Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sabai al-Masthani dan lain-lain.

Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat. Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak. Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan al-Thalabi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi. Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-Arabi, al-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah: Menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah. Pendapat yang ketiga ini diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. 6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. 7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat 1. Konsep yang terdapat dalam surah Al-Fatihah 1.1 Tauhid Rububiyah Maknanya ialah beriktiqad bahawa hanya Allah Tuhan , kerajaan langit dan kerajaan bumi ,dan juga Allah juga al-Khaliq (pencipta segala sesuatu),Dia jugalah pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagiNya pada kerajaan milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya,Dialah hanyasanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam,Dialah pemberi rezeki pada setiap yang bernyawa,

Dialah juga pentadbir setiap perkara,Dialah hanyasanya yang bisa menundukkan pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang,Dialah juga yang bisa memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat,Dialah juga yang bisa memuliakan pada setiap yang terhina,dan setiap yang selain daripadaNya tidaklah memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan kehendakNyalah jua. 1.2. Tauhid Uluhiyah Makna tauhid Al-Uluhiyyah pula ialah emngesakan Allah pada setiap ibadat dan tunduk taat secara mutlak kepada Allah, iaitu tidak menyembah selain daripada Allah dan tidak menyengutukanya dengan sesuatu yang lain. ,dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja,maka kaum arab Musyrikin juga mengakui pada tauhid ini,tetapi dalam masa yang sama mereka tidaklah memeluk agama islam kerana mereka telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa keupayaan walau kekuasaan,lalu mereka mengimani pada makhluk lain sebagai tuhan,dengan sangkaan bahawa mereka dapat mendekatkan diri mereka pada Allah Yang Maha Tinggi,ataupun dapat memberikan manfaat kepada mereka disisi Allah Taala. 1.3. Tauhid Asma wasifat Tauhid Asma wa-Sifat ialah tauhid yang menetapkan nama-nama dan sifatsifat Allah sebagaimana yang Dia tetapkan untuk diriNya atau apa yang

telah ditetapkan oleh RasulNya Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam tanpa melakukan tahrif, tatil, takyif atau tamsil. Mengingkari tauhid Asma wa-Sifat adalah kafir hukumnya, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama Salaf as-Soleh berdasarkan firman Allah: Padahal mereka kafir (mengingkari) kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah).1 Allah telah menamakan mereka yang mengingkari satu dari nama-nama Allah (Asma ul-Husna) iaitu Ar-Rahman dengan kafir, maka hal ini menunjukkan bahawa mengingkari salah satu dari nama-nama dan sifat Allah adalah kafir. Dengan demikian sesiapa sahaja yang mengingkari sesuatu dari nama-nama dan sifat-sifatNya sama ada Ahli Falsafah, Jahamiyah, Mutazilah atau selain mereka termasuk juga kafir yang sesuai dengan kadar pengingkaran mereka terhadap nama-nama atau sifat-sifat Allah 1.4. Konsep Ibadah Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain. Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.

1.5. Konsep Akhlak

Imam Al-Ghazali

menyebut akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam

jiwa . Daripada jiwa itu ,timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa melakukan pertimbangan fikiran. b) Prof. Dr. Ahmad Amin mendefinasikan akhlak sebagai kehendak yang dibiasakan . Maksudnya, sesuatu yang mencirikan akhlak itu ialah kehendak yang dibiasakan. Ertinya, kehendak itu apabila membiasakan sesuatu, maka kebiasaan itu dinamakan akhlak. Ahmad Amin menjelaskan erti kehendak itu ialah ketentuan daripada beberapa keinginan manusia. Manakala kebiasaan pula ialah perbuatan yang diulang-ulang sehingga mudah melakukanya. Daripada kehendak dan kebiasaan ini mempunyai kekuatan ke arah menimbulkan apa yang disebut sebagai akhlak. 1.6. Konsep Hidayah Maksud Hidayah: Hidayat Allah ialah petunjuk yg dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kpd sesiapa yg dikehendaki, tetapi kita hendaklah berusaha untuk mendapatkannya dgn syarat ianya benar-benar beriman hanya ada perbezaan tinggi rendah nilai dan pengaruh hidayat itu dalam kehidupan seseorang. Manusia tidak akan memperoleh kebahagiaan sejati lebih-lebih lagi kebahagiaan dan kenikmatan rohani jika tidak mendapat hidayah dari Allah. Cara menperolehi hidayah; a) -Sentiasa membaca al-Quran dan menghayati kandungannya b) -Istiqamah dalam melakukan ibadat wajib

c) -Melazimkan diri melakukan ibadat sunat seperti solat sunat dan puasa sunat d) -Sentiasa berzikir kepada Allah swt e) Sentiasa berdoa memohon hidayah daripada Allah swt

Penerangan konsep yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah dan penghayatan dalam kehidupan seorang Muslim Pertama: Al Fatihah digelar sebagai Sabun Masani iaitu tujuh pujian. Segala ayat di dalam Al Fatihah sebenarnya bertujuan memuji diriNya sebanyak 17 kali sehari semalam sebagai kewajipan. Tidak hairanlah Allah memulakan surah ini dengan memuji dirinya sendiri disamping memulakan dengan namaNYa pada ayat pertama. Apakah hukum bagi kita memuji manusia? Bolehkah kita selaku pendakwah meminta pujian daripada manusia. Dalam Surah Ali Imran :188 bermaksud Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa dan bagi mereka siksa yang pedih

Ayat ini sebenarnya diturunkan kepada golongan munafiq dan ahli kitab yang selalu menginginkan perhatian Rasulullah. Kononnya merekalah asal manusia yang berpegang dengan agama tauhid. Mereka mengatakan merekalah yang layak mendampingi Rasulullah dan bukannya golongan penyembah berhala jahiliyyah Quraisy. Inilah antara sebab Abdullah bin Saba mengasaskan fahaman Syiah apabila beliau tidak berjaya mendapat perhatian Khalifah Saiyidina Uthman Al Affan. Justeru itu, Umat Islam seharusnya mengamalkan aklak yang mulia dalam kehidupan Kedua: Ayat 5 surah al-Fatihah Ayat ini merupakan petanda

bahawa Al Fatihah menegaskan perihal ubudiyyah dan tauhidnya. Perlu ditegaskan bahawa Surah Al Fatihah adalah konklusi kepada keseluruhan intipati kitab samawi termasuk Al Quran. Antara intipati penegasannya ialah perihal tauhid. Disini kita melihat perkataan nabudu iaitu istilah kami sembah. Terma ini menjelaskan tauhid Rububiyyah. Tauhid ini adalah membuktikan bahawa alam maya ini mempunyai suatu pencipta dan raja segala raja lantaran adanya perhambaan dan golongan hamba tersebut. Manakala penegasan Uluhiyyah terdapat dengan memerhatikan istilah Iyyaka iaitu membawa maksud hanya kepada mu semata-mata. Klausa ini mematikan hujah bahawa diperbolehkan kita beribadah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa tuhan kita. Tauhid ini adalah penyucian fikrah kita daripada pergantungan kepada sesiapa sahaja termasuk; * Malaikat * Raja/pemimpin manusia * Jin Islam * Haiwan

Walaupun tempat pergantungan kita itu adalah golongan yang baik. Namun perlu dibezakan unsur Ikhtiyariy dengan pergantungan ini. Ketiga: Konsep Ibadah

Dalam ayat ini juga mengajar kita erti ibadah. Ibadah bermaksud penundukan dan ketaatan kita kepada Allah semata-mata. Sheikh Rashid Redho dalam Tafsir Al Manarnya menyatakan nilai penundukan dan ketaatan makhluk kepada rajanya tidak boleh dikatakan sebagai Ibadah walaupun ada unsur perhambaan dan ketaatan di situ. Ibadah ialah suatu pekerjaan yang disertai dengan keikhlasan mendalam, niat yang tulus, bebas daripada tujuan lain dan dikhususkan untuk Allah SWT. Ibadah terdapat 2 bahagian iaitu: a) Ibadah Khusus: suatu Ibadah yang dimaktubkan secara jelas dalam Al Quran dan disarankan dalam Hadis dan Athar Rasulullah. Seperti Ibadah Solat, Nikah, Zakat dan berhaji.iBadah ini dilarang sama sekali penambahan dan ubahsuai yang boleh membawa kepada Bidaah Dzalalah. Adapun beberapa tindakan berdoa dan berlafaz niat solat dilakukan selepas dan sebelum Ibadah khusus dilakukan tidak dikatakan Bidaah sebaliknya sebagai galakan untuk beribadah. Ibadah khusus mempunyai syarat dan rukunya yang semestinya berpandukan kepada kaedah Rasulullah dan para Sahabat Ajmain. b) Ibadah Umum: Ibadah ini dilakukan secara tidak langsung. Segala perbuatan yang diniatkan untuk mendapat pahala asalkan mengikut syara tiada nas yang mengharamkan, tidak melampaui batas dan berniat ikhlas maka sesuatu itu dinamakan Ibadah umum. Contohnya membaca buku agama dan akademik, makan, memebrsih rumah dan mengarang untuk dakwah. Walaubagaimanapun terdapat sebahagian ulama yang

mangkhususkan pahala sekadar perkara yang dinaskan daripada sunnah Rasulullah yang sahih. Walaupun saranan ini kelihatan untuk memebrsihkan ibadah daripada bidaah, namun usaha ini kadangkala menyempitkan pengertian Ibadah yang disebut dalam Surah Az Zariat ayat 56 tersebut.

Keempat, Hidayah Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu Amma dan Sheikh Rashid Redho dalam Tafsiran Al Manarnya, manusia sedari kecil sudah diberikan hidayah. Iaitu: * Hidayah Wujdan At Tabiiy: Ini ialah hidayah dan petunjuk yang Allah beri kepada manusia sejak dilahirkan. Iaitu rasa lapar, dahaga dan panas yang tidak memerlukan guru untuk difahami oleh mereka. * Hidayah Al Hawas: Hidayah panca indera yang memandu manusia untuk mendapat maklumat seperti mata, telinga dan kulit. Petunjuk ini disebut sebagai reseptor dalam istilah sainsnya. * Hidayah Aqli: iaitu petunjuk dan maklumat yang disintesis atau diproses oleh akal manusia. Melalui akallah manusia tahu mana yang baik atau buruk. Lantaran itulah manusia yang bijak (ulul Albab) akan menggunakan akalnya untuk melihat kebenaran Ilahi dan memastikan dirinya mentaati Allah melalui anugerah akal. Allah sering menyindir golongan pandir yang tidak mahu menggunakan akalnya demi mendapat kebenaran sebagai (Afala yaqilun, afala tatafakkarun) * Hidayah Ad Din: Ini ialah hidayah yang Allah beri kepada sesiapa yang berhak. Tidak semua insane diberikan hidayah ini. Kerana itulah jika kita semata-mata menggunakan nazarah (penglihatan dan pengamatan) untuk

mencari kebenaran kita tidaka akan memperolehi kebenaran lantaran tiadanya hidayah ini pada kita. * Taufiq: Taufiq adalah usaha ikhtiyariy manusia untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa usaha Allah tidaka akan mengubah diri dan situasi kejahilan kita kepada kebenaran. Inilah peranannya pendakwah untuk menggerakkan taufiq ke dalam diri madu mereka tanpa mengira sasaran menerima dakwah atau tidak. Memperbaiki Aqidah umat manusia sekeliling yang telah diselaputi karat penyelewengan baik daripada pihak musuh Islama atau umatnya sendiri yang menjadi pesuruh musuh Islam. Inilah kerja tetap para anbiya dan mursalin. Kerja Aqidah adalah kerja asasi para pejuangn Islam. Matlamat perjuangn baik dengan method ziarah, method bengkel, seminar, tazkirah atau mata pena, matlamatnya adalah membina generasi ubudiyyah. Adapun matlamat pembinaan masyarakat dan negara adalah matlamat sementara yang membawa kepada matlamat agung ini. * Memperbaiki akhlak dan sikap. Akhlak manusia adalah berpandukan kepada sistem Aqidah. Akhlak yang kukuh akan dimanifestasikan daripada Aqidah. Usaha memoralkan masyarakat adalah sia-sia jika lunas Islam tidak dipenuhi. Kerana Sistem Islamlah yang boleh memugar sikap, gelagat, tanggapan dan perilaku. * Memperbaiki system pengurusan dunia. Ini bermula dengan pengurusan keluarga menurut Al Quran dan Sunnah, pengurusan masyarakat, negeri, Negara dan diplomasi negara menurut Islam. Kesemua matlamat pendakwah ini adalah memerlukan pemilihan jalan yang sejahtera dan taqwa. Inilah jalan yang penuh ranjau dan berduri. Hassan Al

Banna

dalam

ceramahnya

pada

awal

penubuhan

Ikhwan

selalu

mengingatkan pengikutnya akan cabaran, siksaan, dilemma dan kesusahan mendatang walaupun kesusahan tersebut hanya berlaku sekitar 10 tahun selepas ucapan tersebut. Ini menunjukkan sekiranya kita memilih jalan taqwa sekalipun kita tidak akan terlepas daripada kesusahan akibat manusia yang berhati Iblis. Golongan yang dijamin mendapat nikmat melalui jalan sejahtera adalah; * Rasul dan Nabi * Syuhada yang menyaksikan keesaan Allah melalui penjualan nyawanya sendiri. * Para solehin yang beramal. * Golongan mujahidin yang istiqamah, serta golongan-golongan lain yang dijamin melalui ayat Al Quran sendiri.

Anda mungkin juga menyukai