Anda di halaman 1dari 19

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 2

2. PENGENALAN 3

3. INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN 4

4. HASIL PEMERHATIAN 7

5. ANALISIS PEMERHATIAN (PENILAIAN) 11

6. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN 13

7. KESIMPULAN 17

8. RUJUKAN 18

9. LAMPIRAN 19

1
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya diberikan kesihatan dan


kewarasan yang baik, kami, Noor Sheila binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti
Junaidi, Izu Akma Binti Shaharom, Carina Gan Huat Feng dan Syaza Syafeeqah bt
Mohammad Khasnan telah berjaya menyiapkan tugasan individu KAH 1023
PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK dapat
disiapkan tepat pada masanya. Setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kami
terutamanya kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zainiah binti Mohamed Isa, yang
banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar, buah fikiran, panduan dan komen yang bernas
kepada kami dari awal permulaan tugasan sehinggalah selesai tugasan ini. Tidak lupa juga
kami tujukan ribuan terima kasih kami kepada keluarga tercinta yang banyak memberi
semangat dan dorongan. Dengan doa dan restu mereka menjadi kekuatan kepada diri kami
untuk berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain
yang turut memberi pendapat untuk menyelesaikan tugasan individu ini. Hanya Allah S.W.T
dapat membalas jasa dan budi baik anda semua.

Akhir kata dari kami, jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan
membantu dalam memberi idea, pandangan, mencari bahan rujukan serta dorongan dalam
menyiapkan tugasan kerja individu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi
penutup bicara, kami sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
Puan Zainiah binti Mohamed Isa, dimana semangatnya dalam memberikan pengajaran dan
pembelajaran kepada kami dan kami sudahi dengan wassalam.

2
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

1.0. PENGENALAN
Kajian, pemerhatian dan penilaian perkembangan kanak-kanak di Taska Wafa Izzati ini
dijalankan bagi memenuhi keperluan kerja kursus subjek KAH 1023 Perkembangan
Bahasa dan Komunikasi Awal Kanak-kanak bagi semester 4 sesi 2012/2013.

Kajian ini dijalankan oleh kami melibatkan siswi-siswi dari kumpulan B bagi subjek
ini. Kajian ini telah dijalankan pada 24 Januari 2012 bertempat di Taska Wafa Izzati,
Tanjong Malim, Perak. Program ini berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 11 pagi.
Jumlah peserta yang menyertai kajian ini adalah seramai 5 orang iaitu, Noor Sheila
binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti Junaidi, Izu Akma Binti
Shaharom, dan Syaza Syafeeqah bt Mohammad Khasnan.

Antara objektif kajian, pemerhatian ini dijalankan ialah :

a) Memerhati dan merekod perkembangan kanak-kanak dari aspek


perkembangan bahasa dan komunikasi.
b) Mengaplikasi pelbagai teknik bagi mempertingkatkan penguasaan
bahasa, komunikasi, dan juga perbendaharaan kata dalam kalangan
kanak-kanak.
c) Mengaplikasikan maklumat daripada pemerhatian dan penilaian serta
analisis sebagai feedback bagi membantu perancangan pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak.
d) Merangka dan melaksanakan aktiviti secara kreatif dalam pengajaran
bahasa dan komunikasi awal kanak-kanak.
e) Bekerja secara pasukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancangkan.

Bagi menjalankan kajian ini kami menggunalan 2 jenis rekod penilaian iaitu rekod
senarai semak dan rekod naratif yang kami rasakan amat sesuai digunakan bagi
menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Subjek kajian
kami pula adalah seorang kanak-kanak di Taska Wafa Izzati iaitu Husna atau lebih di
kenali sebagai Unna. Husna berusia 3 tahun. Pemerhatian dijalankan semasa kami
melakukan aktiviti circle time di Taska tersebut.

3
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

2.0. INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN


Berikut adalah dua instrumen pemerhatian dan penilaian yang digunakan bagi mengkaji dan
menilai tahap perkembangan bahasa dan komunikasi awal kanak-kanak :
a) Borang Rekod Naratif

NAMA KANAK-KANAK : UMUR :


TEMPAT PEMERHATIAN : TARIKH :
MASA PEMERHATIAN :
NAMA PEMERHATI :
FOKUS PEMERHATIAN :
Catatan

Ulasan

4
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

b) Borang Senarai Semak

NAMA KANAK-KANAK : UMUR :


TEMPAT PEMERHATIAN : TARIKH :
MASA PEMERHATIAN :
NAMA PEMERHATI :
FOKUS PEMERHATIAN :
ARAHAN : Tandakan ( ) sekiranya kanak-kanak sudah menguasai dan () sekiranya
belum menguasai item kemahiran berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.
ITEM KEMAHIRAN ( ) / () CACATAN
1. Mula bertanya soalan-soalan kompleks. ( )
2. Suka mendengar cerita kanak-kanak lain atau
( )
orang dewasa.
3. Seronok mendengar dan mula menunjukkan
reaksi secara lisan trhadap cerita, puisi, lagu ( )
dan seumpamanya.
4. Boleh memberikan perhatian terhadap arahan
( )
yang diberikan.
5. Boleh mempengaruhi tingkahlaku orang lain
( )
dengan kata-katanya.
6. Peningkatan perbendaharaan kata iaitu hingga
( )
300 - 1000 perkataan.
7. Boleh mengekspresikan diri menggunakan
( )
perkataan dan ayat.
8. Boleh meluahkan kehendak, idea dan
( )
perasaan secara lisan.
9. Boleh menyanyi lagu mengikut lirik. ( )
10. Seronok berkomunikasi dan bercerita tentang
( )
peristiwa atau objek.
11. Bercerita mengenai tingkah laku orang lain. ( )
12. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang
( )
pelbagai.
13. Percakapan yang lebih jelas. ( )

5
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

14. Boleh mengambil bahagian dalam perbualan


( )
aktif.
15. Boleh menjawab soalan mudah. ( )
16. Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan
( )
lisan (prinsip abjad).
17. Boleh membezakan antara dua atau lebih
( )
bahasa yang dipertuturkan.

6
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

3.0. HASIL PEMERHATIAN

NAMA KANAK-KANAK : Husna (Unna) UMUR : 3 Tahun


TEMPAT PEMERHATIAN : Taska Wafa Izzati TARIKH : 24 Jan 2012
MASA PEMERHATIAN : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi
NAMA PEMERHATI : Noryusmania Junaidi, Noor Shiela Hadiz, dan
Mastura Jantan
FOKUS PEMERHATIAN : Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
Catatan
Keadaan di sebuah bilik taska pada pagi itu agak riuh rendah. Setelah Izu Akma dan Mastura
mengarahkan kanak-kanak duduk dalam bentuk separuh bulatan, mereka memulakan sesi
berbual dengan kanak-kanak. Menggunakan flash card, tajuk yang dipilih adalah kenderaan.
Husna duduk di tepi sekali berhampiran Izu Akma. Pada mulanya Husna kurang memberi
tumpuan tetapi apabila kad pertama ditunjukkan, Husna mula memberi perhatian. Husna
menyebut lori selepas kanak-kanak lain menyebutnya. Selepas itu Husna berkata lori ada
besar. Lori kecil. Apabila ditanya pernah tak jatuh basikal sewaktu gambar basikal
ditunjukkan, Husna menjawab tak jatuh. Husna kemudian tunjuk menggunakan jari
telunjuknya sewaktu gambar kereta ditunjukkan. Husna juga berkata datang naik kereta.
Kereta cepat. Apabila gambar helikopter ditunjukkan, Husna tidak tahu itu adalah
helikopter tetapi dia berkata, atas kipas. Dulu kecil-kecil ada. Apabila gambar sampan
ditunjukkan, Husna menyebut sampan dan menunjuk kepada gambar sampan berulang-
ulang.
Ulasan
Daripada analisis dan pemerhatian yang dijalankan ke atas Husna, kami dapati dia
mempunyai kemahiran bahasa yang agak baik. Ini kerana Husna dapat menceritakan
pengalaman dan pengetahuannya berkaitan gambar yang ditunjukkan. Walaubagaimanapun,
Husna sedikit pelat dalam bertutur dan percakapannya kadang-kala kurang jelas. Husna juga
boleh berkomunikasi dengan orang yang baru dikenalinya dengan agak baik.

7
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

NAMA KANAK-KANAK : Husna (Unna) UMUR : 3 Tahun


TEMPAT PEMERHATIAN : Taska Wafa Izzati TARIKH : 24 Jan 2012
MASA PEMERHATIAN : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi
NAMA PEMERHATI : Noryusmania Junaidi, Noor Shiela Hadiz, dan
Mastura Jantan
FOKUS PEMERHATIAN : Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
ARAHAN : Tandakan ( ) sekiranya kanak-kanak sudah menguasai dan () sekiranya
belum menguasai item kemahiran berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.
ITEM KEMAHIRAN ( ) / () CACATAN

Bertanya cara cikgu


1. Mula bertanya soalan-soalan kompleks. ( )
duduk bersimpuh.

2. Suka mendengar cerita kanak-kanak lain atau Tekun mendengar guru


( )
orang dewasa. bercerita.

Seronok bercerita dan


3. Seronok mendengar dan mula menunjukkan
berbual dalam kumpulan
reaksi secara lisan terhadap cerita, puisi, lagu ( )
iaitu dengan guru dan
dan seumpamanya.
rakan yang lain.

Mendengar arahan untuk


4. Boleh memberikan perhatian terhadap arahan
( ) duduk ke belakang
yang diberikan.
sedikit.

5. Boleh mempengaruhi tingkahlaku orang lain


( )
dengan kata-katanya.

8
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

6. Peningkatan perbendaharaan kata iaitu hingga Kurang dari 1000


( )
300 - 1000 perkataan. perkataan.

Tidak menunjukkan
7. Boleh mengekspresikan diri menggunakan ekspresi diri dan perasaan
( )
perkataan dan ayat. secara lisan sepanjang
aktiviti.
Banyak menyatakan idea
8. Boleh meluahkan kehendak, idea dan tentang gambar
( )
perasaan secara lisan. kenderaan yang
ditunjukkan.

Tidak mampu menyanyi


9. Boleh menyanyi lagu mengikut lirik. ( )
dengan lirik yang betul.

Bercerita tentang
10. Seronok berkomunikasi dan bercerita tentang
( ) pengalamannya jatuh
peristiwa atau objek.
basikal.

11. Bercerita mengenai tingkah laku orang lain. ( )

Digunakan untuk
menerangkan situasi,
12. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang mengingat kembali,
( )
pelbagai. mengagak, bertanya
soalan, dan mengeluarkan
idea.

9
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

Percakapannya kurang
jelas dan sebutan
13. Percakapan yang lebih jelas. ( )
perkataan yang tidak
lancar.

Mampu mengeluarkan
14. Boleh mengambil bahagian dalam perbualan
( ) idea dan pendapat dalam
aktif.
perbualan.

Mampu menjawab soalan


15. Boleh menjawab soalan mudah. ( ) siapa yang pernah naik
basikal.

Tidak dapat dilihat


16. Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan
( ) semasa aktiviti
lisan (prinsip abjad).
dijalankan.

Tidak dapat membezakan


17. Boleh membezakan antara dua atau lebih perkataan bot dan sampan
( )
bahasa yang dipertuturkan. yang berbeza dalam
bahasa inggeris.

10
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

4.0. ANALISIS PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih
bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau
kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak
mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu
mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian , mengenal pasti,
mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru
memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak.
Dalam pemerhatian dan penilaian yang dijalankan antara perbualan, interaksi,
lisan kanak-kanak diperhati dan dinilai adalah seperti berikut:
Perbualan atau interaksi antara kanak-kanak dengan guru.
Perbualan atau interaksi kanak-kanak dengan kanak-kanak lain.
Interaksi murid dengan bahan.
Bercerita dan bersoal jawab.
Berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dilakukan, pemerhati telah
mengenalpasti tahap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak serta
kelemahan dan kekurangan kanak-kanak yang tidak mencapai tahap yang seharusnya
dicapai berdasarkan umurnya iaitu 3 tahun.
Kanak-kanak yang dinilai iaitu Husna, memahami percakapan guru yang
menggunakan ayat mudah dalam memberi arahan. Sebagai contoh, apabila guru
memberi arahan meminta Husna duduk dalam bentuk circle time dan juga berbaris
dalam barisan.
Apabila menjalankan aktiviti kad bergambar, guru cuba untuk memperkenal
perkataan dan perbendaharaan baru kepada kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja
digunakan bagi memperkenalkan perkataan baru kepada Husna, tetapi dalam masa yang
sama adalah untuk mengenalpasti tahap bilangan perbendaharaan kata yang telah
Husna kuasai. Berdasarkan sepanjang penilaian dijalankan perbendaharaan kata Husna
tidak mencapai tahap yang sepatutnya dicapai berdasarkan umurnya iaitu 1000
perkataan. Namun begitu, kami tidak terus mengambil kesimpulan ini kerana sepanjang
aktiviti dijalankan peluang untuk Husna berkomunikasi tidak banyak dan kami tidak
dapat mengenalpasti dengan tepat jumlah perbendaharaan kata yang telah dikuasai oleh
Husna. Berdasarkan temu bual dengan pengasuh di taska Wafa Izzati, Husna adalah

11
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

kanak-kanak yang kurang bercakap dan dia hanya akan bercakap dengan orang yang
tertentu sahaja dan yang dia rasa selesa.
Percakapan Husna kadang kala kurang jelas dan butir bicara yang cuba
disampaikan tidak dapat difahami. Selain itu dia turut mengalami masalah sebutan
beberapa perkataan atau pelat. Masalah sebutan ini paling jelas apabila dia cuba untuk
menyebut perkataan yang mengandungi abjad r. Hal ini adalah biasa bagi kanak-
kanak yang berumur 3 tahun kerana dari semasa ke semasa masalah ini akan dapat
diperbaiki dengan latihan dan pengulangan sebutan perkataan dengan betul.
Husna, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan begitu teruja untuk bercerita dan
bercakap mengenai pengalaman dan perasaannya berkaitan gambar yang ditunjukkan
oleh guru. Namun begitu dia tidak pandai menungu giliran dalam berbual dalam
kumpulan dan terus bercakap ketika kanak-kanak lain sedang bercakap atau guru
sedang bercakap. Sekiranya Husna berterus begini secara tidak langsung komunikasi
yang berkesan tidak akan dapat berlaku. Komunikasi yang berkesan sangat penting
dalam memastikan pembelajarn dan pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat
diterima dan difahami oleh Husna dengan baik, dan dalam masa yang sama untuk guru
memberikan peluang untuk mendengar pendapat dan idea yang cuba disampaikan oleh
Husna agar tidak berlakunya ketidak adilan sekiranya guru tidak dapat mendengar apa
yang cuba disampaikan olehnya.
Bagi membantu memperbaiki dan mempertingkatkan perkembangan bahasa dan
komunikasi Husna beberapa tindakan susulan dapat dijalankan. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan adalah aktiviti menyanyi, main peranan, aktiviti circle time, aktiviti
bercerita dan menceritakan semula, bercerita mengenai contengan dan lukisan yang
dihasilkan dan sebagainya.
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah
dikenalpasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan
dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan
murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula bagi
menegnalpasti sama ada kelemahan yang sebelumnya telah diperbaiki atau belum.
Untuk Husna kami telah merangka satu rancangan pengajaran berbentuk
Bercerita dan menceritakan semula yang dapat membantu Husna dalam meningkatkan
kemahiran komunikasi, memperkembangkan perbendaharaan kosa kata dan
membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi.

12
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

5.0. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN

Tahun : 2012 Tarikh :

Bil. Pelajar : Masa : 15 minit

Mata Pelajaran : Literasi

Tajuk Pelajaran : Bercerita dan menceritakan semula

Fokus Standard : (BM 1.0) Kemahiran Mendengar


(BM 2.0) Kemahiran Bertutur

Standard kandungan : (BM 1.1) Mendengar dengan penuh perhatian.


(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.
(BM 2.4) Menceritakan perkara yang didengar.

Standard pembelajaran :(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan
(Contoh: Selamat pagi, Selamat petang).
(BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons.
(BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan.
(BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.

13
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

Objektif Pengajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi.

2. Memperkembangkan perbendaharaan kosa kata.

3. Membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi.

Bahan Pengajaran : Kad bergambar.

Penerapan nilai : 1. Memupuk sifat sabar menunggu giliran.

2. Mewujudkan sikap berdisiplin dan mendengar arahan secara tertib.

14
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

Langkah / Isi kandungan Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan / Bahan


Masa

Set Induksi Guru bertanya khabar dan Kanak-kanak menjawab


memastikan kanak-kanak soalan guru dan memastikan
(1 minit)
dalam keaadaan yang selesa. kedudukan mereka dalam
keadaan yang selesa.

Langkah 1 Tema: aktiviti bersama Guru memberi sekeping kad Kanak-kanak cuba Kad
keluarga. bergambar yang berlainan mengamati gambar yang bergambar.
(2 minit)
kepada setiap orang pelajar. diberikan oleh guru mereka.

Langkah 2 Bercerita menggunakan Guru menyuruh setiap kanak- Kanak-kanak akan bangun Kad
kad bergambar. kanak membina satu cerita dan berdiri dihadapan. bergambar.
(5 minit)
pendek berdasarkan kad Kanak-kanak bercerita
gambar yang mereka perolehi mengikut kefahaman dan
secara bergilir-gilir. kreativiti masing-masing.
Guru akan membantu kanak-
kanak membentuk kosa kata
dan ayat yang lengkap.

15
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

Langkah 3 Menceritakan semula. Guru menyuruh kanak-kanak Kanak-kanak cuba Kad


untuk menceritakan semula kad menceritakan semula dengan bergambar.
(5 minit)
bergambar yang telah bantuan guru.
diceritakan oleh rakan-rakan
yang lain.
Guru membantu kanak-kanak
untuk mengingat semula cerita
yang disampaikan oleh kanak-
kanak tersebut.

Penutup Guru menyuruh kanak-kanak Kanak-kanak memulangkan


memulangkan semula kad semula kad bergambar
(2 minit)
bergambar. kepada guru.
Guru menyuruh kanak-kanak
bercerita dengan ibu bapa
mengenai aktiviti yang
dijalankan.

16
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

6.0. KESIMPULAN
Bahasa adalah anugerah istimewa bagi setiap individu. Ia juga adalah saluran
yang membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman.
Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung
antara satu sama lain, malah ia membolehkkan kita membina konsep berkenaan alam
dan manusia di sekeliling. Bahasa adalah sistem lambing pertuturan yang terdiri
daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh masyarakat sebagai
alat bagi berhubung dan berkerjasama. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan
suasana sosioemosi yang tenteram dan selamat. Bahasa juga dikaitkandengan
pengalaman yang gembira dan ceria.
Komponen utama dalam perkembangan kanak-kanak adalah penguasaan bahasa
kerana menguasai bahasa penting dalam proses pembelajaran. Ia dapat diperoleh
melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa
membantu kanak-kanak berfikir, memahami konsep, berimaginasi, melahirkan idea,
berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.
Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang pendidik
haruslah melakukan pemerhatian dan penilaian mengenai perkembangan bahasa dan
komunikasi kanak-kanak agar ianya sentiasa sejajar dengan tahap perkembangan yang
seharusnya dicapai pada sesuatu tahap umur. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan
dan kelemahan, bantu kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti dan pembelajaran dan
pengakaran yang dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kanak-kanak disamping memperbaiki kelemahan dan kesilapan kanak-
kanak.

17
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

7.0. RUJUKAN
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani
Razali (2008). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-
kanak (0-4 tahun). Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak
Negara (NCDRC)
Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the
Early Years. London : David Fulton Publishers.
Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

18
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

8.0. LAMPIRAN

19

Anda mungkin juga menyukai