Anda di halaman 1dari 11

BAGAIMANA SEORANG GURU MEMANFAATKAN MODEL DISIPLIN

ASERTIF CANTER DAN MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN


DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peribahasa Melayu ada mengatakan “rambut sama hitam, hati lain-


lain”. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad (2009), tafsiran daripada peribahasa tersebut ialah manusia normal
mempunyai sifat fizikal yang serupa, iaitu mempunyai sepasang mata,
sepasang telinga, sepasang kaki, sepasang tangan, satu hidung, satu mulut,
tetapi mempunyai hati yang mendorong perlakuan dan tingkah laku yang
berbeza. Oleh sebab itu, amat penting bagi seorang guru memahami
perbezaan tingkah laku murid bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran terlaksana dengan berkesan. Hal ini adalah kerana memahami
tingkah laku murid di dalam bilik darjah merupakan salah satu cara untuk
menguruskan bilik darjah dengan berkesan.

Tingkah laku negatif murid yang pelbagai akan mengundang kepada


masalah disiplin di dalam bilik darjah. Hal ini menyebabkan seorang guru
perlu menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mengawal dan
mendapatkan tingkah laku yang diingini. Masalah disiplin di dalam bilik darjah
boleh diatasi dengan cara guru tersebut memanfaatkan model pengurusan
disiplin seperti model Canter dan model Kounin dengan sebaik mungkin.
Walaupun pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua model ini adalah
berbeza, namun kedua-duanya memberikan garis panduan tentang
pengurusan disiplin dan tingkah laku yang berkesan untuk diaplikasikan di
dalam bilik darjah.

Setiap orang guru mengimpikan sebuah proses pengajaran dan


pembelajaran tanpa gangguan manakala murid-murid pula mengidamkan
suasana pembelajaran yang selamat dan tenang. Guru sering mengalami
masalah dalam mengawal tingkah laku murid. Masalah ini menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan objektif pengajaran
sukar dicapai. Oleh itu, melalui cara menetapkan peraturan tingkah laku
seperti yang dikemukakan dalam model Carten adalah relevan dilaksanakan

1
di dalam bilik darjah. Apabila peraturan tingkah laku telah ditetapkan, guru
hendaklah memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan
tegas. Peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa perasaan pilih kasih
sebaliknya dilaksanakan secara konsisten dan adil. Melaksanakannya secara
konsisten dan adil disini membawa maksud guru tersebut hendaklah memberi
ganjaran atau dendaan pada masa tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh
murid. Ini bermakna guru tidak boleh mengguna pakai peraturan yang
ditetapkan dengan sesuka hati.

Peraturan tingkah laku yang jelas dapat membantu guru untuk


menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Dalam usaha
merealisasikan persekitaran yang kondusif ini, guru hendaklah menetapkan
peneguhan positif atau peneguhan negatif yang akan diberikan sekiranya
murid menunjukkan tingkah laku yang diingini atau sebaliknya. Peneguhan
positif seperti memberi penghargaan dan pujian akan diberikan sekiranya
murid tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peneguhan yang
diberikan ini akan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya.
Maka, kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi sekaligus dapat
mengurangkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Manakala,
peneguhan negatif seperti memberi teguran akan dikenakan sekiranya murid
melanggar peraturan tersebut. Ini menyebabkan murid sedaya upaya
mengelak daripada menerima akibatnya. Oleh sebab itu, murid akan sedaya
upaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Setiap guru mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan cara tersendiri dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Namun begitu, seorang guru yang baik akan sedaya upaya mewujudkan
suasana bilik darjah yang menyeronokkan dan membina hubungan yang baik
dengan murid. Di sekolah, dapat diperhatikan murid akan lebih mudah
mendekati dan menghormati seorang guru yang mesra, bertimbang rasa dan
mengetahui keinginan murid berbanding dengan guru yang garang, kasar,
tidak mesra dan tidak bertimbang rasa. Model Canter telah menggariskan tiga
jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang

2
asertif. Seorang guru yang asertif lebih mudah mengendalikan disiplin di
dalam bilik darjah berbanding dengan guru yang tidak asertif dan agresif.
Menyedari keperluan menjadi seorang guru yang asertif, maka ciri-ciri seperti
mampu membina hubungan saling mempercayai dengan murid, jelas, yakin
dan tegas menyatakan arahan, sentiasa membimbing murid serta tahu apa
yang diingini oleh murid perlu diterapkan ke dalam diri seorang guru. Apabila
guru mempunyai ciri-ciri sedemikian, murid-murid akan berasa lebih selesa
dan seterusnya lebih mudah untuk guru membantu murid-murid memahami
bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan.

Di dalam bilik darjah, guru akan menghadapi pelbagai masalah tingkah


laku yang mendorong kepada kegagalan proses pengajaran dan
pembelajaran. Perbuatan seperti membuat bising, bermain dan berbual
sewaktu guru sedang mengajar sering dilakukan oleh murid di dalam bilik
darjah. Tingkah laku ini bukan sahaja mengganggu kelancaran proses
pengajaran yang disampaikan oleh guru bahkan mengganggu proses
pembelajaran murid yang lain. Oleh sebab itu, guru perlu tegas dan berusaha
untuk menyedarkan murid terhadap tingkah laku yang mereka lakukan. Guru
boleh mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid yang
mengganggu hak-hak murid lain untuk belajar dengan selesa seperti tindakan
secara fizikal dan psikologi. Guru perlu ingat bahawa tindakan yang dilakukan
ini bukan bertujuan untuk mendera tetapi merupakan langkah untuk
menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif kepada murid dan ini akan
sukar dicapai sekiranya guru gagal mengambil tindakan ke atas tingkah laku
tersebut.

Kejayaan guru mendidik bukan hanya terletak pada kejayaan akademik


semata-mata tetapi turut disandarkan pada kejayaan guru membentuk
sahsiah dan tingkah laku yang baik dalam kalangan murid. Oleh sebab itu,
memberi perhatian yang khusus adalah sangat penting dalam usaha
membentuk tingkah laku yang diingini dalam kalangan murid. Namun begitu,
situasi yang berlaku pada hari ini adalah guru hanya memberi fokus dalam
bidang akademik sahaja. Hal ini menyebabkan murid-murid menunjukkan
tingkah laku yang tidak diingini hanya untuk mendapatkan perhatian daripada

3
guru. Oleh itu, perhatian yang khusus perlu diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini supaya murid berasa diri mereka
dihargai. Murid-murid tidak memerlukan pengiktirafan dalam bentuk wang
tetapi cukup sekadar menerima galakan, tingkah laku mereka dihargai dan
menerima komen positif daripada guru sudah sukup memadai. Melalui
pengiktirafan ini, murid dapat meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri
seterusnya mengulangi tingkah laku tersebut. Ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah dan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.

Ramai guru beranggapan bahawa adalah normal bagi murid yang


menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini sewaktu berada di dalam bilik
darjah. Guru yang mempunyai perspektif sedemikian merupakan boleh
dianggap sebagai seorang guru yang tidak mengambil berat terhadap
keselesaan murid dalam mengikuti proses pembelajaran. Sebagai seorang
guru, proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa dapat dikaitkan
dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Antara elemen seterusnya
yang boleh dimanfaatkan menerusi model Canter adalah guru boleh
mengawal disiplin murid-murid dengan membuat hierarki disiplin mengikut
keutamaan besertakan tindakan pembetulan yang akan dikenakan ke atas
tingkah laku tersebut. Jika guru tegas dan konsisten dalam
melaksanakannya, tingkah laku yang tidak diingini dapat diatasi dengan
tenang dan pantas. Dalam hierarki disiplin ini, tindakan pembetulan yang
dikenakan ke atas murid akan menjadi serius daripada sebelumnya. Oleh
sebab itu, murid akan lebih berhati-hati supaya mereka tidak mengulangi
tingkah laku yang tidak diingini oleh guru berulang kali.

Menurut Naffi Mat (2006), main peranan adalah melakonkan situasi,


masalah ataupun peristiwa yang dianggap penting. Teknik main peranan
membolehkan murid mendapat gambaran ataupun pengalaman secara
spontan tanpa perlu membuat latihan. Teknik main peranan bukan sahaja
membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, malah teknik main peranan juga dapat membantu guru mengajar
dan membimbing murid-murid mengenai pelan pengurusan disiplin yang

4
dibentuk. Teknik ini sangat penting dalam usaha memberi penerangan
kepada murid berkaitan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Hal ini
adalah kerana pelan pengurusan bilik darjah yang dibentuk tidak akan
berkesan sekiranya guru hanya membaca peraturan tersebut kepada murid
atau hanya memaparkan sahaja pada papan kenyataan. Ini membuktikan
bahawa teknik pengajaran yang sesuai sangat penting dalam menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, model Canter turut memperkenalkan kepada guru-guru


prosedur tindakan pembetulan tingkah laku yang sistematik dan mudah
diaplikasikan. Walaupun tindakan pembetulan tingkah laku boleh
menimbulkan rasa kurang selesa murid, namun sekiranya guru
memanfaatkan prosedur yang dicadangkan oleh Canter murid-murid akan
menerima akibat daripada tingkah laku yang mereka tunjukkan. Dalam usaha
mengenakan tindakan pembetulan kepada murid, guru perlu bertindak
dengan tenang dan konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada
kesalahan yang sama ditunjukkan oleh mana-mana murid. Maka, guru tidak
boleh mempunyai perasaan pilih kasih kepada mana-mana murid dan adil
dalam melaksanakannya. Seterusnya, apabila murid menunjukkan tingkah
laku yang diingini guru perlu memberi peneguhan supaya murid akan
mengulangi tingkah laku yang diingini. Di dalam bilik darjah, kebanyakan guru
tidak memberi peluang kepada murid menjelaskan sebab-sebab mereka
menunjukkan tingkah laku tidak diingini. Hal ini menyebabkan guru gagal
mengubah tingkah laku tersebut. Oleh itu, berikan peluang untuk murid
meluahkan perasaan mereka dengan cara guru mendekati murid dan cuba
mendapatkan kepercayaan mereka terhadap guru. Dengan cara ini, guru
dapat mengenal pasti faktor-faktor luar atau tekanan yang mendorong murid
menunjukkan tingkah laku tersebut seterusnya merancang strategi
menyelesaikannya.

Selain daripada itu, seorang guru perlulah lebih sensitif dengan


keperluan murid yang berbeza selaras dengan peningkatan usia mereka.
Cara guru memberi teguran kepada murid memainkan peranan penting
kerana teguran tersebut mungkin akan memberi kesan positif ataupun kesan

5
negatif. Oleh sebab itu, guru perlu bijak merancang strategi walaupun pada
pendapat guru memberi teguran itu merupakan suatu perkara yang mudah
namun guru harus sedar tindakan yang salah bakal mengundang kepada
masalah yang lebih besar. Memberi teguran kepada murid-murid peringkat
rendah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan murid-murid yang lebih
dewasa. Hal ini adalah disebabkan oleh murid yang lebih dewasa lebih
sensitif, mudah hilang keyakinan diri, memberontak dan menunjukkan rasa
tidak puas hati terhadap guru sekiranya guru menggunakan cara yang salah
dalam menegur. Oleh sebab itu, Canter telah menegaskan bahawa teguran
dilakukan secara langsung kepada murid-murid yang masih di peringkat
kanak-kanak. Sebaliknya, kepada murid-murid yang lebih dewasa guru perlu
menegur secara individu. Sebagai contoh, guru boleh memanggil murid
tersebut keluar dari bilik darjah dan guru mengingatkan tingkah laku yang
telah ditunjukkan dan akibat yang akan diterima. Ini akan dapat
mengurangkan perasaan malu dan rendah diri murid tersebut di hadapan
rakan-rakan yang lain.

Dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin, Kounin memberi


penekanan kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru dalam pengurusan
bilik darjah. Dalam Model Kounin, terdapat dua entiti utama yang diberi
penekanan iaitu disiplin dan pengajaran. Disiplin dan pengajaran perlu
dititikberatkan oleh guru dalam membentuk pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Model Kounin memberi pelbagai manfaat kepada guru dalam
merangka satu bentuk pengurusan bilik darjah yang sesuai dengan situasi
guru di dalam bilik darjah masing-masing.

Kesan gelombang yang diperkenalkan dalam Model Kounin sangat


membantu guru di dalam bilik darjah. Apabila guru memberi teguran terhadap
seorang murid yang melakukan salah laku, murid-murid lain akan mengambil
iktibar daripada tindakan guru tersebut dan berusaha tidak melakukan salah
laku yang sama. Apabila murid-murid lain turut menerima kesan daripada
tindakan guru, maka guru dikatakan berjaya dalam menguruskan disiplin bilik
darjah secara berkesan. Sewaktu memberi teguran kepada murid, tingkah
laku yang hendak diperbetulkan perlulah dinyatakan secara spesifik.

6
Contohnya, „Diana, berhenti berbual dengan Amanda, pandang hadapan dan
selesaikan semua soalan Matematik ini‟. Teguran akan menjadi lebih
berkesan sekiranya guru menyatakan akibat kepada salah laku yang
ditunjukkan murid. Contohnya, „Adam berhenti bercakap dengan Johan atau
saya suruh awak mengajar rakan-rakan awak lain di hadapan‟. Sekiranya
murid masih melakukan salah laku tersebut, akibat yang telah dinyatakan
perlu dilaksanakan supaya memberi teladan kepada murid bahawa guru
serius dalam mendisiplinkan murid.

Aktiviti yang dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran


juga memainkan peranan penting untuk membentuk pengurusan disiplin yang
berkesan di dalam bilik darjah. Guru perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang
berpusatkan murid supaya murid dapat melibatkan diri secara aktif di dalam
bilik darjah. Antara aktiviti yang berpusatkan murid adalah seperti melakukan
demostrasi, memberikan maklum balas, bercerita dan memberikan
penerangan. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan guru mengekalkan perhatian
murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walau
bagaimanapun, masih terdapat segelintir guru yang masih menjalankan
aktiviti berpusatkan guru di mana guru mengajar manakala murid akan
menjadi pendengar yang pasif. Cara guru ini menimbulkan rasa bosan
kepada murid dan memburukkan lagi keadaan apabila murid memikirkan
bagaimana untuk menghilangkan rasa bosan tersebut. Ini mencetus kepada
masalah tingkah laku seperti murid berbual, bermain, membuat bising dan
tidak lagi menghormati guru yang sedang mengajar. Oleh itu, aktiviti-aktiviti
hendaklah dirancang secara kreatif dan berpusatkan murid supaya murid
sentiasa bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung.

Seorang guru yang baik akan sentiasa memastikan murid tidak berasa
bosan dengan pengajaran guru. Oleh sebab itu, setiap guru perlu memahami
bagaimana untuk menguruskan bilik darjah secara berkesan. Sesuatu
pengajaran perlulah dirancang dengan mengambil kira beberapa aspek
penting. Aspek-aspek seperti tahap kebolehan murid, minat murid, aktiviti
yang mencabar murid dan aktiviti yang memotivasikan murid perlu diambil

7
kira dalam membuat perancangan awal mengenai aktiviti yang akan
dijalankan. Sekiranya guru mengambil kira aspek-aspek ini dalam pemilihan
aktiviti, pengajaran yang menyeronokkan dapat dijalankan. Tambahan lagi,
murid-murid juga dapat memotivasikan diri mereka menerusi aktiviti-aktiviti
yang mencabar. Contohnya, dalam aktiviti kuiz secara berkumpulan, murid
dapat membina keyakinan diri dengan menjawab soalan yang mencabar
minda bagi menyumbang markah kepada kumpulan yang disertai. Di samping
itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat mengekalkan perjalanan aktiviti bilik
darjah yang lancar kerana penglibatan murid-murid secara aktif dalam aktiviti
tersebut.

Menerusi model Kounin, kebolehan guru untuk mengawasi semua


perkara yang berlaku di dalam bilik darjah setiap masa merupakan cara untuk
menguruskan tingkah laku secara berkesan di dalam bilik darjah. Kesedaran
dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada
setiap masa ini dikenali sebagai withitness. Kebolehan ini boleh dicapai
menerusi beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh guru. Antara tindakan
yang perlu dilakukan adalah guru perlu peka terhadap bunyi di dalam bilik
darjah. Contohnya, bunyi tapak kaki menunjukkan terdapat murid sedang
berjalan di dalam bilik darjah. Susunan kerusi dan meja juga perlu diatur
dengan baik supaya tiada murid yang boleh berselindung daripada
penglihatan guru. Selain itu, sewaktu memberi bimbingan peribadi secara
individu atau berkumpulan, guru perlu memastikan dirinya tidak
membelakangkan murid yang lain. Ini merupakan langkah untuk mengelak
daripada berlakunya salah laku murid di belakang guru. Seterusnya, apabila
guru mengesan terdapat salah laku yang timbul dalam kalangan murid, guru
perlu memaklumkan kepada murid supaya guru dapat mengawal salah laku
tersebut sebelum menjadi bertambah buruk.

Selain itu, pengurusan disiplin bilik darjah juga bergantung kepada


kebolehan guru untuk menangani lebih daripada satu situasi dengan
serentak. Tingkah laku murid yang pelbagai di dalam bilik darjah memerlukan
guru mempunyai kemahiran untuk menanganinya. Contohnya, „Maria,
teruskan membaca pendahuluan karangan awak, saya dengar. Marissa

8
berhenti daripada menulis dan dengar pendahuluan yang dibacakan Maria‟.
Menerusi dialog ini, dapat diperhatikan guru mampu mengawal salah laku
yang dilakukan murid dan pada masa yang sama guru sedang menumpukan
perhatian terhadap perkara lain yang lebih penting. Di dalam bilik darjah,
murid sering berasa diri mereka selamat untuk melakukan salah laku apabila
duduk di barisan belakang. Oleh sebab itu, guru hendaklah memerhatikan
gerak-geri murid yang duduk di barisan belakang walaupun pada masa yang
sama guru sedang menumpukan perhatian kepada murid yang lain. Guru
yang mampu menangani dua situasi dalam satu masa ini merupakan guru
yang berkebolehan mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik.

Seterusnya, cara pelaksanaan aktiviti dalam proses pengajaran dan


pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Sebagai seorang guru, kelancaran
pelaksanaan aktiviti perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, kelancaran
pelaksanaan aktiviti memainkan peranan penting untuk mengawal salah laku
murid. Oleh sebab itu, guru perlu memberi sepenuh komitmen sepanjang
pelaksanaan aktiviti.

Oleh itu, guru perlu memberi sepenuh komitmen sepanjang pelaksanaan


aktiviti. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah lancar, arahan yang
diberikan juga perlu jelas dan aktiviti yang dijalankan juga perlu menarik
perhatian murid. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang
menjalankan aktiviti tanpa sebarang pengisian yang berguna kepada murid
hanya untuk memebri keseronokan. Ini boleh diibaratkan seperti perbuatan
melepaskan batuk di tangga. Sikap guru yang sedemikian menyebabkan
murid mencari alternatif lain untuk melakukan perkara di luar aktiviti yang
telah ditetapkan. Masalah salah laku di dalam bilik darjah sudah tentu dapat
diatasi apabila guru menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.

Perbuatan guru ini boleh diibaratkan seperti melepaskan batu di tangga.

9
Guru peka dengan keadaandalam bilik darjah dan memerhatimasalah yang
berlaku di kalanganmurid.
o
Keupayaan guru tangani masalahdi dalam dan luar bilik darjah yangganggu
sesi PnP semasa.
o
Guru mesti buat persediaansupaya proses PnP lancar.
o
Guru tidak ganggu muridsemasa laku aktiviti tetapi bantusecara individu yang
bermasalah.
o
Terangkan masalah jika pelajartidak faham tanpa perasaan marahdan
menyakitkan hati dan teruskembali pengajaran dengan cepat.
o
Meninjau hasil kerja murid.Minta murid bagi respons terhadapsesatu perkara.

Pelajar dilihat sebagaiberpotensi bknya perosak.

Guru yakinkan pelajarbagi tambah kualiti hidup.

10
Guru sediakan suasanabelajar yangmenyeronokkan.

Guru wujudkanhubungan baik denganpelajar bantu merekabertanggungjawab


terhadapdiri mereka sendiri.

11

Anda mungkin juga menyukai