Anda di halaman 1dari 20

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Mohd Abdoh Bin Haji Awang Damiat Ketua Unit Kli, Jabatan pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Brunei Darussalam

Abstrak: Permainan gulintangan adalah merupakan kesenian yang berbentuk Gongs Ensemble yang diwarisi dari Kurun ke-13 (Awang, 21: 1978). Kesenian ini adalah merupakan hak keistimewaan dan kuasa atau pengaruh kaum bangsawan dan puak Sakai (Juned, 3: 1998). Cara pengajaran yang dilakuanakan adalah cara langsung (rote learning). Sehingga pada tahun 1980 an terdapat kekurangan guru dan pakar permainan gulintangan. Memandankan kekurangna pakar dan pemuzik gulintangan serta keperluan yang tinggi terhadap permainan ini kegiatan kenegaraan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum memulakan projek memperkenalkan latihan dan kajian untuk meramaikan pemuzik gulintangan serta menyebarluaskan permainan ini.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit Ketua Unit Akli Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan

Pendahuluan.........................................................................................................2 Sejarah Perkembangan Permainan Gulintangan Disekolah-sekolah. ..................3 Peranan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum. ...........................................3 Teknikal. ............................................................................................................4 Logistik. .............................................................................................................5 Perkembangan......................................................................................................6 Penekanan persembahan kepada lagu wajib....................................................6 Instrumentasi bagi Lagu Pilihan. .......................................................................7 Penyelarasan Pukulan dan Bunyi Lagu-Lagu Gulintangan. ..............................7 Hasil......................................................................................................................8 Cabaran. ...............................................................................................................8 Hala-tuju. ..............................................................................................................9 Penutup. .............................................................................................................10 Bibliografi. ...........................................................................................................10 Lampiran 1..........................................................................................................11 Lampiran 2..........................................................................................................12 Lampiran 3..........................................................................................................13 Lampiran 4..........................................................................................................14 Lampiran 5..........................................................................................................18

Pendahuluan.
Permainan gulintangan adalah merupakan kesenian yang berbentuk Gongs Ensemble yang diwarisi dari Kurun ke-13 (Awang, 21: 1978). Kesenian ini adalah merupakan hak keistimewaan dan kuasa atau pengaruh kaum bangsawan dan puak Sakait (Juned, 3: 1998). Cara pengajaran yang dilaksanakan adalah cara langsung (rote learning). Sehingga pada tahun 1980an, terdapat kekurangan guru dan pakar permainan gulintangan manakala keperluan bagi pasukan gulintangan adalah tinggi, Disebabkan keperluan inilah

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) maka Jabatan Pendidikan Kokurikulum memulakan projek memperkenalkan latihan dan membuat kajian bagi meramaikan pemuzik gulintangan, dengan memulakannya diperingkat sekolah-sekolah.

Sejarah Perkembangan Permainan Gulintangan Disekolah-sekolah.


Pada tahun 1993, satu kertas kerja perlaksanaan permainan gulintangan disekolah-sekolah telah dirangka dan dihadapakn kepada Kementerian Pendidikan. Setelah mendapat kelulusan dan diperuntukan bagi perlaksanaan pun diperolehi, satu kursus bagi guru-guru mewakili semua sekolah menengah dan maktab-maktab telah diadakan pada tahun 1994. Pada tahun yang sama juga satu pasukan gulintangan guru-guru juga telah ditubuhkan bagi memenuhi undangan acara-acaa kenegaraan termasuk acara Kementerian Pendidikan.

Pada tahun 1995, Pertandingan Gulintangan Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab telah diadakan, dimana penyertaan ialah sebanyak 7 buah pasukan. Tahun demi tahun Pertandingan in diadakan dan telah enarik ramai penyertaan dari sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab. Mulai dari tahun 1996, pasukan yang telah ditubuhkan disekolah-sekolah juga didedahkan dengan acara kenegaraan dan acara sekolah.

Peranan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.


Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum merangkumi tugas-tugas memantau, menyelenggara, melaksanakan dan menilai kegiatan-kegiatan yang berbentuk

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) kesenian, kebudayaan, akademik dan pasukan beruniform. Unit ini bertugas dalam empat bidang tugas utama iaitu

1. selaku pelaksana kegiatan dan pertandingan diperingkat daerah dan negara, 2. melaksanakan program latihan dan perkembangan kepada penuntut dan guru-guru, 3. mengekalkan dan berkerjasama dengan agensi lain dari Jabatan dalam kegiatan yang serupa serta 4. membuat penyelidikan bagi perlaksanaan dan pembaikan kegiatan luar sekolah-sekolah.

Teknikal.
Bagi kegiatan permainan gulintangan, penyelidikan awal telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Unit Akli dengan kerjsama Bahagian Budaya, Kementeiran Kebudayaan, Belia dan Sukan. Penyelidikan awal ini berkisar tentang perlaksanaan kesenian ini dan kaedah untuk perlaksanaan. Dalam kertas kerja tersebut dicadangkan agar kesenian ini dibuat dalam bentuk pertandingan bagi menarik minat penuntut mempelajari disamping menanamkan sifat perlu dalam mempelajari kesenian ini atas alas an mencari kemenangan.

Kertas kerja tersebut juga menggariskan kaedah penghakiman dan elemen yang perlu untuk dihakimkan, sehingga dipersyaratkan agar setiap pasukan dikehendaki membawa dua buah lagu, satu lagu wajib dan satu lagu pilihan.

Lagu wajib adalah terdiri dari lagu-lagu gulintangan yang khusus dimainkan bagi mengiringi keberangkatan atau permainan silat dan kuntau. Lagu pilihan pula adlah merupakan lagu-lagu kreatif yang boleh diadunkan dengan instrument

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) etnik yang lain seperti gambus, umpong, sedaman, dan intrumen moden seperti akordion dan biola.

Dalam kertas-kerja tersebut juga dicadangkan agar kursus bagi guru-guru dalam permainan ini diadakan bagi memperkenalkannya kepada guru-guru.

Logistik.
Berdasarkan kepada cadangan dalam kertas kerja berkenaan, peruntukan kewangan telah diluluskan pada tahun 1995 bagi program berkenaan dan langkah pertama bagi membekalkan peralatan tersebut kepada sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab. Pembekalan dilakukan secara berperingkatperingkat dan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum terlibat secara langsung dalam perlaksanaan pembelian dan pembekalan. Pada tahun-tahun permulaan, set gulintangan hanya dijadikan sebagai hadiah kepada pasukan yang menang dalam pertandingan berkenaan, sehinggalah pada tahun 1999, Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum membekalkan sebanyak 4 set setahun kepada 4 buah sekolah menengah dan maktab-maktab.

Peruntukan kewangan juga diperolehi bagi melaksanakan Pertandingan Gulintangan Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab Peringkat Negara. Peruntukan ini adalah bagi membiayai kos perbelanjaan bagi mengadkan pertandingan berkenaan, termasuk perjamuan dan hadiah-hadiah.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Perkembangan.
Dalam 11 tahun pertandingan tersebut dilaksanakan, terdapat beberapa pembaharuan dalam kesenian ini yang terbit dari kreativiti guru-guru dan penuntut-penuntut. Dalam masa yang sama juga, beberapa peraturan telah dikemaskinikan dan diubahsuai bagi memenuhi kehendak semasa.

Penekanan persembahan kepada lagu wajib.


Dalam dua tahun pertama, sekolah-sekolah lebih menupukan kepada lagu pilihan, dimana masa yang diperuntukkan adalah lebih kepada lagu kedua. Penyampaian lagu wajib (lagu gulintangan) kurang berkesan dan ini boleh ditafsirkan sebagai kurangnya ilmu dan kefahaman tentang lagu wajib. Hanya ada dua pilihan sahaja yang dipersembahkan sedangkan lagu gulintangan Brunei yang masih ada berjumlah lebih dari 10 buah.

Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Unit Akli telah mengadakan satu bengkel bagi menghalusi permainan gulintangan ini kepada guru-guru dan penekanan pada bengkel tersebut ialah mengenai lagu-lagu wajib. Pada masa yang sama, satu penyelidikan telah dibuat bagi mendokumentasikan lagu-lagu gulintangan berkenaan agar ianya mudah dipelajarai. Penulis juga pada waktu tersebut membuat penyelidikan tentang metodologi pengajaran gulintangan kepada penuntut-penuntut.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Instrumentasi bagi Lagu Pilihan.


Pada tahun 2000 dan 2001, instrumen moden seperti Gitar Bass, Keyboards dan Drums dibenarkan untuk dimainkan dalam kumpulan gulintangan. Walaubagaimanapun, terdapat kepincangan dalam penambahan tersebut, dimana pasukan-pasukan yang menyertai kebanyakannya memberi banyak penekanan terhadap instrument tersebut sehingga peranan instrument gulintangan tidak dititik beratkan.

Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada tahun 2002, mengambil inisiatif bagi untuk membuat perubahan kepada syarat-syarat pertandingan dimana peranan gulintangan perlu dititik beratkan. Instrumentasi juga telah dikemaskinikan dengan hanya membenarkan instrument akustik dan tradisional sahaja (termasuk akordion dan biola).

Penyelarasan Pukulan dan Bunyi Lagu-Lagu Gulintangan.


Disebabkan oleh banyak pembaharuan dalam permainan gulintangan sehingga kurang penekanan terhadap keaslian pukulan, terutama sekali Lagu Wajib, maka Unit Akli sekali lagi membuat perubahan dan tambahan kepada syarat-syarat pertandingan pada tahun 2004. Ini berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh penulis mengenai permainan lagu-lagu gulintangan (Ayasan, Kudidi, Gabungkuk, Serirama, Gandang Parang dan Gandang Sakai).

Garispandu Memainkan Lagu Gulintangan (Lagu Wajib) yang diterbitkan oleh Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Garispandu tersebut menghuraikan instrumentasi bagi setiap lagu dan tatacara memulakan dan menutup permainan. Peerbitan garispandu ii juga adalah perlu bagi mengkuantifikasi pemarkahan

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) yang dulunya agak subjektif. Penulis juga telah memberikan nama (nomenclature) bagi pola ritma yang terdapat didalam permainan gulintangan.

Hasil.
Kesenian gulintangan ini sejak diperkenalkan sebelas tahun lalu telah membuahkan hasil yang positif kepada sekolah-sekolah menengah dan maktabmaktab, dimana ia jelas menampakkan peningkatan dari jumlah pemain gulintangan dapat diperolehi. Terdapat juga peningkatan dari jumlah sekolah yang mempunyai pasukan gulintangan mereka sendiri serta peningkatan dari segi keperluan persembahan

Sehingga kini, segala keperluan untuk persembahan gulintangan baik di peringkat kampong, mukim, sekolah, daerah, negara dan antarabangsa dapat dipenuhi. Peningkatan dari segi kualiti permainan juga dapat dirasa dimana kumpulan gulintangan sekarang ini semakin kompetitif dan menjurus kearah profesionalisme. Terdapat juga beberapa kumpulan yang bergabung dengan Production House bagi memenuhi acara keraian dan persembahan bagi aktiviti pelancungan dan sebagainya.

Cabaran.
Cabaran utama bagi mana-mana pasukan gulintangan ialah dalam memperolehi instrument gulintangan. Pembuatan gulintangan tradisional Brunei sudah pupus kerana tidak ada pewaris pembuatan industri tersebut yang aktif. Instrumen gulintangan hanya diperolehi dari Indonesia dan menggunakan skel C major.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Cabaran kedua pula ialah penerimaan dan penilaian masyarakat terhadap pemuzik gulintangan dan tradisional. Penilaian terhadap pemuzik gulintangan adalah ditahap permulaan kerana masyarakat belum dapat menilai profesionalisme pemuzik gulintangan. Ini terbukti dengan jumlah pembayaran

yang sedikit diterima berbanding dengan kumpulan rock, jazz dan pop yang lain. Berdasarkan kepada pembayaran yang minima ini juga beberapa kumpulan gulintangan hanya aktif di hari-hari perayaan dan hanya memenuhi undangan orang-orang tertentu sahaja.

Hala-tuju.
Pada tahun 2005 ini, satu cadangan bagi meluaskan skop pasukan gulintangan disekolah-sekolah telah dibuat dan proses penubuhan sebuah Orkestra Gulintangan dibawah Pusat Perkembangan Kesenian. Orkestra Gulintangan ini akan enjadi satu wadah bagi Kemetnerian Pendidikan khususnya dan Negara amnya. Ia diharpakan akan menjadi sati kumpulan kesenian yang dapat mengangkat martabat kesenian gulintangan dan seterusnya menjadikan penyelidikan dan perkembangan muzik ini ketahap yang lebih mencabar.

Orkestra Gulintangan akan menghimpunkan pemuzik terbaik dari sekolahsekolah untuk diajar secara teratur teori dan praktikal muzik dan seterusnya didedahkan dengan ilmu seni pertunjukan. Penubuhan Orkestra Gulintangan ini juga akan menjadi batu loncatan bagi penuntut yang berminat dalam kesenian dan muzik untuk meneruskan karier mereka dalam muzik.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

10

Penutup.
Strategi perlaksanaan kesenian gulintangan untuk sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab terbukti berkesan dan merealisasikan matlamat yang telah digariskan. Menanai cabaran-cabaran yang mendatang serta memfokus kearah hala tuju adalah merupakan strategi seterusnya dalammendukung wawasan Dasar Kebudayaan Negara, seterusnya untuk memastikan survival kesenian ini dimasa akan datang.

Bibliografi.
Awang, Ahmad., Alai Sekap, Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 1978. Juned, Haji Ramli, Muzik Tradisi Brunei Satu Pengenalan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kertas Kerja dalam Bengkel Budaya, 1998. Mohd Amin, Haji Sirat, Dasar Kebudayaan Negara Gerakan dan Pelaksanaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kertas Kerja dalam Bengkel Budaya, 1998. Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, The Arts and Culture Management in Education Brunei Darussalams Perspective, SEAMEO-SPAFA, Kertas Kerja dalam Seminar mengenai Pengurusan Seni dan Budaya, 1999. Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, Metodologi Pengajaran Gulintangan kepada Penuntut-Penuntut, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kertas Kerja dalam Bengkel Permainan Gulintagnan bagi Sekolah-Sekolah, 2002. Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, Menjadi Guru Pengawas Pasukan Gulintangan Satu Pengalaman, Jabatan PEndidikan Kokurikulum, 2003. Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, Garispandu Memainkan Lagu Gulintangan (Lagu Wajib), Jabatan Pendidikan Kokurikulum, 2005.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

11

Lampiran 1.
TUJUAN. Mewujudkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berwibawa dalam mendukung nilai-nilai kebudayaan Brunei. Membentuk pelajar-pelajar berdisiplin seperti ketaatan dan keyakinan kepada diri sendiri samada semasa dalam latihan persembahan atau pertandingan. Untuk memberikan peluang yang luas kepada pelajar-pelajar untuk menikmati irama seni pusaka lama yang berunsurkan keBruneian. Untuk mewujudkan daya kreativiti pelajar dalam mengadun permainan alatan musik tradisional dan moden yang berbentuk contemporary

MATLAMAT. Untuk membentuk dan menyediakan kumpulan gulintangan tanah air yang bermutu tinggi bagi keperluan semasa samada di dalam negeri atau di luar negeri. Untuk memberikan peluang yang luas kepada para pelajar untuk berinteraksi dan bergaul dalam suasana yang harmoni bagi melahirkan sifat dan peribadi yang murni, tolong menolong, bertolak ansur dan bersefahaman.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

12

Lampiran 2.
KRITERIA PENGHAKIMAN

BIL 1 2 3

PERKARA [LAGU WAJIB] Tempo Keaslian lagu Pukulan Harmoni JUMLAH

MARKAH 25 20 15 60

BIL 1 2 3

PERKARA [LAGU PILIHAN] Penggubahan Tempo Pukulan Harmoni JUMLAH Penampilan, Tertib dan pakaian JUMLAH KESELUHAN MARKAH

MARKAH 10 10 10 30 10 100

Jika Terdapat Persamaan Markah: Markah Tertinggi lagu wajib menjadi pemenang atau Markah tertinggi tempo menjadi pemenang atau Mengikut susunan criteria perkara permarkahan di atas

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

13

Lampiran 3.
TUAN RUMAH DAN PEMENANG PERTANDINGAN GULINGTANGAN ANTARA SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB SENEGARA TAHUN 1995-2005
TAHUN 1995 PENYELENGGARA Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB Sekolah Menengah Berakas Sekolah Menengah PAP Hajjah Masna, Lambak Kanan Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Jalan Muara Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, BSB Sekolah Beribi Telanai JOHAN Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Menengah PAP Hajjah Masna, Lambak Kanan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, BSB Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Menengah Sayyidina Hassan NAIB JOHAN Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan TEMPAT KETIGA Sekolah Menengah Awang Semaun, Lumapas Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong Sekolah Menengah Berakas Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, BSB Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara

1996

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sekolah Menengah PAP Hajjah Masna, Lambak Kanan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Jalan Muara Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam, BSB Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

1997

1998

1999

2000

2001 2002

2003

2004

2005

Sekolah Menengah Sayyidina Hassan

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

14

Lampiran 4.

GARISPANDU MEMAINKAN LAGU GULINTANGAN (LAGU WAJIB)


Edisi Pertama

25 MEI, 2004 DISEDIAKAN OLEH UNIT KEGIATAN AKLI, JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

Senarai lagu dan garispandu didalam memainkan lagu gulintangan dalam kertas ini adalah sebagai panduan bagi Perlaksanaan Peraduan Gulingtangan Sekolah-Sekolah Menengah dan MaktabMaktab, Peringkat Negara anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Garispandu ini digunakan bagi tujuan penghakiman dan persediaan pasukan yang akan menyertai peraduan ini. Lagulagu gulintangan yang ada didalam garispandu ini adalah tidak terhad.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

15

GARISPANDU MEMAINKAN LAGU GULINTANGAN (LAGU WAJIB)


1. Kudidi / Seirama a. Instrumentasi 2 gendang labik dimainkan menggunakan lidi 1 gong dua bandingan 1 canang tiga 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 canang satu 1 gulintangan

b. Urutan permulaan [asli ] Gendang labik imam Gendang labik tingkah Intro gulitangan Gong, tawak-tawak, canang tiga, canang satu [ serentak ] c. Urutan permulaan [ kreatif ] Gendang labik imam Gendang labik tingkah Gong, tawak-tawak, canang tiga, canang satu [ mengikut selera penyusun satu persatu atau serentak ] d. Penutup Gulitangan memainkan irama penutup Gendang labik tingkah main gendang imam [ serentak ] 2. Gabungkuk a. Instrumentasi 2 gendang labik imam [ tangan ] _ tingkah [ lidi ] 1 gong dua bandingan 1 canang Satu 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 gulitangan

[ bagi tujuan pertandingan, dibenarkan menggunakan canang tiga pilihan pasukan ] b. Urutan permulaan gong dua bandingan canang Satu gendang imam [ intro ] gulitangan, tawak-tawak, gendang [ tingkah ] - serentak

c. Penutup Semua instrumen semakin perlahan [ fade-out ]

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

16

3. Ayasan a. Instrumentasi

2 gendang labik [ menggunakan tangan ] 1 gong dua bandingan 1 canang Satu 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 canang tiga 1 gulintangan

b. Urutan permulaan [ asli ] 1 canang Satu gendang imam gendang tingkah gulintangan gong, tawak-tawak, canang tiga [ serentak ] c. Urutan permulaan [ kreatif ] Canang Satu Gendang imam Gendang tingkah Gong, tawak-tawak, canang tiga [ menurut susunan atau serentak ] Gulintangan d. Penutup Gulitangan memainkan irama penutup 4. Gelombang Berteduh a. Instrumentasi 2 gendang labik _ imam [ lidi ] _ tingkah [ tangan ] 1 gong dua bandingan 1 canang Satu 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 canang tiga 1 gulintangan b. Urutan permulaan [ asli ] gendang labik imam gendang labik tingkah intro gulintangan gong, tawak-tawak, canang tiga , canang satu [ serentak ]

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

17

c. Urutan permulaan [ kreatif ] Gendang labik imam Gendang labik tingkah Gong, tawak-tawak, canang tiga, canang satu mengikut selera penyusun satu persatu atau serentak ] d. Penutup Gulitangan memainkan irama penutup

Pecahan Pola Ritma [ Rhythmic Pattern ] dalam Lagu Gulintangan A. Pembukaan B. Bunga naik C. Bunga turun D. Bunga pemanis naik E. Bunga pemanis turun F. Penutup

Dinamika [ Dynamics ] dalam Lagu Gulintangan i. Hujan belari = a. mf / p b. p / mf Disediakan oleh:Awang Mohd Abdoh Haji Awang Damit Penyelaras Akli Merangkap ICT, Jabatan Pendidikan Kokurikulum. 2004

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

18

Lampiran 5.

PUSAT PERKEMBANGAN SENI, JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM.


Rasional.
Dengan adanya sokongan Kementerian Pendidikan mengenai program muzik dan pendidikan seni, maka satu pusat perkembangan seni akan dikendalikan oleh Unit Akli. Pusat Perkembangan Seni, Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan dijadikan sebagai wadah untuk berkarya dan menimba ilmu pengetahuan bagi penuntut dan guru-guru bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang kesenian.

Tujuan.
1. Latihan bagi penuntut dan guru-guru untuk berkarya. 2. Penyimpanan peralatan degnan selamat dan teratur. 3. Pengajaran Muzik, Seni Lukis, Drama dan Tarian Brunei asli. 4. Pusat Rujukan dan maklumat kegiatan kesenian bagi sekolah-sekolah.

Strategi Perlaksanaan.
1. Menubuhkan orkestra gulintangan. 2. Kelab kesenian guru-guru.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) 3. Pancaragam Sekolah. 4. Tarian dan Drama untuk Sekolah-Sekolah Menengah.

19

Orkestra gulintangan.

Orkestra gulintangan akan mempunyai komponen berikut; 1. Kumpulan gulintangan: mengandungi gulintangan, tawak-tawak, canang dan gong. 2. Kumpulan seruling: mengandungi Soprano Recorder, Tenor Recorder, dan Baritone Recorder. 3. Kumpulan rhythm: mengandungi guitar, keyboard, bass guitar, accordion dan gambus. 4. Kumpulan percussion: mengandungi bass drum, snare drum, drum set, hadrah, sedaman dan sebagainya.

Tenaga pengajar akan terdiri dari bekas pegawai dan guru yang sudah berpencen dan akan diberikan elaun mengajar sebanyak $14.50 se jam.

Kelab kesenian guru-guru.

Kelab ini akan menggumpulkan guru-guru yang berminat dalam bidang kesenian dan kebudayaan seterusnya menjadikan mereka sebgai tenaga pengajar kepada penuntut. Kumpulan guru-guru ini juga akan dikehendaki untuk menjadi sumber jika ada keperluan oleh sekolah-sekolah dan agensi-agensi yang lain.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

20

Pentadbiran.
Banglo B4, Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan dijadikan Pusat Perkembangan Seni dan akan mengandungi bilik-bilik seperti berikut;

1. Dewan Latihan Utama. 2. Studio Latihan & Stor Kumpulan Gulintangan. 3. Studio Latihan & Stor Kumpulan Seruling. 4. Bilik Latihan Teori. 5. Perpustakaan / Penyimpanan Lagu-Lagu. 6. Bilik Digital Art / Studio Lukisan. 7. Lobi / Galleri. 8. Bilik Rehat / Dapur. 9. Studio Latihan Kelompok 3 buah. 10. Stor.

Pusat ini akan ditadbir oleh Ketua Unit Akli dan mempunyai 3 orang pembantu (Kewangan da Pentadbiran, Tarian dan Seni Rupa serta Muzik).

Anda mungkin juga menyukai