Anda di halaman 1dari 3

LU’BAH LUGHAWIYAH

(AT TASMI’)

Talifon Lama

Aktiviti

Guru :
1. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Meminta setiap kumpulan melantik seorang ketua.
3. Ketua dikehendaki kehadapan kelas untuk mendengar arahan guru seterusnya.
4. Guru akan membisikkan kepada setiap ketua beberapa potong ayat.
5. Setiap ketua di kehendaki membisikan apa yang di dengar daripada guru
kepada seorang ahli kumpulan.
6. Kemudian palajar yang mendengar tadi akan membisikkan pada kawan yang
lain, begitulah seterusnya sehingga setiap ahli dapat mendengar apa yang
dibisikkan.
7. Pelajar terakhir akan kehadapan kelas dan menulis semula apa yang
didengarinya.
8. Guru akan menyemak samada potongan ayat yang diperolehi oleh pelajar
terakhir sama dengan apa yang diberi kepada ketua pada awalnya.
9. Kumpulan yang paling minima kesalahannya dikira sebagai pemenang.

Rasional : Melatih pelajar untuk menjadi pendengar yang baik dan berusaha untuk
mengingat dan menyampainya dengan betul.
Puzzle Haiwan

Aktiviti

Guru :
1. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk kehadapan
kelas.
3. Guru akaan memberi kad manila yang telah dipotong-potong yang mengandungi
nama haiwan.
4. Kemudian guru akan meminta pelajar mendengar suara haiwan yang
diperdengarkan melalui laptop guru.
5. Pelajar akan bekerjasama untuk mencantumkan kad manila tadi dan
menyebutkannya setelah berjaya mencantumkannya.
6. Kumpulan yang paling cepat menemui jawapan dikira sebagai pemenang.

Rasional : Melatih pelajar untuk menjadi pendengar yang baik dan berkerjasama
usaha untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Kad Nombor

Aktiviti

Guru :
1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Guru akan memberi setiap kumpulan 10 keping kad manila yang mengandungi
gambar yang mewakili setiap bilangan nombor.
3. Kemudian, guru akan menyebut nombor, pelajar akan mengira gambar dan
mencari jumlah yang sama dengan apa yang mereka dengari.
4. Kumpulan yang paling awal mengangkat kad manila dengan jawapan yang betuk
dikira sebagai pemenang.
Rasional : Melatih pelajar untuk menjadi pendengar yang baik, sambil mereka cuba
untuk mengira dalam bahasa Arab untuk mendapatkan jawapan yang
betul.

Anda mungkin juga menyukai