Anda di halaman 1dari 2

PENYAKIT, PEROSAK TANAMAN CEMPEDAK DAN CARA KAWALANNYA

PENYAKIT:

Mati rosot
Penyakit yang paling serius untuk tanaman cempedak ialah penyakit bakteria yang
disebabkan oleh pathogen Erwinia carotovora yang menyerang bahagian dahan dan
pangkal pokok. Pada permulaan serangan, daun-daun yang dijangkiti penyakit akan
menguning. Bahagian dahan yang diserang mengeluarkan pembesaran damar yang
berwarna putih kekuningan. Permukaan kulit menjadi lembut, berair dan berbau busuk.
Apabila kulit dikopek, permukaan kayu di dalamnya telah bertukar ke warna perang.
Untuk membasmi, cantas dahan-dahan yang diserang dicantas dan bakar. Bagi
jangkitan yang telah parah, pokok perlu ditebang dan dibakar. Semua alat yang
digunakan untuk memotong dan memangkas pokok hendaklah dibasmi kuman dengan
mencelupkannya di dalam alkohol 85% atau formalin 3%.

Reput putik buah


Serangan kulat Rhizopus artocarpi atas putik-putik buah mengakibatkan putik-putik
menjadi hitam dan gugur. Sembur racun kulat seperti cuprous oxide dengan kadar 0.2%
bahan aktif dua minggu sekali pada peringkat pembungaan adalah disyorkan.

MAKHLUK PEROSAK :

Pengorek buah (Margaronia caesalis)


Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya
dan meningalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari
lubang ini. Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas.

Pengorek batang (Apriona flavescens)


Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk
matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke
batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk
menjadi kuning dan kering. ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

Lalat Buah (Backtrocera spp.)


Bertelur di dalam buah yang hampir masak. Mengorek dan memakan isi buah.
Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas. Penggunaan
umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion dan disembur
ke daun. Penggan bahan penarik methyleugenol untuk memerangkap lalat buah.

Anda mungkin juga menyukai