Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3 : TUGASAN REFLEKSI

Saya telah melibatkan diri dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Saint Mary’s, Parit Buntar. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan oleh seorang guru Sejarah di tahun 4
Mugai. Guru tersebut menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik
darjah demi menjadi seorang guru sejarah yang berkualiti. Seorang guru yang berkualiti
mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan
kemajuan pendidikan di negara kita. Seorang guru yang berkualiti dapat menyusun
penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Sejarah bagi
meningkatkan pemahaman dan pencapaian murid di dalam kelas. Terdapat beberapa
kekuatan, kelemahan , penambahbaikan ke arah transformasi penggunaan sumber sejarah
dalam bilik darjah.

Dari segi kekuatan, proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh
guru dapat menarik perhatian murid-murid. Dalam konteks ini, apabila mengajar dalam kelas,
guru telah menggunakan bahan elektronik dan bahan internet dalam set induksi, maka murid-
murid gemar untuk menimba ilmu (Kalyuga Slava, 2009). Sebagai contohnya, Dalam
Dokumen Standard Kandungan Pelajaran (DSKP) tahun 4 iaitu tajuk 5 mengenai Tokoh
Terbilang Kesultanan Melayu Melaka, guru Sejarah boleh menayangkan video animasi yang
menunjukkan pembukaan kerajaan Melaka. Kesannya, dengan penggunaan bahan elektronik
dan internet, guru Sejarah tersebut melakukan tugas sebagai guru yang berkualiti dengan
bijak menyusun sumber bahan pengajaran bagi meningkatkan minat murid untuk menuntut
ilmu pengetahuan dengan berkesan.

Selain itu, guru Sejarah tersebut telah menggunakan bahan bercetak dengan efektif dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru Sejarah telah menggunakan
bahan bercetak seperti buku teks, buku latihan, buku rujukan dan sebagainya. Apabila guru
Sejarah menggunakan bahan bercetak dalam matapelajaran sejarah, guru tersebut dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan buku teks yang telah ditetapkan. Kesannya,
guru Sejarah menjadi seorang guru yang berkualiti kerana menggunakan bahan bercetak
dengan baik di mana penggunaan bahan bercetak tidak menjadikan murid-murid berasa
bosan apabila mereka belajar (Abdul Rahman Abdullah, 2009).

Dari segi kelemahan, guru Sejarah tersebut mengalami kekangan masa apabila
menggunakan bahan elektronik dan internet. Ini adalah kerana, apabila guru Sejarah
menggunakan bahan elektronik dan internet, guru tersebut telah mengambil masa yang lama
untuk memasang LCD dan mengakses internet. Masa yang telah ditetapkan dalam jadual

1
untuk mengajar matapelajaran sejarah ialah satu jam. Disebabkan kekangan masa, guru
tersebut mengajar selama empat puluh minit sahaja. Murid-murid juga membuat bising dalam
kelas sewaktu guru tersebut memasang bahan elektronik. Oleh itu, guru tersebut gagal untuk
mengawal keadaan kelas di mana guru tidak dapat mengurangkan keadaan bising dalam
kelas. Natijahnya, keadaan kondusif di dalam sukar dicapai.

Selain itu, guru Sejarah tidak menggunakan bahan arkeologi dan monumen dalam
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, guru tersebut tidak
menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran itu adalah disebabkan
perbelanjaan yang tinggi. Apabila guru berhasrat untuk mengadakan lawatan ke tapak-tapak
arkeologi, guru tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk kos kenderaan, makanan
dan tiket untuk membawa murid-murid ke tempat-tempt tersebut. Pada masa yang sama,
jarak antara sekolah ke tapak sejarah adalah jauh. Ini telah menjadikan guru Sejarah gagal
untuk menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran ini untuk menyempurnakan proses
pengajaran dan pembelajaran (Asyaari Muhamad, 2009). Kesannya, ini telah menjadi satu
impak yang negatif kepada kedua-dua pihak di mana guru telah berperanan sebagai guru
berkualiti yang kurang mantap. Bagi murid-murid, mereka gagal untuk mengetahui lebih lanjut
dan mendalam untuk mengenai sesuatu tempat sejarah seperti Tapak Arkeologi Lenggong
dan sebagainya.

Sebagai cadangan penambaikan bagi mengatasi maengatasi masalah ini ialah guru
Sejarah harus mengikuti ke kursus ataupun program-program yang menekankan bahan
elekteronik dan internet. (Jamalludin Harun, 2010). Apabila guru tersebut mengikuti kursus
seperti ini, maka mereka dapat mengetahui untuk mengendalikan sumber bahan pengajaran
dan pembelajaran sewaktu mereka mengajar dalam kelas. Pada masa yang sama, apabila
guru Sejarah mengikuti kursus seperti ini, guru Sejarah dapat memperkembangkan
profesionalisme keguruan dengan efektif di mana mereka akan menjadi seorang guru
berkualiti yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang pedagogi abad ke-21 (Noriati
Abdul Rashid, 2010). Dan juga, guru perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah
bising di dalam kelas iaitu guru tersebut harus menetapkan peraturan untuk mengurangkan
keadaan bising dalam kelas. Apabila guru Sejarah menetapkan peraturan-peraturan yang
tegas, maka murid-murid akan mengurangkan bunyi bising di dalam kelas sewaktu guru
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah.

Akhirnya, seorang guru yang berkualiti mempunyai nilai-nilai keguruan yang tinggi dan
mantap. Oleh itu, bagi menjadi seorang guru Sejarah yang berkualiti, mereka haruslah bijak
menyusun penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran

2
Sejarah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara
berkesan dan sempurna.

705 Patah Perkataan

Anda mungkin juga menyukai