Anda di halaman 1dari 3

http://www.panduanmalaysia.

com/2015/09/resepi-nasi-
lemak-sedap-dan-mudah-dibuat.html
mohon share admin

Nasi lemak merupakan makanan tradisi dan sangat


popular di Malaysia. Ianya juga boleh di dapati di
Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi
lemak ringkaspada kebiasaanya dihidangkan dengan
telur, timun, ikan bilis goreng , kacang goreng dan
sambal. Perubahan masa menyaksikan nasi lemak kini
dijual dengan pelbagai lauk termasuk rendang daging,
ayam, sotong, udang, limpa dan hati (lembu).

Resepi Nasi Lemak Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Nasi lemak biasanya di makan pada waktu pagi. Tetapi


kini ianya juga dinikmati pada waktu makan tengah
hari, petang dan malam. Ini menjadikan nasi lemak
kini adalah satu sajian makanan yang popular dan
ringkas yang menjadi pilihan warga kota yang sibuk.
Berikut dikongsikan beberapa resepi Nasi Lemak yang
sedap dan mudah di buat:-

Resepi Nasi Lemak 1

Bahan untuk nasi


3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja kadar air ikut jenis
beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam
Cara-caranya
Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak
seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal


6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah
ditumbuk 2 ulas bawang putih
ditumbuk 2 biji bawang besar
1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar
hiris

segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk,


sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal

1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar,


bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga
pecah minyak.
2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan
sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam
masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;
ikan bilis goreng timun
dihiris kacang tanah telur rebus

Anda mungkin juga menyukai