Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

CABARAN HIDUP AH MENG Sudah dua hari Ah Meng tidak datang ke sekolah. Tidak siapa pun tahu apa sebabnya. Ibu bapa Ah Meng tidak menelefon pihak sekolah. Mereka juga tidak menghantar sebarang surat cuti kepada guru darjah. Semua orang hairan dengan tingkah laku Ah Meng. Setahu mereka Ah Meng seorang murid yang bertanggungjawab. Sahabat baik Ah Meng iaitu Haikal dan Chandran juga tidak tahu sebabnya. Sebagai sahabat baik yang perihatin dan bertanggungjawab mereka telah pergi ke rumah Ah Meng , tetapi tiada orang di situ. Rumahnya berkunci. Tidak mungkin Ah Meng berpindah. Kalau Ah Meng sudah berpindah, tenti dia akan memaklumkan perkara itu kepada Haikal dan Chandran, kerana Haikal dan chandran adalah sahabat baik Ah Meng. Haikal dan Chandaran menjadi bertambah bingung. Mereka juga berasa bimbang, takut terjadi apaapa perkara yang tidak baik kepada Ah Meng dan keluarganya. Pada hari ketiga, Ah Meng datang ke sekolah pada pukul 9.00 pagi. Emmm.lewat! Dia berjalan terus ke tempat duduknya tanpa berkata apa-apa. Cikgu Habibah bertanya kepada Ah Meng, mengapa Ah Meng tidak datang ke sekolah dua hari yang lepas. AhMeng menjawab dengan nada perlahan, tidak ada apa-apa cikgu. Tidak ada apa-apa? Tetapi, Ah Meng kelihatan letih dan pucat. Matanya merah dan basah. Haikal memandang ke arah Chandran. Mereka tahu sesuatu sudah berlaku kepada sahabat baik mereka itu. Petang itu, seperti biasa tiga sahabat itu pulang bersama. Yang berbeza cuma mereka tidak seriang seperti hari-hari sebelum itu. Ah Meng berjalan di hadapan, manakala Chandran dan Haikal mengikut sahaja di belakang. Ganjil sungguh!

Haikal dan Chandran tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Selama seminggu Ah Meng mendiamkan diri. Setiap pagi Ah Meng lewat ke sekolah. Pelajaran Ah meng juga semakin ketinggalan. Dia selalu mengantuk di dalam kelas dan kadang-kadang Ah Meng tertidur di dalam kelas. Cikgu Habibah mulai marah dengan Ah Meng. Guru disiplin juga sudah acap kali memangilnya ke pejabat. Haikal dan Chandran juga sudah hilang sabar dengan sikap Ah Meng. Haikal dan Chandran tahu sahabat karib mereka itu sedang menghadapi satu masalah yang besar, tetapi dia tidak mahu berterus terang. Akhirnya Haikal dan Chandran mengambil keputusan untuk menyiasat apakah yang sebenarnya berlaku kepada Ah Meng. Ya, kawan-kawan, walaupun tiga sahabat itu berlainan agama dan bangsa, mereka tetap bersahabat baik. Itulah yang hasrat pemimpin kita dalam gagasan Satu Malaysia iaitu perpaduan dalam kepelbagaian ataupun unity in diversity. Kawan-kawan, keesokkan harinya, Haikal dan Chandran bangun awal dan berkumpul di hadapan dewan serbaguna kampung mereka. Mereka

berdua berjalan kaki menuju ke rumah Ah Meng. Sampai di suatu selekoh jalan, sebuah basikal meluru laju dan melanggar Haikal lalu terjatuh. Suratkhabar dan kuih muih bersepah merata-rata. Penunggang basikal itu memohon maaf kepada Haikal sambil membantu Haikal untuk bangun. Alangkah terkejutnya Haikal dan Chandran, rupa-rupanya penunggang basikal itu adalah Ah Meng. Mereka dapat melihat wajah Ah Meng di bawah kesamaran lampu jalan. Ya, memang sah itulah Ah Meng. Ah Meng menundukkan mukanya. Dia menangis teresak-esak dan meminta maaf kepada Haikal dan Chandran kerana tidak berterus terang dengan sahabat baiknya sendiri. Selepas kejadian itu barulah Ah Meng bersedia untuk menceritakan kepada dua orang sahabat baiknya apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kawa-kawan, sebenarnya ayah Ah Meng telah ditimpa kemalangan. Selepas kemalangan itu, ayah Ah Meng telah kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Atas rasa tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-adiknya yang masih kecil, Ah Meng terpaksa menjual kuih dan menghantar

suratkhabar untuk menampung perbelanjaan keluarga. Ah Meng tidak mahu berterus terang dengan Haikal dan Chandran kerana Ah Meng tidak mahu membebankan mereka. Selepas mendengar cerita Ah Meng yang sedih itu, Haikal dan Chandran membawa Ah Meng berjumpa dengan Ketua Kampung dan Datuk Penghulu untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh keluarga Ah Meng. Mereka tidak mahu Ah Meng tercicir dalam pelajaran kerana pelajaran itu penting untuk masa hadapan. Ah Meng berasa sangat terharu dengan keprihatinan sahabatsahabatnya itu. Ah Meng, Haikal dan Chandaran saling berpelukan dengan perasaan terharu dan gembira. Berakit-rakit kita ke hulu berenang-renang kita ke tepian kita berbeza namun saling mengisi segala kekurangan kita Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya setia

Sekan. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai