Anda di halaman 1dari 9

MINAT MURID KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 Isu yang difokuskan

Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, saya telah


mendapati sesetengah murid – murid gagal untuk menunjukkan minat untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Saya
memfokuskan isu ini kepada murid – murid tahun 4 kerana saya telah ditugaskan
untuk mengajar mereka bagi matapelajaran kemahiran hidup.

2.0Perkembangan isu yang difokuskan

Setiap kali proses pengajaran dan pembealajran bermula, saya akan


memulakan dengan set induksi. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Namun begitu, setalah
set induksi tamat, hanya sesetengah pelajar sahaja masih mengekalkan minat
mereka untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Saya
merasakan, sekiranya keadaan ini terus berlaku , maka hasil pembelajaran yang
saya ingin murid capai tidak akan berlaku sepenuhnya, kerana kegagalan beberapa
orang pelajar untuk menujukkan minat sekaligus menghilangkan tumpuan mereka
terhadap apa yang disampaikan oleh guru dihadapan.

3.0 Menganalisis isu yang difokuskan

3.1 Mengenal pasti sebab isu yang difokuskan

Minat adalah sesuatu yang diperlukan untuk berjaya di dalam bidang diceburi.
Ianya adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dinilai dengan mata kasar,
namun dapat diperhatikan melalui tingkah laku dan kesungguhan seseorang. Tanpa
minat, apa yang diusahakan tidak akan membuahkan hasil yang memuaskan.
Begitulah yang boleh dikaitkan dengan senario di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, tanpa minat apa yang dipelajari akan menjadi sia-sia. Ibarat masuk
telinga kanan keluar telinga kiri. Ianya tidak memberikan kesan kepada apa-apa. Ini
adalah bertentangan dengan konsep pendidikan, dimana pendidikan bertujuan
mengubah tingkahlaku manusia kepada sesuatu yang lebih baik. Sekiranya,
pengajaran itu tidak mampu mengubah tingkahlaku seseorang, ini bermakna tidak
berlaku dengan sempurna pendidikan terhadap individu itu.

Oleh itu, minat daripada setiap pelajar amat bermakna kepada guru sebagai
tanda sokongan dan komitmen untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dianjurkan oleh guru. Pendidikan bukanlah bersifat terpaksa, namun ianya
amat penting bagi seseorang itu mengubah tingkahlaku menjadi seorang yang
mempunyai kualiti diri dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada kelompok
manusia yang lain. Itulah matlamat pendidikan agar setiap manusia yang
mengkehendakinya, mampu melakukan perubahan yang membawa kebaikan
kepada diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, ia menunjukkan seseorang itu
mampu meningkatkan ketamadunan bangsanya.

Menarik minat pelajar bukanlah tugas utama guru. Tugas utama guru adalah
mendidik mereka yang mahu menerima pendidikan tanpa paksaan. Namun begitu,a
apalah ertinya mengajar,sekiranya murid-murid tidak menunjukkan minat terhadap
apa yang diajarkan oleh guru. Guru bukanlah pelakon pada layar skrin yang hanya
ditonton untuk melihat mesej yang ingin disampaikan. Guru adalah mereka yang
bertanggunjawab memberi pendidikan dan mengubah pelajar untuk menjadi
manusia yang lebih baik.

3.2 Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu

3.2.1 Tahap persediaan pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan


pembelajaran.

Di dalam bilik darjah, murid seharusnya telah bersedia pada tahap yang baik
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Sebarang ganguan yang
ditimbulkan adalah merupakan kesalahan. Ini kerana, hak guru di dalam bilik darjah
adalah mengajar pelajarnya tanpa sebarang ganguan yang diingini.

Tahap persediaan pelajar menyumbang kepada banyak faktor. Antara faktor


utama gagal memahami adab dan peraturan di bilik darjah. Mungkin faktor umur
yang masih terlalu muda, murid-murid masih dipengaruhi keinginan untuk mengenal
persekitaran. Oleh itu, mereka ingin meneroka apa yang terdapat di sekeliling
mereka. Oleh itu, mereka tidak boleh duduk tanpa melakukan apa-apa.
Selain itu, faktor psikologi menyumbang kepada tahap persediaan pelajar.
Kebanyakan masalah murid-murid bermula dari rumah. Kegagalan murid-murid
untuk menyelesaikan masalah mereka di rumah akan memberi kesan kepada
tumpuan mereka di sekolah.

3.2.2 Gagal memahami peraturan dan adab dalam bilik darjah

Setiap kawasan yang terdapat di kawasan sekolah mempunyai adab dan


peraturan yang tersendiri. Namun malangnya, peraturan dan adab hanya
terpampang pada dinding tanpa dihayati dengan sepenuhnya oleh pelajar. Adab dan
peraturan tidak diajar secara formal . hanya disampaikan secara lisan. Selain itu
juga peraturan dan adab hanya digunakan apabila berlaku masalah yang
bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan. Ini menyebabkan murid-murid
mudah lupa akan wujudnya adab dan peraturan.

3.2.3 Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya banyak mempengaruhi tahap tumpuan murid-murid.


Murid-murid mudah hilang tumpuan apabila mereka duduk bersama dengan rakan-
rakan yang mampu bersosial mereka dengan baik atau dengan kata lainnya duduk
dengan rakan karib. Mereka mudah terjebak akan tingkahlaku rakan-rakan tidak kira
masa dan tempat.

3.2.4 Ketegasan guru diabaikan

Guru yang tegas akan membuatkan murid-murid hormat dan takut untuk
melakukakan ganguan di dalam kelas. Namun sekiranya guru gagal bertindak tegas
terhadap tingkahlaku yang ditunjukkan, murid-murid akan mengambil kesempatan
untuk membuat ganguan di dalam kelas. Ini menyebabkan ganguan terhadap minat
pelajar yang ingin mengikuti pembelajaran.

3.2.5 Susun atur tempat duduk

Susun atur tempat duduk mempengaruhi minat pelajar. Murid yang aktif lebih
gemar untuk duduk di bahagian hadapan manakala murid yang pasif lebih gemar
untuk duduk di bahagian belakang. Kebanyakan murid yang hilang minat adalah
terdiri daripada pelajar yang pasif kerana lebih suka memencilkan diri dan gemar
melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika guru mengajar.
Selain itu juga, duduk secara berkumpulan antara punca minat pelajar mudah
hilang. Ini kerana mereka mempunyai rakan-rakan yang dapat mengalih minat
mereka daripada mendengar apa yang disampaikan oleh guru bertumpu apa yang
ingin disampaikan oleh rakan mereka.

3.2.6 Jumlah pelajar yang terlalu ramai

Jumlah pelajar yang terlalu ramai membuatkan persekitaran di dalam bilik


darjah menjadi sesak. Setiap pelajar inginkan perhatian daripada guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,kerana terlalu ramai pelajar,
guru tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada setiap pelajar. Pelajar yang
tidak mendapat perhatian kepada guru menyebabkan pelajar ini merasakan mereka
tidak diendahkan oleh guru di dalam kelas.

3.2.7 Gaya penyampaian guru yang tidak menarik.

Minat murid akan dapat dikekalkan sekiranya guru dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan menarik. Namun begitu, kebanyakan guru tidak berusaha
menyampaikan isi pelajaran dengan menarik dan hanya melakukan setakat “ ala
kadar ” untuk memenuhi pencapaian hasil pembelajaran. Kerana terlalu ingin
mencapai hasil pembelajaran,guru tidak mengendahkan cara penyampain dan murid
mulai merasai kebosanan dan hilang minat terhadap pengajaran guru.

3.3 Mengenal pasti kelemahan isu yang difokuskan.

Pelajar yang gagal menujukkan minat terhadap sesi pengajaran dan


pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung tidak akan memberikan tumpuan.
Ini bermakna mereka gagal mengikuti pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, apa
yang di ajar oleh guru, tidak dapat diterima sepenuhnya oleh murid, apatah lagi
untuk memahaminya.

Hal sebegini pasti akan merugikan guru. Ini kerana guru terpaksa
meluangkan masa yang lebih untuk membantu pelajar yang hilang minat dan gagal
memberikan tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain itu
juga, ianya akan membuatkan pelajar lain merasa bosan kerana terpaksa
mengulangi pelajaran yang telah mereka fahami disebabkan sesetengah daripada
rakan-rakan mereka tidak memberikan minat dan tumpuan semasa guru mengajar.
3.4 Mengenal pasti kekuatan isu yang difokuskan

Sekiranya, murid dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada


pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, pasti hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan oleh guru dapat dicapai dengan berkesan. Selain itu juga, ianya
dapat menjimatkan masa guru selain menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dengan menarik tanpa sebarang ganguan dan kerjasama yang baik
daripada murid.

Di samping itu juga, guru dapat mengajar dengan mudah dan dapat
mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan murid.

3.5 Meramal kesan dan akibat isu yang difokuskan

Sekiranya murid-murid memberikan kerjasama yang baik dengan


menunjukakn minat dan memberikan sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran pasti segala apa yang dirancang oleh guru dapat berjalan dengan
lancar. Selain itu juga, ia sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang
tenang dan menyeronokkan kepada guru dan murid.

Disamping itu juga, ia dapat meningkatkan nilai-nilai murni di dalam diri


pelajar dan menjadikan pelajar individu yang berdisiplin kerana menegakkan
peraturan dan mengamalkan adab-adab ketika berada di dalam bilik darjah.

4.0 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca

4.1 Memastikan tahap persediaan pelajar pada tahap yang terbaik

Di dalam memastikan pelajar berada pada tahap persediaan yang terbaik


sebelum mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, ianya memerlukan kerjasama
antara ibubapa dan guru. Ibubapa hendaklah memastikan keperluan dan masalah
anak-anak mereka ketika berada di rumah telah diselesaikan dengan baik.

Manakala guru pula haruslah memahami setiap kelemahan dan kekuatan


pelajar yang mereka ajar. Selain itu juga, guru bijak menarik minat pelajar dengan
mengunakan kemahiran dan kreativiti yang ada untuk mereka mengikuti sesi
pembelajaran dan pengajaran dari mula hingga akhir.
4.2 Bertegas tentang peraturan dan adab di bilik darjah pada setiap
masa.

Guru merupakan orang yang mengubal dan pelaksana terhadap peraturan


dan adab-adab yang terdapat di sekolah. Oleh itu , mereka hendaklah bertindak
tegas terhadap pelanggaran peraturan oleh pelajar. Selain itu juga, guru hendaklah
sentiasa mengingatkan pelajar setiap masa pertaturan-peraturan yang wujud di
sekolah mahupun bilik darjah. Pengeguhan negatif harus diberikan kepada pelajar
yang melanggar peraturan manakala peneguhan positif kepada mereka yang
sentiasa mematuhi peraturan dan sekaligus ianya boleh dijadikan contoh dan
pengajaran kepada pelajar lain.

4.3 Manipulasi pengaruh rakan sebaya

Di sekolah ada rakan sebaya yang dapat dijadikan contoh dan ada yang
boleh membawa kepada timbulnya masalah disiplin dan tingkah laku. Oleh itu, guru
hendaklah bijak memanipulasi keadaan yang ada dengan dengan mengunakan
pelajar yang dapat dijadikan contoh untuk mempengaruhi pelajar yang boleh
menimbulkan masalah supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi
peraturan.

4.4 Guru berkelakuan tegas

Guru hendaklah berkelakukan tegas terhadap pelajar yang baru sebagai “ first
impression ” kepada pelajar. Ini akan membuatkan pelajar akan lebih menghormati
guru dan secara tidak langsung akan wujud perasaan gentar dalam diri untuk
menimbulkan ganguan di dalam bilik darjah. Ini sekaligus pelajar tersebut akan
memberikan tumpuan dan minat sedikit demi sedikit setiap kali proses pengajaran
dan pembelajaran.

4.5 Susun atur tempat duduk

Susun atur tempat duduk haruslah dirancang dengan sebaiknya. Ini harus
mengambil kira banyak faktor. Pertama adalah keluasaan bilik darjah. Kedua adalah
tahap pelajar tersebut samadada kelas tersebut di dalam kategori cerdik ataupun
kurang cerdik. Selain itu juga, guru hendaklah mengenalpasti corak pemilihan duduk
pelajar. kebanyakan pelajar suka duduk bersebelahan atau berhampiran dengan
rakan karib. Guru haruslah memisahkan pelajar – pelajar ini bagi mengurangkan
risiko ganguan ketika ssi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu,
elakkan pelajar bercampur duduk dengan satu jantina sahaja. Campur adukkan
mereka dengan berlainan tempat duduk.

4.6 Rancang aktiviti berkumpulan dengan kerap.

Jumlah pelajar yang ramai akan meningkatkan risiko murid hilang minat
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana setiap pelajar mahu perhatian
daripada guru. kegagalan guru untuk memberikan perhatian kepada setiap pelajar
akan membuatkan pelajar terasa tidak dipedulikan dan mula mencari cara untuk
menarik perhatian.

Oleh itu, guru haruslah kerap memecahkan mereka ke dalam aktiviti


berkumpulan dan lebih banyak mengunakan pendekatan berpusatkan murid dan
bahan. Ini akan meningkatkan tahap minat pelajar untuk sentiasa aktif di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka secara tidak langsung untuk
belajar cara bekerjasama di dalam kumpulan dan sikap toleransi antara ahli
kumpulan.

4.7 Guru sentiasa meningkatkan gaya penyampaian dari masa ke


semasa.

Gaya penyampaian yang menarik dapat mengekalkan minat murid terhadap


apa yang ingin disampaikan oleh guru. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan
gaya penyampaian agar murid tidak bosan dan sentiasa merasakan ada perubahan
wujud di dalam pembelajaran. Ini sekaligus akan menarik minat murid untuk
mengikuti pengajaran guru dari mula hingga oleh.

Selain itu juga, guru haruslah menyelitkan unsur kecindan di dalam


penyampaian isi pelajaran. Ini bertujuan supaya dapat menghilangkan tekanan
pelajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Disamping itu juga, ia
dapat menimbulkan keseronokan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran
akan datang kerana kesan dari seronok dan gaya penyampaian guru yang tidak
membosankan.
Kesimpulan

Minat murid bukanlah sesuatu sukar untuk dijelmakan di dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. apa yang penting adalah guru itu sendiri bijak dan
kreatif di dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya semua guru
mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mampu merangsang
minat pelajar, pasti sekolah merupakan tempat yang paling menyeronokkan bagi
pelajar. Gangguan dan masalah yang sentiasa wujud di dalam kelas akibat
kegagalan guru mengekalkan minat murid pasti tidak akan terjadi lagi sekiranya
tahap persedian guru berada pada tahap yang maksimum.

Disamping itu juga keprihatinan ibubapa di dalam memastikan keperluan


anak-anak sentiasa mencukupi dan tahap persedian mereka untu menimba ilmu
apbila datang ke sekolah akan membantu memudahakan tugas guru untuk mengajar
anak- anak mereka.
Rujukan

Abdullah Sani Yahya,Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah ( 2007). Guru
Sebagai Pemimpin, Cetakan Pertama. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala
Lumpur.

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed ( Tiada
Tahun Cetakan ). Humor Dalam Pengajaran. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Kuala Lumpur.

Robert F.Mager (2004). Teknik Mendorong Pelajar Belajar Tanpa Membunug


Semangat Mereka. Cetakan Pertama 2004. Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad. Kuala Lumpur.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan. ( Tiada Tahun Cetakan ). Guru Sebagai Pendorong
Dalam Bilik Darjah - Edisi Kemas Kini. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala
Lumpur.

Rosie Turner-Bisset ( 2004). Pengajaran Pakar,Cetakan Pertama 2004. Institut


Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai