Anda di halaman 1dari 6

Bincangkan secara kritis mengenai teori migrasi manusia terawal ke benua Amerika Utara

sebelum tahun 1492.

Istilah Amerika dikaitkan dengan nama Amerigo Vespucci. Ia adalah sahabat dekat
Christoper Columbus yang keduanya berasal dari Genoa (Italia). Christoper Columbus ketika
menerima tawaran dari Raja Sepanyol, Ferdinand untuk berlayar mengarungi samudra guna
mencari India yang konon dianggap sebagai tempat asal usul rempah-rempah. Christoper
Columbus yang mendapat dukungan Amerigo Vespucci. Kedua orang tersebut mempunyai
peranan penting dalam memimpin ekspedisi dalam penemuan Benua Amerika, sedangkan
Amerigo Vespucci berperan sebaga pencatat segala hal yang terkait dalam penemuan Benua
Amerika. Catatan-catatan tersebut menjadi dokumen pemberian nama benua baru yang
ditemukan Columbus dengan nama Amerika.

Amerika Utara merupakan sebuah benua yang berada di antara negara Canada dan
Mexico, selain itu, Amerika Utara juga dikenali sebagai Amerika Syarikat atau United States
pada masa kini. Benua Amerika adalah sebuah benua yang terletak di antara Lautan Pasifik
dan Lautan Atlantik. Pada tahun 1492, seorang penjajah dari eropah iaitu Christoper
Colombus telah sampai ke benua Amerika utara dan menganggapnya sebagai New World
atau dunia baru. Dalam lipatan sejarah banyak ahli sejarah berpendapat bahawa benua
Amerika Utara ditemui oleh Christopher Columbus pada tahun 1492, namun persoalan yang
bermain di minda kita, apabila ditemukan benua Amerika buat pertama kalinya, Christopher
Columbus telah menemui manusia di sana yang digelarkan sebagai Red Indian. Apakah
golongan Red Indian ini adalah sememangnya penduduk pribumi di benua Amerika Utara
ataupun mereka juga adalah golongan yang berhijrah dari satu tempat ke benua Amerika
Utara. Selain itu, terdapat beberapa teori tentang migrasi terawal yang berlaku di benua
Amerika Utara sebelum tahun 1942, dan terdapat juga segelintir ahli sejarah yang menolak
bahawa benua Amerika Syarikat pertama kali ditemui oleh Christopher Columbus. Terdapat
beberapa penjelajah lain yang lebih awal sampai ke benua Amerika Utara iaitu Bjarni
Herjulfsson seorang pedagang Norwegian pada tahun 986 dan Leif Ericsson, pengasas
koloni Greenland pada tahun 1000. Oleh kerana terlalu banyak percangahan berlaku dalam
penceritaan tentang penemuan dan teori migrasi di Amerika Utara, lebih baik kita
menyelusuri apakah sebenarnya yang berlaku tentang migrasi di Amerika Utara sehingga
diperdebatkan sehingga pada hari ini yang masih tidak mempunyai kata putus. Ini
menunjukkan bahawa berlakunya migrasi awal manusia ke benua itu sebelum tahun 1492.
Sehubungan dengan itu, mari kita melihat teori migrasi awal manusia ke benua Amerika
Utara sebelum 1492.

Pertama sekali sebelum penemuan Amerika bukanlah ditemui oleh Christoper


Colombus pada tahun 1492, tetapi telah ditemui beberapa ribu tahun lebih awal apabila
manusia pertama kali telah migrasi ke benua Amerika Utara. Namun pernemuan mereka ini
tidak menjadikan Amerika Utara seperti mana yang dilakukan oleh Christoper Columbus.
Pada awalnya teori manusia pertama yang bermigrasi ke Amerika Utara ialah manusia dari
benua Asia. Manusia dari Asia ini telah berhijrah dari Asia ke wilayah Amerika Utara iaitu
Alaska yang merupakan sebuah negeri dalam wilayah Amerika yang ada pada hari ini.
Menurut ahli sejarawan menyatakan bahawa migrasi manusia iaitu manusia dari Asia
terawal bermigrasi ke Amerika utara mengunakan jalan darat iaitu dengan berjalan kaki
melintasi pelantar Berig ke Amerika Utara yang berlaku sekitar 35 ribu hingga 25 ribu tahun
yang lalu. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan berlaku kerana untuk ke benua
Asia ke Amerika memakan masa yang bergitu lama dan darjah ketersampaiannya juga
sangat tinggi. Namun percanggahan ini dapat di tentang kerana menurut para saintis
percaya bahawa kedua-kedua benua iaitu benua Asia dan Amerika Utara dihubungkan pada
bahagian timur laut Seberia dengan bahagian Utara Alaska melalui pelantar Bering pada
suatu ketika dahulu, pada Zaman Ais. Menurut Muhammad Yamin dalam bukunya Sejarah
Amerika bangsa Indian dari Asia telah masuk ke Amerika melalui tiga gelombang.

Teori migrasi awal manusia ke benua Amerika Utara sebelum tahun 1942, selepas
zaman ais, pelantar Bering telah tenggelam dan ianya membentuk Laut Bering ataupun
disebut senagai Selet Bering yang memisahkan antara Seberia dan Alsaka. Kawasan Selat
Bering keluasannya adaah 56 batu yang memisahkan kawasan Kesatuan Soviet atau Russia
dan Alaska. Pada tahun 2000 sebelum masihi, berlaku proses migrasi kumpulan manusia
dengan perahu. Proses migrasi ini dianggarkan telah berlaku di antara 14 ribu dan 16 ribu
tahun yang lampau. Proses migrasi ini terjadi apabila kemajuan dalam teknk dan peralatan
ekonomi berburu di kalangan masyarakat purba pada ketika itu terutamanya pembuatan
peralatan tajam daripada batu-batan seperti pisau, mata tombak dan lain-lain. Ini kerana
melalui kemajuan peralatan senjata memburu telah membolehkan manusia purba
melakukan aktiviti memburu binatang besar seperti Bison, Caribau dan Rusa yang
kebiasanya bergerak menyeberangi antara benua dan haiwan ini dipercayai mula berhijrah
di seluruh jambatan yang menghubungkan antara Asia Timur laut dengan Alaska. Hal ini
menyebabkan sekelompok manusia nomad daripada keturunan Mongolia di Seberia Timur
telah mula memasuki Benua Amerika Utara hingga ke kawasan pendalaman dan sekitar
awal tahun 8000 sebelum masihi. Penghijrahan-penghijrahan tersebut telah sampai ke
bahagian Selatan Amerika Selatan. Ini merupakan satu teori membuktikan bahawa
wujudnya migrasi awal ke Amerika Utara sebelum tahun 1492.

Selain itu, terdapat bukti menunjukkan berlakunya migrasi awal di benua Amerika
Utara. Pada beribu tahun semasa pelayar Eropah, sejarah manusia di Amerika Utara telah
pun bermula. Penduduk nomad dari Seberia memburu haiwan besar seperti Bison Caribau
dan Rusa. Haiwan ini dipercayai berhijrah ke seluruh negeri melalui jambatan penghubung
tanah antara Asia Timur Laut dan dengan Alaska. Ahli geologi percaya bahawa jambatan
tanah ini, mungkin 600 batu lebar, wujud antara 25,000 hingga 14,000 tahun lalu, apabila
glasier besar dikurung banyak menyebabkan berlakunya kelembapan bumi dan bahagian kiti
lantai bering terdedah dengan laut. Hal ini menyebabkan jambatan yang menghubungkan
antara Asia Tiumur Laut dan Alaska tenggelam. Selain itu beberapa penemuan Arkeologi
baru berpendapat bahawa terdapat pelbagai bentuk migrasi yang berlaku antaranya laut
dan darat yang melibatkan kawasan seperti Asia dan Eropah itu sendiri.

Di samping itu manusia awal migrasi ke Amerika Utara ini dari kalangan pemburu.
Mereka ini memburu haiwan besar sehingga sampai ke Amerika Utara pada masa itu berlaku
penerokaan di kawasan baharu. Akhirnya bermulalah orang dari dunia lama menemukan
dunia baru beribu-ribu tahun sebelum Colombus. Ahli Arkeologi juga berpendapat bahawa
permulaan kehidupan awal di Amerika adalah berdasarkan kajian iaitu alat-alat perhiasan
dan tinggalan rangka yang ditemui sekitar abad ke 12. Walaupun banyak masih belum
diketahui, ahli arkeologi berpendapat bahawa telah berlaku peningkatan penduduk.
Penduduk yang awal berkembang secara berasingan mengikut budaya kumpulan tersendiri
serta menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran dengan cara yang berbeza. Tetapi
pada tahun 1500-an didapati bahawa golongan “Indian”di Amerika ini berbeza dalam bentuk
saiz dan kerumitan masyarakat mereka, Bahasa mereka bercakap, dan bentuk organisasi
dalam sesuatu kumpulan.

Seterusnya melihat kepada kebudayaan yang pernah wujud di Amerika Utara


sebelum kedatangan bangsa Eropah pada tahun 1492. Berdasarkan Muhammad Yamin
dalam bukunya Sejarah Amerika mengatakan bahwa bangsa Indian berasal dari Asia, masuk
ke Amerika dalam 3 gelombang pada zaman neolithikum. Gelombang pertama adalah
perpindahan orang Mongol dari Asia Timur Laut menuju ke Amerika Utara dengan melalu
Selat Bering, kurang lebih 13.000 tahun yang lalu. Gelombang kedua yaitu bangsa
Austronesia dari barat ke timur melalui lautan Pasifik dan sampai di Amerika Selatan.
Gelombang ketiga perpindahan pelaut Austronesia menurut arus laut yang bergerak dari
New Zealand dan Asia Timur bergerak menuju Amerika Selatan. Perpaduan antara bangsa
Mongol dan Austronesia melahirkan bangsa Indian di Amerika. Menurut versi lain, kurang
lebih 20,000 sampai 50,000 tahun yang lalu bangsa Amurian dari Siberia di Rusia
menyeberang melalui selat Bering ke benua Amerika. Kemudian disusuli oleh bangsa Mongol
awal abad ke-1 masihi, dari percampuran kedua bangsa tersebut, lahirlah bangsa Indian
Amerika yang menyebar diseluruh benua Amerika dari utara ke selatan, mereka hidup dari
berburu, menangkap ikan, mengumpulkan makanan dan buah-buahan liar.

Dari segi etnik, penduduk awal Amerika terdiri daripada beberapa kumpulan etnik
Indian yang dikatakan berasal dari rumpun bahasa yang sama. Kumpulan suku etnik yang
terbesar adalah suku Algonquin yang membina kehidupan di sepanjang pinggir pantai
Atlantik dari Canada hingga Virginia. Kumpulan kedua ialah suku Iroquois Confederation
yang tertumpu di kawasan New York. Yang ketiga besar ialah suku Muskogean yang
menghuni kawasan-kawasan bahagian selatan Amerika Syarikat hari ini. Perikatan atau
perhubungan di antara suku-suku kaum Indian ini pasa masa lalu dikatakan tidak begitu
harmoni, memandangkan mereka tidak memikirkan diri mereka sebagai berasal atau
sebahagian daripada tamadun yang sama. Apabila orang Eropah mula datang dan
mengganggu cara hidup tradisional mereka, jarang sekali suku-suku kaum Indian ini dapat
bersatu untuk menentang pencerobohan orang Eropah.

Penghuni di kawasan utara benua ini bergantung hidup dengan aktiviti-aktiviti


memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan, ataupun kombinasi antara ketiga-tiga
aktiviti tersebut. Mereka adalah termasuk orang Eskimo di bahagian bulatan Artik yang
gemar memancing dan memburu anjing laut (Seals) dan tamadun mereka telah tersebar
meluas di kawasan tanah beku kutub utara; orang nomad yang bergantung hidup memburu
binatang besar di hutan utara seperti moose dan caribou; orang primitif yang membina
petempatan yang komplek di sepanjang kawasan pantai barat-laut Pasifik dan aktiviti utama
mereka adalah menangkap ikan salmon; dan kumpulan manusia yang lebih maju dan ramai
di kawasan pantai barat dengan aktiviti menangkap ikan, memburu dan memungut hasil
bijirin, akar dan lain-lain tumbuhan. Kawasan Timur Amerika Syarikat kini, yang diliputi oleh
hutan atau disebut sebagai Woodland adalah dihuni oleh penduduk Indian. Kawasan ini
mempunyai sumber ekonomi yang banyak, terutamanya untuk aktiviti-aktiviti bercucuk
tanam, memburu binatang, memungut hasil hasil hutan, dan menangkap ikan. Di sebelah
selatan pula terdapat petempatan kekal dan wujud jaringan perdagangan yang berasaskan
jagung dan lain-lain tanaman yang hidup subur dari lembah Sungai Mississippi. Kota Cahokia
yang berdekatan dengan bandar St. Luis kini merupakan sebuah pusat perdagangan yang
besar pada suatu ketika dahulu sekitar tahun 1200 masihi dan mempunyai seramai 40,000
orang penduduk.

Salah satu contoh bangsa yang bermigrasi ke Amerika Utara ialah bangsa Maya.
Peradaban Maya berada di semenanjung Yukatan dan dataran tinggi di Guatemala dan
Honduras sehingga wilayah peradabannya meliputi sebagian Amerika Selatan dan Amerika
Tengah. Peradaban Maya mulai berkembang dari 2000 SM sampai dengan 1600 SM.
Perkembangan peradaban Maya sangat menyerupai perkembangan peradaban Yunani kuno,
yakni berkembang dalam Negara-negara kota atau Polis. Sama seperti peradaban suku
bangsa Aztec, suku bangsa Maya sudah mengenal tulisan Hieroglif yang banyak ditemukan
di tembok-tembok dan tangga-tangga kuil.Bangsa Maya juga telah mengalami kemajuan
dibidang Arsitektur maupun astronomi. Di bidang Astronomi, mereka sudah memiliki sistem
peninggalan yang lebih cermat daripada peninggalan Bangsa Romawi. Mereka
menggunakan dua jenis penanggalan yaitu Peninggalan Tzolkin dan Haab. Sistem
kepercayaan Bangsa Maya ialah Politeisme. Mereka menyembah lebih dari 1000 dewa dan
yang paling dihormati adalah Dewa Hujan. Dalam melaksanakan ritual ibadah, Bangsa Maya
juga mengenal upacara korban manusia bagi dewa yang dihormatinya seperti Bangsa Aztec.

Kesimpulannya teori migrasi awal manusia ke Amerika Utara merupakan satu


kebenaran kerana kedatang Christoper Colombus ke benua Amerika Utara beliau juga
menyatakan terdapatnya manusia yang disangkakan sebagai orang India pada masa itu.
Walau bagaimanapun kedatangan Colombus di Amerika Utara telah mengubahkan tempat
tersebut menjadi kawan koloni Eropah yang baru sehingga ianya maju dan mencapai
kemuncak sebagai sebuah negara yang maju seperti yang kita ketahui pada hari ini. Namun
bergitu kita tidak seharusnya melupakan tentang sejarah manusia awal kerana mereka juga
merupakan peneroka awal di kawasan benua Amerika Utara.

Anda mungkin juga menyukai