Anda di halaman 1dari 4

Pada era pascaglobalisasi ini, umat manusia telah melalui pelbagai jenis perubahan

dalam kehidupannya dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan ini merangkumi


berbagai-bagai aspek umpama sikap, akhlak, emosi dan perbuatan. Dalam hal ini,
pendidikan moral memainkan peranan penting dalam mengatur kehidupan manusia agar
senantiasa aman dan maju. Hal ini demikian kerana, terdapat peraturan berasaskan moral
dan etika dalam setipa kehidupan manusia yang akan menjadikannya lebih teratur dan tidak
terlibat dalam gejala-gejala negatif.

1. Etika

Sejak kebelakangan ini, etika telah muncul sebagai satu bidang kajian yang
merentas pelbagai disiplin. ETIKA berasal daripada perkataan Inggeris “ethic” yang diambil
daripada perkataan “ethos” yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan. Dari sudut yang lain pula, etika marupakan teori yang
berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu
tindakan suautu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkah laku seseorang
manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji moral, prinsip moral,
kaedah moral dan tindakan suatu perlakuan manusia yang betul. Konsep etika terbahagi
kepada tiga jenis pendekatan iaitu etika deskriptif, etika noramtif dan metaetika.

1.1. Etika Normatif

Pernyataan NORMATIF digunakan unutuk menegaskan sesuatu yang baik atau


jahat, benar atau salah dan diterima atau ditolak. Pernyataan normatif ini terbahagi kepada
beberapa persoalan. Antaranya, sesetengah pernyataan normatif berkait rapat dengan soal
estetika. Misalnya, “Tiada gadis yang dapat menandingi kecantikan Mariah”. Selain itu,
normatif yang melahirkan pernyataan nilai tentang soal logikal. Contohnya, “Hujah
penceramah itu tidak boleh diterima”. Akhir sekali, pernyataan normatif yang berkaitan
dengan soal agama. Sebagai contohnya, “Rogol itu suatu perbuatan yang dosa”.

1.2. Metaetika

Metaetika merujuk kepada konsep etika yang cuba untuk memahami andaian asas di
sebalik teori moral. Lebih mendalam lagi, ia adalah satu cabang etika yang bertujuan untuk
memahami sifat etika, kenyataan, sikap, dan pertimbangan etika. Ia juga merangkumi
pelbagai soalan tentang bagaimana kita mengetahui kebenaran moral dan cara-cara kita
belajar tentang fakta-fakta moral dalam kehidupan seharian. Dari segi yang lebih mendalam
pula, metaetika ialah suatu aliran mengkaji sesuatu peristiwa atau tindakan sama ada
tindakan atau peristiwa itu benar atau tidak. Dalam metaetika, tindakan atau peristiwa yang
dibincangkan, haruslah dikaji berdasarkan perkara itu sendiri dan impaknya.

Sebagai contohnya, seorang kanak-kanak telah menendang bola sehingga kaca


tingkap pecah. Dari segi metaetika, kebaikan dan keburukan terhadap tindakan ini mesti
dilihat dari sudut pandangan yang neutral. Pertamanya, dari sudut pandangan kanak-kanak
itu, ia tidak menjadi kesalahan kerana dalam dunia kanak-kanak memang itu adalah sekadar
permainan sahaja. Lebih-lebih lagi, dia tidak sengaja melakukannya. Walau bagaimanapun,
apabila dilihat dari pandangan pemilik tingkap tersebut, sudah tentu dia akan menganggap
perbuatan ini sebagai kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak itu. Pemilik tingkap
menganggap bahawa kerana dia merasakan dia telah dianiaya.

2. Banding beza etika normatif dan metaetika

ETIKA NORMATIF METAETIKA

DEFINISI  digunakan unutuk  menegaskan di mana


menegaskan sesuatu yang prinsip etika berasal dan
baik atau jahat, benar atau apa yang dimaksudkan.
salah dan diterima atau  untuk mengetahui sebab
ditolak. sesuatu peristiwa sama
ada betul atau salah.

BIDANG  ia digunakan untuk tingkah  dikaitkan dengan falsafah


laku manusia asas kerana kerana ia menganalisis
lebih praktikal. konsep etika asas.

FOCUS  memberi tunjuk ajar kepada  manusia haruslah


manusia apa yang perlu memahami maksud
dilakukan dan tidak boleh perkataan yang dikatakan.
dilakukan.
CONTOH  “Kumar ialah seorang budak  “Ini adalah senapang yang
baik”. baik”.
Maksudnya : Adakah Kumar baik Maksudnya : Adakah
dari segi moral? perkataan “baik” itu digunakan
kerana senapang itu berfungsi
dengan baik atau rupanya
cantik?

3. Kepentingan mempelajari ilmu etika dalam bidang perguruan

Konsep etika adalah sangat luas untuk dibicarakan serta didefiniskan. Grassian V.
(1987) berpendapat bahawa etika sebagai kajian falsafah berdasarkan moral, iaitu kelakuan
baik, sikap moral dan tanggungjawab dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Pada hal itu, setiap
insan haruslah belajar dan mempraktikan ilmu etika dalam kehidupan seharian mereka
terutamanya golongan pendidik atau pun dikenali sebagai guru. Hai ini demikian kerana,
guru-guru mempunya kedudukan yang istimewa dalam sesebuah masyrakat dan
tanggungjawab yang perlu dipikul. Terdapat pelbagai jenis kebaikan dalam mempelajari ilmu
etika ini dalam kehidupan seharian seorang guru. Antaranya ialah, dapat mencapai visi dan
misi sesebuah sekolah. Tugas seorang guru bukan sekadar mentransformasi pelajar atau
murid0murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga dengan sahsiah dan
keperibadian mulia. Memetik kata-kata daripada Kamarudin Kachar (1989), sebagai langkah
yang pragmatik untuk mencapai dasar ini, maka memerlukan guru-guru yang kompiten,
cukup cekap, adil, berdedikasi, amanah, bertnaggungjawab, jujur, berakhlak mulia,
berwibawa dan gigih berusaha. Akibat daripada kepemimpinan guru yang unggul tersebut
akan melahirkan anak-anak murid yang bertanggungjawab. Penerapan ini dalam kalangan
guru-guru akan memberikan impak yang positif dalam proses pembelajaran pelajar. Hal ini
demikian kerana, guru-guru perlu mempunyai personaliti dan ciri-ciri yang menarik untuk
diteladani oleh para murid.

Seterusnya marilah kita capahkan lensa perbincangan di bawah kata kunci, etika
melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Pada zaman millenium ini, isu-isu sensitif
dalam bidang pendidikan seperti guru menggunakan kata-kata kesat terhadap murid, guru
memukul murid sehingga berluka atau bercedera parah dan sebaganiya. Dalam hal ini
jelaslah bahawa ilmu etika adalah penting bagi guru untuk menjadi sebagai seorang
pendidik yang tabah, berakhlak mulia dan berkasih sayang semasa mengajar anak-anak
murid. Pembentukan akhlak dan nilai-nilai moral amat penting kepada seorang pendidik
supaya dapat mencerminkan sifat dan perlakuannya kepada pelajar. Sejak belakangan ini,
situasi pecah amanah dan kes-kes rasuah kerap berlaku dalam sesebuah pekerjaan demi
keuntungan diri sendiri. Perkara-perkara negatif ini berlaku akibat daripada kurangnya ilmu
etika dalam diri seseorang. Oleh hal yang demikian kerana, penerapan ilmu etika perlu
dalam diri setiap pendidik sejak awal pekerjaan lagi.

Di samping itu juga, dari sudut yang lebih mendalam ilmu etika melahirkan
masyarakat yang mampu hidup harmoni, aman damai dan berkembang maju. Seorang guru
yang mengamalkan ilmu etika dalam bidang perguruan dapat membina sebuah organisasi
yang kukuh, stabil dan berkembang maju. Hal ini demikian kerana, anadaikan setiap guru
mematuhi etika yang betul dapat kehidupan seharian mereka maka dapatlah menguruskan
sesebuah organisasi sekolah dengan mudah. Abdullah Zhidi bin Omar (2014) berpendapat
bahawa, etika organisasi adalah garis panduan untuk mengendalikan tugas-tugas seperti
berpegang teguh kepada prinsip cekap, jujur, adil, amanah, benar, telus dan
bertanggungjawab. Setiap guru wajarlah memahami dan melaksanakan ilmu etika seperti
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik, menepati masa, menghormati para
rakan sejawat guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar, senantiasa memberikam komitmen yang
sepenuhnya dalam melaksanakan wajaran yang ditawarkan dan sebagainya.

4. Kesimpulan

Sebelum pena diskusi melabuhkan noktanya, saya ingin menegaskan bahawa etika
merupakan seuatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini
demikian kerana, etika melahirkan manusia yang unggul dan utopia. Dengan mengamalkan
ilmu etika dalam kehidupan seharian, keputusan-keputusan yang dibuat oleh setiap orang
tidak dapat menyeleweng dari norma-norma sosial yang diperlukan dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai bukit sama didaki, lurah
sama dituruni supaya dapat menerapkan ilmu etika dalam kalangan pemuda pemudi sejak
kecil lagi. Usaha-usaha yang dilakukan oleh semua pihak mestilah dilaksanakan sehingga
akar umbi dan bukan sekadar hangat hangat tahi ayam. Tuntasnya, ilmu etika dapat
melahirkan masyarakat yang bebas daripada kancah-kancah negatif serta membentuk
negara yang aman dan damai.

Anda mungkin juga menyukai