Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT ALQURAN DARUL AMAN

YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ ALQURAN DAN QIRAAT

KEKELUARGAAN ISLAM

SEMESTER 4

MPU2312

PENGURUSAN KEKELUARGAAN ISLAM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA AHLI NO.MATRIK


MUHAMMAD FAIQ BIN MAZLAN DT07-0723/2020

MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN KAMARUDDIN DT07-0717/2020

MUHAMMAD HAFIZ BIN ZAINON DT07-0726/2020

MUHAMMAD HARIS IZHAN BIN MOHD SAID DT07-0728/2020

MUHAMAD AZAMUDDIN BIN YAAKOB DT07-0710/2020

NAMA PENSYARAH : USTAZAH MARYAM KHALILAH BIN KADRI

1
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1. PENGHARGAAN 3

2. KONSEP DAN DALSAFAH KEKLUARGAAN 3


DALAM ISLAM
3. PRINSIP PRINSIP ASAS MUNAKAHAT 7

4. PENGENALAN UNDANG UNDANG 8


KELUARGA ISLAM
5. GARIS PANDUAN PENGURUSAN NIKAH 13

6. BIDANG KUASA PENOLONG PENDAFTAR 15


NIKAH,CERAI DAN RUJUK
7. ADAB PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, 17
CERAI, DAN RUJUK
8. KESALAHAN DAN PENALTI DIBAWAH 18
UNDANG UNDANG KELUARGA ISLAM
9. KESIMPULAN 22

10 RUJUKAN 22

2
PENGHARGAAN
Bismillahhirahmanirohim,Alhamdulillahhirobbilalamin, kami merafakkan kesyukuran
kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menyelesaikan tugasan ini
dengan penuh jayanya .Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah
Maryam ,d i a t a s k e s u d i a n m e m b e r i t u n j u k a j a r s e r t a b i m b i n g a n s e p a n j a n g
k a m i menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini kami tujukan juga kepada kedua
ibu bapa kami yang banyak membantu dari segi kewangan mahupun masa serta
tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan
yang telah diamanahkan kepada kami pada tempoh yang telah ditetapkan . Ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberi kerjasama yang baik dalam merealisasikan usaha untuk menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung.segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sekian Terima Kasih

KONSEP DAN FALSAFAH KEKELUARGAAN ISLAM


Kekeluargaan menurut Kamus Dewan ialah berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai
anggota di dalam sesebuah keluarga,ianya berkaitan hubungan keturunan atau disebabkan
perkahwinan. Sesungguhnya yang dikatakan seisi keluarga adalah yang terdiri daripada suami
isteri serta anak - anak1.Terang lagi bersuluh,bahawa pembinaan sebuah institusi keluarga
mempunyai hubungkaitnya dengan perkahwinan. Disebabkan kepentingan inilah islam telah
mensyariatkan perkahwinan sebagai titik permulaan bagi membina keluarga.

Perkahwinan dalam Sejarah Manusia Agama-agama wahyu memperakui bahawa


perkahwinan pertama di kalangan manusia ialah Adam A.S dan Hawa. Perkahwinan ini
tercetus dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah SWT kepada mereka
berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi mengembangkan
kehidupan manusia supaya dapat beribadat kepada Allah serta menerokai dan menduduki
buminya buat sementara waktu. Firman Allah SWT “dan bagi kamu ada tempat kediaman di
bumi dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan”2

Selain daripada Al-Quran dan Hadis,di dalam Old Testement dan New Testement turut
menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan yang pertama. Di dalam Taurat
atau dikenali sebagai perjanjian lama terdapat beberapa ayat di antaranya yang bermaksud

1
Kamus Dewan, 1998:620
2
Surah Al Baqarah:36

3
“Tuhan telah berkata tidak baik Adam berseorangan sahaja, maka aku akan jadikan seorang
penolong sepertinya”3

Berkenaan dengan perkahwinan di kalangan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat kita
pastikan bagaimanakah sistem sebenarnya. Di dalam Tafsir Ibn Kathsir ada menyebutkan
“sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam A.S anak lelaki melainkan diperanakkan
besertanya anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak
perempuan dan kandungan yang lain dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan
dengan anak lelaki dan kandungan yang lain itu”. Pada masa itu,perkahwinan antara berlainan
kandungan ini dijadikan sebagai syariat. Hal ini kerana, darurat yang membenarkan perkara
tersebut. (Abd.Kadir,1983:114)

JENIS-JENIS PERKAHWINAN DALAM SEJARAH MANUSIA

Perkahwinan dalam sejarah manusia ada tiga bentuk utama, iaitu:

i) Poligami,adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ianya diamalkan oleh


hampir semua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa ada had
dan batas. Contohnya ada agama di negeri Cina yang membenarkan kahwin
sampai 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, dibolehkan poligami tanpa batas.
Berbeza dengan islam hanya membenarkan poligami yang tidak melebihi empat
orang isteri dengan syarat-syarat yang ketat.
ii) Poliandri ialah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan
beberapa orang lelaki. Perkahwinan bentuk ini sangat jarang berlaku kecuali di
Tibet, orang-orang bukit di India dan Arab pada masa jahiliyah. Contohnya dalan
masyarakat tradisi kaum Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini
seorang wanita, maka wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara saudaranya.
Amalan ini ditujukan kepada kitab Mahabhrata4.
iii) Monogami,perkahwinan yang berlaku antara seorang lelaki dan seorang
perempuan sahaja, perkahwinan bentuk ini merupakan perkara biasa pada semua
bangsa dan agama. Agama Kristian memandang perkahwinan itu adalah satu
ikatan antara seorang lelaki dan wanita untuk sepanjang zaman, maka oleh kerana

3
Abdul Kadir,1983:114
4
Abdul GhaniAzmi,1994:18

4
itu penceraian tidak diiktiraf sama sekali. Seorang lelaki hanya dibenarkan
berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Islam sebagai satu agama fitrah, sesuai dengan tabiat semulajadi manusia, tidak bertentangan
dengan kehendak-kehendak naluri mereka. Malah islam sentiasa membuka peluang kepada
mereka untuk mencapai nikmat-nikmat hidup tanpa sebarang paksaan ataupun gesaan.
Manusia sering kali terlanjur dengan godaan hawa nafsu untuk melakukan kejahatan, malah
sering melakukan perbuatan yang melanggar batas- batas kesopanan dan dasar-dasar akhlak
yang mulia, Oleh itu, islam secara asasnya berusaha untuk menutup pintu-pintu kerosakan dan
keburukan demi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia. Penjelasan ini boleh dirujuk
dalam falsafah perkahwinan Islam.

Falsafah perkahwinan dalam Islam

Allah SWT telah mencipta manusia dan telah melengkapkan kepada mereka beberapa
kecenderungan atau naluri.Allah telah menurukan berbagai syariat dan hukum yang menepati
semua keperluan tersebut di antaranya adalah perkahwinan supaya kecenderungan atau naluri
kepada jenis yang berlawanan dapat disalurkan pada jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Pengertian Perkahwinan

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah
syara’ pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara laki-laki dan
perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan
yang ditentukan oleh islam5.

Kedudukan perkahwinan dalam islam sebagai memperkuatkan lagi bahawa islam sangat
menggalakan perkahwinan. Tambahan pula,terdapat beberapa keadaan yang Allah
mewajibkan seseorang itu berkahwin. Hukum perkahwinan dalam islam adalah seperti
berikut:

I. Wajib,kepada orang yang nafsunya sangat kuat sehingga boleh menjatuhkan kelembah
maksiat(zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam masalah ini
boleh didahulukan perkahwinan dan naik haji kalau takut terjatuh ke lembah zina,
tetapi jikalau dapat menahan daripada melakukan perkara keji itu hendaklah
didahulukan haji yang wajib.

5
Haji.Idris Ahmad,1983:Jilid 2,54

5
II. Sunat,kepada orang yang mampu,tetapi aman dirinya dari jatuh ke dalam zina,ini
adalah hukum asal perkahwinan
III. Harus,kepada orang yang tidak ada padanya galakan atau tegahan
IV. Makruh,kepada orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin,tetapi
sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri,samada ia kaya dan tidak ada nafsu
yang kuat.
V. Haram,kepada orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada
isterinya dan ia sendiri tidak berkuasa(lemah),tidak punya keinginan berkahwin serta
akan teraniaya seorang isteri kalau ia berkahwin.

Hikmah-hikmah perkahwinan dalam islam.

1. Untuk memperolehi ketenangan hidup. Pada hakikatnya islam membentuk kaedah


bagi mengatur fungsi kekeluargaan supaya pasangan suami isteri dapat memperoleh
ketenangan,kasih sayang,kententeraman dan seumpamanya.
2. Memelihara kesucian diri. Manusia mempunyai naluri seks, naluri ini biasanya
menjerumuskan manusia ke dalam maksiat yang merosakkan kehormatan diri.
Keinginan ini hanya dapat dibendung melalui perkahwinan.
3. Melaksanakan salah satu tuntutan syariat.Syariat islam adalah syariat yang syumul,
rasional dan selaras dengan tabiat manusia. Ia bertujuan untuk menjaga maslahat
manusia di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian,Perkahwinan adalah salah tujuan
untuk menyempurnakan tujuan manusia diciptakan iaitu beribadat kepada Allah SWT.
4. Menjaga keturunan. Perkahwinan merupakan sebaik baik jalan untuk memelihara dan
mengembangkan keturunan yang suci. Firman Allah SWT “Dan Allah telah
menjadikan bagi kamu isteri daripada diri (jenis) kamu sendiri dan ia menjadikan bagi
kamu dari isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu”6

PRINSIP - PRINSIP PERKAHWINAN.

6
Surah Nahl:72

6
1. Memenuhi dan melaksanakan perintah Allah.
2. Kerelaan dan persetujuan.
3. Perkawinan untuk Selamanya
4. Suami Sebagai Penanggung jawab Umum dalam RumahTangga

Memenuhi Dan Melaksanakan Perintah Allah

- perkahwinan yang terbentuk adalah untuk memenuhi dan melaksanakan perintah


allah.kesepakatan yang terbentuk diantara suami isteri yang bakal berkahwin adalah
dikhususkan untuk memelihara perintah allah .

Kerelaaan Dan Persetujuan

- Setiap rumah tangga yang bakal didirikan mestilah dengan sukarela . Sebarangbunsur
paksaan haruslah dielakkan sama ada dari pihak sebelah suami atau isteri . Paksaan
yang dilakukan adalah tediri daripada pelbagai aspek samada dsri segi fizikal
mahupun paksaan mental . Paksaan kebiasaanya berlaku kepada pasangan muda
terutama sekali di dalam usia pelasan dan awal 20-an .

Perkahwinan untuk selamanya

- Masjid yang bakal didirikan mestilah bersifat selama lamanya . Sebarang unsur nikah
mutaah haruslah dinafikan samada oleh pihak pengantin, keluarga atau pejabat agama
. Hal ini adalah kerana isu seperti ini acapkali dibincangkan walaupun islam telah
menegaskan secara jelas bahawa sebarang perkahwinan yang bersifatkan sementara
haruslah di elakkan .

Suami sebagai penangungg jawab umum dalam rumah tangga

- Hal ini memfokuskan ilmu dan pegangan suami. Seperti yang kita sedia maklum,
suami adalah pembimbing dalam rumah tangga . Jika sesebuah masjid yang dibina
telah diimamkan oleh suami yang kurang dari aspek ilmu agama , perkahwinan ini
akan membawa risiko aik kepada paangabn mahupun orang disekeliling . Suami yang
bakal menyambut tangan wali haruslah bersedia zahir dan batin . fizikal dan rohani
agar perkahwinan yang terbentuk bakal membawa kebaikkan kepada semua pihak.

7
PENGENALAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Undang-undang yg memperuntukkan mengenai hal-hal yg berkaitan dengan perkahwinan,


perceraian dan perkara-perkara yg berkaitan dengan kedua-duanya dikalangan org Islam.

Punca undang-undang Islam terdapat di dalam al-Quran yang mengandungi ajaran-ajaran


yang diwahyukan oleh Allah bagi manusia dan ajaran-ajaran itu telah diterangkan dan diberi
contoh oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda telah memberi tauladan bagaimana
ajaran-ajaran al-Quran itu boleh dilaksanakan dalam kehidupan di dunia ini. Undang-Undang
Islam kemudiannya telah diperkembangkan di dalam pelaksanaannya oleh Khulafak al-
Rasyidin dan dengan usaha ulamak dan ahli Hukum yang telah berusaha menggunakan ijtihad
mereka menerangkan dan menggunakan ajaran al-Quran dan Sunnah untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam zaman moden ini, boleh dikatakan undang-
undang itu telah dipengaruhi oleh perundangan dan keputusan-keputusan Mahkamah. Walau
bagaimanapun kita perlu menyedari apa dia punca dan asas undang-undang Islam,
sepertimana yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam surah al-Nisa' ayat 59 yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan uli"l amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada Allah
dan Rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian
adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih elok pada kesudahannya".

GARIS PANDUAN PENGURUSAN NIKAH

A. PENGENALAN

Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ ini menggariskan


peraturanperaturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar

8
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-
undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan ruju’.

B. TAFSIRAN

Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

berlainan :

' Beristeri ' ertinya mempunyai isteri.

' Iddah ' ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh

suaminya, atau yang mati suaminya.

' Tempoh Bermastautin ' ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurangkurangnya
90 hari atau mengikut budi bicara Pendaftar.

' Teruna ' ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.

' Wali Mujbir ' ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa.

' Negeri ' ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.

' Luar Negeri ' ertinya luar negara.

' Tempat Lain ' ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.

C. PROSEDUR PENTADBIRAN PERKAHWINAN

1. KURSUS PRA PERKAHWINAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRA


PERKAHWINAN ISLAM (MBKPPI)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Ruju’ hendaklah memastikan pasangan bagi

9
warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan

kebenaran berkahwin telah menghadiri kursus dan memiliki Sijil Kursus Pra

Perkahwinan MBKPPI.

2. UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

2.1 Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari

Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam

ditempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang

telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

2.2 Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran

berkahwin akan diteruskan.

2.3 Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:

i. Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama

sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.

ii. Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang

implikasi HIV.

iii. Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada

mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.

iv. Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk

meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan

diproses.

v. Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga

dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya.

3. PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN

10
3.1 Pengesahan Permohonan Berkahwin

i. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat

permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan

kariahnya.

ii. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin

menggunakan borang yang ditetapkan.

iii. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan

lengkap oleh pemohon.

iv. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran

berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

- Salinan Sijil Kelahiran.

- Salinan Kad Pengenalan.

- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI

- Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin.

- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan

sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon

seorang lelaki).

- Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup).

- Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati).

- Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru).

- Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis).

- Surat kebenaran dari angkatan Tentera (jika pemohon anggota tentera).

v. Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status

11
pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan

perkahwinan berkenaan.

3.2 Kebenaran Permohonan Berkahwin

i. Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong

pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii ).

ii. Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh

hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.

iii. Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes

tertentu.

iv. Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin

melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri.

Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan

melalui surat kebenaran.

3.3 Proses Permohonan Perkahwinan

3.3.1 Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah

3.3.1.1 Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada

Mahkamah apabila:

a) Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan.

b) Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih

dibawah umur.

c) Perkahwinan itu secara poligami.

d) Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami.

(jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa)

12
7

3.3.1.2 Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum

dikemukakan ke Mahkamah.

3.3.1.3 Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan

dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah

mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah

melalui pemohon.

3.3.1.4 Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat

kebenaran daripada Mahkamah.

3.4 Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin

3.4.1 Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan

puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.

3.4.2 Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran

berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.

3.4.3 Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat

dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali

pertama.

3.4.4 Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin

dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.

3.4.5 Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru

setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.

3.5 Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

3.5.1 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.

13
i. Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia,

Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan

dengan dokumen-dokumen berikut:

- Salinan pasport yang sah.

- Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.

- Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

ii. Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah

memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah

wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.

3.5.2 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar

Negeri.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana

permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan

warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia

3.6 Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin

3.6.1 Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah

pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.

3.6.2 Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang

diterima kepada pemohon.

3.7 Akad Nikah

3.7.1 Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di

mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.

14
3.7.2 Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.

3.7.3 Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:

i. Wali di hadapan Pendaftar.

ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.

iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.

iv. Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali

nasab atau wali enggan.

D. PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN

1. Pendaftaran Perkahwinan Dalam Negeri

1.1 Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan

tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undangundang yang sedia ada.

1.2 Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga

puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan.

2. Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri

2.1 Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi

perkahwinan yang dilangsungkan di luar negeri hanya bagi perkahwinan

yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik.

2.2 Pendaftar hendaklah memastikan bahawa perkahwinan di luar negeri

yang belum didaftarkan sahaja yang boleh didaftarkan.

2.3 Pendaftar hendaklah memastikan setiap permohonan pendaftaran nikah

mempunyai butir dan maklumat berikut:

15
- Surat perakuan nikah luar negeri.

- Atau apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau tulisan yang boleh

memuaskan hati Pendaftar sebelum perkahwinan berlaku.

- Permohonan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan yang

ditandatangani oleh Pemohon sendiri.

2.4 Pendaftar boleh mengecualikan pasangan suami/isteri untuk hadir di

hadapannya dengan syarat ia berpuas hati mengenai maklumat

berhubung dengan perkahwinan itu.

2.5 Pendaftar hendaklah mencatatkan sebab-sebab pasangan suami isteri

tidak hadir dalam daftar perkahwinan.

2.6 Selepas mendaftar Pendaftar hendaklah dengan segera menyerah atau

menghantar satu salinan pendaftaran nikah yang telah ditandatangani

kepada pasangan suami isteri.

2.7 Pendaftar juga dikehendaki menyerah satu salinan pendaftaran nikah

kepada Ketua Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan supaya salinan

tersebut dijilidkan dalam perkahwinan orang Islam di luar negeri.

E. PROSEDUR PENDAFTARAN PERCERAIAN

1. Pendaftar hendaklah menerima salinan keputusan pengesahan perceraian yang

dikeluarkan oleh Mahkamah

2. Pendaftar hendaklah menyemak salinan keputusan pengesahan perceraian

tersebut. Jika terdapat kesilapan dikembalikan kepada pemohon untuk pembetulan

di Mahkamah.

16
3. Setelah berpuashati Ketua Pendaftar hendaklah menandatangani Surat Perakuan

Cerai.

4. Pendaftar hanya boleh mengeluarkan Surat Perakuan Cerai setelah pemohon

membuat pembayaran pendaftaran cerai

5. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dalam tempoh tiga

puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perceraian.

F. PROSEDUR PENDAFTARAN RUJU

1. Pendaftar sebelum menerima laporan atau cadangan suami isteri mengenai

persetujuan ruju’ hendaklah memastikan bahawa permohonan pengesahan cerai

telah dihantar di Mahkamah.

2. Sekiranya ruju’ dilafazkan bukan di hadapan pendaftar, maka pendaftar hendaklah

memastikan dan berpuashati ia dilakukan mengikut hukum syarak.

3. Pendaftar hendaklah memastikan pemohon mengisi borang permohonan ruju’

dengan lengkap.

4. Pendaftar boleh mendengar lafaz untuk dilafazkan di hadapannya walaupun

perceraian belum diputuskan oleh Mahkamah.

5. Pendaftar hendaklah mengemukakan surat pengesahan ruju’ sementara kepada

pemohon.

6. Pendaftar hanya boleh mendaftar ruju’ setelah pemohon mengemukakan :

i) Surat pengesahan cerai dari Mahkamah.

ii) Bayaran pendaftar ruju’.

iii) Sijil Perakuan cerai.

7. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat akuan ruju’ dalam tempoh tiga puluh hari

17
( 30 ) hari dari tempoh permohonan ruju’ serta selesai didaftarkan.

BIDANG KUASA PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN


RUJUK

Syarat-syarat

Penolong pendaftar nikah ialah seseorang yang diberi tanggungjawab atau tauliah
daripada jabatan agama islam untuk menguruskan urusan pernikahan ,penceraian dan rujuk .
Terdapat syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sekiranya ingin memohon jawatan ini.
pemohon mestilah seorang lelaki beragama islam yang berakhidah ali sunnah wal jamaah dan
mengikut mazhab rasmi di Malaysia iaitu mazhab syafie. Seterusnya mestilah berumur 21
tahun hingga 65 tahun dan mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak menghidap penyakit-
penyakit kronik yang dapat menjejaskan tugas .selain itu, mestilah mempunyai kelulusan
sekurang-kurangnya Sijil Menengah Agama atau Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian
Menengah Rendah atau yang setaraf dengannya dan boleh membaca dan menulis jawi dengan
baik .Pemohon juga mestilah tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak diisytiharkan muflis
oleh mana-mana mahkamah di Malaysia .Akhir sekali pemohon mestilah mengetahui hukum-
hukum feqah terutamanya dalam bab munakahat dan lulus ujian kelayakan yang ditetapkan .

SKOP KERJA BIDANG PENOLONG PENDAFTAR NIKAH

Penolong pendaftar nikah bertanggungjawab dalam Memberikan maklumat dan dukungan


berkenaan permohonan kelulusan perkahwinan dan mengajukan permohonan kelulusan dalam
boring yang ditetapkan7. Selain itu, juga bertanggungjawab untuk mengakadnikahkan
perkahwinan dan menjadi wali Hakim untuk wanita yang tidak mempunyai wali atau yang
walinya enggan menjadi wali sebelum mendaftarkan perkahwinan dan mengeluarkan
perakuan nikah kepada pasangan yang telah diijabkabulkan . Seterusnya penolong pendaftar

7
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/pu_Perak_Ori.nsf

18
nikah perlulah menyerahkan daftar nikah serta kutipan hasil pada setiap akhir bulan ke
Pejabat Agama Daerah .

BIDANG PENOLONG PENDAFTAR PERCERAIAN DAN RUJUK

Bertanggungjawab untuk memberi nasihat, pendapat dan tunjuk ajar dengan berhikmah
kepada mana-mana pasangan suami isteri atau keluarga yang berada dikhariahnya berkenaan
dengan hukum-hakam dan masalah rumahtangga supaya masalah tersebut tidak bertambah
rumit. Seterusnya ,jika terdapat sesuatu masalah yang dikemukakan oleh pengadu ,penolong
pendaftar perlulah berbincang dengan Penghulu atau Ketua Kampung Atau Imam untuk
mencari jalan penyelesaian . selain itu, setelah menyempurnakan suatu pernikahan,dia
perlulah menyediakan daftar nikah untuk didaftarkan dan diajukan pada pendaftar di setiap
akhir bulan dan dia juga perlulah mempamerkah tauliahnya jika diminta .Dokumen
pernikahan yang telah disempurnakan perlulah dikemukakan kepada pendaftar dengan kadar
segera iaitu tidak melebihi tempoh 30 hari8 . Apabila berlaku keraguan dalam sesuatu
pernikahan ,dia hendaklah memaklumkan kepada pendaftar dengan segera. Tambahan
pula,jika dia sakit atau berlaku keuzuran yang dapat menghalangnya untuk melakukan tugas
dia perlulah memaklumkan perkara tersebut kepada pendaftar manakala jika dia ingin keluar
dari khariah melebihi 7 hari,dia perlulah mendapatkan kebenaran bertulis daripada
pendaftar .Akhir sekali jika dia berniat untuk meletakkan jawatan sebagai penolong pendaftar
perkahwinan,cerai dan rujuk ,dia perlulah memaklumkan kepada pihak yang
bertanggungjawab dalam menguruskan urursannya manakala apabila berniat untuk
menyambung jawatannya dia mestilah meemohon dan memaparkan tauliah asalnya dalam
tempoh 3 bulan sebelum berakhir tauliahnya.

8
https://sppim.gov.my/pdf/panduan/panduan_pengurusan_nikah.pdf

19
ADAB-ADAB PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK TERHADAP
PASANGAN

Sebagai seseorang yang berperanan penting dalam urusan kekeluargaan Islam yang
merupakan asas terbentuknya suasana yang sesuai dengan kehendak agama, beliau perlu
mengamalkqan bebrapa dab yang perlu supaya tidak menimbulkan pelbaagai fitnah-fitnah
terhadap agama islam itu sendiri termasuklah dirinya sendiri.

Berikut terdapat beberapa adab yang perlu ada dalam diri seorang penolong pendaftar nikah,
cerai dan rujuk terhadap pasangan yang inginan masalahnya.

1. Penolong pendaftar nikah, cerai dan rujuk perlu mengamalkan pertuturan dan tingkah
laku yang mulia ketika berada di hadapan pasangan atau lebih tepatnya beradab sopan dan
berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian kepada pasangan. Beliau perlu ramah
danmudah menyesuaikan diri dalam situasi baru dan tidak memilih status dalam pergaulan.

2. Dalam menghadiri sesuatu situasi sosial seperti majlis perkahwinan, majlis suai kenal,
majlis rasmi lain, mereka perlu mengamalkan budi pekerti mulia, menggunakan bahasa yang
sopan, menunjukkan minat terhadap perkara yang dibincangkan atau dilangsungkan. Selain
itu, beliau juga perlu menghormati pendapat orang lain dalam majlis jika sedang berbincang
supayatidak menyinggung perasaan orang lain.

3. Kemahiran sosial harus juga harus diamalkan kerana untuk menjaga perasaan pasangan
yang ingin menikah atau mengadukan cerai. Hal ini juga penting kerana untuk menjaga
maruah diri dan maruah pasangan. Dengan begitu, idea-idea atau peroses untuk mencari
solusi damai antara pasangan akan meningkat dan secara tidak langsung dapat dirinya
menjadi sosok yang dapat diterima dan dihormati orang lain dan dapat menjalinkan hubungan
yang mesra dengan orang lain dan dengan mudah mendapat kenalan baru sambal
melaksanakn tugas yang diamanahkan.

4. Penolong pendaftar nikah, cerai dan rujuk juda perlu menjadi seseorang lebih
berkeyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain. Hal ini dapat membantu seseorang

20
untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru atau mudah untk menyelesakan diri
dengannya. Sebagai contoh, beliau perlulah menyokong apabail anak-anak muda untuk
menikah dan tidak mempersulitnya dengan pelbagai karenah.

KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN


ISLAM

Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang
sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari
Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 124. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di
luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 125. Tidak membuat laporan

(1) Sesiapa sahaja yang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah Akta ini dan dia
dengan sengaja cuai atau tidak berbuat demikian maka dia melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Sesiapa sahaja yang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki

21
mengemukakan sesuatu permohonan di bawah Akta ini atau dikehendaki memberi sesuatu
maklumat atau menyempurnakan atau menandatangani apa-apa dokumen yang perlu di sisi
undang-undang bagi maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu dan dia dengan sengaja
cuai atau tidak membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu maka dia melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 126. Meninggal langsung isteri

Mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan
isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 127. Menganiaya isteri

Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

Mana-mana orang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum
Syarak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 129. Isteri tidak menurut perintah

Seseorang perempuan yang dengan sengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh
suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah

22
dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali
kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Seksyen 130. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan

Mana-mana orang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan
menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum penjara tidak melebihi setahun.

Seksyen 131. Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula
dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju’ yang sah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi
tiga bulan atau kedua-duanya.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah
berlakunya perceraian itu, maka suami itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.

(3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen
(1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 132. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah

[Pin. Akta A902:s.39]

(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-

23
mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Akta
ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah
itu, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, boleh, jika perintah sedemikian
menghendaki pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi
mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan
oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada orang yang dengan
sengaja gagal mematuhinya jika perintah pembayaran tiap-tiap bulan masih belum dibayar,
atau, dalam mana-mana hal yang lain, pembayaran satu tahun yang masih belum dibayar.

(2) Mahkamah boleh—

(a) jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) menetapkan bagi pembayaran
dibuat secara bulanan, menghukum orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya
dengan pemenjaraan tidak melebihi sebulan bagi setiap bayaran bulanan yang masih
belum dibayar; dan
(b) dalam mana-mana hal lain, menghukum orang yang dengan sengaja gagal
mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dengan pemenjaraan tidak
melebihi setahun bagi mana-mana pembayaran yang masih belum dibayar.

Seksyen 133. Percubaan dan subahat

Sesiapa sahaja yang cuba melakukan, atau bersubahat melakukan, suatu kesalahan di bawah
Akta ini melakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sama seperti yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu termasuk ibu bapa.

24
KESIMPULAN

Sebagai penutup kepada perbincangan ini, pembaca diharapkan agar dapat


menerima dan mampu mengolah segala hukum yang telah diberi keutamaan . Hukum
hakam yang digariskan dari persediaan perkahwinan, semasa dan selepas akad nikah
harus diberi perhatian kerana kesilapan yang kecil akan memebawa keburukkan
kepada alam perkahwinan seseorang . Setiap penegahan yang telah disebut oleh islam
telah ditegaskan oleh kerajaan dengan mengenakan tindakan mahkamah agar
membawa kesedaran dan peringatan kepada semua . Tugasan ini juga menegaskan
beberapa konsep dari segi garis panduan pengurusan nikah, adab juru nikah dan
sebagainya . Perkara seperti ini perlu diberi perhatian agar urusan perkahwinan dapat
berjalan dengan lancar . Selain itu , ia juga mampu memberi peringatan kepada bakal
pengantin akan kepentingan hubungan rumah tangga yang bakal dibina agar hubungan
ini dirahmati sehingga ke penghujung nya.

RUJUKAN

1. Taib Azamuddin Md. Taib, Ustaz, Hj.,( 1 April 1993), Pengenalan Hukum Nikah
Kahwin, Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abd. Majid & Pustaka Hamduna, hal.54.

2. Osman Bin Jantan, Hj. (2001), op.cit, Pedoman Mu'amalat dan Munakahat, hal. 180

3. Haji.Idris Ahmad,1983:Jilid 2,54

4. Abdul GhaniAzmi,1994:18

5. http://islamicstudies2017.blogspot.com/2017/05/pembinaan-institusi-
keluarga.html?m=1

6. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/pu_Perak_Ori.nsf

25

Anda mungkin juga menyukai