Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

BILANGAN PERKARA MUKA SURAT

1 BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS i

2 HALAMAN PENGAKUAN ii

3 MUKA TAJUK iii

4 ISI KANDUNGAN 1

5 PENGHARGAAN 2

6 TUGASAN 1 3
-PENULISAN AKADEMIK

7 TUGASAN 2 13
-PEMBENTANGAN POWERPOINT

8 TUGASAN 3 19
-REFLEKSI

9 RUJUKAN 21

10 LAMPIRAN 22

1|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


PENGHARGAAN

Alhamdulillah saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan
kasih sayangNya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Alhamdulillah
kerana diberi kesihatan fizikal dan mental sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini.

Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Ahmad Azri Bin Murad, pensyarah
subjek Pendidikan Islam (GPI 1083) kerana memberi saya peluang untuk membuat tugasan
ini. Beliau tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang proses menyiapkan
tugasan. Tanpa tunjuk ajar dari beliau sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan kerja ini.

Seterusnya, terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya, Mohd Zamri Bin Ab
Rahman dan Mahani Binti Mahmud kerana membantu saya dari segi kewangan. Mereka
memberi sumbangan dalam bentuk wang untuk membeli barang-barang keperluan untuk
melaksanakan kerja kursus ini. Mereka juga memberi semangat dan dorongan kepada saya
untuk membuat kerja kursus ini dengan cepat dan baik.

Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan saya, terima kasih kerana membantu
menyumbangkan ilmu dan idea-idea yang bernas sehingga saya dapat melaksanakan
tugasan ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang membantu secara
langsung atau tidak langsung.

2|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


TUGASAN 1 (PENULISAN AKADEMIK)
Bincangkan peranan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pembentukan akhlak umat
Islam masa kini. Fokuskan perbincangan kepada 2 di antara akhlak-akhlak
Rasulullah iaitu ‘Sabar dan Syukur’

Peranan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pembentukan akhlak

Rasulullah SAW bersabda:

‘’ ُ‫ابُللاُُِ َوسنَّ ُةَُ َرس ْو ِل ِه‬ َّ ‫ضلُّ ْواُ َماُت َ َم‬


َُ َ ‫ُ ِكت‬:‫س ْكت ُْمُبِ ِه َما‬ ُِ ‫’’ت َ َر ْكتُُفِيْك ُْمُأ َ ْم َري‬
ُْ َ‫ْنُل‬
ِ َ ‫نُ ت‬
Maksudnya: “Aku tinggalkan kamu dua perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-
duanya maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”.

Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui
perantaraan malaikat Jibril secara mutawatir manakala As-Sunnah pula ialah perkataan,
perbuatan, takrir atau sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad. Al-Quran dan As-
Sunnah merupakan panduan hidup yang lengkap bagi seluruh umat manusia. Manusia sering
kali diberi peringatan berkaitan dengan akhlak namun ada sesetengah pihak yang tidak
menghiraukan teguran dan nasihat berikut.

Allah berfirman dalam surah Al-Qalam ayat 4:

Maksudnya: ‘Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia’.

Nabi Muhammad mempunyai akhlak yang terbaik yang harus dicontohi. Al-Quran dan
hadis banyak menceritakan mengenai akhlak orang-orang Islam, aqidah orang beriman dan
juga cara kehidupan mereka sesama masyarakat. Al-Quran juga ada menyebut mengenai
akhlak orang jahiliah yang suka minum arak, berjudi, merompak dan juga sering membunuh
anak perempuan. Aqidah masyarakat terdahulu amat teruk jika dibandingkan dengan aqidah
masyarakat setelah turunnya Al-Quran. Perjuangan para rasul yang ditentang oleh kaum
sendiri ketika menyampaikan dakwahnya juga dirakamkan dalam Al-Quran. Mereka juga
berusaha untuk menerapkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak
hadis yang menceritakan mengenai akhlak-akhlak rasul. Oleh itu, Al-Quran dan Hadith
mampu memainkan peranan dalam pembentukan akhlak.

3|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


Akhlak Rasulullah mengenai sabar dan syukur

ُُُُُُAllah menjelaskan bahawa orang yang beriman ialah orang yang mempunyai sifat sabar
ketika menghadapi sebarang musibah. Allah timpakan ujian kepada umatNya adalah untuk
menguji tahap kesabaran dan keimanan yang ada dalam diri umat Islam. Junjungan besar
Nabi Muhammad SAW walaupun dakwahnya sering ditentang oleh kaumNya, baginda tetap
sabar dan tidak berputus asa untuk menyampaikan ajarannya kepada mereka. Baginda juga
sering kali dituduh penyihir dan orang gila oleh orang musyrikin Mekah kerana baginda
menyampaikan ajaran yang bertentangan dengan tradisi mereka (Sifuli, 2010) . Bagi
mengembirakan hati Rasulullah, Allah berfirman ‘’Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad)
akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil
memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam’’
(Surah Qaaf, ayat 39). Ujian yang Allah timpakan kepada nabi-nabi terdahulu lebih berat
berbanding ujian yang ditimpakan kepada kita. Jika umat Islam menghayati konsep sabar dan
menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’, sudah pasti masalah akhlak dalam umat Islam
dapat dielakkan.

Seterusnya mengenai syukur. Nabi Muhammad SAW hidup serba sederhana dengan
pakaian yang sedikit, makanan yang kadangkala tidak cukup dan rumah yang kecil. Namun
Rasulullah tetap bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan oleh Allah kepada baginda.
Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat kepada para sahabat. Para sahabat merasa
hairan melihat baginda bergerak dengan sukar dan mereka juga terdengar sesuatu seolah-
olah sendi baginda bergesel antara satu sama lain. Saidina Umar bertanya kepada baginda
mengenai kesihatan Rasulullah namun baginda mengatakan bahawa baginda sihat. Setelah
ditanya berulang kali akhirnya baginda mengangkat jubahnya lalu sahabat dapat melihat perut
baginda dililit dengan kain yang mengandungi batu-batu untuk menahan rasa lapar. Para
sahabat sangat terkejut dan sedih melihat keadaan Rasulullah. Bagi mengelakkan mereka
berasa bersalah lalu baginda berkata “Biarlah kelaparan ini ditanggung olehku supaya umatku
tidak ada yang lapar di dunia dan di akhirat kelak” (Fitri, 2014). Kisah ini telah menunjukkan
bahawa Rasulullah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah. Walaupun baginda lapar,
baginda tetap mengerjakan ibadat kepada Allah sebagai tanda baginda bersyukur.

4|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


Konsep dan kelebihan ‘Sabar dan Syukur’

Sabar

Rasulullah S.A.W bersabda:

ُ‫ضيَاء‬ َّ ‫اَل‬
ِ ‫صبْر‬
(H.R.Muslim)

Maksudnya: Bersabar adalah cahaya yang gilang-gemilang

Dalam bahasa arab, sabar bermaksud menahan atau mengikat. Maksud sabar dari segi
istilah ialah menahan diri daripada menderita terhadap perkara yang tidak disenangi dengan
penuh keredhaan dan menyerahkan diri kepada Allah (Al-Ghazali, 2002). Imam Al-Ghazali
memberi maksud sabar ialah pertarungan antara nafsu dan agama. Manakala Saidina Ali Bin
Abi Talib menafsirkan perkataan sabar ialah ketika melakukan perkara yang disukai dan
meninggalkan apa yang tidak disukai (Azmie, 2001).

Sabar diperlukan dalam mengerjakan perintah Allah. Misalnya dalam menunaikan ibadat
solat kepada Allah.

Dalam surah Taha ayat 132, Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan


hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik
adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa bersabar ketika mengerjakan ibadah kepada
Allah dan sentiasa istiqamah kerana Allah telah menjanjikan syurga bagi umatNya yang
mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Solat dapat membentuk akhlak
seseorang muslim untuk menjadi lebih baik. Firman Allah “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya
solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. “ (Surah al-Ankabut ayat 45). Ayat
ini jelas menunjukkan solat dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara yang
dapat merosakkan akhlak manusia (Paradi, 2016).

5|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


Manusia juga harus bersabar ketika berdoa memohon pertolongan daripada Allah dan
bersabar ketika menunggu Allah memakbulkan doa. Seseorang umat Islam seharusnya
menjaga adab ketika berdoa kepada Allah. Kadang-kadang Allah tidak makbulkan doanya
kerana dia sering bermaksiat kepada Allah. Oleh itu, seseorang hamba mestilah menjauhi
perkara-perkara maksiat yang boleh membawa kemurkaan Allah.

Sabar juga diperlukan untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah. Allah
berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 4:

Maksudnya: Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar
daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap
bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang
kamu kerjakan.

Rasulullah juga bersabda, “Sesungguhnya Syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang
tidak disukai manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang memuaskan
syahwat” (HR Imam al-Tirmizi). Seseorang yang bersabar untuk meninggalkan maksiat sering
kali akan ditimpa dugaan misalnya menerima kata-kata sindiran yang boleh menguji
kesabaran kita untuk berubah kearah yang lebih baik. Ketika ini, syaitan akan berusaha untuk
mematahkan semangat kita untuk meninggalkan larangan Allah. Kita haruslah bersabar dan
terus istiqamah untuk meninggalkan maksiat agar hidup sentiasa diberkati oleh Allah. Allah
telah menjanjikan kelebihan bagi orang yang berjuang untuk terus berada dijalan Allah
dengan melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya (Paradi, 2016).

6|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


Kelebihan sabar

Orang yang mempunyai kesabaran dalam diri pasti akan mempunyai kehidupan yang
bahagia kerana mereka mampu mengawal setiap kesedihan, kebimbangan dan kekecewaan.
Setiap orang yang bersabar akan dikurniakan ganjaran oleh Allah. Allah telah meletakkan
orang yang bersabar pada darjat yang tinggi.

Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 10:

Terjemahannya: Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang
berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan
kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang
sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu
ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan
pahala mereka dengan tidak terkira".

Sifat sabar juga boleh menjadikan seseorang lebih rasional ketika membuat keputusan
kerana mereka tidak terburu-buru dan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan mengikut
perasaan semata-mata. Manusia seringkali mengeluh apabila ditimpa ujian yang berat, ada
juga yang menyalahkan Allah dan menyoalkan kenapa mereka diuji. Di saat manusia diuji,
syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia agar lebih mudah berputus asa dengan
rahmat Allah. Jika manusia terus dihasut, lama-kelamaan sifat sabar dalam diri mereka akan
terhapus. Oleh sebab itu, Allah janjikan pahala kepada mereka yang mampu bersabar setiap
kali ujian melanda diri mereka. Orang yang mempunyai sifat sabar sudah pasti dapat
membuat keputusan yang tepat dan betul kerana mereka bersifat sabar dan berfikir sebelum
bertindak.

7|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)


Syukur

Allah berfirman mengenai syukur dalam Surah Az-Zumar ayat 66:

Maksudnya: "(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka
hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi orang-
orang yang bersyukur".

Perkataan ‘syukur’ berasal daripada perkataan ‫شكر‬ yang bermaksud membuka. Menurut
istilah pula, ‘syukur’ bermaksud pengakuan terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah serta
patuh kepada perintah Allah dan memanfaatkan nikmat tersebut sesuai dengan kehendak
Allah. Allah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada seluruh manusia sama ada
yang beriman atau yang tidak beriman. Terdapat beberapa cara untuk bersyukur misalnya
yang pertama, melalui hati. Cara untuk bersyukur ialah dengan mengingat kembali nikmat
yang dikurniakan oleh Allah agar kita tidak lalai dan leka dengan nikmat tersebut. Selain itu,
kita juga boleh bersyukur dengan lisan iaitu dengan mengucapkan Alhamdulillah. Kita juga
boleh menzahirkan kesyukuran kepada Allah melalui anggota badan seperti solat dan
melakukan kebaikan kepada manusia.

Syukur juga membawa erti menggunakan nikmat Allah sewajarnya dengan cara
menyempurnakan hikmatnya pada jalan yang taat dan membuat bakti kepada Allah. Secara
ringkasnya, syukur ialah memanfaatkan nikmat ke jalan yang diredhai Allah. Sebaliknya,
manusia yang menggunakan nikmat yang dikurniakan untuk membuat perkara yang dimurkai
Allah, ia dipanggil kufur nikmat. (Azmie, 2001)

Pepatah ada mengatakan “kadang-kadang, Allah turunkan hujan dan menghilangkan


pelangi lalu kita menangis dan mencari di manakah matahari? Rupa-rupanya Allah berikan
pelangi yang indah pada kita”. Hujan merupakan antara rahmat Allah kepada seluruh umat
manusia. Allah berfirman, “Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakah mereka tiada juga beriman?” (QS. Al Anbiya’: 30). Allah sangat pemurah kerana
sering mengurniakan nikmat kepada manusia. Manusia haruslah bersyukur dengan apa jua
nikmat yang diberikan misalnya nikmat kesenangan hidup ataupun nikmat kesusahan dalam
hidup. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud “Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu
menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui”. Oleh itu, setiap manusia hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah
ditakdirkan oleh Allah.
8|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Kelebihan sifat syukur

Kelebihan orang yang sentiasa bersyukur ialah dapat menghindarkan diri daripada iri hati
dan dengki dengan orang yang lebih berkemampuan daripada dirinya. Orang yang bersyukur
ialah orang yang menghargai setiap pemberian yang diberikan oleh Allah tanpa merasa
dengki melihat orang yang lebih banyak mendapat nikmat. Apabila mereka mempunyai sifat
syukur, mereka tidak akan putus asa untuk sentiasa beribadat dan mengabdikan diri kepada
Allah. Hal ini dapat merapatkan lagi hubungan mereka dengan Allah sekali gus dapat melatih
diri bersifat merasa cukup dengan apa yang ada. Manusia juga tidak akan menimbulkan
perbalahan sesama mereka akibat sifat dengki kerana mereka tahu erti syukur.

Tanda kita bersyukur juga dapat dizahirkan apabila menerima pemberian daripada sahabat
atau kaum keluarga dengan mengucapkan terima kasih. Apabila kita berterima kasih, secara
tidak langsung kita dapat menggembirakan hati orang yang memberi kerana kita menghargai
pemberiannya. Hal ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia.

Selain itu, kelebihan bersyukur ialah akan membuatkan seseorang merasa tenang dan
bahagia kerana syukur itu sendiri akan menambahkan nikmat yang sedikit sekali gus dapat
meghindarkan manusia daripada kufur. Hati orang yang bersyukur tidak akan gundah gulana
kerana mereka tidak sibuk berfikir untuk mengejar kekayaan dunia kerana mereka sudah
bersyukur dengan nikmat Allah. Bersyukur melalui hati, lisan dan juga perbuatan akan
membuatkan kehidupan mereka tenang.

Bersyukur juga akan mendorong seseorang untuk bersedekah. Hal ini kerana orang yang
bersyukur sahaja yang sanggup berkongsi nikmat bersama orang yang susah. Jika mereka
sentiasa bersyukur, Allah akan memberikan ganjaran yang melimpah ruah kepada orang yang
bersedekah.

Allah mengucapkan bait-bait cinta berkaitan syukur dalam surah al-Baqarah ayat 261:

Terjemahannya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan


Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai
itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi
9|PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.

Ayat ini jelas menunjukkan Allah akan memberi lebih banyak lagi nikmat jika manusia
sering bersedekah tanda kita bersyukur kepada Allah.

Bagaimana ‘Sabar dan Syukur’ mampu bendung masalah keruntuhan akhlak dan
contoh setiap akhlak.

Orang yang sabar biasanya mempunyai hati yang tenang dan tenteram daripada pelbagai
masalah kerana apabila mereka mengalami tekanan hidup atau ujian yang berat mereka akan
menghadapinya dengan hati yang lapang dan terbuka. Allah tidak akan menguji seseorang
hamba diluar kemampuannya. Orang-orang yang sabar akan memperoleh ganjaran dari
rahmat Allah samada di dunia ataupun diakhirat.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan
yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir".

Orang yang mempunyai sifat sabar dalam dirinya sudah tentu mampu menangani
masalah tekanan apabila diuji oleh Allah. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada
10 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )
melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak mereka. Allah akan menguji manusia
dengan beberapa ujian supaya manusia tahu kelebihan sabar. Manusia haruslah menerima
ujian dengan rela hati kerana ujian itu melambangkan kasih sayang Allah terhadap seseorang
hamba. Sabar mampu membaiki akhlak seseorang yang rosak misalnya seseorang yang
mudah marah apabila dia mengamalkan sifat sabar dalam diri sudah pasti dia dapat
mengawal kemarahan. Nafsu amarah menjadi lebih kuat apabila digoda oleh syaitan.

Selain itu, contoh kerosakan akhlak yang berlaku pada akhir zaman ialah gejala pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan. Gejala ini biasanya berlaku dikalangan remaja kerana
pada ketika ini golongan remaja mudah memberontak dan lebih cenderung untuk mencuba
sesuatu yang baru. Apabila mereka berkawan dengan rakan yang tidak baik akhlaknya,
secara tidak langsung mereka juga terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sepatutnya. Faktor
ini berlaku juga kerana didikan daripada ibubapa. Ibubapa yang terlalu sibuk sehinggakan
tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak akan menyebabkan mereka kekurangan
perhatian dan kasih sayang. Hal yang demikian akan menyebabkan mereka lebih mudah
terpengaruh dengan rakan-rakan yang bebas pergaulannya kerana mereka sudah bebas
untuk melakukan apa sahaja tanpa pengawasan daripada ibubapa mereka. Sebagai ibubapa,
mereka haruslah mempunyai sifat sabar dengan menasihati anak-anak mereka untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Sebaliknya jika ibubapa tidak mempunyai sifat sabar,
kemungkinan besar mereka akan bertindak dengan memarahi atau memukul anak mereka
dan akan menyebabkan mereka lebih memberontak. Ketika ini, sabar memainkan peranan
penting ke dalam diri setiap manusia kerana dengan kesabaran, masalah dapat diselesaikan
dengan aman dan tenteram.

Manusia haruslah bersifat qanaah iaitu sentiasa merasa cukup dengan nikmat yang
dikurniakan oleh Allah. Allah telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah kepada setiap
umat manusia. Contoh nikmat yang dikurniakan ialah nikmat penglihatan dan pendengaran.
Jika manusia saling bersifat qanaah sudah tentu tidak akan berlaku masalah keruntuhan
akhlak misalnya mencuri, merompak, meragut dan sebagainya kerana mereka bersyukur
walaupun nikmat yang diterima adalah sedikit berbanding orang lain. Namun masih ramai
manusia yang tidak menerima nikmat sebagaimana manusia biasa. Ada manusia yang
dilahirkan dalam keadaan buta, pekak dan bisu. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa
bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Cara kita bersyukur dengan nikmat yang
diberikan oleh Allah ialah dengan melakukan kerja-kerja kebajikan, sentiasa beribadat kepada
Allah dan juga tidak menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah ke jalan yang membawa
kemurkaan Allah.

11 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )
Contoh kerosakan akhlak yang berkaitan dengan syukur ialah mencuri. Mencuri bermaksud
mengambil hak orang lain tanpa pengetahuan pemilikinya. Orang yang mencuri jelas
menunjukkan sikap yang tidak bersyukur terhadap apa yang dimilikinya. Mereka telah kufur
akan nikmat tangan dengan menggunakannya ke arah perkara yang dilarang oleh Allah.
Mutakhir kini, jelas terpampang di dada-dada akhbar mengenai kes mencuri, merompak dan
juga menyamun. Kes-kes jenayah ini semakin meningkat dari hari ke hari dan telah menjadi
kebimbangan seluruh rakyat Malaysia dan juga rakyat luar negara. Hukuman harus
dilaksanakan kepada golongan yang disabitkan bersalah kerana mencuri supaya masyarakat
lain mengambil iktibar daripada hukuman tersebut. Sebagai umat Islam, kita mestilah
bersyukur dengan nikmat tangan dengan cara membantu golongan yang susah, bersedekah
dan juga beribadat kepada Allah. Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak dapat dihitung
oleh manusia. Oleh sebab itulah mereka tidak pandai untuk bersyukur kerana mereka gagal
melihat nikmat yang terlalu banyak. Allah memberi peringatan kepada umat manusia dengan
berfirman: “Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.” (Surah al-Rahman
55: 13).

12 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )
TUGASAN 3 (REFLEKSI)

Tulis refleksi tentang sesuatu situasi yang dialami semasa proses


menyediakan tugasan pembentangan sehingga pembentangan itu berakhir.

ُ Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana saya dapat menyelesaikan tugasan kerja
kursus subjek Pendidikan Islam (GPI 1083) dengan jayanya. Tugasan ini telah diberikan pada
8 Februari 2016 dan tempoh menyiapkannya adalah lebih kurang sebulan. Berkat panduan
dan tunjuk ajar dari Ustaz Azri dan rakan-rakan yang lain, dapat saya menyiapkan kerja kursus
ini.

Dalam tugasan kedua, saya telah diberikan tajuk Fiqh Muamalat yang memerlukan saya
dan rakan sekumpulan iaitu Mazni Binti Norsah dan Nur Hafizah Binti Yazid untuk mengkaji
mengenai jual beli, saham, pinjaman, hutang, riba, sewaan, gadaian dan juga konsep halal
haram dalam islam dari segi pemakanan dan juga pekerjaan.

Jika kita perhatikan masyarakat akhir zaman ini, mereka sudah tidak mementingkan
syarat-syarat atau rukun-rukun dalam muamalat. Hal ini kerana kurangnya pendedahan
mengenai muamalat dalam diri setiap individu yang menyebabkan mereka melakukan
pekerjaan sesuka hati. Bagi membendung masalah ini, pelbagai kempen dan ceramah harus
diadakan berkaitan muamalat agar masyarakat mendapat kesedaran awal dalam diri mereka.

Mereka juga kurang prihatin mengenai konsep halal dan juga haram dalam Islam dari segi
pemakanan dan juga pekerjaan. Banyak kedai-kedai yang mencampur adukkan makanan
yang halal dan haram. Umat Islam yang tidak sedar akan perkara tersebut secara tidak
langsung akan termakan makanan yang haram. Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa
kita tidak boleh makan makanan yang syubhah kerana ia tidak terjamin halal atau haram.

Tugasan ini dapat diselesaikan dengan mudah kerana wujudnya kerjasama antara saya dan
rakan sekumpulan. Kami membahagikan setiap tajuk-tajuk kecil dalam tugasan dan membuat
perbincangan antara satu sama lain agar pengetahuan kami lebih kukuh mengenai tajuk
muamalat ini.

Perasaan ketika membuat tugasan ini ialah semangat yang berkobar-kobar ingin tahu lebih
dalam lagi mengenai muamalat. Sebelum membuat tugasan ini, banyak perkara yang kami
tidak tahu mengenai muamalat namun setelah membuat perbincangan kami dapat
mengetahui lebih lanjut berkaitan muamalat dalam Islam ini.

13 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )
Pengalaman kali ini amatlah berharga kerana saya diberi ruang dan peluang untuk
mengkaji hal-hal yang berkaitan agama. Sebagai umat Islam, pengetahuan mengenai Islam
haruslah kukuh agar kita tidak terpesong dari jalan yang benar. Kami juga membuat rujukan
melalui buku-buku pendidikan Islam di perpustakaan dan juga melayari internet bagi
mendapat sumber maklumat yang lanjut. Pengalaman ini berbeza jika dibandingkan dengan
pengalaman membuat kerja kursus sebelum ini.

Sepanjang proses pembentangan pula, kami pelajari bahawa untuk menyampaikan


sesuatu, nada dan suara yang digunakan haruslah jelas dan kuat supaya pendengar dapat
mendengar dan memahami apa yang disampaikan.Kami begitu bersemangat dalam
menyampaikan apa yang telah dikaji oleh kami. Rakan-rakan dari kumpulan lain begitu teruja
menyaksikan hasil pembentangan kami. Walaupun sedikit gementar ketika proses
pembentangan namun hasil dorongan dan kata-kata semangat dari rakan-rakan telah
membuatkan kami bersemangat meneruskan pembentangan sehingga selesai.

Kami dihujani pelbagai soalan daripada rakan-rakan berkaitan hal muamalat yang
memerlukan kami untuk menjawab dengan betul. Terdapat beberapa soalan yang tidak boleh
dijawab dan kami memerlukan bantuan rakan lain dan juga bantuan Ustaz Azri untuk
menjawab soalan tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat menjawab dengan
mudah dan mereka berpuas hati dengan jawapan tersebut. Di sini kami dapat pelajari bahawa,
ilmu Allah begitu luas sehinggakan masih terdapat banyak perkara berkaitan muamalat yang
kami tidak ketahui.

Kami juga dapat pelajari bahawa jika kita tidak tahu untuk menjawab soalan yang
diajukan, kita tidak boleh menjawab sesuka hati sehingga boleh menimbulkan salah faham
tentang agama dalam kalangan rakan-rakan. Hal ini dapat menimbulkan keraguan kepada
rakan-rakan mengenai pembentangan yang disampaikan.

Kesimpulannya, jika situasi sebegini berlaku sekali lagi, kami akan lebih bersedia dengan
mengkaji lebih mendalam sesuatu tajuk yang akan dipersembahkan kepada rakan-rakan.
Segala persoalan yang timbul hendaklah dirujuk kepada orang yang lebih arif agar apa yang
disampaikan tidak terpesong dari landasan sebenar.

14 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )
RUJUKAN

Al-Ghazali, M. (2002). Akhlak seorang muslim. Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

Azmie, M. (2001). Sabar dan Syukur daripada perspektif organisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Fitri. (2014, Mei 8). Kisah Rasulullah SAW melilit perutnya dengan kain dan batu-batu kerikil karena
menahan lapar. Retrieved from https://myfitriblog.wordpress.com/2014/05/08/kisah-
rasulullah-saw-melilit-perutnya-dengan-kain-dan-batu-batu-kerikil-karena-menahan-lapar-
by-ayosholawat/

Paradi, N. (2016, Januari 29). ikim.fm. Retrieved from Sabar dalam bersabar:
http://ikimfm.my/sabar-dalam-bersabar-2/

Sifuli. (2010, Julai 11). Kehidupan Nabi Muhammad SAW. Retrieved from Kesabaran Nabi
Muhammad:
https://kehidupannabimuhammadsaw.wordpress.com/2010/07/11/kesabaran-nabi-
muhammad-saw/

15 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

Anda mungkin juga menyukai