Anda di halaman 1dari 3

Tutorial 6

1. Peringkat perkembangan dan pembentukan personaliti


Teori analisa yang dipelopori oleh Carl Jung berkenaan
perkembangan personaliti manusia terbahagi kepada
empat peringkat, iaitu, zaman kanak-kanak, zaman
remaja, pertengahan usia dan peringkat emas. Pada
tahap zaman kanak-kanak ( 0-12 tahun ) , kanak-kanak
banyak dipengaruhi oleh ibu bapa terutamanya daripada
segi corak perkembangan personaliti. Perkembangan ego
kanak-kanak mula terbentuk. Tahap keegoan kanak-
kanak masih berpusat pada dirinya iaitu tujuan perbuatan
bagi kesenangan peribadinya.
Pada peringkat zaman remaja (13-34 tahun), remaja
mengalami perubahan daripada segi fizikal dan mental
secara mendadak. Remaja mula berfikir daripada alam
fantasi ke alam realiti dan cuba membuat keputusan
sendiri. Remaja lebih banyak memikirkan soal pendidikan,
karier, keluarga dan perkahwinan. Mereka sudah
mempunyai matlamat bagi mencapai cita-cita dan
kejayaan dalam hidup.
Peringkat pertengahan usia terdiri daripada mereka
yang berumur 35 hingga 60 tahun. Mereka mempunyai
personaliti yang mantap, baik daripada segi kerjaya,
perkahwinan dan kemasyarakatan. Namun begitu,
golongan ini juga mengalami krisis personaliti, iaitu kaum
lelaki mengalami zaman remaja kedua. Mereka lebih
menfokuskan pada hal-hal agama dan tidak memikirkan
meterial.
Peringkat emas terdiri daripada mereka yang berumur
60 tahun ke atas. Golongan ini merasai hidup
keseorangan. Perkembangan tingkah laku dan tabiat
hidup mereka kembali kepada alam tidak sedar, tingkah
laku sensitif dan memerlukan lebih perhatian. Peringkat ini
mengalami pusingan hidup yang berakhir dengan
kematian.

2. Aplikasi teori
Di dalam menolong seseorang memahami dirinya, Carl
Jung bergantung kepada pentafsiran mimpinya. Ia
menganggap mimpi sebagai suatu jendela yang membuka
kepada alam tidak sedar seseorang itu. Jika Sigmund
Freud mentafsir mimpi, satu persatu, Carl Jung pula
berpendapat bahawa di dalam menggunakan mimpi untuk
menganalisasi masalah seseorang klien itu, kita
hendaklah menggunakan satu siri mimpi yang dialaminya,
tidak seperti yang dilakukan oleh Sigmund Freud. Bagi
Carl Jung, setiap mimpi itu merupakan satu bab di dalam
sesebuah buku. Justeru, untuk memahami kliennya
dengan lebih baik, ia haruslah mentafsir semua mimpi
kliennya itu dan tidak membataskan dirinya kepada satu
mimpi sahaja.

Anda mungkin juga menyukai