Anda di halaman 1dari 6

BAB 5 : SISTEM PENYAMAN UDARA KENDERAAN

Topik ini akan membincangkan secara ringkas tentang system penyaman udara kenderaan
yang merangkumi aspek fungsi,punca-punca haba, jenis- jenis penyaman udara kenderaan,
komponen utama dan fungsi serta cara system beoperasi.

Fungsi penyamanan udara kenderaan adalah untuk:


1. Memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna kenderaan semasa memandu.
2. Faktor pencemaran udara yang semakin meningkat memaksa manusia menggunakan
sistem penyamanan udara pada kenderaan

Punca –punca haba pada kenderaan


1. Haba daripada enjin
2. Haba daripada matahari
3. Haba daripada jalan raya
4. Haba daripada manusia / penumpang

Jenis- jenis penyaman udara kenderaan


1. Dash type – komponen penyejat kebiasaannya dipasang dibawah dash panel
2. Trunk type – komponen penyejat dipasang di belakang kereta (dalam bonet belakang)
3. Dual type - komponen penyejatada dua. Satu dipasang dibawah dash panel, satu lagi
dipasang di tengah atau dibelakang kenderaan.
KOMPONEN- KOMPONEN SISTEM PENYAMANAN UDARA
KOMPONEN DAN FUNGSI.

BIL NAMA KOMPONEN HURAIAN


1 Compressor/ pemampat Bekerja dengan menggunakan belt untuk
mendapatkan daya pusingan dari enjin.
Terdapat beberapa jenis compressor. Antaranya
rotary dan piston. Ada yang jenis guna magnet. Ada
juga yang tak guna magnet, guna control valve.
bertugas memampatkan gas supaya tekanan dan
suhu gas tu menjadi sangat tinggi dan bila suhu dan
tekanan telah tinggi, gas tadi dapat bertukar menjadi
cecair di condenser.
2 Condenser Menyingkirkan haba daripada gas bahan pendingin.

Gas akan berubah menjadi cecair

Dekat dengan condenser ni biasanya terdapat filter


drier. Sama ada attach bersama condenser ataupun
berada selepas condenser.
3 Condenser fan Berfungsi untuk membantu menurunkan suhu dekat
condenser tadi. Kalau tak da condenser fan ni, suhu
gas tak dapat turun, jadi gas tak dapat bertukar jadi
cecair. Tak lengkap proses kondensasi. 
Kalau aircond kereta kita tak sejuk, benda paling
mudah untuk check adalah pusingan condenser fan
ni. Kalau tak pusing langsung, of course aircond keta
tak akan sejuk. Perlu check fuse dia, relay dan
motor dekat fan tu. 
4 Expansion valve /injap Tugas utama expansion valve ni adalah untuk
pengembangan turunkan tekanan dalam sistem aircond.

5 Cooling coil@ evaporator cecair  refrigerant berubah menjadi gas semula untuk
menyerap haba dari ruangan yang hendak disejukan.
6 Blower fan Angin dari blower ni akan masuk ke arah cooling coil,
dan kita akan rasa angin yang keluar dari cooling coil
tu sejuk. Sebelum masuk cooling coil,angin ni biasa
je, lepas masuk cooling coil, angin jadi sejuk.
7 Hoses and pipes Hose dan pipe berfungsi untuk menjadi penyambung
di antara komponen-komponen aircond kereta.
Nama-namanya adalah discharge hose, suction
hose, dan liquid pipe.
8 Magnetic clutch / cengkam Merupakan satu komponen yang terletak pada
magnetik pemampat yang bertindak sebagai alat untuk
menyambung dan memutuskan pemampat daripada
enjin.

OPERASI/ KENDALIAN
1. Pemampat mengeluarkan bahan pendingin yang bertekanan dan bersuhu tinggi.
2. Gas bahan pendingin mengalir ke dalam pemeluap. Di pemeluap ia akan bertukar
menjadi cecair apabila haba dibuang.
3. Cecair bahan pendingin dari pemeluap akan mengalir kedalam penapis pengering
sebelum memasuki penyejat.
4. Bahan pendingin seteruskan akan memalui injap pengembangan yang akan
menurunkan suhu dan tekanan sebelum memasuki penyejat. (bahan pendingin dalam
keadaan 70% cecair dan 30% gas)
5. Dipenyejat, bahan pendingin akan menyerap haba melalui permukaannya. Haba dari
udara yang melalui sirip penyejat akan dipindahkan dari sirip/ tiub penyejat kepada gas
bahan pendingin. Ia akan menjadikan bahan pendingin bertukar kepada gas seterusnya
akan disedut semula oleh pemampat.

Anda mungkin juga menyukai