Anda di halaman 1dari 3

MAWAR PUTIH UNTUK IBU

Kring! bunyi loceng kedengaran menandakan tamatnya sesi persekolahan.Semua


murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah.Aku menunggu
kehadiran ibuku di perhentian bas untuk membawaku pulang ke rumah.
Setelah beberapa minit menunggu,ibuku tiba dengan menaiki kereta untuk
menjemputku pulang, lantas Aku masuk ke dalam perut kereta lalu meninggalkan
sekolah.Dalam perjalanan pulang ke rumah,Aku berbual-bual dengan ibuku
berkaitan hal sekolah,lalu Aku memberitahu ibuku bahawa Aku ingin menceburi
dalam bidang muzik.Ibuku bertanya kepadaku, alat muzik apakah yang Aku
gemari, lantas Aku memberitahunya bahawa yang Aku gemar akan alat muzik
violin.
Sewaktu tiba di hadapan rumah, Aku meminta ibuku membelikan sebuah violin
dan berharap agar ibu dapat memberikan apa yangku inginkan pada hari ulang
tahunku yang akan tiba.
“Ibu, minggu depan hari jadi abang, bolehkah jika abang inginkan sebuah violin
pada hari ulang tahun abang?”,kataku kepada ibu.
“Boleh abang, untuk anak ibu semua boleh”, jawab ibuku dengan nada yang
lemah lembut.
Ketika itu, perasaanku begitu teruja apabila mendengar jawapan ibuku.
Seminggu kemudian, tibalah hari yang Aku nanti-nantikan iaitu hari ulang tahunku
ke-14 tahun yang bertarikh 14 Mac.Aku bangun dari tidurku dengan perasaan
gembira dan teruja kerana hari ulang tahunku telah tiba.Aku bergegas mandi dan
menyiapkan diri seperti rutin harian yang Aku biasa lakukan.Aku menghampiri
ibuku yang sedang berada di ruang tamu dengan wajah yang tersenyum dan
mengharapkan apa yang Aku impikan akan menjadi kenyataan.Setelah Aku
menghampiri ibuku,Aku menanyakan hadiah hari ulangtahunku yang Aku minta
daripada ibuku,dengan tiba-tiba ibuku menghulurkan sebuah al-quran terjemahan
berwarna biru.Hatiku ketika itu “bagai kaca terhempas ke batu” kerana apa
yangku impikan tidak tercapai.
Setelah itu,dengan perasaan marah yang teramat, Aku menengking ibuku dengan
perkataan yang kesat sehingga membuatkan hatinya terluka sambil mengalirkan
air mata kesedihan.Aku pun berlari keluar dari rumah itu dengan perasaan marah
dan kecewa.Sehingga satu tahap,sambil Aku berlari Aku merasakan bahawa diriku
telah melakukan kesilapan yang besar.Aku juga merasakan diriku adalah seorang
anak yang derhaka kerana Aku telah melukakan hati ibuku sehingga menitiskan
air mata.Ketika Aku berlari,Aku terlihat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis
bunga,lalu Aku memberhentikan larianku dan Aku memasuki kedai tersebut untuk
membeli sejambak bunga untuk ibuku.Ketika aku hendak memilih bunga yang
cantik dan menarik,Aku terlihat sejambak bunga mawar putih yang menarik
minatku untuk membelinya.Sewaktu aku ingin menghampiri ke kawasan bunga
itu,Aku terserempak dengan seorang budak kecil yang berpakaian lusuh dan kotor
sedang melihat bunga-bunga yang dijual di kedai itu.Aku berasa kasihan terhadap
budak itu lalu aku menanyakan soalan kepadanya
“Adik nak beli bunga ke?” tanyaku kepada budak itu.
“Ya, saya nak beli bunga untuk mak saya, tapi saya tiada duit”, jawab budak itu.
Selepas Aku mendengar jawapan budak itu,Aku pun mengeluarkan duit yang Aku
simpan untuk membeli sejambak bunga untuk ibuku dan sekuntum bunga untuk
budak itu.
Selepas aku selesai membeli bunga,Aku berjalan pulang sambil mengiringi budak
itu untuk di bawa pulang ke rumah.Setelah beberapa minit,kami berjalan di
kawasan tanah perkuburan,tiba-tiba budak itu memberhentikan langkah nya lalu
bergegas budak itu berlari menuju menghampiri sebuah kubur.Aku berasa hairan
seketika kerana tadi budak itu memberitahuku bahawa dia ingin membeli bunga
untuk ibunya.Aku pun bertanyakan soalan kepadanya,
“Kubur siapa ini?”,tanya ku dengan berasa hairan.
“Ini kubur mak saya”,jawab budak itu.
Aku terdiam dan tersentap seketika mendengar jawapan budak itu.Tiba-tiba
telefon Aku berbunyi lalu Aku mengangkat panggilan tersebut,dengan perasaan
terkejut dan sedih,Aku diberitahu bahawa ibuku telah dikejarkan ke
hospital.Tanpa melengahkan masa,Aku bergegas pergi ke hospital,dengan
menggunakan duit yang ada sebagai tambang bas.
Setelah beberapa minit,dalam perjalan Aku membelek sehelai demi sehelai
halaman muka surat al-quran itu,tiba-tiba Aku ternampak sepucuk surat yang
.terselit diantara dua muka surat.Pada surat itu diberitahu bahawa ibuku telah
membelikan sebuah violin yang Aku ingini dan dalam surat itu juga ibuku
memberitahu bahwa dia membelikan al-quran itu kepadaku kerana dia ingin Aku
menjadi anak yang soleh dan baik.Ketika itu,Aku berasa amat bersalah atas
perbuatanku terhadap ibuku.Setibanya aku di hospital,dengan pantas aku berlari
mencari ibuku sambil membawa sejambak bungan mawar putih yang Aku belikan
tadi.Setelah sekian lama Aku mencari ibu,akhirnya aku terjumpa ibuku yang
sedang terlantar di katil pesakit,dengan pantas Aku menghampiri ibuku lalu aku
memeluk ibuku dan meminta maaf sambil mengalirkan air mata penyesalan.
“Ibu, abang minta maaf sebab abang biadab dengan ibu, abang kecewa kan ibu
sehingga menitiskan air mata,abang minta maaf sangat-sangat”,kataku kepada
ibuku.
“Ibu dah lama maaf kan abang,sejahat mana pun abang,abang tetap anak ibu”,
jawab ibuku sambil menangis.
Selepas itu,aku memberikan sejambak bunga yang Aku belikan tadi kepada ibuku
sebagai tanda aku ingin meminta maaf dan Aku berjanji kepada ibuku,Aku akan
menjadi anak yang soleh dan sentiasa menjaga ibuku sehingga hujung hayatku

Anda mungkin juga menyukai