Anda di halaman 1dari 22

Dalam Buku Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik ,FSSK UPSI 2000.

Ms 31-46

PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI


Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan-perubahan matlamat pembelajaran pendidikan seni dari suatu masa ke suatu masa yang lain. Setelah

menyedari bahawa adanya faktor-faktor tertentu yang menentukan perubahan itu maka bolehlah kita melihat kembali ke dalam konteks negara kita pula. Melihat apakah ada faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan-keperluan semasa sehingga kita perlu melihat kembali bentuk dan corak kurikulum pada sesuatu masa sehingga pada masa kini.

Kurikulum Pendidikan Seni untuk Menyokong Keperluan Masyarakat Sebenarnya konsep Pendidikan Seni ini telah berubah dari semasa ke semasa lantas dengan ini mempengaruhi matlamat dan pendekatan pembelajarannya. Menurut Lanier (1972) idea terawal menjadikan seni sebagai aktiviti pendidikan adalah di bawa oleh orang-orang Inggeris ke tanah jajahan takluknya di Amerika. Pada waktu awal itu Pendidikan Seni hanya sekadar melahirkan seniman-seniman profesional dan pendedahan kepada kerja-kerja halus seperti catan dan tembikar atau embroideri untuk anak-anak orang bangsawan.

Art as mark of refinement as a social nicety Lanier (1972) Kurikulum pendidikan seni pada awal tahun tahun 18000 di Amerika dan Eropah di bentuk untuk membantu membangunkan m asyarakat yang sempurna dalam susunan masyarakatnya. Di Amerika umpamanya telah memfokuskan kepada pembangunan ekonomi sesuai dengan sebuah negara baru yang sedang membangun. Negara pada 1

ketijka itu sangat memerlukan pelukis pelan

(draftspeople) dan

pereka bentuk Kesan

(designer) bagi memenuhi keperluan industerinya yang pesat berkembang.

daripada itu , konsep dan matlamat pembelajaran Pendidikan Seni turut berubah. Untuk mengisi keperluan-keperluan perkembangan industri di bandar-bandar besar itu, kurikulum di sekolah-sekolah terpaksa menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan tersebut. Pendidikan Seni kini mempunyai matlamat untuk

melahirkan pemuda-pemuda yang mempunyai kemahiran di dalam seni reka perindustrian, pelukis-pelukis pelan dan pereka-pereka yang mahir dalam lukisan teknik yang sangat-sangat diperlukan untuk menarik minat pengguna-pengguna di dalam arus perdagangan bebas antarabangsa. Maka corak pembinaann kurikulum pada ketika itu adalah berasaskan kepada keperluan masyarakat ketika itu William Bentley Fowel, William Minified dan Wlater Smith masing telah memberi sumbangan terhadap

pembinaan kurikulum pendidikan seni menjurus kepada keperluan insdustri di Amerika pada tahun-tahun 11842 hingga 1852 melalui Common School Jurnal. Fowel telah

mempromosi penggunaan kemahiran seni lukisan yang pertama kali diperkenalkan di Sekolah Inggeris tinggi Boston pada tahun 1847 . William Minifi telah memperkenalkan lukisan di Sekolah tinggi lelaki Baltimore pada tahun 1`840an hingga 1850an, menerusi buku teks lukisan geometriknya, beliau mempromosi lukisan sebagai sains bukan sebagaimana kebiasaan lukisan untuk membuat gambar. Walter Smith di bawa daripada England ke Boston sebagai pengarah Pendidikan Seni untuk bandaraya Bosten dan juga sebagai penyelia Lukiasan di Boston. Beliau melihat bahawa pendidikan senimitu sebagai suatu urutan susunan pelajaran lukisan yang

begitu terancang dan terperinci sehingga mereka yang bukan paklar dalam seni pun boleh mengajar melukis. Beliau menyediakan kurikulum yang isi kandungannya

menumpukan kepada kemahiran di dalam melukis dan asas senireka yang perlu 2

dikuasai menerusi latih-tubi, peniruan dan latihan. Ini jelas di lihat dalam bukunya yang bertajuk Teachers Manual for Freehand Drawing and Designing (1876) dalam Bates, (2000). Pada tahun-tahun 1930an kurikulum pendidikan seni beroriantasikan

masyarakat ini terus mempengaruhi pembentukan kurikulum pendidikan seni di Amerika. Akibat daripada depression dunia pada tahun-tahun berkenaan rasional

penggubalan kurikulum berasaskan seni untuk kehidupan harian .

Pada tahun 1930an menggunakan pendekatan kurikulum yang sama satu lagi konsep pembelajaran Pendidikan Seni diperkenalkan. Ini adalah dari hasil kajian yang telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project yang ditaja oleh Minnesota University. Projek ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan aras estetik di kalangan masyarakat yang kecil. Di bawah slogan Art A Way of Life. Dalam tahun 1940an pula pendidikan seni digunakan untuk propaganda peperangan kesan daripada perang dunia ke II. Pada kurun ke 19 konsep Pendidikan Seni berubah pula ke arah penghayatan keindahan dan kreatif impuls . Ini adalah kerana di waktu itu Amerika Syarikat

menumpukan perhatian terhadap perkembangan budayanya ke arah negara yang berbudaya industri, (Lanier,1975).

Kurikulum Pendidikan Seni Untuk Perkembang Individu kanak-kanak Pada tahun 1920an pula pembelajaran Pendidikan Seni di Eropah menuju ke arah child centered movement. Di England konsep ini memberi tumpuan kepada

perkembangan menyeluruh kanak-kanak. (Micheal Steveni, dalam Duff, 1977).

Sementara di Austria pula Frank Cizek menghalakan tumpuan baru terhadap konsep Pendidikan Seni. Beliau menulis : Great creative energy exists in every child. This must find an outlet in expression or repression will result. Children should be allowed to draw what they wish, that they see in their minds eyes, not that which others think they ought to draw. Lanier 1975:81

Hasil daripada kajian panel membuat rumusan : ... tidak seharusnya berlaku perbezaan di antara seni halus dengan seni gunaan. Kesemuanya adalah merupakan aspek-aspek kehidupan. Oleh itu untuk mencapai matlamat, diskriminasi estetik yang memberi kesan kepada kehidupan harian perlulah diperkembangkan. (Lanier 1975:15) Pendekatan penggubalan kurikulum pendidikan seni yang berpusatkan perkembangan diri kanak-kanak telah bermula di Eropah di tahun-tahun 1920an sebagai memberi reaksi kepada falsafah pendidikan membantu keparluan masyarakat melalui perkembangan dan pembentukan individu. Matlamat dan kandungan pendidikan seni ketika itu adalah berasaskan kepada aras perkembangan individu dan keperluan kanakkanak. Fungsi pendidikan seni pada ketika itu adalah untuk pernyataa kendiri ( selfexpression). Kanak-kanak digalakkan meneroka secara bebas melalui pelbagai media bagi mengembangkan kualiti dalaman menerusi pengelaman seni yang disediakan secara tidak bersetruktur. Pada ketika itu tokoh yang berpengaruh adalah John Dewey. Sebagai pemimpin Pergerakan Prograsif antara tahun 1920an hingga 1940an. Dweey berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki kualiti kemanusiaan tersendiri, mereka bukanlah manusia dewasa yang kerdil dalam proses untuk mennjadi dewasa. Berlau berpendapat kanakkanak perlukan pengalaman pengalaman yang bukan sahaja benbentujk menghafal fakta atau mendapat pengalaman seni secara berpandu dari guru yang cuba untuk membantu membangunkan potensi kanak-kanak menurut cara yang sempit. Beliau melihat kanak-kanak memerlukan persekityaran yang menggalakkan perkembangan kreatiiviti keupayaan mengadaptasi persekitaran secara fleksibel terhadap kehidupan dunia dan persekitaran kanak-kanak itu. Sekolah adalah tempat yang membolehkan kanak-kanak mengalami rasa bebas membuat pilihan, bebas bergerak dan bebas untuk menyelesaikan masalah dengan caranya.

Dewey telah mengariskan dua perkara penting falsafahnya terhadap pendidikan seni dan amalan Pergerakan Prograsif ini dan hubungan seni dengan seni untuk pernyataan kendiri

Sementara itu pada tahun 1930an ini juga, muncul satu lagi konsep seni untuk pernyataan kendiri (Art as Self-Expression). Para pendidik telah mengakui bahawa

kanak-kanak mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya menerusi kerja-kerja seni. Kerja-kerja mereka tidaklah berdasarkan kepada keupayaan tradisional yang memaparkan kemahiran tetapi disebalik kerja-kerja yang kasar dan spontan itu memiliki makna yang tersendiri. Berkaitan Self-Expression ini (Chapman 1978 :12) menyatakan ianya bukanlah sekadar suatu mod tingkahlaku semulajadi kanak-kanak tetapi adalah asas kepada matlamat kematangannya.

Menjelang tahun 1940, sebagai perkembangan dari pergerakan pendidikan yang progresif, satu lagi konsep yang mustahak telah diperkenalkan. Idea bahawa pernyataan seni sebagai luahan emosi hasil kerja seni sebagai alat untuk memahami corak psikologi kanak-kanak, dan intergrasi personaliti menerusi pengajaran seni semuanya ini telah menjadi slogan pengajaran seni di sekolah-sekolah, khususnya di Amerika Syarikat. Viktor Lowenfeld telah memberi sumbangan besar dengan menerbitkan bukunya yang bertajuk Creative and Mental Growth. Lowenfeld adalah pakar pendidikan seni bangsa Austrian yang berhijrah ke Amerika pada tahun 1939. Beliau melihat

perkembangan kanak-kanak secara holistic, mengambil kira perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, mental,dan kreativitinya. Seni dilihat sebagai aktiviti pembentukan nilai-nilai kemanusiaan yang mempunyai nilai terapi. Beliau juga melihat aktiviti seni itu sebagai alat pembangunan kreativiti manusia melalui

pernyataan secara bebas. Pemikiran beliau telah mempengaruhi perkembangan pendidikan sehingga hari ini.

Lowenfeld menulis :

Dalam perkembangan pemikiran pendidikan semasa, seni adalah didefinisikan sebagai asas pengetahuan dan sebagai aktiviti perkembangan. Kanak-kanak diperkenalkan dengan konsepkonsep asas seni dan ke arah kaedah-kaedah inkuiri yang membolehkan mereka mempelajari berkaitan dengan mata pelajaran seni. Pada masa yang sama, pendidk-pendidik seni menumpukan kepada pernyataan sebagai alat untuk pertumbuhan individu yang matang.

Minat penggubal kurikulum

terhadap perhubungan di antara artistik dan kreativiti Ini adalah kerana akibat

mencapai puncaknya di tahun-tahun 1950an dan 1960an.

daripada perlumbaan penaklukan angkasa di antara Amerika dan Russia, di mana Amerika merasakan mereka telah ketinggalan di dalam bidang ini. Menurut Chapman (1978), pada masa-masa ini begitu banyak penerbitan yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti menerusi pengajaran seni telah diterbitkan. Konsep utama

penulisan mereka adalah , tingkahlaku manusia yang kreatif dapat dilahirkan menerusi aktiviti-aktiviti seni. Amerika telah mengalih tumpuannya bahawa pendidikan awam perlu "balik kepada matlamat asasnya .

Kurikulum Pendidikan Seni Untuk Kesedaran Sosial

Konsep-konsep terbaharu wujud dalam tahun-tahun 1970an yang mengaitkan seni sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan murid-murid sekolah. Lanier juga berpendapat bahawa sebahagian besar dari seni-seni tampak seperti seni popular, dan perfileman boleh digunakan sebagai alat dalam era baru perhubungan kemanusiaan. lantas bersamaan dengan itu Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan, menerusi aktiviti seni ia boleh membentuk tingkahlaku manusia dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Malahan bukan setakat ini sahaja para

pendidik Pendidikan Seni Amerika yang lain juga seperti, Feldman, Chapman, Grisby dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat yang berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti Pendidikan Seni dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenali budaya di antara bangsa di kalangan masyarakat majmuk.

Kurikulum Pendidikan Sebagai satu Disiplin Ilmu Pengetahuan Idea seni sebagai asas pengetahuan sering juga dikaitkan dengan pendidikan estetika. Dalam hal ini, Lanier(1975) berpendapat seni adalah satu bentuk pendedahan terhadap pengalaman estetik yang mempunyai nilai-nilai intrinsik dan keperluankeperluan ke arah membuat sesuatu justifikasi.

Kesimpulannya, adalah jelas bahawa begitu kerap sekali berlakunya perubahanperubahan konsep pendidikan seni dalam tempoh masa lebih kurang satu abad yang lalu. Ini adalah disebabkan oleh tekanan dan keperluan sosial, perubahan falsafah di dalam pendidikan umum sesuatu tempat itu. sebelum Perang Dapat juga dilihat pada tahun-tahun

Dunia Kedua pendidik-pendidik seni lebih berminat menumpukan 7

pembelajaran Pendidikan Seni ini ke arah membentuk dan melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran(sebagai PEMBUAT) dan kurang menumpukan pada melahirkan PEMINAT SENI(art appreciator). Dan perhatian juga tertumpu pada individu yang sedia BERBAKAT SENI dan kepada bidang seni kreatif semata-mata. kurang diberi kepada pengaruh-pengaruh seni terhadap masyarakat. Perhatian sangat

Selepas Perang Dunia Kedua khususnya di tahun 1950an konsep seni lebih menumpukan kepada bidang psikologi, menjadikan ia berbentuk lebih akademik.

Sehingga kini, pembelajaran Pendidikan Seni telah menumpukan pada salah satu dari tiga jenis teori yang berkaitan :

I.

membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui kerja-kerja seni (a laissez-faire, child-centered orientation)

ii.

peningkatan pengetahuan dan kefahaman dan penghayatan seni, Pendidikan seni sebagai subjek(a subject-centered approach)

iii.

meningkatkan kesedaran terhadap perhubungan seni dengan kehidupan seharian (menumpukan aspek-aspek estetika dalam kehidupan yang berkaitan dengan pembentukan individu dan sosial).

Walau bagaimanapun dengan perkembangan dan perubahan konsep seni ini telah menimbulkan banyak masalah di dalam perlaksanaan pembelajarannya. Teoriteori yang membentuk konsep itu ada yang sukar diterjemah ke dalam bentuk praktikal. 8

Walau bagaimanapun banyak lagi pendekatan yang boleh kita jadikan panduan untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kita agar lebih mantap. Umpamanya kita bolah rujuk kepada cadangan-cadangan tokoh seni yang menggunakan pendekatan humanistik seperti Feldman, manakala Lansing, memfokuskan kepada

perkembangan tiga domain utama, iaitu kognitif, afaktif dan psikomotor dalam melahirkan penggiat dan penggemar seni. Manakala pendekatan Antropologi dan sosiologi McFee pula menggunakan

yang menjadi struktur kurikulumnya. Dalam

perkembangan terakhir ini dunia telah diperkenalkan dengan konsep pendidikan seni sebagai satu disiplin ilmu (DBAE), yang secara perbandingannya bolahlah kita

samakan dengan struktur kurikulum pendidikan seni di Malaysia. Struktur DBAE ini adalah menekankan kepada empat bidang tumpuan iaitu Sejarah Seni, Kritikan Seni, Estetik, dan Produk Seni. Sila lihat jadual 2 yang menunjukkan perbandingan di antara DBAE dengan kurikulum yang berasaskan pernyataan kendiri secara kreatif.

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA

Negara kita sangat kaya dengan kesenian.

Ini jelas dapat dilihat menerusi

artifak-artifak yang diperturunkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka dahulu. Lihatlah betapa indahnya pakaian tradisional kita,

bukannya sejenis malahan terdapat kepelbagaiannya yang disesuaikan dengan taraf dan kedudukan sipemakainya. Keindahan dan kehalusan yang terdapat pada kraf

tradisional jelas memaparkan kepakaran serta ketinggian aras pemikiran tukan-tukang atau pandai Melayu. Di dalam arus kemodenan dan akibat dibelenggu oleh penjajah, kadang kala kita lupa akan warisan pusaka kita. 9

Sebenarnya

pembelajaran

Pendidikan

Seni

secara

formal

seharusnya

mempunyai falsafah dan identiti kebangsaan sesuai dengan aspresiasi negara, bangsa dan nilai-nilai tempatan. Akta Pelajaran tahun 1961 mempunyai inspirasi untuk

menggalakkan pertumbuhan budaya dan sosial, sebahagian dari petikannya berbunyi : Dasar pelajaran Persekutuan yang asanya diistiharkan dalam Ordinan tahun 1957 adalah untuk membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang akan memenuhi keperluan-keperluan negara dan menggalakkan pertumbuhan kebudayaan sosial, ekonomi dan politik .... Memanglah akta ini kurang jelas memperkatakan tentang keperluan dan peranan seni tampak, tetapi sekaligus secara am ianya merangkumi semua bidang yang tergolong dalam ertikata KEBUDAYAAN. Seni tampak adalah merupakan jiwa dan rupa sesuatu budaya dan bangsa (Syed Ahmad Jamal, 1979).

Malangnya, mungkin kerana konsep dan falsafahnya tidak begitu jelas dan ianya juga merupakan kelemahan-kelemahan yang biasanya terdapat pada sesebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan, yang lebih mengutamakan kepada keperluankeperluan asas rakyat, unsur-unsur yang berkaitan dengan budaya khususnya yang berkait dengan seni tampak ini kurang mendapat perhatian khusus. Ini meninggalkan kesan kepada pembentuk kurikulum Pendidikan Seni pada masa itu. Kurikulum yang sama digunakan sehingga penghujung tahun 1970an, kurikulum sekolah rendah yang telah diperbaharui konsep dan falsafahnya. Sementara untuk sekolah menengah

kurikulum baru telah digubal dan Pendidikan seni telah banyak menerima perubahan khususnya dari segi isi kandungan struktur pelajarannya.

10

Apa yang jelas pada saya ialah, kaedah yang diamalkan di dalam pembelajaran Pendidikan Seni di sekolah-sekolah sejak merdeka ialah mengamalkan kaedah yang tidak distruktur (unstructured method) yang dikenali sebagai The Laisseiz-Faire Method. Dan kaedah diktator(The Authoritarian-Dictatorial Method) -(Micheal, 1983).

Matlamat guru menggunakan kaedah laissez-faire ini ialah menggalakkan pembelajaran dan perkembangan secara semulajadi menerusi pengetahuan seni, media, kemahiran pertukangan, pernyataan individu, kepekaan pengamatan, dan estetik dan mengamalkan sikap yang baik. Murid-murid diandaikan mempunyai

galakendiri(self-motivated) dan mempunyai kebebasan total dalam menentukan segalanya, guru hanya sekadar membimbing. Kaedah ini mempunyai kelemahan, iaitu arah pembelajaran tidak dapat ditentukan, dan banyak lagi metodologi-metodologi di bilik darjah seperti rangsangan, had masa, kepimpinan dan lain-lain lagi diketepikan.

Sementara kaedah Authoritarian Diktator pula lebih menunjukkan pengajaran secara memberi penerangan dan maklumat, perancangan setiap langkah yang perlu murid-murid lakukan. Guru lebih menumpukan aspek-aspek formalistik, yang berkaitan dengan konsep-konsep asas seni. Biasanya idea-idea dikawal, begitu juga dengan

penggunaan media, pengurusan kerja-kerja seni dan tahap-tahap perkembangan dikawal oleh guru. Pada murid-murid motivasinya adalah keranan bimbang dengan Kaedah ini

kegagalan atau takut tidak mencapai tahap yang guru kehendaki.

sebenarnya berkesan pada kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, seperti proses serta prosedur penggunaan alat dan bahan, tetapi adalah lebih berkesan jika proses pembelajaran untuk Pendidikan Seni ini dilakukan dengan kaedah kreatif

11

yang bercapah (creative divergent method) kerana dengan cara ini pembentukan konsep-kendiri murid-murid lebih baik. (Stanly Madeja,1967 di dalam Micheal, 1983)

Apakah konsep dan matlamat Pendidikan Seni untuk sekolah menengah di waktu ini ? Ke manakah arah tujuan pembelajarannya ? Agak sukar untuk menjawab soalan-soalan ini, kerana apa yang tertera secara bertulis dalam bentuk dokumen rasmi dari sejak merdeka hingga kini hanyalah Sukatan Pelajaran Seni Lukis dan Pertukangan. Dokumen-dokumen lain jika ada pun sangat sukar untuk dimiliki oleh seseorang pendidik. Sukatan pelajarannya begitu fleksibel dan memberi peluang kepada guru-guru memilih arah manakah yang sesuai dengan alam persekitarannya, jenis kraf dan perusahan dan keupayaan serta minat murid-muridnya. (Kementerian Pelajaran Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah 1976).

Ke manakah arah dan tujuan pembelajaran dan apakah bentuk dan kandungan pembelajaran adalah tertakluk kepada guru yang mengajarnya. Yang nyata adalah

kebanyakan guru lebih menumpukan jenis-jenis kegiatan melukis, menggambar, mereka dan mencorak untuk tujuan lulus peperiksaan. kesalahan. Sementara meniru adalah suatu

Kerja-kerja kraf jarang-jarang diamalkan, itu pun bergantung kepada

keupayaan guru, walaupun banyak tajuk-tajuk kegiatan kraf terdapat di dalam sukatan pelajaran tersebut.

Berdasarkan sukatan pelajaran yang ada itu, sejauhmanakah tercapainya matlamat untuk pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan seperti yang digariskan di dalam Akta Pelajaran 1961. Isu inilah yang perlu dipertikai.

12

Persoalan tentang apakah matlamat pembelajaran Pendidikan Seni dan adakah ianya penting dalam arus pembangunan negara sekarang, serta jika ia penting mampukah ia berfungsi untuk memberi erti akan keperluannya itu, ini semua perlu diperjelas.

Meninjau dari Laporan Kabinet 1979,

sekali lagi Pendidikan Seni diletakkan

sebagai satu matapelajaran tidak dijelaskan secara eksplisit, tetapi Pendidikan Seni telah diterima sebagai salah satu daripada matapelajaran di sekolah-sekolah perlulah bergerak selari ke arah matlamat pendidikan kebangsaan.

Sukatan

pelajaran

Pendidikan

Seni

KBSM

telah

pun

memperlihatkan

kemantapannya, arah dan konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa, sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosioekonomi yang semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni boleh memberi sumbangan yang besar.

Pendidikan Seni kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Dengan menguasai lambangMasyarakat kita ini, kegagalan

lambang tersebut segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama. mengambil berat kanak-kanak yang gagal menguasai sistem

menguasainya bererti ketinggalanlah mereka di dalam menikmati bersama arus perkembangan budaya kita.

13

Pendidikan Seni juga adalah lambang sistem, dengannya membolehkan manusia berkongsi pengalaman, kegagalan menguasainya samalah seperti gagal menguasai kemahiran membaca dan mengira. Kegagalan menguasai kemahiran seni tampak ini tersekatlah satu keupayaan seseorang itu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya. perkembangan Jika kita yakin akan sumbangan Pendidikan Seni ini boleh membantu seseorang kanak-kanak itu, seharusnyalah berupaya meningkatkan

potensi kanak-kanak untuk mentafsir dan berkongsi pengalaman serta saling memahami di antara satu dengan yang lain.

Soalan selanjutnya ialah bagaimanakah kita hendak melaksanakan pembelajaran Pendidikan Seni ini bagi mencapai segala maksud tersebut ?

Hingga setakat hari ini, kita memanglah tidak ada satu modul pengajaran yang mantap untuk dicontohi sebagai strategi perlaksanaan kita. Walau bagaimanapun kita boleh menyesuaikan dengan mana-mana model yang telah diperakui oleh dunia. Salah satu daripadanya ialah seperti yang telah disarankan oleh Chapman (1978). Ianya

boleh diubahsuaikan dengan iklim negara kita, kerana matlamat dan konsepnya hampir sama.

Menurutnya ada tiga matlamat pembelajaran Pendidikan Seni iaitu :

1. Untuk perkembangan individu

14

Guru-guru haruslah mengetahui bagaimana untuk memberi pengalaman kepada murid-muridnya untuk mengamalkan nilai-nilai murni di samping mengembangkan keupayaan ekspresif melalui kegiatan-kegiatan seni serta meningkatkan kemahiran.

2. Untuk meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya

Guru-guru perlu mengetahui cara-cara untuk meningkatkan keupayaan muridmuridnya dalam menilai dan memahami dan menghargai seni yang terdapat di sekitar masyarakatnya. Lantaran itu dapat menanamkan kefahaman terhadap memahami

pandangan, kepercayaan dan budaya masa kini dan budaya silam.

3.

Untuk meningkatkan kesedaran terhadap peranan-peranan seni di dalam

masyarakat.

Guru perlu mengetahui untuk membekalkan dengan peluang-peluang untuk berinteraksi dan mengamati hasil seninya dan dengan hasil-hasil seni yang terdapat di sekeliling kehidupannya.

Apakah Pendekatan Pembelajaran Untuk Pendidikan Seni ini ?

Guru-guru perlu dapat menguasai pendekatan untuk pembelajaran Pendidikan Seni. Satu pendekatan terbaharu yang dibuktikan kejayaannya oleh sarjana-sarjana barat ialah dengan berasaskan kepada domain ini :

PERNYATAAN (EXPRESSION) DAN TINDAKBALAS (RESPONSE) 15

PERNYATAAN (Expression) Di dalam domen ini Efland(1977) dan Chapman(1978) menyatakan terdapat tiga tahap perkembangan proses artistik iaitu : a. mengumpul idea-idea b. mengolah dan menjelmakan idea-idea tersebut ke dalam bentuk seni c. menggunakan media untuk menghasilkan kerja seni Efland berpendapat, proses-proses ini boleh berfungsi sebagai model untuk digunakan oleh murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti artistiknya.

TINDAKBALAS (Response) Berdasarkan langkah-langkah yang sering diamalkan oleh para sarjana seni, termasuk pengkritik seni, ahli-ahli sejarah seni, tindakbalas mereka pada seni juga melalui tiga tahap perkembangan iaitu :

a. mengamati dan memahami seni b. menterjemah c. menilai

Tiga perkembangan tindakbalas ini boleh dijadikan sebagai pendekatan dalam pembelajaran Pendidikan Seni di bilik darjah. Justeru itu, saya adunkan di antara ketiga-tiga matlamat pembelajaran Pendidikan Seni berdasarkan model Efland (1977) yang telah diubahsuai dengan dua domain aktiviti seni : 16

17

Jadual 1.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI Domain MATLAMAT PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI Untuk Perkembangan Mengenal Warisan Peranan Seni Di Dalam Individu mendapatkan idea untuk kerja-kerja seni Budaya mempelajari bagaimana seniman-seniman/pandai tempatan menemui ideaidea di dalam kerjanya P E R N Y A T A A N mengolah dan menjelmakan idea-idea untuk kerja seni mempelajari bagaimana seniman/pandai tempatan mengolah dan menjelmakan idea-idea ciptaannya gerakerja seni penggunaan media mempelajari bagaimana seniman/pandai tempatan menggunakan media Masyarakat mempelajari bagaimana masyarakat Malaysia menyatakan nilai dan kepercayaan menerusi seni tampak mempelajari bagaimana masyarakat Malaysia menyatakan perubahan nilai dan kepercayaan menerusi seni tampak mempelajari bagaimana masyarakat Malaysia menggunakan teknologi menghasilkan bentuk tampak

18

Domain

MATLAMAT PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI Untuk Perkembangan Mengenal Warisan Peranan Seni Di Dalam Individu pengamatan dan pemahaman hasil seni Budaya mempelajari bagaimana pengkritik dan ahli sejarah mengamati dan Masyarakat mempelajari bagaimana masyarakat Malaysia mengamati dan mengenali imej-imej seni tampak

T I N D A K B A L A S

memahami hasilan seni

mentafsir hasil seni

mempelajari bagaimana pengkritik dan ahli sejarah seni mentafsir hasil seni

mempelajari bagaimana masyarakat Malaysia mentafsir imej-imej seni tampak

menilai hasil seni

mempelajari bagaimana pengkritik dan ahli sejarah seni menilai hasilan seni

mempelajari bagaimana masyarakat Malaysia menilai imej-imej tampak

Dengan enam pendekatan pembelajaran ini memudahkan pihak guru untuk merancang strategi pengajarannya dan perlulah benar-benar dapat menghayatinya jika ingin menggunakan pendekatan ini di dalam bilik darjah.

Perabandingan kurikulum yang berasaskan pernayataan kendiri kreatif dengan DBAE (discipline-based art education) Pernyataan Kendiri Secara Kreatif DBAE

19

Matlamat: Perkambangan kreativiti; pernyataan kendiri; integrasi individu; focus pada kanak-kanak

Matlamat: Perkembangan kefahaman terhadap seni; seni penting kepada perkembangan pendidikan menyeluruh ; seni sebagai fokus pembelajaran

Kandungan
Aktiviti seni sebagai pernyataan kendiri; menggunakan kepelbagaian bahan seni dan kaedah

Kandungan
Estetika, keritikan seni, sejarah seni dan produk seni; seni daripada berbagai kebudayaan dunia dan era.

Kurikulum
Dirancang oleh guru secara individu; perlaksanaannya tidak berurutan, dan tidak tersusun Konsep pelajar: Pelajar semulajadi kreatif dan eksprasif; perlu diasuh bukan diajar; pendedahan kepada imej-imej seni menghalang kepada perkembangan kreativiti semulajadi mereka.

Kurikulum
Ditulis secara berurutan, kumulatif, tersusun dan meluas perlaksanaannya. Konsep pelajar Pelajar adalah murid matapalajaran seni; perlu diajar untuk mengembangkan kefahaman terhadap seni. Pendedahan kepada hasil seni seniman meningkatkan perkembangan kreativiti mereka

Konsep guru
Memberikan moitivasi; sokongan; tidak mendedahkan pelajar dengan imej-imej orang dewasa ; tiada usaha untuk mempengaruhi pernyataan kendiri pelajar

Konsep guru
Menyediakan motivasi; membantu pelajar; membantu pelajar memahami konsep-konsep seni selari dengan aras kanak-kanak tertentu; mengunakan nilai imej seni dewasa; menggalakkan pernyataan kendiri pelajar secara kreatif

Kreativiti Kreativiti adalah bakat pelajar; berkembangan secara semulajadi dengan galakan dan peluang yang disediakan; kurangnya perkembamngan adalah disebabkan oleh gangguan orang dewasa

Kreativiti
Kreativiti adalah tingkahlaku yang bukan konvensional yang boleh dibentuk menerusi kefahaman terhadap seni seacara biasa . Pernyataan alam kanak yang tidak dibimbing tidak dianggap sebagai kreatif sepenuhnya

Peralaksanaan
Boleh tercapai dalam sebuah bilik darjah sahaja; tidak perlu kerjasama dengan kelas-kelas atau sekolahsekolah yang lain 20

Perlaksanaan
Memerlukan penglibatan dengan kelas-kelas atau tingkatan lain di sekolah itu malah sekolah-sekolah lain di dalam sesuatu daerah secara meluas untuk mendapatkan kesan urutan

dan susunan yang meksima

Kerja-kerja seni
Kerja-kerja orang dewasa tidak dikaji; imej-imej orang dewasa mungkin memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan pernyataan kendiri dan lkreativiti pelajar

Kerja-kerja seni
Karya orang dewasa (seniman ) merupakan purat rujukan dan kajian seni; imej-imej orang dewasa membantu sebagai focus pembelajaran secara integrasi daripada empat desiplin seni

Penilaian
Berasaskan perkembangan dan proses kerja-kerja seni kanak-kanak; penilaian pencapaian pelajar biasanya tidak digalakkan.

Penilaian
Berasaskan matlamat pendidikan; focus kepada pembelajaran; mustahak untuk mengesahkan kemajuan pelajar dan keberkesanan program.

Di terjemah daripada Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

Rujukan

1. Chapman, Laura, A Second Look at A Foundation for Art Education. Studies In Art Education. (Washington, DC. : The NAEA), Vol.13 No. 1, Fall 1971, 40 - 49. 2. Duff, John. Identification of Technical Illustrator Job Requirements. Unpublished Dissertation, The Ohio State University, 1977. 3. Efland, Authur, The Transition Continued. Studies In Art Education. (Washington, D.C.: The National Art Education Association). Vol.13, No.1, Fall, 1971, 5-12. 4. Lanier, Vincent.Objectives of Art Education: The Impact of Time. 21

Peabody Jurnal of Education. Volume 52, No.3, April, 1975, 180 - 186. 5. _______________. Objectives of Teaching Art. Art Education. (Washington, D.C. The NAEA), Vol. 25, No. 3, January, 1972, 15 - 20. 6. _______________. Returning The Art to Art Education. Art Education. (Washington, D.C. The NAEA), Vol. 28, No. 3, March, 1972, 28 - 33. 7. Lowenfeld, Victor and Brittain, Lambert. Creative and Mental Growth. New York : The Mc Millan Co. 1965. 8. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Seni Lukis dan Pertukangan Tangan, Kuala Lumpur, D.B.P., 1976. 9. Mc Fee, June King. Preparation For Art. San Francisco: Wadsworth Publishing Co., Incorporation, 1972.

10. Micheal J.A. Art and Adolesence. Teachers College Press, Colombia University , New York, 1983. 11. Mc Fee, June King and Degge, Rogina. Art, Culture and Enviroment.

San Francisco:Wadworth Publishing Co. 1977. 12. Mc Fee, June King. Society, Art and Education. Paper delivered at the Senior in Art Education Research and Curicullum Development, Pennsylvania State University, 1966. 13. Syed Ahmad Jamal, Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, K.L. 1979. 14. Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K.L., 1979. 15. Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

22

Anda mungkin juga menyukai