang telah digunakan. Aktiviti ini dijalankan sehari selepas program berlangsung iaitu pada 11 Ogos 2007 di mana peserta-peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat akan bersama-sama memastikan keadaan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik selepas digunakan. Peralatan yang rosak perlu dibaik pulih semula dan peralatan yang hilang perlu diganti. Proses penggantian barang perlu melibatkan setiap peserta. Khemah-khemah yang digunakan perlu dibasuh dan dibersihkan sebelum disimpan semula di tempat simpanan barang. Penyimpanan barang perlulah lengkap dan barang perlu dipulangkan di setor penyimpanan barang seperti keadaan asal ketika di ambil untuk digunakan sebelum ini.

Gambar Gambar 13: 14: Pembersihan Penyimpanandan peralatan Mesyuarat Penutup (Post Mortem) pemeriksaan masakan peralatan yang dilakukan perkhemahan oleh ahli jawatankuasa oleh peserta. masakan. Mesyuarat penutup adalah termasuk

dalam fasa pasca pelaksanaan. Setelah melalui program yang dirancang sebelum ini, kita akan membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti ataupun refleksi. Kesimpulan ini meliputi setiap aktiviti yang telah dilalui. Dalam mesyuarat ini, 48

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] setiap ahli jawatankuasa akan memberi pendapat dan kesimpulan keseluruhan mengenai bidang tugas yang dipegang oleh setiap ahli jawatankuasa. Setiap ahli jawatankuasa memberi laporan akhir keseluruhan tugasan yang ditugaskan kepada mereka untuk pengetahuan semua peserta program. Terdapat kelemahan dan kebaikan aktiviti telah dibincangkan dalam mesyuarat akhir ini. Setelah semua ahli jawatankuasa terlibat membuat laporan dan dan komen, pengerusi program telah membuat kesimpulan keseluruhan untuk Program Sukan dan Rekreasi ini.

Gambar 15: Pengerusi program, Mohd Yasser membuat kesimpulan dan laporan akhir mengenai keseluruhan program

BAB 3: KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM Sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan mestilah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Bagi Program Sukan dan Rekreasi yang dijalankan di Pulau Pangkor ini, kami telah mengesan beberapa faktor positif dan negatif yang telah mempengaruhi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. KEKUATAN

49

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] (a) Penglibatan pensyarah yang berpengalaman

Ketika kami di Pulau Pangkor, kami telah diiringi oleh beberapa orang pensyarah yang berpengalaman dalam banyak aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar. Semua aktiviti berjalan lancar dan teratur kerana adanya pengawasan yang teliti oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. (b) Kawasan yang bersesuaian dengan aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kawasan atau tempat yang dipilih. Contohnya aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti snorkling. Kawasan untuk aktiviti snorkling telah di tempatkan di satu kawasan khas dan kawasan tersebut telah dijaga khas hanya untuk aktiviti snorkling untuk pelajar-pelajar atau pelancong yang datang ke Pulau Pangkor. (c) Aktiviti yang mencabar

Aktiviti yang disediakan sangat mencabar. Ini dapat melatih dan menguji kekuatan mental dan fizikal para pelajar.

(d)

Memberi pengalaman berkhemahan kepada peserta

Sesetengah pelajar tidak arif dan tidak mengetahui mengenai aktiviti berkhemah ini. Oleh itu, program ini telah mendedahkan pelajar tentang segala aktiviti yang melibatkan perkhemahan. (e) Kesedaran memelihara alam sekitar

50

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Peserta didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan disiplin yang tinggi di mana sikap menjaga kebersihan dan tanggungjawab memelihara alam sekitar telah ditekankan dalam segala aktiviti yang dilakukan. (f) Melatih diri dalam kepimpinan untuk merancang dan melaksanakan

aktiviti Setiap kumpulan yang dibentuk mempunyai ketua yang mengawal ahli kumpulannya yang lain. Sebarang aktiviti yang dijalankan dalam program ini melatih mereka agar bijak dalam merancang sesuatu serta membuat keputusan.

Gambar 16: Kumpulan Jati yang diketua oleh Mohd Fareez

KELEMAHAN

(a)

Kelewatan menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor

Masalah terjadi apabila syarikat feri di Jeti Lumut telah digabungkan menjadi satu syarikat. Sepatutnya aktiviti pemunggahan barang dan mengangkat barang dibantu oleh pekerja-pekerja di situ. Namun, disebabkan pekerja-pekerja di situ sedang menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pihak syarikat yang telah memberhentikan pekerja lain dan pekerja-pekerja telah melakukan mogok untuk 51

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] tidak membuat kerja. Oleh itu, pada hari tersebut, semua peserta telah bekerjasama untuk menaikkan barang ke atas feri. Kebetulan juga pemandu bas yang membawa kami ke jeti tidak menggunakan lebuhraya untuk sampai ke jeti tetapi sebaliknya pemandu bas tersebut menggunakan jalan lain di mana perjalanan mengambil masa yang lebih panjang daripada biasa. Kerja-kerja untuk mengangkat barang juga seharusnya lebih cepat dan teratur. (b) Tiada pembahagian tugas di antara ahli kumpulan

Pembahagian tugas di antara ahli kumpulan tidak dijalankan ketika kami sampai ke tapak perkhemahan. Ada beberapa peserta yang tidak menjalankan tugas dan telah membuat kerja sendiri tanpa mengendahkan tugasan yang sepatutnya mereka lakukan. Pembahagian tugas ini dapat menjimatkan masa dan seterusnya dapat ditampung dengan kelewatan masa kami tiba ketika sampai di Pulau Pangkor. Aktiviti yang akan kami jalankan pada petang itu juga dapat kami jalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan jika pembahagian tugas dijalankan di antara ahli kumpulan.

(c) fox.

Aspek keselamatan tidak lengkap bagi aktiviti rappelling dan flying

Untuk aktiviti ini, peserta haruslah diberi peralatan keselamatan yang lengkap. Kami dapati helmet keselamatan tidak disediakan untuk kedua-dua aktiviti. Penerangan juga tidak diberikan secara menyeluruh. Pada mulanya, sedikit penerangan telah diberikan mengenai alatan flying fox dan cara aktiviti dilakukan, tetapi penerangan mengenai rappelling tidak diberi. Peserta yang tiada pengalaman dalam aktiviti tidak mengetahui cara ketika aktiviti rappelling dilakukan dan apabila mereka melakukan aktiviti rappelling ini, teknik yang digunakan ketika membuat aktiviti adalah salah. 52

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

(d)

Menghadapi masalah dengan bahan mentah yang ditempah di

tempat perkhemahan Pada mulanya sebelum tiba di kem, pihak pengurusan kami telah menghantar faksimili kepada pihak pengurusan di kem untuk membuat tempahan bahan mentah yang akan digunakan ketika program. Namun, setelah sampai di kem, pihak pengurusan kem mengatakan mereka tidak menerima senarai tempahan tersebut. Pada hari pertama sampai, kami terpaksa menggunakan apa yang ada untuk makan malam pada hari itu tanpa mengikut menu yang telah disediakan seperti di dalam jadual.

BAB 4: SARANAN DAN CADANGAN Setiap program yang kita laksanakan, sedikit sebanyak terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan di sana sini. Kelemahan dan kekurangan ini perlu diteliti dan diperbaiki agar kesilapan dan kelemahan tersebut tidak akan berulang lagi apabila program yang seumpamanya dijalankan. Sepanjang Program Sukan dan Rekreasi Pendidikan Jasmani PPISMP 3A dan 3E ini, terdapat beberapa perkara sebagai saranan dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan tersebut tidak kira dari segi keselamatan, makanan, dari segi yang lain. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk diperbaiki di masa hadapan; 53

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR]

(a)

Disiplin dan kebersihan Sampah perlulah dibuang jauh daripada kawasan perkhemahan. Semasa mengemas khemah, setiap ketua kumpulan hendaklah

memastikan tiada barang yang tertinggal dan memastikan segalanya dijalankan secara berkerjasama. (b) Masakan Ketua JK masakan hendaklah memantau peserta yang bertugas dan memaklumkan nama kumpulan yang tidak mengemas dapur kepada kem komandan untuk tindakan seterusnya. Peserta hendaklah menjaga peralatan secara bersama-sama

(c)

Hadiah Cenderahati hendaklah dipastikan cukup untuk setiap peserta. Jika mempunyai peruntukan yang berlebihan, cenderahati bolehlah disediakan lebih sedikit agar tidak timbul masalah cenderahati tidak cukup.

(d)

Kecemasan dan keselamatan Peti kecemasan hendaklah dikawal dengan baik dan jadual bertugas malam perlu dirombak semula. Pensyarah hendaklah memastikan bahagian kayak selamat digunakan dan rescue dibuat di tengah-tengah laut. 54

26 OGOS 2007 [PJ_LAPORAN PL PANGKOR] Ketika aktivitin di air, peserta harus memakai kasut untuk mengelakkan kecederaan tapak kaki. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang diberikan dan setiap peserta yang ingkar hendaklah dikenakan hukuman. Topi keselamatan hendaklah disediakan oleh pihak penganjur dan sepatutnya aktiviti ini memerlukan dua tali yang diikat pada dua pokok yang berlainan untuk tujuan keselamatan. (e) Kerohanian Peserta perempuan yang tidak solat sahaja yang tinggal untuk menguruskan peralatan sementara yang lain berjemaah. Para pensyarah juga disarankan berjemaah Ketika bacaan Yassin, semua perlu ada kecuali kepada pelajar perempuan yang tidak bersolat

55

Anda mungkin juga menyukai