Anda di halaman 1dari 3

PEMARKAHAN RUBRIK

Skema pemarkahan atau penskoran rubrik merupakan skema yang dibuat oleh guru atau
penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau proses yang dilakukan oleh pelajar.

 Kegunaan pengskoran rubrik:

1. Diperlukan untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang dilakukan oleh murid.

2. Digunanakan sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat oleh pelajar.

3. Juga digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga pembentangan lisan oleh pelajar.

4. Kegunaanya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya bergantung kepada aras gred atau
subjek.

Pengskoran rubrik menyediakan panduan pada setiap aras yang diperlukan untuk menilai pelajar.
Panduan penialain ini membolehkan pelajar memahami mengapa mereka mendapat sesuatu markah
dan mereka perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan.

 Kelebihan pengskoran rubrik:

1: Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai.

2: Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian


mereka.

PENGSKORAN HOLISTIK

Skema pemarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan. Skema ini sesuai bagi
pemarkahan soalan berbentuk karangan atau esei. Pemarkahan diberi berdasarkan impression.
Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa terlebih dahulu secara keseluruhan jawapan
yang diberikan oleh murid dan kemudian mengelaskan atau menelompokkan pencapaian mengikut
kelompok pencapaian ikut kumpulan atau kelompok pencapaian sebelum menganggarkan
pemberian markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.
Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan benar-
benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.
 Contoh skema pemarkahan secara holistik :

Markat Kriteria

5 Cemerlang-menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan


baik dan berkesan.

4 Baik-menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah


dengan baik dan berkesan.

3 Memuaskan- menguasai hampir sebahagian besar objektif dan


memberikan hujah dengan memuaskan.

2 Lemah – Menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah yang diberikan


tidak memuaskan.

1 Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan hujah


adalah lemah.

0 Gagal – gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah.

Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas
jawapan yang lebih cepat berbanding cara analitis. Walaupun begitu cara pemarkahan sebegini
kurang objektif. Langkah meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui mesyuarat
penyelarasan atau pemurnian markat antara guru berkenaan. Dalam mesyuarat berkenaanketua
bagi pemeriksaan skrip peperiksaan akan memberikan panduan memeriksa skrip jawapan diikuti
dengan latihan tertentu.

PENGSKORAN ANALITIK

Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik. Ia mengandungi nilai tara isi
kandungan, pengelolaan dan proses yg lebih khusus. Misalnya penentuan pemberatan jawapan,
banyaknya fakta serta kualiti hujah yang diberikan untuk pertimbangan, layak diberikan markat
penuh, dan agihan markat berdasarkan aspek seperti markat untuk isi, persembahan, bahasa
ataupun isi mengikut fakta.
 Contoh skema pemarkahan analitik :

Kriteria Aras Pencapaian

Bilangan 0-4 5-9 10 - 12


sumber

Ketepatan isi Tidak ada isi yang Sedikit isi yang Banyak isi yang
tepat tepat tepat

Organisasi Tidak dapat Sukar Senang


menyatakan menyakatan menyatakan
sumber sumber sumber
maklumat maklumat maklumat
diperolehi diperlehi diperolehi

Bibliografi Bibliografi Bibliografi Bibliografi


mengandungi mengandungi mengandungi
sedikit maklumat banyak kesemua
yang relevan maklumat yang maklumat yang
relevan relevan

Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan
skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa yang
lama lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon yang ramai.

Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan soalan berbentuk esei, langkah yang boleh
anda lakukan sebagai seorang guru adalah dengan cara:

1. Memahami kehendak soalan. Pemeriksa perlu benar-benar memahami kehendak soalan.

2. Menyediakan skema pemarkahan. skema harus fleksibel, iaitu boleh ditokok tambah dan dibaiki
apabila meninjau tindak balas calon. Murid mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat
dalam skema tetapi idea itu boleh diterima.

3. Mengadakan penyelarasan sebelum peperiksaan.

4. Memeriksa beberapa skrip jawapan murid terlebbih dahulu.

5. Memeriksa jawapan hingga selesai.

6. Mengelak daripada mengenali nama murid.

7. Memberikan ulasan pada kertas jawapan.

Anda mungkin juga menyukai