Anda di halaman 1dari 5

JALAN KE PUNCAK oleh Juri Durabi

Bab 1. BAGAIKAN MIMPI

Laiman, seorang mahasiswa tahun tiga di sebuah universiti sedang menjalani


praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Sikap Laiman yang rajin dan tidak
memandang rendah terhadap pekerja bawahan menyebabkan dia disenangi dan
disukai oleh para pekerja. Bagaimanapun, Laiman belum berani menyatakan
sebarang rancangan setelah dia tamat belajar nanti kerana pengajiannya dibiayai oleh
kerajaan. Dia mahu meneliti semua tawaran pekerjaan yang diterima dan berfikir
masak-masak sebelum membuat keputusan supaya tidak menyesal kemudian hari.
Laiman amat mengagumi sahabat seuniversitinya, iaitu Chow Chin yang berjaya
dalam perniagaan hasil usaha gigihnya. Sahabatnya itu tetap bersikap rendah diri
walaupun telah mengecapi kejayaan. Berbekalkan wang perbelanjaan yang diberikan
oleh ayahnya semasa belajar di universiti, Chow Chin memulakan perniagaan. Kini
sahabatnya itu telah menjadi jutawan, namun tetap bersikap rendah diri. Laiman turut
terkenangkan seorang lagi pemuda yang gigih berusaha sehingga berjaya. Pemuda
itu bekerja di sebuah bengkel pada usia belasan tahun. Berbekalkan pengalaman
yang dimiliki, dia membuka sebuah bengkel membaiki kereta. Jika dahulu bengkelnya
hanya sederhana, namun kini bengkel itu lengkap dengan peralatan moden bagi
memenuhi keperluan pelanggan.

BAB 2 : SESAT

Petang itu Laiman bersiar-siar di pekan Lutong setelah menyelesaikan semua


kerjanya. Laiman berasa lega kerana ramai yang memuji kecekapannya
melaksanakan tugas yang diarahkan. Sukri membawa Laiman keluar makan untuk
mengucapkan tahniah kerana berjaya menyiapkan kerjanya. Namun, bagi Laiman dia
dapat menyiapkan kerjanya dengan bantuan daripada Sukri dan rakan-rakan yang
lain. Laiman kemudiannya didatangi Soniah, rakan sepejabatnya bersama-sama
seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan enam tahun. Semasa di restoran,
Soniah bertanyakan Laiman tentang Muluk, Bagaimanapun, Laiman berasa hairan
dan tertanya-tanya sebab Soniah . bertanya tentang Muluk kepadanya. Apabila
Laiman meminta penjelasan, Soniah enggan untuk berterus-terang meskipun
didesak. Soniah pula berasa kesal kerana bertanya tentang Muluk pada masa itu.
Laiman kemudiannya membiarkan sahaja persoalan yang timbul di mindanya tentang
Muluk meskipun dia sangat ingin tahu.

BAB 3 : MUSIBAH

Sukri tergesa-gesa menuju ke loji minyak apabila mendapat tahu bahawa salah satu
tangki minyak telah terbakar. Hatinya rush dengan kejadian tersebut. Pelbagai
persoalan timbul di mindanya. Tambahan pula, Laiman sedang bercuti ketika itu.
Laiman memaklumkan bahawa dia ke Kuching untuk berjumpa kawannya dan
mengambil buku-buku yang disimpan di sana. Kejadian itu merisaukan Sukri kerana
tangki minyak tersebut baru sahaja. dua minggu dibaiki oleh Laiman. Sukri bimbang
Laiman akan dipersalahkan dan dipecat oleh pengurus mereka yang sangat tegas
dan suka bertindak sesuka hati. Sukri percaya bahawa ada orang lain yang
menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan untuk menjatuhkan Laiman. Apabila
Sukri memaklumkan tentang kebakaran itu Kepada Laiman, pemuda itu tiba-tiba
teringat akan perbualannya dengan Soniah tempoh hari. Laiman percaya hal itulah
yang cuba disampaikan oleh Soniah.

BAB 4 : HASRAT :

Laiman ingin tahu tentang rancangan Soniah selanjutnya. Dia Lun menasihati Soniah
agar tidak terlalu memikirkan perkara lain sehingga menghalang pilihannya. Laiman
mahu Soniah berfikir untuk kebaikan dirinya sendiri. Tambah Laiman lagi, nasib
seseorang bukan hanya berserah kepada takdir, malah perlu disertakan dengan
usaha dan tawakal. Soniah cuba berteka-teki tentang pilihan jurusan yang akan
diambilnya ketika ditanya oleh Laiman. Laiman agak terperanjat apabila Soniah
memberitahu bahawa dia memilih jurusan kejuruteraan di universiti nanti. Bagi
Laiman, semua orang sesuai dan layak mengambil jurusan keiuruteraan bukan sahaja
kaum perempuan, namun kerja sepertinya sangat mencabar kerana terpaksa
berdepan dengan pelbagai risiko. Dia bimbang Soniah tidak sanggup menghadapi
cabaran pekerjaan sepertinya. Ketika berialan-ialan, Soniah bertanyakan Laiman
tentang peristiwa kebakaran yang berlaku. Laiman memberitahu Soniah bahawa dia
tidak dimarahi oleh pengurus kerana dirinya tiada di tempat kejadian ketika kebakaran
itu berlaku. Walau bagaimanapun, Laiman menjadikan peristiwa tersebut dan nasihat
pengurusnya sebagai satu pengalaman dan panduan dalam hidupnya. Selebihnya,
dia hanya berserah kepada Tuhan.

BAB 5 : PULANG

Laiman telah berubah ketika tamat pengajian.

BAB 6 : TENTANGAN

Laiman berasa puas kerana kebun tembikai yang diusahakannya sejak dua bulan lalu
telah mula menampakkan hasil. Meskipun pada awalnya usaha Laiman itu ditentang
oleh ayahnya, namun tidak diendahkannya. Kemudian, Laiman didatangi sahabatnya,
Milan. Milan memberitahu 'Laiman bahawa pegawai pertanian ingin berjumpa dengan
Laiman kerana ada khabar yang menyatakan terdapat jawatan kosong di pejabat
pertanian yang sesuai dengan kelulusan Laiman. Namun begitu, Laiman tidak
berminat dengan jawatan tersebut. Laiman kemudian memaklumkan kepada Milan
tentang rancangannya untuk memajukan usaha mereka itu. Dia juga bercadang untuk
meluaskan usaha mereka dan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Jabatan
Pertanian. Laiman ingin mengusahakan projek ternakan lebah dan ikan air tawar di
tanah rizab berhampiran dengan tanah Pak Sahok. Milan agak ragu-ragu dengan
penerimaan Pak Sahok terhadap rancangan Laiman itu. Walau bagaimana, Laiman
yakin dia akan dapat memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan rancangan mereka.
Laiman bercadang untuk menternak di bawah lebah pokok kelapa atau di kebun buah-
buahannya. Ketika kedatangan Milan, bapa dan nenek Laiman tiada di rumah atas
urusan subsidi tanah padi. Kemudian, Laiman menghidangkan seteko kopi O dan ubi
rebus kepada Milan sambil bercerita. Mereka berpendapat bahawa kerja makan gaji
lebih teruk berbanding kerja sendiri. Kerja sendiri lebih bebas melakukan apa-apa
sahaja kerana tiada sesiapa yang akan mengarah, namun haruslah bersungguh-
sungguh.
BAB 7 : RESAH

Dia juga bercadang untuk meluaskan usaha mereka dan cuba mendapatkan bantuan
daripada pihak Jabatan Pertanian. Laiman ingin mengusahakan projek ternakan lebah
dan ikan air tawar di tanah rizab berhampiran dengan tanah Pak Sahok. Milan agak
ragu-ragu dengan penerimaan Pak Sahok terhadap rancangan Laiman itu. Walau
bagaimana, Laiman yakin dia akan dapat memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan
rancangan mereka. Laiman bercadang untuk menternak di bawah lebah pokok kelapa
atau di kebun buah-buahannya. Ketika kedatangan Milan, bapa dan nenek Laiman
tiada di rumah atas urusan subsidi tanah padi. Kemudian, Laiman menghidangkan
seteko kopi O dan ubi rebus kepada Milan sambil bercerita. Mereka berpendapat
bahawa kerja makan gaji lebih teruk berbanding kerja sendiri. Kerja sendiri lebih bebas
melakukan apa-apa sahaja kerana tiada sesiapa yang akan mengarah, namun
haruslah bersungguh-sungguh. anak-anaknya supaya mempunyai haluan hidup. Bagi
Laiman, dia telah mempunyai perancangan untuk hidupnya. Milan berjanji akan
sentiasa menyokong sepupunya itu. Laiman kemudiannya memberitahu Milan
bahawa dia akan ke Kota Kinabalu pada minggu hadapan untuk berjumpa dengan
kawannya yang juga merupakan seorang pemborong. Dia mahu menjual buah
tembikainya kepada sahabatnya itu.

BAB 8 : TEKAD

Laiman dan Milan agak kecewa apabila rancangan mereka untuk mendapatkan tanah
rizab bersebelahan dengan tanah Pak Sahok tidak dipersetujui oleh Pak Sahok. Milan
bimbang rancangan mereka untuk projek ternakan ikan air tawar akan gagal. Walau
bagaimanapun, Laiman tetap yakin mereka akan dapat memujuk Pak Sahok jika kena
dengan caranya. Dia tidak mahu Milan berputus asa dengan Pak Sahok. Laiman turut
meminta Milan berdoa supaya hasrat mereka tercapai. Meskipun mereka mempunyai
tanah sendiri, namun tidak sesuai untuk projek ternakan ikan air tawar. Hal ini
demikian kerana tanah tersebut perlu dibajak dan digali. Kerja-kerja itu bukan mudah
untuk dilaksanakan, tambahan pula kekurangan jentera akan memakan kos yang
tinggi. Laiman memujuk Milan agar bertenang dan fokus kepada projek tanaman
tembikai mereka yang telah mula menampakkan hasil. Tambahan pula, rakannya
telah bersetuju untuk membeli tembikai itu dan mereka akan datang memungut biah
tembikai tersebut dengan keretanya sendiri. Projek ternakan lebah akan diteruskan di
kebun limau milik Laiman, tetapi harus diperiksa oleh jabatan haiwan terlebih danulu.
Mereka akan menggajikan remaja yang telah berhenti sekolah dan gagal dalam
peperiksaan untuk membantu mengendalikan proiek itu.

BAB 9 : PUJUK

Laiman berasa panik dan kecewa apabila usahanya untuk mendapatkan tanah paya
yang terletak berhampiran dengan kebun Pak Sahok menemui jalan buntu. Pak Sahok
berkeras tidak membenarkan Laiman mengusahakan projek ternakan ikannya di situ.
Dalam situasi yang serba mengecewakan itu, Pak Kiassim menawarkan diri untuk
berunding dengan Pak Sahok. Hal ini kerana setelah beliau telah melihat tanaman
tembikai Laiman mula menampakkan hasil dan orang-orang kampung mula memuji-
muji usaha Laiman. Laiman berasa terharu dan menyesal kerana tidak mendengar
kata-kata ayahnya dahulu lalu dia memohon maaf terhadap ayahnya.

BAB 10 : HARAPAN

Kejayaan Laiman dan Milan mengusahakan projek tanaman tembikai dan ternakan
ikan air tawar telah tersebar dan menjadi bualan orang-orang kampung. Laiman
berasa amat gembira dan bersyukur dengan hasil yang diperoleh itu, tambahan pula
dengan campur tangan ayahnya. Setelah ayahnya berunding dengan Pak Sahok,
akhirnya orang tua itu bersetuju untuk membenarkan Laiman mengusahakan projek
ternakan mereka di kawasan paya bersebelahan tanahnya. Pihak Jabatan Pertanian
pula telah bersetuju untuk memberikan bantuan termasuk subsidi dan benih.
Beberapa orang anak muda di kampung juga telah diambil untuk bekerja dengannya.
Setelah berbincang dengan Milan, akhirnya tapak projek itu dibahagikan kepada dua.
Satu tapak untuk ternakan ikan air tawar dan satu lagi tapak projek untuk ternakan
udang harimau. Laiman menyerahkan kebun tembikai untuk diusahakan oleh
ayahnya, namun tetap diawasi Laiman dari segi pembajaan agar saiz buah tidak
merosot. Abang Laiman yang bekerja di KPD turut meluangkan masa untuk melawat
projek yang diusahakan ofeh adiknya itu. Menurutnya, orang-orang di tempat beliau
bekerja mula mencontohi usaha Laiman. Kemudian, Laiman ingin berjumpa dengan
semua pekerjanya pada hari minggu dan dalam masa yang sama Soniah
mengutuskan surat kepadanya memberitahu bahawa dia akan datang ke Kota
Kinabalu pada bulan hadapan.

BAB 11 : GALAU
Milan berasa susah hati apabila Kedek dan Muali yang dihantar berkursus tiba-tiba
telah berpaling tadah. Mereka berdua memutuskan untuk melaksanakan sendiri
projek mereka dan enggan bekerjasama dengan Laiman dan Milan lagi. Pada
mulanya Laiman agak kece wa apabila perkara tersebut dimaklumkan oleh Milan,
namun Laiman berfikiran positif dan memujuk Milan agar berfikiran positif juga. Milan
akhirnya dapat menerima keputusan Kedek dan Muali itu. Bagi Laiman, keputusan itu
tidak akan melumpuhkan semangat meneruskan impiannya, malah telan
mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka, Milan turut bersimpati akan nasib
Laiman yang begitu bersungguh-sungguh ingin memajukan orang-orang kampungnya
sehingga sanggup mengenepikan kelulusan yang diperolehnya

BAB 12 : TABAH
Petang itu Mail pulang dari Kota Marudu untuk bercuti selama tiga hari. Laiman
menceritakan perkembangan projek yang diusahakannya kepada Mail apabila
abangnya bertanya tentang itu. Mail terus memberikan galakan kepada Laiman agar
berusaha memajukan projeknya. Laiman gembira kerana Mail mengambil berat dan
menyokong setiap rancangan dan usahanya selama ini. Laiman turut teringat akan
Milan yang menjadi tonggak utama dalam menjayakan projeknya. Laiman juga tidak
mahu memikirkan tentang keputusan Kedek dan Muali yang telah keluar dari
kumpulan mereka untuk mengusahakan projek mereka sendiri.
Laiman dan Mail disuruh oleh ayahnya pergi ke Bawang untuk bejaga atas kematian
Pak Muluk. Pada hari ketiga, mereka pulang untuk meneruskan kerja masing-masing.
Sebelum pulang ke Marudu, Mail berkesempatan untuk melihat ternakan ikan air
tawar adiknya. Mail terus memberikan dorongan kepada adiknya untuk meneruskan
usahanya itu tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.
BAB 13 : LUMAYAN
Laiman dan Milan kini menjual kuih yang dipajak daripada orang kampung untuk dijual
di Gerai Pitas. Milan turut belajar membuat kuil bulan daripada Laiman menggunakan
acuan yang ada. Kolama pula dijaga oleh enam orang pekerjanya, namun tetap
dipantau oleh Laiman setiap petang. Laiman akan bertanyakan pekerjanya
kemungkinan masalah yang ada berkaitan dengan ternakan mereka. Selain menjual
kuih, Laiman juga memajak kelapa dan pisang untuk dijual di Kota Kinabalu. Dia tidak
lupa untuk melihat kebun tembikai yang semakin kurang diusahakan. Kebun itu perlu
diusahakan sekali lagi kerana hasilnya yang lumayan. Laiman akan membantu ayahn
ya sekiranya kebun tembikai itu telah mengeluarkan hasil. 'Laiman dan Milan gembira
kerana usaha mereka kini telah mencambahkan hasil. Wang simpanan mereka di
bank juga telah menjangkau RM10 000.00. Laiman memberitahu niatnya untuk
membeli sebuah lori kecil kepada Milan bagi memudahkan mereka melaksanakan
projek Milan menyetujuinya. Bagi mereka, kerja yang dilakukan memadai untuk berdiri
setaraf dengan orang lain.

BAB 14 : SINAR
Usaha gigih Laiman dan Milan telah mula membuahkan hasil. Kejayaannya itu juga
menyedarkan Pak Sahok akan kesungguhan Laiman dalam melaksanakan semua
projek yang dirancangnya. Sebuah lori kecil yang berharga RM13 000.00 juga telah
dibeli oleh Laiman bagi memudahkannya mengutip hail daripada penduduk kampung
dan kampung-kampung yang berdekatan untuk dipasarkan. Hal ini juga amat
menggembirakan penduduk kampung yang turut mendapat manfaat daripada usaha
Laiman itu.

BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA


Laiman benar-benar berasa terharu dengan hasil yang diperolehnya. Berkat
kegigihannya menghadapi setiap dugaan dan halangan sehingga kini dia telah
berjaya. Pada masa yang sama dia terkenangkan Soniah. Laiman sedar akan
perasaannya terhadap Soniah dan berjanji pada dirinya untuk meluahkan
perasaannya kepada Soniah apabila gadis itu datang ke Kota Kinabalu kelak. Laiman
juga berasa sangat gembira apabila projek. ternakan ikan air tawarnya akan dijadikan
projek contoh di daerahnya. Selain itu, kemungkinan besar projeknya itu juga akan
dijadikan projek terbesar di Sabah dengan bantuan pihak Jabatan pertanian

Anda mungkin juga menyukai