Anda di halaman 1dari 35

DEFINISI & KONSEP

KURIKULUM
PDFP 2053
Asal Istilah/Perkataan Kurikulum
LATIN
a. Berasal usul daripada perkataan ’curriculae’ dalam bahasa Latin - merujuk
kepada trek balapan yang digunakan oleh pelumba kereta kuda pada zaman
Gaius Julius Caesar pada Abad Pertama.
b. Berkait rapat dengan bahasa “Latin” kata akar “currere” yang bermaksud
“Laluan” atau “jejak” dan membawa maksud ‘jurusan’ contoh ‘jurusan
peperangan’
 Berkait rapat dengan perkataan ‘laluan’ atau ‘laluan-laluan’ atau ‘ruang-
ruang’ atau ‘laluan kepada sesuatu pertandingan’

BAHASA INGGERIS
 Perkataan ‘Kurikulum’ dalam bahasa Inggeris pula mengandungi pengertian
‘jelmaan’ atau metamorfosis’
Asal istilah Kurikulum (samb.)

- Paduan makna kedua-dua bahasa ini menghasilkan makna perkataan


“kurikulum”;
“ laluan dari satu peringkat ke satu peringkat

- Perluasan makna ini memberikan pengertian ‘kurikulum’ dalam


perbendaharaan kata pendidikan bahasa inggeris sebagai

“jurusan pengajian yang diikuti di sekolah”


(kliebard, 1982 )
BAHASA MELAYU
 - “Kurikulum” dalam bahasa melayu dipengaruhi oleh maksud perkataan
tersebut dalam bahasa inggeris
apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu
mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah
seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari
binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 43-44)
Pelbagai takrifan / definisi
kurikulum
Ada tiga klasifikasi kurikulum (Ishak Ramly, 2005)
iaitu:

1. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan


dilaksanakan di sekolah.
2. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan
dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas.
3. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat
bagi membudayakan ilmu dan pengalaman
individu serta masyarakat secara individu
ataupun berkumpulan.
Bellack dan Kliebard (1977) memasukkan
unsur-unsur berikut dalam kurikulum:
• domain kognitif, domain Afektif, domain
psikomotor

Daripada tiga klasifikasi domain ini terbentuk


beberapa domain khusus seperti:
• Ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi,
kemahiran intelektual, manipulatif, sikap, minat,
Nilai, apresiasi.
Beauchamp (1968), kurikulum adalah dokumen yang
menggambarkan kandungan, tujuan dan situasi
pembelajaran.
Teori kurikulum pula adalah set pernyataan yang
memberi makna pada kurikulum sekolah dengan
menunjukkan hubungan elemen-elemen serta
mengarahkan pembangunan kurikulum, kegunaan
kurikulum dan penilaian kurikulum (Hameyer, 1986).
Frey (1980), soalan dasar dalam teori kurikulum
sentiasa merujuk kepada isu-isu yang berkaitan dengan
hasil, proses, meliputi penilaian dan perundangan
(Hameyer, 1986).
Menurut Kunzli (1983), teori kurikulum adalah suatu
set norma dan peraturan yang membekalkan rasional
bagi memberikan alasan kepada keputusan dan
pembelajaran kurikulum (Hameyer, 1986).
Lundgren (1972) menyatakan teori kurikulum adalah
suatu rangkaian sistematik yang menghubungkan
kurikulum dan pengajaran, menjelaskan hubungan
kandungan yang sesuai dengan kaedah pembelajaran
(Waiker dan SchafFarzick, 1974).
Lovat (2003)
 Kurikulum adalah mata pelajaran (1930an)

 Kurikulum adalah pengalaman pelajar dibawah


bimbingan/dirancang/diarah oleh sekolah (1950an).

 Kurikulum adalah pengetahuan disiplin ilmu


(1960an).
 Kurikulum adalah semua pengalaman pembelajaran yang
terancang (1970an)

 Kurikulum adalah sukatan pelajaran, subjek kursus pengajian


(1970an)

 Kurikulum adalah pengalaman pendidikan, perjalanan


pendidikan (1970an)

 Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran terancang yang


menjadi tanggungjawab sekolah (1980an,90an)
PELBAGAI TAKRIFAN (Oliva, 2006)
 Kurikulum ialah apa yang diajar di sekolah.
 Kurikulum ialah satu set subjek.
 Kurikulum ialah kandungan pelajaran
 Kurikulum ialah program pengajian.
 Kurikulum ialah bahan pembelajaran.
 Kurikulum ialah satu urutan pengajian.
 Kurikulum ialah kursus pengajian.
 Kurikulum ialah satu set objektif perilaku.
 Kurikulum ialah semua yang berlaku di sekolah, termasuk aktiviti
kokurikulum, bimbingan, dan hubungan interpersonal.
 Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah yang diarah
oleh sekolah.
 Kurikulum ialah semua yang dirancang oleh pihak sekolah.
 Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar dalam
sekolah.
 Kurikulum ialah apa yang dialami oleh seseorang pelajar hasil
persekolahannya.
Takrifan Kurikulum menurut pakar pendidikan lain:

Kurikulum sebagai pengalaman:


• semua pengalaman yang dirancang dan
dikemukakan oleh pihak sekolah.

Kurikulum sebagai usaha:


• usaha yang dirancang oleh pihak sekolah
untuk membimbing murid memperolehi hasil
pembelajaran.
 Kurikulum sebagai rancangan
 rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh
 pelbagai tujuan yang berkaitan.
 Kurikulum sebagai objektif
 kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi
pembelajaran.
 Ia menitikberatkan perkara yang akan dipelajari/ dapat dilakukan (lebih
menitikberatkan kepada keputusan perlakuan tetapi bukan perkara yang
dilakukan) – Johnson 1967
Kurikulum sebagai isi mata pelajaran (Beauchamp,
1968)
- dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran
yang akan diajarkan
- Pada hakikatnya apa-apa sahaja yang diajar di sekolah
merupakan kandungan matapelajaran yang diajarkan
menerusi berbagai matapelajaran, berbagai pilihan
disiplin ilmu pengetahuan
Kurikulum sebagai unsur kebudayaan
- pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri
daripada ciri sejagat, nilai am, dan aspek khusus sesuatu
budaya (Burtonwood, 1961)
Kurikulum sebagai pembinaan insan
- pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh
pelajar dibentuk dengan bersistem di bawah naungan
sekolah untuk mempertingkatkan kemajuan pelajar
mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri
- realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan
pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan
kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap
pengetahuan dan pengalaman sendiri (Tanner & Tanner
1980)
Takrifan Kurikulum dari Perspektif Islam
 Dalam kosa kata Arab, istilah kurikulum dikenal dengan
kata manhaj yang bererti jalan yang terang atau jalan
yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang
kehidupannya.
 Apabila pengertian ini dikaitkan dengan pendidikan,
maka manhaj atau kurikulum bererti jalan terang yang
dilalui pendidikan atau guru latih dengan orang-orang
yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan
pengetahuan, keterampilan dan sikap mereka.
 Kata kurikulum selanjutnya menjadi suatu istilah yang
digunakan untuk menunjukkan pada sejumlah mata
pelajaran yang harus ditempuh untuk memperolehi ijazah.
 “Manhaj” atau “kurikulum” merujuk kepada maksud jalan yang terang
atau jalan yang dilalui oleh manusia dalam berbagai bidang kehidupan.

ِ ِ
 ‫دى لعاصي‬
ِ َّ ِ
َ َ ْ ُ ‫ال َ ُ ٌ َ ُ ُ اَل‬
‫ه‬ ‫ي‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ال‬ ‫ور‬ ‫ن‬‫و‬ ‫ور‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬
ْ ‫ْع‬
 Dari segi konteks pendidikan,Kurikulum (manhaj) adalah cara atau
pendekatan yang digunakan oleh pendidik atau guru terhadap pelajarnya
untuk mengembangkan pengetahuan, membentuk ketrampilan dan sikap
mereka.

 Pada masa dahulu, kurikulum dalam pendidikan Islam lebih terbatas


kepada ilmu-ilmu yang diajar oleh guru-guru di sekolah-sekolah atau
institusi pendidikan dalam bentuk buku-buku atau kitab-kitab tradisional
untuk dikaji oleh murid-muridnya (Muhammad Omar al-Toumy al-
Syaibany, 1982).
 Menurut Addamarsady dan Munir (1968), kurikulum
adalah satu himpunan daripada pengalaman-
pengalaman yang meliputi bidang pendidikan, sosial,
sukan dan kesenian yang telah disediakan oleh pihak
sekolah untuk pelajarnya di dalam dan diluar bilik
darjah bertujuan membantu para pelajar berkembang
secara menyeluruh dari segala aspek serta
membentuk tingkahlaku mereka sejajar dengan
objektif pendidikan. Ianya juga satu jalan yang
dibentuk oleh guru untuk menolong para pelajar
supayamereka lebih maju dalam pendidikan dan
kemahiran-kemahiran tertentu melalui pelbagai
aktiviti. (Muhammad Omar al-Toumy al-Syaibany,
1982).
 “pendidikan Islam adalah suatu proses spiritual, akhlak,
intelektual, dan sosial yang berusaha membimbing manusia
dan memberinya nilai-nilai dan prinsip serta teladan ideal
dalam kehidupan yang bertujuan mempersiapkan kehidupan
dunia dan akhirat” (Hassan Langgulung)
 “usaha mengubah tingkah laku individu dalam kehidupan
pribadinya atau kehidupan kemasyarakatannya dan kehidupan
dalam alam sekitarnya melalui proses kependidikan” (Omar
Muhammad Al-Touny al-Syaebani)
 “pendidikan bukan hanya untuk membantu manusia
memperoleh penghidupan yang layak, tetapi lebih
dari itu, dengan ilmu manusia mampu mengenal
Tuhan-Nya, memperluas akhlaknya dan senantiasa
berupaya mencari keridhaan Allah. Hanya dengan
bentuk pendidikan yang demikian, manusia akan
memperoleh ketentraman (hikmat) dalam hidupnya”
(HAMKA)
 Mohammad al-Thoumy al-Syaibany, mengemukakan
bahawa “asas-asas umum yang menjadi landasan
pembentuk kurikulum dalam pendidikan Islam itu
adalah”
 Agama
 Falsafah (tujuan dan matlamat)
 Psikologi (mengikut tahap perkembangan)
 Sosial (realisasikan individu dalam masyarakat)
 Secara umum karakteristik kurikulum pendidikan Islam adalah
pencerminan nilai-nilai islami yang dihasilkan dari pemikiran
yang berfalsafah dan diaplikasikan dalam seluruh aktiviti dan
kegiatan pendidikan di lapangan.
 karakteristik kurikulum pendidikan Islam sentiasa memiliki
berkaitan dan tidak dapat dipisahkan dengan prinsip-prinsip
yang telah diletakkan oleh Allah SWT dan Rasul saw.
 Inilah konsep pembeza antara kedua-dua kurikulum.
Definisi Kurikulum Kebangsaan
Definisi

 “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum


dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996


 Kurikulum sebagai segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah
institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.
 ( Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1979)
Kurikulum Kebangsaan
Menurut Posner (1995 ) kurikulum bermaksud
- Satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran -
Silibus - Kerangka kursus
- Buku teks - Keseluruhan
kursus atau program - Pengalaman terancang
Kesimpulan
 Satu langkah penting ke arah kurikulum yang mempunyai
ruh Islam:
 memastikan bahawa semua sumber bagi memperolehi
matlamat dan objektif
pendidikan hendaklah timbul dan tasawwur Islam.
 Al-Quran menjadi rujukan utama untuk memahami
sifat insan dan ilmu.
 Kajian empirikal terhadap psikologi pembelajaran dan
kehidupan insan perlu dimanfaatkan.
Menurut Al- Syaebany, Ciri-ciri kurikulum
pendidikan Islam itu adalah:
 Mementingkan tujuan agama dan akhlak dalam berbagai hal seperti tujuan
dan kandungan, kaedah, alat dan tekniknya.
 Memperluas perhatian dan kandungan hingga mencakup perhatian,
pengembangan serta bimbingan terhadap segala aspek pribadi pelajar dari
segi intelektual, psikologi, sosial, dan spiritual.
 Adanya keseimbangan antara kandungan kurikulum dan pengalaman serta
kegiatan pengajaran.
 Menekankan konsep menyeluruh dan keseimbangan pada
kandungannya yang tidak hanya terbatas pada ilmu-ilmu teori, baik
yang bersifat aqli/naqli, tetapi juga meliputi seni halus, aktivitas
pendidikan jasmani, latihan tentera, teknik, pertukangan, bahasa asing
dll.
 Kaitan antara kurikulum pendidikan Islam dengan minat, kemampuan,
keperluan, dan perbezaan individual antara siswa. (Nizar Samsul Al-
Rasyidin, 2005 : 61-62)

Anda mungkin juga menyukai