Anda di halaman 1dari 1

HPA 104 – ETIKA DAN MASYARAKAT LESTARI

SOALAN TUGASAN
KUMPULAN TUTORIAL F | RABU | 2-3 PETANG | C24/BT4

1. Menciplak merupakan satu kesalahan dari kacamata etika. Huraikan permasalahan


ini dalam bidang akademik.
2. Kewujudan rumah penjagaan warga emas menimbulkan satu persoalan dari sudut
etika terhadap ibubapa. Bincangkan.
3. Bandingkan antara sistem etika dua agama secara akademik.
4. Etika normatif membicarakan perkara yang sewajarnya dilakukan manusia. Berikan
huraian lanjut mengenai etika normatif.
5. Bincangkan kewujudan gerakan feminisme dari segi etika.
6. Bincangkan mengenai seorang tokoh etika dalam tamadun Islam.
7. Bincangkan mengenai seorang tokoh etika dalam tamadun Eropah.
8. Apa jua ilmu pengetahuan sewajarnya membuahkan nilai-nilai murni. Bincangkan
mengenai ilmu sains dan teknologi yang memberi kemudaratan kepada manusia
sejagat.
9. Mengurangkan sukatan dan timbangan ialah tindakan tidak bertanggungjawab.
Huraikan hal ini berdasarkan etika dalam perniagaan.
10. Berikan huraian terperinci mengenai konsep keadilan sosial.
11. Bincangkan perbandingan antara konsep kesamarataan (equality) dengan keadilan
(justice) berserta contoh-contoh yang relevan.
12. Matlamat ke-14 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ialah memulihara dan
menggunakan sumber marin secara lestari. Bincangkan hal ini dari sudut etika
terhadap alam sekitar.
13. Penghapusan etnik menafikan kewujudan kumpulan minoriti dalam sesebuah negara.
Bincangkan pernyataan ini.
14. Sifat kasih sayang sesama insan semakin luntur dalam kalangan masyarakat dek
kerana terlalu bersikap individualistik. Bagaimanakah caranya membendung
permasalahan ini?
15. Bincangkan mengenai kebebasan bersuara.
16. Nilaikan kewajaran subjek pengajian moral di sekolah menengah dan institusi
pengajian tinggi di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai