Anda di halaman 1dari 3

1.

0 ‫المقدمة‬

Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang amat penting bagi seorang guru
sebelum memulakan sesi pengajaran.Kemahiran merancang pengajaran harian perlu dikuasai oleh
setiap guru supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan
menyeronokkan.Kejayaan sesuatu penyampian pengajaran bergantung sepenuhnya kepada
kebijaksanaan guru dalam merancang rancangan pengajaran harian dengan teliti dan rapi.Menurut
Ahmad Salleh(2008) telah mendifinisikan RPH sebagai satu dokumen perancangan pengajaran yang
mengandungi maklumat yang lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan
dilaksanakan oleh guru.

2.0 PENULISAN RPH

Dalam penulisan ini, saya akan menerangkan pembinaan rancangan pengajaran harian yang perlu
dilaksanakan oleh guru baru di sekolah saya yang Bernama Ahmad. Ahmad perlu mengajar subjek
Bahasa arab bagi murid tahun 6 dibawah tajuk Hari sukan sekolah.Sebelum memulakan pembuatan
RPH Ahmad perlu meneliti terlebih dahulu kandungan DSKP dan RPT.Berikut merupakan kandungan
Rancangan Pengajaran Tahunan dengan lebih terperinci.

Jadual 1 menunjukkan Rancangan Pengajaran Harian (RPT) Tahun 6 dengan lebih terperinci
Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran harian yang lengkap dan teratur adalah untuk
membolehkan guru menentu objektif pengajaran yang sesuai agar tidak terkeluar dari kandungan
yang dirancang.Guru juga dapat memahami dan menentukan isi pelajaran yang ingin disampaikan
mengikut waktu yang telah ditetapka oleh pihak pengurusan sekolah.Melalui penyediaan rph juga
dapat membantu guru menentukan strategi pengajaran yang berkesan serta bersesuaian dengan
peringkat kefahaman murid di dalam kelas.Penyediaan rph perlu merangkumi item-item yang telah
ditetapkan seperti berikut:

Jadual 2 menunjukkan item-item yang perlu diambil kira dalam penulisan RPH.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 1 jam berdasarkan peruntukkan masa yang telah
diteapkan oleh pihak sekolah.Selama 1 jam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru
bijak mengawal masa untuk melakukan aktiviti agar selari dengan perancangan yang telah
dirancang.Seperti contoh ,pelaksanaan set induksi, aktiviti penerangan, aktiviti berkumpulan,
penilaian dan penutup pembelajaran berdasarkan nisbah waktu 5:25:15:10:5.Melalui pengajaran
yang akan dijalankan terdapat beberapa objektif pengajaran yang perlu di fahami oleh guru.Fokus
utama penulisan ini adalah untuk memberi penjelasan berkaitan dengan kaedah penulisan RPH.
3.0 KAEDAH PENGAJARAN

Berdasarkan tajuk yang ingin diajar oleh Ahmad pelbagai kaedah boleh digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pengajaran merupakan

Rujukan :

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & J-QAF : Metodologi Dan Pedagogi Pendidikan
Untuk KPLI.Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar

Anda mungkin juga menyukai