Nota Pengajian Perniagaan STPM Semester 2
Nota Pengajian Perniagaan STPM Semester 2
Fungsi Pengurusan
Perancangan
Pengorganisasian
Proses yg melibatkan pengurus menentukan
Proses yg melibatkan pengurus menyusun &
matlamat yg ingin dicapai dan menentukan
mengagihkan sumber-sumber organisasi utk
tindakan yg paling sesuai utk diambil di semua
melaksanakan tugas yg telah ditetapkan agar
peringkat organisasi utk menepati matlamat
matlamat organisasi tercapai.
organisasi
Kepimpinan
Pengawalan
Proses yg melibatkan pengurus cuba
Proses yg melibatkan pengurus memantau
mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka
prestasi kerja semasa & mengambil tindakan
dpt melaksanakan tugas yg diberikan dgn
utk memastikan hasil akhir kerja tercapai
cekap & berkesan utk mencapai matlamat
seperti yg dijangkakan.
organisasi.
Kemahiran Pengurusan
Tiga Peringkat Pengurusan dalam Organisasi
a) Pengurusan peringkat bawahan
b) Pengurusan peringkat pertengahan
c) Pengurusan peringkat atasan
Pengurusan:
i. Peringkat atasan
-bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejayaan organisasi
ii. Peringkat pertengahan
-bertanggungjawab menterjemahkan wawasan, hala tuju, dan strategi jangka panjang organisasi ke dalam
objektif & aktiviti yg lebih khusus
iii. Peringkat bawahan
-bertanggungjawab melaksanakan rancangan & aktiviti khusus yg telah ditetapkan oleh pengurus
peringkat pertengahan
Perancangan
-proses menentukan matlamat & memutuskan tindakan yg paling sesuai yg perlu diambil utk mencapai
matlamat tersebut
Kepentingan Perancangan
i. Menyediakan halatuju
ii. Sebagai panduan utk membuat keputusan
iii. Mengukur prestasi organisasi
iv. Membolehkan kawalan dilakukan
v. Menyelaras & memperuntukkan sumber
vi. Mencapai matlamat dgn cekap & berkesan
Jenis Perancangan
Jenis perancangan mengikut jangka masa:
a) Rancangan jangka panjang/rancangan strategik
b) Rancangan taktikal
Jenis perancangan mengikut kegunaan:
a) Rancangan tersedia
b) Rancangan kegunaan tunggal
Jenis perancangan mengikut peringkat:
a) Rancangan strategik
b) Rancangan taktikal
c) Rancangan operasi
Proses Perancangan
Bajet
Suatu rancangan kegunaan tunggal yg menganggarkan & memperuntukkan sumber kewangan utk
melaksanakan sesuatu aktiviti, projek/program.
Membolehkan pengurus kewangan merancang pengagihan sumber utk pelbagai projek secara adil &
mengikut keutamaan.
Bajet operasi terdiri drpd komponen bajet yg membentuk PP
Bajet kewangan terdiri drpd komponen bajet yg membentuk KKK
Perancangan Strategik
-satu proses di mana organisasi menetapkan strategi/hala tuju & membuat keputusan ttg cara mengagihkan
sumber-sumbernya utk melaksanakan strategi tersebut
Analisis SWOT
Kaedah rancangan strategik yg digunakan utk menilai kekuatan, kelemahan, peluang & ancaman yg ada
dlm sesebuah organisasi
Melibatkan penentuan factor dalaman & luaran yg membantu/menghalang pencapaian objektif sesebuah
organisasi
Tujuan membuat analisis SWOT:
i. Mengekalkan & menambah baik segala faktor kekuatan yg ada
ii. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan perniagaan & mengambil tindakan utk memperbetulkan
kelemahan tersebut
iii. Meneroka segala peluang bagi melaksanakan strategi organisasi
iv. Mengenal pasti segala ancaman perniagaan serta mengambil langkah yg sesuai utk menghadapi &
mengurangkannya
Pengorganisasian
Proses menyusun & mengagihkan sumber manusia & sumber lain utk melaksanakan tugas agar matlamat
organisasi yg telah ditetapkan tercapai secara cekap & berkesan
Kepentingan pengorganisasian:
i. Mengagihkan sumber secara cekap
ii. Menentukan bidang tugas jabatan & tugas setiap pekerja
iii. Menyelaras antara jabatan
iv. Membentuk rantaian arahan
Carta Organisasi – satu gambar rajah lini yg menunjukkan struktur jabatan/unit/bahagian utama dlm
organisasi seperti jabatan, pembuatan, pemasaran, kewangan, pengurusan sumber manusia & inventori
Maklumat yg dapat digambarkan dlm carta organisasi:
i. Pembahagian kerja
ii. Jenis tugas
iii. Peringkat pengurusan
iv. Aliran komunikasi & rantai arahan
v. Pengelompokan kerja
Proses Pengorganisasian
Penentuan Objektif
Pengenalpastian Aktiviti
Pengelasan Aktiviti
Pengelompokkan Aktiviti
Manual Organisasi
Dokumen yg berkaitan dgn dasar & tatacara yg meliputi semua aspek pengurusan
Termasuk fail meja, manual prosedur kerja & prosedur kualiti
Konsep Pengorganisasian
Konsep Maksud
Autoriti Hak utk membuat keputusan & mengambil tindakan utk menjalankan sesuatu
tugas/tanggungjawab
Tanggungjawab Kewajipan & amanah yg diberikan kpd seseorang pekerja disebabkan oleh
kedudukan, fungsi/kerjanya
Akauntabiliti Sikap bertanggungjawab seseorang kpd pihak yg terlibat ttg sebarang tindakan yg
diambil dlm proses pelaksanaan tugasnya & sedia utk memberikan jwpn terhadap
tindakannya kpd pihak yg berhak utk mendapatkan penjelasan tersebut
Pemusatan autoriti Tumpuan autoriti di peringkat atasam organisasi
Pemencaran autoriti Pembuatan keputusan yg diagihkan ke semua peringkat organisasi
Penugasan Pemberian hak kpd staf bwhan utk membuat keputusan & bertindak dlm bidang
tertentu
Enpowermen Pemberian kuasa kpd pekerja utk memikirkan, bergelagat, bertindak & membuat
keputusan secara bebas
Autoriti lini Hak yg ada pd seseorang pengurus utk membuat keputusan yg melibatkan aktiviti
utama bg pencapaian matlamat organisasi secara langsung
Autoriti staf Hak memberikan nasihat kpd fungsi lini organisasi berdasarkan bidang kepakaran
yg dimiliki
Jangkauan kawalan Bilangan staf bawahan yg melaporkan terus kdp seseorang pengurus/penyelia
Rantaian arahan Hubungan langsung antara ketua dgn pekerja dr segi system pelaporan dlm
sesebuah organisasi
Kepimpinan
Satu proses dgn pengurus/pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka melaksanakan
tugas & tanggungjawab yg diberi utk mencapai objektif & matlamat organisasi yg telah ditetapkan
Kepentingan kepimpinan:
a) Mengkomunikasikan dasar & rancangan kpd staf bawahan ttg apa yg perlu dilaksanakan
b) Memotivasikan pekerja dgn menggunakan insentif kewangan & bukan kewangan
c) Memberi tunjuk ajar & bimbingan kpd pekerja
d) Membentuk keyakinan yg tinggi
e) Menyelaras semua aktiviti di setiap jabatan/unit
Jenis Kuasa Pemimpin
Kuasa Sah – kuasa yg ada pd seseorang pemimpin disebabkan oleh jawatan yg sah yg disandangnya dlm
organisasi
Kuasa Ganjaran – kuasa pemimpin utk memberikan ganjaran kpd pekerja/menarik balik ganjaran yg diberikan
kpd pekerja
Kuasa Desakan/Ugutan – pemimpin menggunakan ugutan utk memaksa pekerja melaksanakan arahan yg
diberikan
Kuasa Rujukan – pemimpin menjadi tempat rujukan utk mempengaruhi pekerja melakukan sesuatu perkara &
mendengar masalah pekerja serta memberikan dorongan kpd pekerja
Kuasa Kepakaran – digunakan apabila pemimpin mempunyai kepakaran, ilmu & kemahiran yg tidak dipunyai
oleh staf bawahan
Jenis Kepimpinan
Kepimpinan Transactional – menekankan peranan penyeliaan, pengorganisasian & prestasi kerja pasukan
Kepimpinan Transformational – menyampaikan visi yg jelas ttg matlamat kumpulan, menunjukkan
keghairahan utk bekerja serta mempunyai kebolehan utk menjadikan pekerja bersemangat & bertenaga utk
bekerja
Kepimpinan karismatik – menyediakan persekitaran yg bertenaga & pengukuhan yg positif kpd pekerja
Kepimpinan berwawasan (Visionary) – mempunyai visi & bayangan masa hadapan ttg organisasi yg bakal
dikecapi
Gaya Kepimpinan
Autokratik – membuat keputusan & bertindak atas keputusan yg dibuat secara berseorangan;manakala
pekerja bawahan tidak terlibat langsung dlm proses membuat keputusan kerana pandangan mereka tidak
diambil kira
Demokratik – melibatkan staf bawahan dlm proses membuat keputusan
Laissez-faire – ketua tidak campur tangan dlm urusan pekerja & membenarkan staf bawahan utk membuat
keputusan sendiri
Kontigensi – gaya kepimpinan yg disesuaikan mengikut keadaan/situasi dgn melihat kpd elemen-elemen
persekitaran
Pemimpin Formal – pemimpin yg dilantik secara rasmi oleh organisasi mengikut prosedur
Pemimpin Tidak Formal – pemimpin yg dipilih melalui persetujuan ramai oleh ahli-ahli yg terlibat
Motivasi – keinginan seseorang berusaha secara bersungguh-sungguh utk mencapai kehendaknya
Teori Motivasi:
a) Maslow – keperluan manusia boleh dikategorikan kpd 5 jenis yg boleh disusun pd 1 tingkat keperluan
yg sistematik
b) Herzberg – kehendak manusia di tempat kerja boleh dikategorikan kdp 2 iaitu faktor penjagaan &
faktor motivasi
c) McGregor – berdasarkan 2 andaian utama ttg manusia di tempat kerja iaitu andaian negative (Teori X)
& andaian positif (Teori Y)
d) McClelland – menjelaskan ttg 3 jenis kehendak manusia yg dpt memberikan kesan kpd tingkah laku
mereka di tempat kerja
Pasukan Kerja dalam Organisasi:
Pasukan Formal
- dibentuk oleh pengurus utk mencapai matlamat organisasi dgn melaksanakan aktiviti/tugas tertentu
Pasukan Tidak Formal
- terbentuk apabila pekerja menubuhkan 1 kumpulan/pasukan di luar autoriti organisasi
Kepentingan Pasukan:
a) Membolehkan kerja disiapkan dlm tempoh yg ditetapkan
b) Meringankan beban kerja ahli pasukan
c) Menjanakan idea yg lebih baik
d) Menyelesaikan masalah secara berkesan
e) Memotivasikan ahli pasukan
Stres
Suatu tindak balas fizikal, mental/emosi terhadap kejadian/peristiwa yg menyebabkan gangguan
fizikal/mental
Terdapat kaitan antara tahap stress dgn prestasi kerja
Jika tahap stress adalah rendah, maka prestasi kerja tidak terjejas
Punca stress
a) Faktor pekerjaan & tempat kerja
- Konflik peranan
- Kekaburan peranan
- Beban tugas
- Skop kerja
- Kekurangan sokongan social
- Keadaan tempat kerja
- Struktur organisasi
- Kepimpinan organisasi
- Kitaran hayat organisasi
- Ganjaran & pampasan
- Hubungan manusia
b) Faktor individu
- personaliti
- lokus kawalan
- pengalaman kerja
- persepsi
- rutin harian
c) Faktor persekitaran umum
- Ketidaktentuan ekonomi
- Ketidakstabilan politik
- Ketidaktentuan teknologi
- Kejadian-kejadian yg mengejutkan
Kaedah menangani stres:
a) Pendekatan organisasi
i. Iklim organisasi yg baik
ii. Program kaunseling
iii. Program sokongan keluarga
iv. Program pengurusan stress
v. Sistem mentor
vi. Reka bentuk semula kerja
vii. Penetapan matlamat yg jelas
viii. Komunikasi organisasi
b) Pendekatan individu
i. Pengurusan masa
ii. Teknik fisiologi
iii. Bersukan & senaman
iv. Sokongan social
Pengawalan
Proses pemantauan prestasi & pengambilan tindakan bg memastikan hasil tercapai seperti yg dijangkakan
Kepentingan pengawalan:
a) Membantu organisasi mencapai matlamat yg telah ditetapkan
b) Memastikan semua projek/aktiviti yg dirancang berjalan seperti yg diinginkan
c) Membantu pengurus menyelaras semua aktiviti unit/jabatan kea rah mencapai matlamat yg
ditetapkan
Jenis kawalan:
a) Kawalan dalaman – sistem dalaman yg digunakan oleh organisasi utk memastikan bahawa organisasi
berjalan pd landasan yg betul
b) Kawalan luaran – kawalan di luar organisasi yg bertindak utk mengawal tindak tanduk organisasi &
pekerja
Proses Kawalan
3 Kaedah Kawalan
Kawalan Awalan Kawalan yg dibuat terhadap input utk memastikan input yg digunakan semasa proses
transformasi memenuhi standard tertentu
Kawalan Semasa Kawalan terhadap aktiviti yg sdg diproses utk mengubah input kpd output agar aktiviti
tersebut memenuhi standard yg ditetapkan
Kawalan Selepas Kawalan terhadap output yg dihasilkan
Fungsi Teknik Menilai & Menyemak Program (PERT) & Cara Laluan Genting (CPM) Sebagai Alat Kawalan
a) Mengawal kemajuan projek dgn mengenal pasti kegiatan yg tidak berjalan dgn baik & bagaimana
kegiatan tersebut mempengaruhi pelaksanaan kegiatan lain
b) Mengawal projek supaya ia dpt disiapkan mengikut tempoh masa yg telah dirancang
c) Memastikan aktiviti kritikal dpt disiapkan mengikut masa supaya tidak mengganggu aktiviti lain
d) Mengawal aktiviti luar jangka sekiranya berlaku masalah yg tidak dpt dielakkan
Undang-undang Kontrak
Akta Kontrak 1950
Suatu undang-undang yg mengandungi elemen-elemen asas kontrak yg perlu dipatuhi oleh pihak yg
terlibat dlm sesuatu kontrak di Malaysia
Mengandungi peruntukan berkenaan dgn pembentukan kontrak, pelaksanaannya & peruntukan yg
berkaitan dgn agensi
Perkataan ‘kontrak’ didefinisikan di bawah Seksyen 2(h) dlm Akta Kontrak 1950 sebagai ‘sesuatu
perjanjian yg boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang’
Sesuatu perjanjian itu ialah kontrak yg boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang jika dibuat oleh pihak yg
layak utk berkontrak, dgn kerelaan yg diberikan secara bebas & balasan serta tujuan perjanjian mestilah
sah di sisi undang-undang
Elemen-elemen Kontrak
Tawaran
a) Aku janji oleh 1 pihak kpd 1 pihak yg lain bahawa ia akan melakukan sesuatu/menahan diri dr
melakukan sesuatu jika pihak yg lain itu bersedia utk menerima/mematuhi segala syarat yg
disebutkan oleh pihak pembuat tawaran
b) Elemen penting dalam tawaran
- Tawaran mestilah jelas, lengkap & muktamad
- Penerima tawaran harus ditentukan
- Tawaran adalah berbeza drpd pelawaan tawaran
c) Sebab sesuatu tawaran akan tamat
- Pembuat tawaran membatalkan tawarannya
- Penolakan tawaran oleh penerima tawaran
- Luputnya waktu
- Kematian/ketidaksiuman pembuat tawaran
Penerimaan
a) Berlaku apabila seseorang menyatakan persetujuan dgn suatu cadangan & penerimaan mesti dibuat
sementara tawaran masih terbuka
b) 5 elemen penting dlm penerimaan
- Sesuatu penerimaan hendaklah jelas, mutlak & tidak bersyarat
- Penerimaan mestilah dibuat secara biasa & munasabah melainkan jika tawaran itu menetapkan
cara penerimaannya
- Sesuatu penerimaan yg dibuat mestilah dikomunikasikan
- Penerimaan hendaklah dibuat dlm jangka masa yg munasabah
- Sesuatu penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui & menerimanya
c) Jenis-jenis penerimaan yg tidak perlu dikomunikasikan
- Penerimaan dgn penunaian syarat
- Kaedah pos terpakai
- Jualan lelong
Balasan
a) Sesuatu perjanjian itu sah dr segi balasan jika kedua-dua pihak saling berjanji
b) Elemen penting dlm balasan
- Sesuatu balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik
- Balasan tidak semestinya dating drpd penerima janji
- Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
- Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan
- Balasan mestilah sesuatu yg sah di sisi undang-undang
- Perjanjian tanpa balasan
Niat
a) Sesuatu kontrak dikatakan sah jika terdapat bukti utk menunjukkan bahawa wujudnya niat utk
mengadakan hubungan yg mengikat di sisi undang-undang antara kedua-dua pihak
b) Disebabkan Akta Kontrak 1950 tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang secara nyata
tentang isu ini, maka sebarang pertikaian/masalah berhubung dgn perkara ini akan dirujuk kpd
common law
Ketentuan
a) Sesuatu kontrak itu yg sah itu perlulah mengandungi perutukan yg nyata & tentu (tidak samar-samar)
b) Keadaan yg boleh menyebabkan ketidaktentuan dlm sesuatu kontrak
- Bahasa yg digunakan adalah kabur & samar-samar
- Kegagalan utk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok/syarat utama perjanjian
Keupayaan berkontrak
a) Seseorang yg layak membuat kontrak mestilah dewasa, berakal sempurna & tidak hilang kelayakan
utk berkontrak
Terma Kontrak
a) Terdiri drpd syarat & waranti
b) Sama ada sesuatu terma itu adalah syarat/waranti adalah bergantung pd niat pihak-pihak yg berkontrak
c) Jika sesuatu kenyataan diniatkan sebagai perkara penting, maka kenyataan tersebut dikenali sebagai
syarat kontrak. Pelanggaran kpd syarat kontrak boleh menyebabkan kontrak itu ditamatkan
d) Apabila kenyataan diniatkan sebagai perkara kurang penting, maka kenyataan itu dikenali sebagai waranti.
Pelanggarannya memboleh pihak yg teraniya menuntut ganti rugi sahaja.
Jenis-jenis Kontrak
Kontrak Sah Kontrak yg mematuhi elemen tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan dan
keupayaan
Kontrak Batal Kontrak yg tidak mematuhi elemen tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan dan
keupayaan
Kontrak Boleh Batal Kontrak yg sah pada awalnya ehingga diketepikan oleh pihak-pihak yg terlibat dlm
kontrak tersebut
Apabila 1 pihak kpd kontrak memungkiri janjinya & menyebabkan kerugian kpd pihak yg 1 lagi, maka pihak
yg mengalami kerugian boleh menuntut pemulihan, ganti rugi/remedy
Pelaksanaan
Menamatkan
Ganti Rugi Spesifik
Kontrak
Quantum meruit
Injunksi
Halangan Komunikasi
Fizikal Gangguan secara nyata & langsung seperti bunyi bising kenderaan, bunyi mesin dlm
kilang & bercakap dgn org awam tanpa mikrofon
Psikologikal Cara berfikir yg berlainan & tanggapan yg berbez antara penghantar dgn penerima
mesej
Sosiologikal Wujud kerana perbezaan umur, ras, kaum, jantina, budaya, bahasa pertuturan,
pangkat dlm organisasi, taraf pendidikan, taraf kehidupan & latar blkg kehidupan
Semantik Halangan penggunaan perkataan yg mempunyai banyak makna
Bentuk Komunikasi
Menegak Pertukaran maklumat antara 2/lebih pekerja pd peringkat yg berlainan dlm hierarki
organisasi
Mendatar Pengaliran idea & maklumat secara bebas dlm kalangan staf pd peringkat yg sama dlm
hierarki organisasi
Melintang Pertukaran maklumat antara 2/lebih peringkat pekerja drpd bahagian yg berlainan dlm
hierarki organisasi
Komunikasi Sehala
Proses komunikasi yg tidak memerlukan maklum balas drpd penerima kpd penghantar
Jenis komunikasi sehala:
Dari atas ke bawah Pengaliran maklumat drpd pengurus atasan kpd orang-orang bawahan
Dari bawah ke atas Pengaliran maklumat dr 1 peringkat bawahan ke 1/lebih peringkat yg lebih tinggi
Kemahiran Mendengar
Mendengar – suatu proses penerimaan maklumat secara mental oleh manusia utk memahami,
menterjemah & berusaha utk bertindak balas terhadap mesej yg diterima dgn cara sewajarnya
Proses Mendengar
Menerima Pendengar akan cuba mendapatkan apa yg disampaikan oleh penyampai sama ada
secara lisan/bukan lisan
Memahami Pemprosesan maklumat utk mendapatkan maksud yg disampaikan
Mengingati Tindakan utk cuba mendapatkan semula sesuatu maklumat yg disimpan dlm
ingatan
Menilai Menganalisis fakta, pandangan, niat & penyataan yg disampaikan oleh penyampai
Memberi tindak balas Menunjukkan bahawa pendengar menerima/tidak menerima maklumat yg
disampaikan
Mendengar Secara Aktif – Teknik komunikasi yg memerlukan pendengar utk memberi maklum balas ttg
apa yg mereka dengar dgn cara menyatakan semula/merumuskan apa yg mereka telah mendengar dgn
kata-katanya sendiri utk mengesahkan apa yg telah didengari
Kemahiran Berunding
Perundingan – proses yg melibatkan komunikasi sama ada secara langsung/tidak langsung antara
dua/lebih pihak yg mempunyai konflik kepentingan utk mencapai persetujuan bersama
Prinsip Berunding:
- Tumpuan kpd minat & bukan kedudukan
- Asingkan manusia drpd masalah
- Jana pelbagai pilihan
- Guna kriteria yg objektif & boleh diterima
Elemen-elemen Perundingan:
Maklumat Menyampaikan tujuan serta matlamat sesuatu perundingan diadakan
Masa Memastikan masa yg sesuai & mencukupi bagi sesuatu perundingan
Kuasa Keupayaan utk mempengaruhi org lain dlm membuat keputusan semasa
perundingan
Etika Prinsip-prinsip akhlak/moral yg dipegang oleh seseorang
individu/kumpulan/masyarakat
Budaya Mengutamakan nilai & indentiti yg tidak bertentangan dgn nilai pihak perunding yg
lain serta menghormati adat & pembawakan pihak perunding yg lain
Perlaku/Personaliti Perunding yg terlibat dlm suatu rundingan mesti hadir dlm keadaan bersedia &
berperwatakan menarik, kemas & bersih
Sosial Aspek pergaulan antara pihak yg terlibat dlm perundingan
Tahap Perundingan
Intrapersonal Perundingan yg berlaku dlm diri individu itu sendiri
Interpersonal Perundingan antara individu dgn individu yg lain/sekumpulan individu lain
Intrajabatan Perundingan yg berlaku dlm lingkungan sesebuah jabatan itu sendiri sahaja
Interjabatan Perundingan yg melibatkan rundingan antara jabatan dgn jabatan yg lain
Nasional Perundingan dlm peringkat kebangsaan dlm sesebuah negara
Dua Hala Perundingan berfokus terhadap perundingan antara dua pihak
Serantau Perundingan antara pihak yg berdekatan yg tinggal dlm sesebuah komuniti yg sama
serta berkongsi adat kebudayaan yg hampir sama
Pelbagai Hala Perundingan yg multi tujuan iaitu tidak hanya memfokuskan satu hala tuju & satu
matlamat sahaja
Antarabangsa/Global Melibatkan perundingan antara beberapa buah negara
Teknologi Maklumat
Peranan ICT dlm Pengurusan Perniagaan:
- Penyediaan laporan
- Sistem kawalan kewangan
- Pengurusan inventori
- Membuat keputusan
- Membuat ramalan
- Penyediaan data
e-dagang – proses dgn peniaga menjual barang & pembeli membeli barang yg ditawarkan melalui internet
Kelebihan e-dagang:
- Modal yg dilaburkan oleh peniaga adalah kecil
- Kos operasi & pentadbiran perniagaan adalah murah
- Pasaran luas
- Tidak menanggung risiko hutang lapuk
- Menjimatkan kos, masa & tenaga pelanggan
- Pelanggan mempunyai pilihan yg luas
e-perolehan – proses pembelian barangan bekalan perniagaan secara automatic dgn menggunakan
internet
Jenis e-pemasaran:
- Paparan iklan melalui penggunaan media elektronik
- Pemasaran media social
- Pemasaran e-mel
Jenis keputusan
a) Keputusan Rutin – keputusan yg dibuat utk menyelesaikan suatu masalah yg boleh dijangka & kerap
berlaku dalam sesebuah organisasi
b) Keeputusan Tak Rutin – keputusan yg dibuat utk menyelesaikan suatu masalah yg tidak dpt dijangka,
jarang berlaku/masalah baru dlm sesebuah organisasi
b) Pokok Keputusan
- Bentuk grafik bagi pilihan-pilihan/alternatif tindakan yg boleh diambil & turutan kejadian akibat
sesuatu tindakan dilukis utk memberi gambaran menyeluruh ttg masalah yg wujud