Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

KAP ONLINE SIRI : 2 / 2023

NAMA JURULATIH
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA
PERSEKITARAN (DPDP)
NAMA PESERTA
Seperti dalam Kad Pengenalan
NO. K/P
Tarikh / Hari 29.04.2023
Masa (Minit) 15 minit
Umur 3 Tahun
Bil Kanak-Kanak 2 orang
Tema Alam Bahan
Tajuk “Jom asing keras/lembut dan berat/ringan”
Bidang Pembelajaran Fokus PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA
PERSEKITARAN (DPDP)
Pengetahuan Sedia Ada (PSA)
1 sahaja Kanak-kanak sudah boleh mengenal bahan-bahan asas.
Contoh : bola dan botol air.

Objektif
1 Objektif utama, 1. Kanak-kanak dapat membezakan berat dan ringan -
2 & 3 Objektif gabung jalin (DPDP)
2. Kanak-kanak boleh mengelaskan/mengasingkan bahan
mengikut sifat bahan (berat atau ringan) - (AMPL)
3. Kanak-kanak dapat menunggu dan mendengar arahan
Pendidik dengan tekun dan sabar - (SSEK)

Senarai Bahan / Alat


Sila lengkapkan mengikut 3 bekas kosong berlabel ‘berat’
spesifikasi bahan : 3 bekas kosong berlabel ‘ringan’
Jumlah barang (mengikut 1 besen yang berisi air
jumlah kanak-kanak & 3 biji bola pingpong
pendidik) 3 biji bola golf
Saiz barang 3 botol air (0.5liter) kosong
Warna 3 botol air (0.5liter) berisi air penuh

Tempat / Ruang Aktiviti Ruang Aktiviti TASKA


Langkah-langkah Sesi Permulaan :
Perlaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke Ruang Aktiviti
Taska.

2. Pendidik memberi salam, bertanya khabar kepada

KAP - RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


kanak-kanak dan bemesra dengan kanak-kanak.

3. Pendidik memberitahu aktiviti yang akan dilakukan


bersama kanak-kanak.

4. Pendidik mengajak kanak-kanak menyanyikan lagu 5


deria.

“Lihat dengan mata, rasa dengan lidah, hidu dengan


hidung, mari goyang badan….

Sentuh dengan tangan, dengar dengan telinga, bunyi


gelak ketawa… HAHAHA….”

Sesi Pembelajaran :

1. Pendidik menunjukkan, menyusun dan memberikan


kepada kanak-kanak bahan yang digunakan dan
meletakkan di hadapan kanak-kanak sambil menyebut
bahan-bahan yang digunakan. Pendidik membimbing
kanak-kanak untuk mengulangi nama bahan tersebut.

Pendidik : ini adalah bola pingpong (sambil


menunjukkan bola pingpong)

Kanak-kanak : ini adalah bola pingpong (sambil


menunjukkan bola pingpong)

Pendidik : ini adalah bola golf (sambil menunjukkan


bola golf)

Kanak-kanak : ini adalah bola golf (sambil


menunjukkan bola golf)

Pendidik : ini adalah botol kosong (sambil


menunjukkan botol kosong)

Kanak-kanak : ini adalah botol kosong (sambil


menunjukkan botol kosong)

Pendidik : ini adalah botol air yang penuh (sambil


menunjukkan botol air yang penuh)

Kanak-kanak : ini adalah botol air yang penuh


(sambil menunjukkan botol air yang penuh)

2. Pendidik juga menunjukkan 1 besen yang berisi air


dihadapan kedua orang kanak-kanak tersebut.

3. Pendidik memasukkan bola pingpong dan bola golf ke


dalam besen yang berisi air dan diperhatikan oleh
kanak-kanak.

KAP - RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


4. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak mengapa bola
pingpong tersebut terapung dan bola golf tenggelam.

Pendidik : Kanak-kanak mengapa bola pingpong


tersebut terapung dan bola golf tenggelam? Ini kerana
bola pingpong bersifat ringan manakala bola golf
bersifat berat.

5. Pendidik lalu mengambil bola-bola tersebut dan


memasukkan ke dalam bekas yang berlabel ‘berat’ dan
‘ringan’.

6. Pendidik membimbing kanak-kanak yang pertama


untuk meletakkan bola pingpong dan bola golf ke
dalam besen yang sama (bola pingpong terapung dan
bola golf tenggelam). Kanak-kanak yang kedua
diminta menunggu giliran dan memerhatikan kanak-
kanak pertama menyelesaikan tugasan dengan sabar
(SSEK)

7. Lalu Pendidik bertanya kepada kanak-kanak pertama :

Pendidik : Mengapa bola pingpong tersebut terapung


dan bola golf tenggelam?

Kanak-kanak pertama : Kerana bola pingpong bersifat


ringan manakala bola golf bersifat berat.(DPDP)

8. Lalu kanak-kanak pertama mengambil kedua bola


tersebut dan mengasingkan bola mengikut sifat berat
dan ringan ke dalam bekas yang telah diberi. (AMPL).

9. Kemudian giliran kanak-kanak kedua melakukan


tugasan yang sama. Kanak-kanak pertama melihat
dengan sabar.

Pendidik : Mengapa bola pingpong tersebut terapung


dan bola golf tenggelam?

Kanak-kanak kedua : Kerana bola pingpong bersifat


ringan manakala bola golf bersifat berat. (DPDP)

10. Setelah itu, Pendidik mengambil kedua-dua botol dan


masukkan ke dalam besen air yang sama. Diikuti oleh
kedua kanak-kanak. Pendidik mengambil botol yang
terapung, diikuti oleh kedua kanak-kanak dan bersoal
jawab kepada kedua kanak-kanak.

Pendidik : Botol kosong ini bersifat?

Kanak-kanak : Botol kosong bersifat ringan

Pendidik mengarahkan kanak-kanak untuk meletakkan


KAP - RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)
botol tersebut ke dalam bekas mengikut sifat bahan.

(lalu kanak-kanak meletakkan botol kosong ke dalam


bekas berlabel ‘ringan’) (DPDP)

11. Pendidik mengambil botol yang tenggelam, diikuti


oleh kedua kanak-kanak dan bersoal jawab kepada
kedua kanak-kanak.

Pendidik : Botol berisi air penuh ini bersifat?

Kanak-kanak : Botol berisi air penuh bersifat berat.

Pendidik mengarahkan kanak-kanak untuk meletakkan


botol tersebut ke dalam bekas mengikut sifat bahan.

(lalu kanak-kanak meletakkan botol berisi air penuh


ke dalam bekas berlabel ‘berat’) (DPDP)

12. Pendidik memuji kanak-kanak yang menjawab dengan


betul dan bertepuk tangan.

Kontigensi : 1. Sekiranya kanak-kanak boleh mengenal sifat berat dan


ringan melakukan dengan baik. Pendidik akan
menambah bahan baru contoh sebiji batu dan
segenggam kapas.
2. Jikan kanak-kanak tidak boleh menggenal sifat berat
dan ringan pada bahan-bahan tersebut. Pendidik akan
membimbing kanak-kanak untuk mengenal sifat pada
bahan-bahan tersebut.

Penutup : 1. Pendidik memberi puji-pujian dan tepukan tangan


kepada kanak-kanak sebagai tanda penghargaan.
2. Pendidik mengajak kanak-kanak mengemas bahan
bersama-sama.
3. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-
kanak.
4. Pendidik bawa kanak-kanak mencuci tangan selepas
aktiviti dan serahkan kepada pengasuh.

Pemerhatian Kesihatan :
1. Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat, selesa dan
bersedia.
2. Pastikan kanak-kanak tidak terlalu letih dan bersedia
untuk melakukan aktiviti.
Kebersihan :
1. Pastikan ruang aktiviti bersih.
2. Pastikan penggunaan air yang bersih.
3. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan
selepas aktiviti.

KAP - RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


Keselamatan:
1. Pastikan ruang aktiviti selamat dan tidak licin.
2. Pastikan bahan-bahan yang digunakan selamat.

REFLEKSI ( Untuk Semakan Fasilitator dalam Ujian Amali Praktikum )

Strategi / Teknik Pembelajaran Kekuatan :

1.

2.

3.

Kelemahan :

1.

2.

3.

Bahan / Alatan Kekuatan :

1.

2.

3.

Kelemahan :

1.

2.

3.

Ruang Kekuatan :

1.

KAP - RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


2.

3.

Kelemahan :

1.

2.

3.

TARIKH UJIAN AMALI PRAKTIKUM :

Nama Fasilitator : ____________________________

KAP - RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Anda mungkin juga menyukai