Anda di halaman 1dari 4

ULASAN JURNAL BERKAITAN HIDRASI & DEHIDRASI

KURSUS

QSU 3043 FISIOLOGI SENAM


GROUP C

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : MUHAMMAD NAZMI BIN MOHAMMAD NAZAR


NO MATRIK : D20182086446
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PENDIDIKAN JASMANI)
SEM / SESSI : SEMESTER 2 SESI 2018/2019
ULASAN BERKAITAN ISU HIDRASI DAN DEHIDRASI

Isu yang dipilih oleh saya adalah berkaitan kesan pendidikan hidrasi terhadap
pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta pengambilan air dalam kalangan atlet lelaki
sukan berkata Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis ini dikemukakan oleh pelajar Ijazah
Sarjana Pendidikan (Sains Sukan). Tesis ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan pendidikan
hidrasi terhadap pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta jumlah pengambilan air
dalam kalangan atlet sukan berkala Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tempoh yang diambil
oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini adalah selama 4 minggu dan melibatkan 29 orang
atlet lelaki daripada pasukan bola sepak dan bola baling UPSI yang berusia lingkungan 21
hingga 25 tahun. Pada pandangan saya, isu ini merupakan perkara penting kepada peningkatan
prestasi setiap atlet. Hal ini kerana keseimbangan cecair dalam badan seseorang atlet dewasa
mahupun remaja itu penting untuk meningkatkan prestasi atlet. Kesedaran tentang amalan hidrasi
ini perlulah ditekankan oleh jurulatih sesebuah pasukan dengan menyediakan maklumat serta
mencadangkan beberapa kaedah yang lain yang bersesuaian bagi mengatasi, mengenalpasti serta
rawatan dalam kalangan atlet terutamanya kecederaan berkaitan dengan haba. Peranan jurulatih
bukan sahaja tertakluk kepada permainan pasukan sahaja namun merangkumi kecergasan atlet
dalam melakukan aktiviti yang berkaitan. Oleh itu, mereka perlulah sentiasa mengawasi tahap
hidrasi atlet dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini berlaku
terutamanya semasa latihan dalam persekitaran yang panas serta memerlukan latihan berterusan.

Di dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa jika dua
peratus berat badan kehilangan air disebabkan oleh pengambilan air yang tidak mencukupi,
prestasi atlet tersebut boleh menurun dari segi metal mahupun fizikal. Dari aspek kawalan motor
mereka juga akan merosot serta akan menyebabkan fasa kelesuan seseorang atlet itu bertambah
serta proses untuk kembali pulih akan memakan masa. Kehilangan air dari badan terjadi oleh
beberapa faktor iaitu cuaca yang terlalu panas dan sesi latihan yang berintensiti tinggi serta
waktu latihan yang melebihi 90 minit. Pada peringkat ini tahap dehidrasi akan meningkat kepada
4 peratus dan prestasi atlet akan menurun serta teruk. Selain menurunkan prestasi fizikal atlet,
kesan negatif dehidrasi ke atas motivasi turut berlaku serta akan meningkatkan juga kadar nasi
serta suhu dalaman badan atlet yang terlibat. Proses perpeluhan dalam sesuatu sukan adalah
berbeza. Kajian daripada Burke dan Hawley (1997) menyatakan permainan bersifatkan berhenti
sambung seperti bola sepak, bola keranjang, bola tampar , hoki serta sukan yang lain akan
mengakibatkan proses perpeluhan yang banyak dan kehilangan air berlaku melalui proses
tersebut. Permasalahan yang berlaku ini semua adalah berkaitan haba yang kebiasaannya berlaku
dalam persekitaran yang panas dan mempunyai kelembapan udara yang tinggi. Malaysia adalah
salah satu daripada negara yang mempunyai ciri persekitaran tersebut. Persekitaran sebegini
boleh mendatangkan penyakit atau kecederaan yang berkaitan dengan haba seperti kekejangan
haba, kelesuan haba serta strok haba .Kesedaran berkaitan hidrasi ini dalam kalangan atlet pada
masa kini adalah tidak menyeluruh dan sikap tidak mengamalkan panduan yang diberikan juga
menjadi masalah dalam meningkatkan prestasi atlet.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara dan strategi dalam mengurangkan kecederaan
berkaitan dengan haba iaitu proses penyesuaian haba (aclimation) secara berperingkat,
pendidikan nutrisi yang sesuai, garis panduan dalam latihan yang dijalankan serta waktu rehat
yang cukup bagi atlet. Selain itu juga, pengajaran dan pembelajaran berkaitan hidrasi dan
kepentingannya kepada atlet juga perlu diberikan perhatian agar mereka lebih peka terhadap
kepentingan hidrasi. Jika dilihat dari peringkat awal iaitu peringkat sekolah, guru pembimbing
merangkap jurulatih seseorang atlet tersebut juga tidak memberikan perhatian terhadap hidrasi.
Hal ini kerana kurang pengetahuan serta pengetahuan prestasi atlet itu hanya tertumpu kepada
kemahiran sahaja.

Kesedaran tentang negatifnya dehidrasi ini perlu difahami dan dipelajari oleh masyarakat
terutamanya atlet. Bukan sahaja mampu mengurangkan prestasi atlet malahan akan menjejaskan
kesihatn mereka. Keperluan air didalam badan adalah penting bagi menjalankan proses
metabolisma badan seseorang terutama bagi individu yang kerap melakukan aktiviti.
Pengambilan air yang disarankan adalah separuh daripada berat badan seseorang individu yang
aktif dalam melakukan aktiviti kerana proses pepeluhan yang banyak akan mengurangkan
jumlah air didalam badan.

Sumber :

http://ir.upsi.edu.my/3806/7/Kesan%20pendidikan%20hidrasi%20terhadap%20tahap%20pengetahuan
%20dan%20amalan%20hidrasi%2Cstatus%20hidrasi%20serta%20pengambilan%20air%20dalam
%20kalangan%20atlet%20lelaki%20sukan%20berkala%20Universiti%20Pendidikan%20Sultan
%20Idris.pdf

Anda mungkin juga menyukai