Anda di halaman 1dari 14

ZATULLAH, ASMA’ALLAH, SIFATULLAH

OLEH
MOHD ZULHANAN BIN AHMAD @ ZAHID (A112095)
MOHD HAFIZULLAH BIN ISMAIL (A115703)

DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABD RAHMAN BIN MAHMOD

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2006/2007
1.0 PENDAHULUAN
Masyarakat muslim pada masa kini dikejarkan dengan pelbagai masaalah, kerosakan
akhlak yang meruncing. Ini kerana kurangnya penghayatan akidah muslim dalam
masyarakat. Berdasarkan titik tolak ini maka Mohd Sulaiman bin haji yasin telah
menghasilkan sebuah buku yang bertajuk akidah muslim. Dalam buku tersebut terdapat
beberapa tajuk. Disini kami akan menfokuskan kepada tajuk-tajuk tertentu. Iaitu tentang
ZatulLah, Asma’ulLah, pengenalan tentang sifatuLah.

2.0 ZATULLAH
Manusia adalah makluk Allah yang punyai naluri semula jadi iaitu perasaan ingin tahu.
Kesannya manusia tidak akan mengemukan belbagai pertanyaan. Kemudian hasilnya
timbullah pengkajian dan sebagainya. Namun begitu fikiran manusia hanya dapat capai
matlamat nisbi sahaja iaitu makrifatullah pada nama, sifat-sifatnya dan tidak sama sekali
pada zatnya.
2.1 Taman Larangan
.Akidah Islamiah timbul akibat daripada perasaan ingin tahu manusia yang menimbulkan
berbagai persoalan. Dan menjadi hak manusia untuk memikirkan jawapan kepada
persoalan tersebut.Walapun begitu manusia tidak boleh memikirkan tentang zatullah
kerana ia merupakan larangan yang abadi. Persoalnnya kenapa?

1. Akal Manusia tidak dapat menguasai rahsia hikmat Allah pada penciptaannya. Ini
menunjukkan manusia tidak sekali-kali mampu memikirkan tentang zat Allah SWT.
Hakikat akal juga lemah dan ia hanya makluk yang dicipta. Ia mampu mengetahui
sesuatu yang setaraf dengannya sahaja.

2. Allah tetap merasiakan hakikat hikmatnya maka lebih layak Allah merahsiakan zatnya.
Persoalannya kenapa Allah merahsiakan Ilmu HikmatulLah?
• Jika Allah Taala membuka Ilmu Hikmatnya kepada semua manusia maka manusia
bukan lagi seperti manusia yang dikehendaki Allah. Manusia tidak lagi berusaha
untuk mencapai taraf yang lebih sempurna seperti tidak mencari ilmu duniawi dan
sebagainya.
• Manusia akan khayal dengan satu lintasan hikmat Allah SWT, malahan ia akan
merosakkan pandangan keinsanannya dan naluri semula jadi manusia (sifat tabi’)
seperti keinginan,cita-cita dan minat yang tinggi dan lain-lain.
• Manusia tidak mungkin mampu bersabar dengan ilmu hikmat allah sebagaimana
nabi Musa As tidak dapat bersabar dengan sikap nabi Allah khaidir. Ini kerana
perbuatan nabi khaidir As tersebut berlawanan dengan hukum akal dan hokum
fitrah. Contohnya pembunuhan anak yang tak berdosa, membocorkan perahu
nelayan dan lain-lain. Dalam hal ini Allah menggambarkannya sebagaimana
firmanNya:

          

          

Terjemahan:Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan


sanggup sabar bersama Aku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas
sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup
tentang hal itu?"(Surah al-kahfi: 67-68)

• Walaupun begitu Allah Taala juga membuka sedikit hijab kepada


manusia yang tertentu seperti Nabi-nabi, rasul-rasulNya dan
manusia biasa dengan kadar-kadar yang tertentu bertujuan
untuk melaksanakan tuntutan hidup, menjadi khalifah dan
sebagainya.

2.2 Akal Yang Terbatas Dan Allah Yang maha Mutlak (tidak
terbatas)
Islam telah merumuskan bahawa Allah adalah bersifat sempurna dan
mutlak. Akal manusia pula terbatas dan tidak mutlak sesuai dengan
taraf hamba kepada pencipta. Hakikatnya sesuatu yang terbatas tidak
akan dapat mencakupi yang mutlak.Ini menunjukkan manusia tidak
sama sekali layak bertanya tentang zat.

Dalam hal ini manusia tidak mampu berpegang pada akal sebalik
berpegang pada wahyu. Sepertimana firman Allah SWT dalam al-
Quran:

     

        
Terjemahan: Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang dia
dapat melihat segala yang kelihatan; dan dialah yang Maha halus lagi
Maha Mengetahui. (Surah al-an’am:103)

Manusia tidak boleh bertanyakan Zat Allah SWT kerana Dia tidak
menyerupai sesuatupun atau diserupai sesuatu pun sebagaimana
Firman Allah SWT:

      

  
Terjemahan:Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-
lah yang Maha mendengar dan Melihat (Surah al-Syura:11).
Berdasarkan penegasan dan ketentuan ayat di atas jelas menunjukkan
pertanyaan tentang zatullah bukanlah Suatu yang bersifat ilmiah
kerana zatullah ini tidak menyerupai sesuatu yang lain atau dengan
kata lain tidak boleh diumpamakan dengan segala sesuatupun.

3.0 ASMA’ ALLAH


Nama Allah tidak akan sekali-kali dikatahui melalui penghayatan, pengkajian,
pengamatan terhadap alam. Manusia mungkin dapat mencipta sesuatu nama terhadap
pencipta seperti god, Dieu dan lain-lain. Tetapi adakah nama itu diredhai dan diakui oleh
pencipta.
Hakikatnya makhluk tidak sekali-kali layak memberi nama kepada khaliknya.Ini
kerana yang layak hanyalah khalik itu sendiri memberi nama kepada dirinya. Nama Allah
ini merangkumi segala kemahasuciaan dari apa-apa kekurangan

3.1 Pengertian Asma’ al-Husna


Asma’ ialah suatu lafaz yang menunjukkan kepada zat dan sifat. Manakala al-Husna
segala yang terbaik,terindah, terpuji dan maha suci daripada apa-apa kekurangan. Nama
Allah ini tidak boleh atau layak diletakkan kepada nama yang lain kerana yang lain
adalah makhluk.. Setiap nama Allah menepati setepat- tepatnya kandungan makananya.

3.2 Antara al-Asma’ dan al-Tasmiah


Yang dimaksudkan dengan Asma’ menunjukkan tentang zat (musamma). Contohnya
firman Allah SWT: ‫ تبارك اسم ربك‬.
Yang dimaksudkan dengan ‫ اسم‬pada ayat ini ialah merujuk kepada Allah SWT. Perkataan
Asma’ yang tidak menunjukkan musamma. Contohnya sabda Rasulullah Saw : ‫ان‬
‫ال تسعة وتسعين اسما‬
perkataan ‫ اسما‬dalam hadis tersebut menunjukkan lafaz penamaan (tasmiah) sahaja.

3.3 Bilangan Nama Allah Yang Maha Indah


Penulis menggambarkan bahawa terdapat percanggahan pendapat dalam mengkhususkan
bilangan nama Allah SWT:
1. mengatakan nama Allah hanya 99 nama sahaja. Pendapat ini berdasarkan hadis
Abu hurairah Ra.
2. mengatakan bahawa bilangan Asma’ Allah banyak dan tidak terbatas kepada 99
nama shaja. Ada yang berpendapat Asma’ Allah 100,300, 24000 dan lain-lain.
Pendapat ini dikukuhkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman ahmad
melalui sanad Abdullah bin Masu’d. Menurut penulis jamhur ulamak bersetuju
dengan pendapat yang kedua.

3.4 Al-Quran Dan Al-Sunnah Menjadi Sumber Kepada Nama-Nama Allah


Menurut pandangan ahli sunnah, Asma’ Allah ini diambil daripada tiga sumber iaitu al-
Quran, al-Hadis yang raajih,ijmak ulamak. Sumber yang lain tidak dipakai oleh ahli
sunnah. Sesiapa yang menghayati, mengimani, mengenali akan dimasukkan ke dalam
syurga. Sebagaimana hadis diriwayatkan oleh bukhari daripada Abu Hurairah yang
bermaksud: Nama Allah ialah 99 Hanya satu cukup seratus, sesiapa meperincikan
kiraannya akan memasuki syurga.

3.5 Tujuan Diturunkan Nama-Nama Allah Yang Indah


Didalam buku ini diterangkan serba sedikit tentang objektif diceritakan nama-nama
Allah yang indah. Diantaranya ialah:
1. Supaya manusia dapat mengenali Allah dengan lebih dekat lagi melaluiui
pemikiran dan pengamatan.
2. Supaya manusia lebih bertaqwa kepada Allah dengan melakukan perhambaan diri
kepadaNYA.
3. Untuk mengarahkan segara cara hidup yang berbagai kepada Allah yang maha
agong.
4. Untuk beribadat kepada Allah melalui sebutan dan ingatan.
5. Supaya manusia boleh berdoa dan memohon dengan menggunakan segala nama
kebesarannya. Disamping menjadikannya sebagai wasilah samaada untuk
mendapatkan hajat dan sebagainya.
6. Untuk menambahkan keimana dan ketaquaan kepada Allah SWT.

3.6 Jenis-Jenis Pembhagiannya

1) Ism al-dhat atau isim al-alam


Dalam setiap bahasa terdapat pelbagai sebutan bagi Asma’ Allah seperti god, kudai,
tuhan dan sebagainya. Walaupun begitu penyebutan tersebut bukan ibadah (taabud).
Nama Allah adalah lafzuljalalah. Dalam bahasa arab ia merupakan isim alam yang
khusus bagi Zat ketuhanan uluhiah dan Rububiah. Lafaz ini di diwahyukan oleh Allah.
Ianya diiktiraf sebagai ibadat dalam Islam.
3.7 Keistimewaan Isim Alam
Lafaz( ‫ ) ال‬merupakan lafaz khusus untuk Allah sahaja. Dan tidak disekutui. Lafaz inilah
yang mendahului nama dan sifat-sifat Allah. Dalam al-Quran perkataan ( ‫ ) ال‬disebut
sebayak lebih dari 2697 dan banyak kali diulang-ulang dalam suktur ayat. Lafaz Allah
selalu digunakan semasa Allah menegaskan perintahnya. Disamping itu juga lafaz ini
merupakanngan syariat. Setiap amalan mestilah dimulai dengan lafaz ini.

*Cabaran Allah SWT Kepada Manusia


Lafaz ( ‫) ال‬mengandungi makna al-ma’bud Bihaqqin, al-Mahbub al-Mu’azzam, al-
Multaja’ dan al-Mutahayyar(manusia tidak terdaya kuasai hakikat ini). Didalam lafaz ini
terkandung segala nama,sifat kemaha suciaan. Allah telah mencabar manusia selama 15
kurun supaya menamakan sesuatu dengan nama Allah. Hakikatnya sehingga sekarang
tidak ada yang sanggup menyahut cabaran.

3.8 Ilhad Atau Kemulhidan Ke Atas Nama-Nama Allah


Menurut penulis ilhad mempunyai dia jenis iaitu ilhad yang mengsyirikkan Allah, Ilhad
yang melemahkan kemantapan aqidah.

4.0 FASAL TENTANG SIFAT ALLAH


Berdasarkan dari pemerhatian,pengkajian dan penyelidikan kepada peristiwa dan gejala
di alam semester seperti yang di pinta,digesa dan dicabar oleh al-Quran maka secara tidak
langsung boleh membuktikan kewujudan Allah sebagaimana firmanNya;
     

            

      

Terjemahan: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda


(kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri,
hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah
cukup bahwa Sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala
sesuatu? (Surah Fussilat: 53).

Seterusnya,lanjutan dari pemerhatian,pengamatan dan pengkajian


kepada fenomena di alam ini akan dapat memperlihatkan kita kepada
kesan-kesan dari sifat-sifat Allah.

4.1 Antara akal manusia dan hakikat sifat-sifat Allah

Tidak dinafikan bahawa segala perkara dan peristiwa yang ada di alam
semester ini mengandungi kesan atau athar daripada sifat-sifat
Allah,tetapi ia tidak bererti akal manusia mempunyai kemampuan
mutlak umtuk mengenali hakikat sifat-sifat Allah .Sebaliknya, akal
manusia hanya mampu mengenali kewujudan Allah melalui berbagai
jenis bukti sehingga ternyata tidak ada keraguan pada kewujudan
Allah. Maka jelaslah menunjukkan bahawa akal manusia hanya mampu
untuk mengenali kewujudan Allah sahaja.
Adapun untuk mengenali nama-namaNya dan sifat-sifatNya
hendaklah berdasarkan penetapan oleh Allah SWT melalui kalamNya
dan utusanNya.Oleh itu,jika akal manusia mengenali sifat-sifat Allah
dan nama-namaNya tanpa melalui kalamNya dan utusanNya,maka
sesungguhnya akal hanya menyangka dan meneka-neka sahaja bukan
berdasarkan hakikatnya. Maka menurut akidah islam,akal tidak akan
dapat mengenali sifat-sifat Allah atau sifat-sifat kesempurnaanNya
yang menepati dengan keagongan dan kebesaranNya kerana akal itu
bersifat kurang dan tidak mutlak.

4.2 Cara-cara mengenal sifat Allah


Cara yang benar dan tepat untuk mengenali sifat-sifat Allah yang
menepati dengan keagongan, kebesaran, kesempurnaan,
kemahasucian dan keredhaan Allah ialah melalui kalamullah. Hakikat
ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud”Apakah kamu yang lebih
mengetahui atau Allah yang lebih mengetahui?”.Maka berdasarkan
ayat ini,sudah tentunya Allah yang lebih mengetahui tentang hakikat
diriNya.
Oleh itu,aqidah islam telah memutuskan bahawa manusia tidak
layak untuk mengenali sifat-sifat Allah dengan menggunakan
kebebasan daya kemampuan akal kerana tidak menjamin dari
kesilapan dan kesalahan kerana kesilapan ini bererti satu pendustaan
ke atas Allah dan juga sifat-sifatNya.Al-Quran telah memberikan
peringatan yang sangat keras dan ancaman ke atas mereka yang
mereka-mereka pendustaan ke atas Allah seperti firmanNya;

            

      

 

Terjemahan: Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang


membuat-buat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran
ketika datang kepadanya? bukankah di neraka Jahannam tersedia
tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir” (Surah al-Zumar: 32).
1. Berdasarkan hakikat ini,maka aqidah islam telah
merumuskan bahawa

1. wajib kita menerima dan mensifatkan Allah dengan segala sifat yang
dinamakan oleh Allah sendiri dengan lafaz yang telah ditetapkan oleh
Allah samada melalui wahyuNya atau melalui RasulNya.

2,adapun yang tidak disifatkan atau disebutkan oleh al-Quran dengan


lafaz-lafaznya,maka kebanyakan para ulama berpendapat tidak
dibenarkan untuk menyebut dan mensifatkan Allah kerana ditakuti
boleh menyebabkan kekurangan kepada kesempurnaan Allah dan
kemahasucianNya.

3.sifat-sifat yang thabit membuktikan kesempurnaan dan


kemahasucian Allah maka para ulamak sepakat membenarkannya
sekalipun sifat tersebut tidak disebutkan dalam al-Quran dan al-
Sunnah.

4.3 Hukum Mengenal sifat Allah


Hukum mengenali sifat-sifat Allah adalah difardukan bagi setiap
muslim secara ijmal iaitu mengenal dan mengimani bahawa Allah
wajib dari segi syarak dan akal bersifat dengan segala sifat keagongan
dan kebesaran serta sifat-sifat kesempurnaan yang lain.Bagi
masyarakat islam,menjadi fardhu kifayah pada hukum mengenal sifat
Allah ini iaitu mesti ada salah seorang dari ahli masyarakat atau
kumpulan umat islam untuk mengetahui tentang sifat Allah ini secara
tafsili atau terperinci berdasarkan dalil-dalil.
Hal ini kerana,apabila adanya seorang atau sekumpulan dari
masyarakat yang mencapai taraf sedemikian dapat melepaskan
tanggungjawab bersama dari setiap anggota masyarakat islam dan
terlepasnya dosa dari kalangan mereka.Namunpun begitu,perlu
ditegaskan bahawa islam sangat-sangat menggalakkan setiap individu
muslim supaya mengenali Allah melalui sifat-sifatNya dengan lebih
luas lagi dari batasan yang fardhu ain kerana semakin mendalam
pengenalan kita kepada sifat-sifatNya maka semakin luas pula
makrifah kita kepada Allah.

4.4 Bahagian-bahagian sifat Allah


Sifat-sifat kesempurnaan Allah tidak terhingga banyak nya, tiada
siapapun yang mengetahuinya melainkan Allah jua. Namun
demikian,kita diwajibkan mengetahui dan mengenali sebahagian
daripada sifat-sifatNya. Sifat-sifat Allah itu bolehlah dibahagikan
kepada tiga bahagian;

• Sifat zatiyah iaitu sifat yang wajib bagi zat Allah.Sifat ini
terbahagi pula kepada sifat nafsiah, sifat salbiah dan sifat
thubutiah atau ma’ani.

• Sifat fi’liah iaitu sifat-sifat yang harus oleh Allah bersifat


dengannya dan juga boleh bersifat dengan lawannya seperti al-
Khalq,al-Rahmah dan lain-lain.

• Sifat khabariah iaitu sifat-sifat yang thabit melalui perkhabaran


yang benar dan yakin yang mana pada lahir lafaznya serupa
dengan makhluk seperti al-Wajh,al-‘Ayn dan seumpamanya.
Apabila terdapat ayat-ayat yang menyebut sifat-sifat
khabariah maka aqidah islam memastikan bahawa;

• Wajib menerima ayat-ayat sifat seperti yang dinaskan oleh al-


Quran dan as-sunnah tanpa tasybih iaitu menyamakan dengan
sifat makhluk.

• Wajib mentaqdis dan mentanzihkan Allah;zat,sifat dan af’alNya


dari apa juga bentuk jisim atau yang sehubungan dengan jisim.

• Wajib meyakini bahawa makna sifat-sifat khabariah dimaksudkan


oleh Allah itu layak dengan keagongan dan kesempurnaan Allah.

• Wajib mengakui kelemahan diri kita untuk mengetahui


hakikatNya.

4.5 Beberapa Perkara-Perkara Asas Yang Perlu Difahami Dan


Diterima Dalam
Masaalah Sifat.

Menurut pendapat Prof.Dr.Salah Abdul ‘Alim Ibrahim,yang


dimaksudkan dengan sifat di sini ialah segala yang dihubungkan atau
disandarkan kepada zatullah melalui dalil aqli dan naqli. Ia juga
menafikan segala bentuk kekurangan pada zatullah.
Nas-nas aqli dan naqli tersebut wajiblah diimani dan diterima
secara sekaligus tanpa ada pengasingan.Setelah kita mempelajari nas-
nas yang jelas,maka kita akan mengetahui bahawa Allah maha suci
dari menyerupai dengan makhluk yang baharu.Malahan nama-nama
dan sifat-sifat Allah adalah tidak menyamai makhlukNya.
4.6 Dalil-Dalil Ke Atas Sifat-Sifat Allah SWT

Semua sifat-sifat Allah adalah thabit dengan dalil.Di antaranya yang


hanya thabit dengan dalil naqli atau wahyu dari kitab dan sunnah yang
sahih,seperti sifat-sifat khabariah.Adapun sifat-sifat yang lainnya
samada sifat salbiah atau thubutiah adalah thabit dengan kedua-dua
dalil naqli dan aqli.Hakikat ini menepati dengan manhaj atau metode
al-Quran dalam mengisbatkan aqidah.

4.7 Hubungan Antara Dalil Akli Dan Nakli

Dalil Aqli
Dalil aqli merupakan dalil yang dihasilkan dari proses pemikiran
secara baik.Ia dapat mencapai natijah yang baik jika mengikut syarat-
syaratnya.Contohnya,akal yang waras berpandukan kebenaran dapat
mengakui kebenaran sifat Allah tanpa bersandarkan wahyu.Contoh
tersebut diperkemaskan lagi dengan fenomena alam semulajadi yang
mempunyai bukti ke atas sifat-sifat tersebut.Namun begitu,dalil aqli
tidak bersifat qat’I dan mutlak.

Dalil Naqli
Dalil naqli ialah wahyu Ilahi khususnya al-Quran dan al-Hadis.Ianya
bersifat qat’i dan datang secara langsung dari Allah.Dalil ini
berasaskan keyakinan yang mantap dan bukannya berdasarkan taqlid
yang membabi buta.
Sehubungan dengan itu,akal dan wahyu tidak seharusnya
dipisahkan,ini kerana tanpa wahyu,akal akan sesat dan menyimpang
dari kebenaran.Manusia yang hanya menggunakan akal untuk
mengenal Allah dan sifat-sifatNya akan menyebabkan pandangan
mereka bercampur dengan kesyirikan. Hanya manusia yang menerima
wahyu ilahi mendapat keredhaan Allah taala.

KESIMPULAN
Manusia di jadikan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan. Namun
begitu Allah juga menjadikan manusia kekurangan. Manusia boleh
mengenal Allah hanyalah melalui sifat dan nama-nama Allah sahaja
tidak pada zatnya. Allah menjadikan manusia akal fikiran. Akal inilah
yang membolehakan manusia menjadi khalifah di bumi. Akan tetapi
Allah melarang menusia berfikir untuk mengenalnya melaui (menkaji)
zat nya supaya akal mereka tidak rosak.

Anda mungkin juga menyukai