Anda di halaman 1dari 16

DPS 4013

PSIKOLOGI INDUSTRI DAN


ORGANISASI

KULIAH 3 : TEORI-TEORI MOTIVASI

DISEDIAKAN OLEH:
MAS AYU BINTI IBRAHIM
DIPLOMA PSIKOLOGI
KOLEJ JAIPUTRA

1
TEORI-TEORI MOTIVASI
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

TEORI X DAN Y

TEORI Z

TEORI DUA FAKTOR HERTZBERG

2
TEORI HIERARKI KEPERLUAN
MASLOW
• Diperkenalkan oleh Abraham Maslow.
• Maslow memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi
manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia.
• Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih
sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.
• Menurut Maslow, manusia didorong oleh keperluan yang rendah
atau bawah yang perlu dipenuhi telebih dahulu sebelum dapat
meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
• Sebagai contoh, keluarga yang berpendapatan rendah lebih banyak
menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan asas seperti
mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang selesa berbanding
dari mendapatkan keperluan lain.

3
HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

4
Sambungan
• Keperluan Fisiologi
 Berkaitan keperluan asas manusia untuk hidup.
 Tanpa keperluan ini manusia tidak boleh hidup.
 Keperluan ini membolehkan manusia berfungsi dengan baik.

• Keperluan Keselamatan
 Manusia perlu merasakan diri bebas daripada segala
ancaman bahaya.
 Contohnya ancaman bintang buas, jenayah, kesihatan
 Untuk memenuhi keperluan ini manusia perlukan
perlindungan daripada pihak polis/tentera/bomba,
perlindungan daripada syarikat insurans dll.
5
Sambungan
• Keperluan Sosial
 Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap
individu.
 Merujuk kepada keperluan kasih sayang yang diperolehi daripada
keluarga, kawan-kawan serta masyarakat.
 Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian di muka
bumi.
 Untuk mengelakkan diri daripada pengaruh negatif ataupun gejala
tidak sihat.

• Keperluan Esteem / Penghargaan


 Keperluan manusia untuk dihargai, disanjungi atau pun dihormati atas
sesuatu usaha dan kejayaan yang dicapai
 Individu dikatakan belum mencapai keperluan ini jika mereka mudah
berputus asa dan tidak mempunyai motivasi untuk mencuba sesuatu
6
yang baru.
Sambungan
• Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Keperluan yang tertinggi
Keperluan untuk mencari pengertian dan
kemajuan diri yang baru dan lebih menarik
Dikenali sebagai keperluan rohani kerana ia
berkaitan dengan kejiwaan, kepuasan, perasaan
dalaman.

7
TEORI X DAN Y
• Douglas Mc Gregor membuat andaian mengenai
manusia dan menamakannya sebagai Teori X dan Teori
Y.
ANDAIAN TEORI X
• Kebanyakkan manusia semulajadi tidak suka bekerja dan
cuba mengelakkan diri daripada bekerja.
• Mereka mesti diarah, dipaksa, dikawal dan diugut supaya
bekerja.
• Tidak suka memegang tanggungjawab, mempunyai minat
yang rendah dan mahukan jaminan keselamatan.
8
ANDAIAN TEORI Y

• Bekerja secara fizikal dan mental di dalam menjalankan tugas secara


semulajadi.
• Kawalan luaran dan ugutan bukan merupakan satu cara manusia bekerja
ke arah mencapai objektif.
• Manusia akan berusaha untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
• Kewajipan kepada objektif merupakan fungsi ganjaran berdasarkan
pencapaian.
• Kebanyakkan manusia mempelajari bukan sahaja untuk menerima tetapi
juga mencari tanggungjawab.
• Keupayaan menggunakan imaginasi, kreativiti dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah organisasi.
• Di dalam keadaan corak hidup industri yang moden, potensi di peringkat
intelek kebanyakkan manusia biasanya tidak digunakan sepenuhnya.
Ianya bermaksud daya intelek manusia tidak digunakan sepenuhnya
kerana banyak peralatan-peralatan masa kini yang membantu kerja-kerja
mereka. 9
TEORI Z
• Dibangunkan oleh William Ouchi.
• Teori yang menggunakan ciri-ciri kejayaan pengurus Jepun
(Timur) dan AS (Barat).

• Ciri-ciri pengurusan:
o Menekankan perkembangan hubungan kepercayaan (trust
relationship) antara majikan dan pekerja.
o Melibatkan semua kakitangan dalam proses membuat
keputusan untuk mencapai kepuasan.
o Mengambil kira keputusan kolektif dan rasa tanggungjawab
kelompok.
o Tanggungjawab peribadi – tanggungjawab diberikan secara
perseorangan atau individu dan mengakui prestasi individu. 10
Sambungan
o Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan
dapat meningkatkan prestasi.
o Menyediakan pekerjaan seumur hidup bagi
meningkatkan kesetiaan pekerja.
o Pengambilan keputusan dilakukan dengan cara
bersama dan secara terbuka.
o Pekerja terlibat dalam penyelesaian masalah,
penentuan matlamat, pembuatan keputusan,
melakar dan melaksanakan peluang.

11
Kelebihan & Kekurangan

KELEBIHAN
• Tidak membezakan pekerja atasan dan bawahan kerana
pekerja mempunyai kepentingan dalam organisasi.
• Memberi manfaat kepada organisasi dan pekerja.

KEKURANGAN
• Sifat organisasi yang membangun secara sederhana
memerlukan usaha lebih jika mengalami masalah –
berusaha mempertahankan pekerja.
• Pekerja memerlukan jangka masa yang lama untuk
kenaikan pangkat. 12
TEORI DUA FAKTOR
HERTZBERG
• Diperkenalkan oleh Hertzberg.
• Hasil dari penyelidikan oleh Hertzberg, beliau
mengemukakan dua faktor iaitu;
a) Faktor Kesihatan
b) Faktor Pendorong

13
FAKTOR KESIHATAN

• Faktor-faktor luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya


tidak diadakan atau disediakan oleh organisasi, maka akan
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja.
• Sekiranya faktor itu disediakan, ia tidak semestinya mendorong
pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh motivasi.
• Faktor ini termasuklah:
o Jaminan kerja
o Upah
o keadaan tempat kerja
o Status
o dasar syarikat
o hubungan ketua dan subordinat
o lain-lain faedah atau kemudahan

14
FAKTOR PENDORONG
• Faktor-faktor yang sekiranya wujud akan dapat
melahirkan motivasi kepada pekerja seterusnya
dapat meningkatkan prestasi kerja.
• Faktor ini termasuklah:
o Penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang.
o Pencapaian dalam satu-satu tugas
o Tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran
o Tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas

Teori ini boleh diterima oleh ramai pengurus dalam berbagai organisasi, di mana
faktor-faktor pendorong ini cuba memotivasi kelakuan manusia membantu mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.
15
Sekian, Terima Kasih

16

Anda mungkin juga menyukai